Share

WWW dan kegilaan rakyat Malaysia

No pendaftaran kereta kat Malaysia ni dah jadi trend sebegitu lama dahulu lagi orang mencari nombor yang 'eksklusif' Maksud eksklusif ni banyak makna, ada yang memilih nombor untuk dijadikan kenangan - misalnya kalau birthday 20/4 amek nombor 2004, ada yang memilih nombor disebabkan turutan yang menarik - misalnya 333, 8888 atau sebagainya dan ada yang memilih nombor sebab ia sememangnya menjadi rebutan dan tanda kekayaan. waha, dah banyak sangat duit tak tahu nak bagi kat siapa, beli nombor pendaftaran je lah


WWW

heboh sejak dua menjak ni apabila nombor pendaftaran WWW dikeluarkan. Ada sejarah baru tercipta dan antaranya adalah

  • WWW 1 dijual dengan harga RM 520 000, rekod asal MCA 1 dengan harga RM 300 100
  • WWW 333 mendapat bidaan paling banyak iaitu sebanyak 84
  • 13 bidaan berharga lebih RM 100 000 dan 3 darinya lebih dari RM 300 000
  • Kutipan keseluruhan untuk WWW adalah RM 11.3 juta - 10 kali ganda lebih tinggi dari biasa



No kereta dan nilainya

Ayah aku dulu memang sangat prihatin dengan pembelian nombor pendaftaran kereta ni. Dia kata benda ni merupakan aset. Aku memang blur tapi sekarang baru paham, paham sebab nombor kereta di Prius DU 919 pernah ada orang offer nak RM 2000 walhal harga beli dulu hanyalah RM 510. Jadi aku rasa, tak lama nanti semua nombor pendaftaran yang lawa ni mesti akan naik dan naik lagi... sehinggalah 'budaya' mahal ini ditelan zaman. persoalannya, adakah ia akan berhenti? aku rasa tak :)

ni antara senarai nama pemenang. waha, WWW1 hingga WWW 10 dan boleh beli bungalow mewah dah



So, pada pendapat koranglah, perlu ke harga pendaftaran kereta ni mahal-mahal? ce komen sikit nak tau

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

19 comments:

anyss said...

Assalamualaikum,
saya pun suka nombor cantik2 tapi untuk kita yang tak berapa nak mampu ni...dapatkan ajelah yang percuma. sebabnya duit tu banyak benda lain lagi boleh buat. tapi kalau harta dah ada 2-3 ratus billion, sesekali penuhi haasrat hati nak membazir (selepas sentiasa tolong orang susah juga), boleh kot tapi kalau kedekut taik idung masin nak tolong orang n sedekah...baik je sedekah. untuk saham akhirat jugak.

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@anyss

stuju!

gadisbunga said...

tak perlu rasanya.

tapi kalo duit dia byk melimpah ruah dan boleh buat sedekah lagi sampai takde org yg kelaparan sekeliling jajahan dia, boleh sgt la beli. takde sapa nak marah pun. :D

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

ramai org cina yg beli no mahal2 ni sbb diorg percaya pd ong..
org melayu @ islam..klau btul dh bnyk duet sgt dan gne duet sendiri..baek lg pergi sedekah kt rmai org susah kt msia ni.. =)

p/s:suke org kaya mcm syed mokhtar al-bukhari.. =)

Anonymous said...

Setuju dengan anyss..., selagi ada org miskin dikeliling kita lbh baik bantu... tengok negara palestin bape susah diorg nak makan tapi kita kat sini giler mewah...

Aku Ibu Muda said...

yg beli ni sume jenis duit tak habis makan 7 keturunan ^_^

perli said...

takpe.ujung ujung nya negara gak yang untung

Matjoe said...

part of investment jugak. some number are bought so that it can be sold at higher price sometime later. kalau selak auto trader you will see byk nombor2 cantik untuk dijual.

certain running number memang cantik pun kadang2 xde orang bid dan boleh dibeli dengan harga rm210 jer pon

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@gadisbunga

wife x marah ke xleh shopping :p

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@~cAhAyA kEmUL!aAn~
tu la
xde plak ni plate kate die mahal2

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@Anonymous

mewah sampai no plate kete pun mahal2

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@Aku Ibu Muda

haha

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@perli

hopefully sampai :)

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@Matjoe

lawa skit letak rm 10 kat blakang

true blue said...

perlukah harga makanan nutrisi herbalife mahal2?ce komen sikit nak tau..

susu tepung anlene pun rm23.90 saje.

beli herbalife x membazir.beli no plate ratus2 ribu membazir.ok.i geddit :)

SofyaNadwah said...
This comment has been removed by the author.
SofyaNadwah said...

saya pernah tenampak plat kete 'KARIBOB/KARI808' kalau tak cilap. hew hew hew. kreatif sungguh org zaman skg ye. :) lepas ni boleh lah bt plat LAKSA/LEKOR/HERBALIFE/etc. hehe. pon bolleey kot, kan kan kan? hihi. :D

Susanuuwt said...

@ perli hopefully sampai :)

Yolanda said...

tak perlu rasanya. tapi kalo duit dia byk melimpah ruah dan boleh buat sedekah lagi sampai takde org yg kelaparan sekeliling jajahan dia, boleh sgt la beli. takde sapa nak marah pun. :D

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW