Share

Pengalaman Extravaganza Herbalife Pertama


Tinggal beberapa hari lagi untuk pergi ke Extravaganza Singapore, memang aku antara yang sangat excited. Pertama excited sebab dah lama sangat tak pergi event besar macam ni, kedua excited sebab tak pernah sampai ke Singapore lagi sepanjang hayat ni. Ha, cukup loser disitu. Double excited tu jadikan aku nak menulis entry ni dengan panjang lebar – boleh dijadikan panduan untuk korang yang baru 1st time untuk ke Extravaganza dan boleh dijadikan motivasi kalau korang rasa ia bermotivasi. Haha.



Apa itu Extravaganza

Extravaganza adalah acara tahunan Herbalife yang dilakukan setahun sekali. Dulu-dulu, hanya di buat di satu tempat sahaja iaitu di US, tapi sejak tahun 2000, ia dipecahkan kepada 6 tempat mewakili 6 region. Malaysia join yang Asia Pasific (APAC) punya region. Tahun lepas ada 23 000 pengedar Herbalife dari serata APAC berkampung di Bangkok, tahun ni, memandangkan jumlahnya mencecah 45 000 orang (see the growth?) APAC pun terpaksa buat 2 tempat, Korea split dengan kita. So bagi korang yang excited nak jumpa mat-mat korea tu, sorrylah, tak dapat nak nolong. Haha. Dieorang dah buat extravaganza dieorang sendiri! Korea memang gila dengan Herbalife!


Extravaganza kali ni merupakan Extravaganza aku kali ke 4. yuhu! Kali pertama 2008 di Bangkok, kali kedua 2009 di Korea, 2010 tak pergi sebab tengah belajar kat UK (alasan!!) kali ketiga di Bangkok lagi dan ini adalah kali ke4 – di Singapore!!! Orang tanya aku, kenapa Extravaganza tak dibuat di Malaysia. Jawapan mudah, sebab Malaysia takde tempat untuk menampung sehingga 20 000 orang di dalam dewan tertutup. Paling besar pun kat MIECC tu pun just dalam 6000 orang je, tapi hari tu aku ada tengok dalam berita ada satu pusat konvensyen yang baru akan dibina di KL yang katanya mampu menampung sehingga 40 000 orang yang bakal disiapkan pada tahun 2015, masa tu Extravaganza boleh dibuat di Malaysia. Waha!


Cerita Extravaganza aku

Everyone have their own story about this event. Aku pun sama. Aku mula start makan produk pada March 2008, Mei 2008 aku dah dapat result dan sebab result aku agak power, turun 12kg dalam masa 3 bulan, secara automatik aku terbuat bisnes. June 2008 dieorang pakat heboh pasal Extravaganza- Extravaganza- Extravaganza. Aku yang masih baru ketika tu, nak la jugak pergi sebab excited, tapi masa tu nak pergi kena qualify sebagai supervisor baru boleh pergi, memang azab la sikit jawabnya. Masa tu aku distributor biasa je. Buat jualan untung runcit dalam RM 400-RM700 sebulan. Dieorang kata lepas Extravaganza semua income meningkat, aku pun bodoh-bodoh ikut la nak pergi sama. Yang masalahnya SUPERVISOR


Supervisor ni tangga yang tertinggi dalam Herbalife yang dapat untung runcit paling tinggi. Kalau korang biasa dengar perkataan stokis, hah, ye lah tu. Stokis lah tu supervisor ni. Yang bestnya stokis ni takleh bukak kedai, sebab ia bergerak. Heh!

Masalah nak jadi supervisor sebab kena invest duit yang banyak – aku tak fokus pada masalah, cari solution. Solutionnya nak share dengan lecturer aku

Masalah datang lagi dengan last minute lecturer aku tarik diri – aku tak fokus pada masalah, cari solution. Solutionnya aku pun tak ingat dah, yang aku tahu bulan june tu aku dah bergelar SUPERVISOR!!!


Masalah

Dalam apa-apa bisnes ni, masalah tu adalah kawan baik kita. Aku rasa bukan pada bisnes sajalah, hidup kita ni pun banyak masalahnya yang tersendirilah. Yang bestnya, kita boleh pilih, sama ada nak merenung masalah tu dalam-dalam ataupun keluar dari zon selesa dan cari penyelesaian. Itu beza orang berjaya dengan yang kurang berjaya. Wahaha. Ada yang terasa?

Ok, masalah lagi, sebab last minute aku beli tiket ke sana – semua team aku dah beli tiket flight masing-masing dah. Aku check tiket, mak oi mahal betul tiket pada hari dieorang naik tu. Tengok lagi, tiket sehari awal tu murah lebih kurang RM 200 jugak, so aku beli yang tu. Terpaksalah aku berpisah dengan team aku :( sedih sedih macam nak nangis.


Naik flight awal

Dari KL ke Bangkok, aku naik flight sorang-sorang. Erk. Xde lah sorang-sorang. Ada ramai je orang dalam flight tu. Tapi semua aku tak kenal. Tu yang maksud naik sorang-sorang tu. Dijangka sampai pada pukul 11 malam, team aku akan sampai pukul 3 petang keesokkannya. Cuba teka aku tido kat mana? Haa, betul – kat airport!

Abang aku peringatkan aku, yang kat Bangkok ni ramai nyah nyah, jadi jangan rapat dengan mana-mana orang yang kelihatan pelik kat sana. Aku masa tu umo 20 tahun, 1st time berada di Bangkok, jauh dengan Malaysia, yang paling jauh aku pernah pergi masa tu kat Indonesia, tu pun macam nak nak nangis sebab teringat kat mak, boleh korang bayangkan macam mana perasaan aku masa tu? Huuu, sadis bila fikir balik. Aku gagahkan jugak tido kat airport tu sampai hari esok.

Nak tido kat hotel, takut diganggu mak nyah – ceh padahal takde duit sebenarnya!


Keesokkannya

Dipendekkan cerita (kena cencored sikit apa yang aku jumpa pada pukul 3 pagi kat airport tu, nanti korang takot nak pergi :p ) hari pun dah pagi. Tak mandi lagi, aku buat keputusan untuk tunggu team aku di hotel. Nak tunggu kat aiport, pukul 3 kot baru sampai. Jenuh jugak nak tunggu. Jadi aku pun pergilah dapatkan kenderaan untuk ke tempat hotel


Dengan sedikit kemahiran yang aku peroleh dari cerita amazing race, aku tengok nak pergi ke Hotel aku tu boleh dengan beberapa cara. Taxi, lrt atau bas. Taxi dia charga 500 baht. Mak oi, mahal. Tapi ni adalah paling selamatlah kan. LRT plak lebih kurang 200 baht, hurm, oklah tapi cuba teka apa yang aku pilih? Dengan BAS. 18 baht sahaja!

Dah la 1st time datang Bangkok, lepas tu naik bas pulak untuk ke hotel. Memang aku berbangga dengan keberanian aku dulu tu. Wahaha. Dah naik bas seawal pukul 6 pagi, sebab kat sana pukul 5 dah cerah – jangan lupa dah solat – sampailah aku ke hotel. Malangnya tak boleh nak check in lagi masuk bilik sebab team leader tak sampai lagi :(


Perut berbunyi

Sebab dah tak tahan lapar, nak marah kat orang hotel tu pun tak guna jugak, aku pun pergilah cari sesuap nasi. Ceh, nasi semua lauk babi babi je. Ada jugak itik, tapi itik yang masih ada kepala. Huh, tak halal ni! Pergi seven eleven, haaaa, ada roti tuna. Yuhuuu, boleh makan roti tuna =)

dah telan ngap ngap dah roti tu, nak buang plastik dia, baru perasan ada 'tuna with 2 pork slices'

macam nak termuntah kat situ je!

Oklah, aku rosa korang pun dah loya dengar aku termakan p*rk tu, kita pendekkan cerita, akhirnya team aku sampai. Bila dah team sampai tu, rasa aman yang amat sangat. Tang tu jugak aku pergi mandi, dan bersiap-siap untuk training.

Ok, layan gambar dulu

team amoi-amoi dari JB

mek mek dari Korea
Moi moi dari vietnam
Singapore-Indonesia-Malaysia
25 ribu manusia yang ingin ubah kehidupan jadi lebih baik


Kalau korang tanya aku berbaloi tak pergi Extravaganza ni setelah aku lalui pelbagai benda tu, aku katakan – YES, SANGAT BERBALOI! Balik dari event tu, aku dah buat keputusan untuk buat Herbalife sebagai kerjaya fulltime aku. Walaupun bulan september tu aku fly ke UK, tapi dah nampak hala tuju. Pengajaran yang paling besar dalam Extravaganza 'Hidup ni bukan untuk kita sahaja'

Balik dari event tu, dalam sbulan setengah aku berjaya habiskan produk yang aku laburkan tu, siap dapat duit untung dalam RM 2000. Gila tak happy masa tu budak umur 20 dapat bayaran RM 2000. tersangatlah happy!


Nak pergi ke tak EXTRAVAGANZA ni?

Bagi korang yang masih ragu-ragu nak pergi ke tak ni, korang cuma ada 2 pilihan macam aku ada. Teruskan ragu-ragu dan tengoklah nanti kat facebook aku upload gambar kat Singapore ataupun call Herbalife center dan beli tiket. TAKDE DUIT macam mana nak pergi? Sebab korang takde duitlah korang kena pergi. Yes, kita ni bukannya dewa ke apa, kita kena belajar untuk dapat ilmu. Kat extravaganza tu kita akan diajar macam nak berjaya. Yang paling best, dia ajar kita WHY kita nak buat bisnes ni. Trust me, its worth it!


Tahun ni extravaganza bukan keseorangan :)

Orang tanya aku, kenapa lambat sangat aku grow dalam bisnes ni. Haha. Diam-diam sudah. Syuhh syuhh. Heeee. Taktik nak berjaya dalam bisnes ni, kita kena ajak ramai orang untuk pergi bersama dengan kita. Makin ramai kita ajak, makin lajulah bisnes kita. Sebab aku tak laju tu, extravaganza pertama pergi sorang, yang kedua bawak sorang, yang ketiga pun bawak 4 orang je. Haha, macam mana nak grow? Alhamdulillah, kali ni aku bawak ramai orang. Walaupun bukanlah berpuluh-puluh, tapi aku bawak orang yang betul-betul berkualiti. InsyaAllah dieorang balik nanti akan tahu hala tuju mereka dengan Herbalife ni.

Aku doakan untuk korang =)

Jumpa di EXTRAVAGANZA!!!!


pss : orang Kubang Keriang jangan lupa esok joegrimjow nak belanja dinner (klik klik). waha!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

2 comments:

Cik PeLangi said...

Wahhhh! Extravaganza! Sy mcm ternmpk awk dkt Pullman, putrajaya hari tu..kn? hehee..jgn lpe share pglmn time extravgza kt blog yeaa.. :)

Akulah Pak Lan said...

Joe dan gadis..hehe

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW