Share

Pengalaman pertama hadiri kuliah Ustaz Azhar Idrus

Terima kasih kepada fan page Kelantan FA yang update begitu banyak aktiviti pada hari semalam yang berlaku di area Kelantan. Pelancaran kelab peminat khairul fahmi, @najibrazak datang ke kelantan dan pelancaran tahun melawat Kelantan dan.......... Ceramah Ustaz Azhar Idrus!

sampai2 je, orang dah penuh!

Excited : 1st Time

Sebenarnya sebelum ni aku tak pernah lagi untuk menghadirkan diri ke ceramah ustaz ni. Walaupun selalu ikuti kat youtube dan facebook tapi tak pernah nak bersua muka. banyak sebab tak jumpa tu, kekangan masa. So semalam tu, memang sangat beruntung sangat sebab akhirnya boleh jugak jadi antara yang pernah pergi ke ceramah UAI

Layan 2 3 keping gambar dulu dari fb UAI




Pendapat aku

Cara UAI kendalikan ceramah dia memang berbeza dari ceramah atau kuliah yang aku ikuti kat mana-mana. Semalam yang jadi MC nya bob lokman, jadi memang tak kering gusi jugaklah dengan celoteh bob lokman ni. Dah bagi ceramah yang umum mengajak orang 'amar makruf nahi mungkar' terus ke part untuk tanya soalan. Bab tanya soalan pulak, memang soalan general, sesuai dan cukup dekat dengan kehidupan kita. takde yang advandce-advance sangat. Cara UAI jawab pulak bersahaja, padat dan ada lawak jenaka yang diselit. 

Walaupun aku berdiri masa ceramah tu - sebab kat bahagian perempuan, segan pulak nak duduk kan? - dengar ceramah yang sejam lebih tu cukup kejap rasanya. tulah orang kata keistimewaan ceramah UAI dan kalau kita tengok, memang setiap tempat penuh dengan manusia yang dahagakan rancangan ilmu macam ni. Tahniah ustaz, nanti datang lagi ok =)


pss : selamat berhujung minggu!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

9 comments:

laskar pelangi said...

memang suatu pengalaman yang termanis bila dapat pergi dengar ceramah UAI. saya pun pernah pergi time UAI datang bangi aritu. memang sesak2.nak park kereta pun susah. alhamdulillah masyarakat kita suka dengan pendekatan UAI ni kan :))
kalau saya ada kat kb kelmarin, mmg saya akan pergi ceramah tu.wuwuuuu~

Izzat Aziz said...

ingatkan ada live semalam kat kelantan tv, tapi tak de plak.. nyesal tak pergi.

joegrimjow said...

@laskar pelangi

next time ada bleh pergi lagi

joegrimjow said...

@Izzat Aziz

tv klantan biasa buat live eh?

wHoSeNa said...

mmg best kan??aur UAI mgkin setanding/lebih dr penyanyi kan??pnah ikut ceramah die time kat bangi thn lps...pergh tgk face to face...xsmpi 1m je dpn mata...serius speechless..mmg bersih sgt muka UAI nih..=))

joegrimjow said...

@wHoSeNa

1 meter? haha, jeles. smlm 100 meter adalah
huhu

EG said...

saya pun pernah gak join. memang terbaik la.

syafikah said...

saya berkesempatan dengar ceramah UAI petang semalam.memang bes la. :)

farhana_aziz said...

tak pernah lagi pergi dengar ceramah UAI live.selalu dgr kat cd je..tu pun dah best.senang faham..hopefully akan ada rezeki nak dengar secara live..

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW