Share

OKU : Dimana keprihatinan kita?

Situasi dimana aku nak beli tiket bas untuk ke Putrajaya. Terpaksa tunggu sebab orang yang jaga kaunter solat asar. walhal dah pukul 6 lebih dah. Husnuzon, bersangka baik - takde orang yang nak jaga kaunter kalau pergi solat. Ada beberapa orang yang menunggu sama selain aku. Salah seorang tu 'nampak macam tak betul' sengih2 je dari tadi. Husnuzon, bersangka baik, dia nak bersedekah

Akak comel tapi bermuka masam buka pintu, maka aku pun masuk bersama dengan beberapa orang lagi. Bagi peluang kat orang yang sengih tu satelkan dulu urusan dia


akak comel : nak pergi mana?
orang sengih : er.. er.. shah alam


akak comel : bila? (sambil menaip dan bermain tetikus)
orang sengih : malam ni ada?


akak comel : ada. nak naik kat mana?
orang sengih : naik sini


akak comel : ok pilih sit. atas je ada, bawah takde
orang sengih : ermm ermm. nak duduk bawah


akak comel : bawah takde, atas je ada
orang sengih : bas lain takde? nak duduk bawah....


akak comel : waktu lain? waktu lain takde dah, 1 je. esokkan tu ada la
orang sengih : nak malam ni.... nak duduk bawah


Geram jugak aku rasa, apa tak paham ke yang akak comel bermuka masam tu kan dah kata seat bawah takde, kat atas je ada. ni tanya lebih-lebih pulak. dah la aku nak cepat ni, dia pulak buat hal - ini adalah monolog dalaman



akak comel : takde. 
orang sengih : ok lah... atas... erm... berapa?


akak comel : RM 42
orang sengih : (lebih kurang 2 minit cari duit dalam dompet) ni dia....


akak comel : ok baki RM 8 (print tiket dan bagi baki)
orang sengih : erm erm.. nak guna kad OKU boleh?


akak comel : laa, takleh dah. tadi kenapa tak cakap awal-awal? dah print tiket dah takleh la patah balik
orang sengih : .... ooo.... ok


Rupa-rupanya orang yang sengih memanjang tadi OKU - Orang kurang upaya. Hurm, patutlah nampak pelik je dari tadi. Kesian jugak tengok dia datang sendiri beli tiket bas, lepas tu kena duduk atas pulak sebab bawah takde. Nak pakai kad OKU pulak tak boleh sebab lewat bagitau. Alangkah malangnya nasib dia




Dimanakan keprihatinan kita

aku ada tanya kat kawan aku pasal benda ni, kenapa orang jaga kaunter tadi takleh nak tukar tket ke, dah tahu OKU, biarlah dia guna kad dia tu. at least dapat murah. Tapi masalahnya, orang jaga kaunter tu akan tanggung rugi kalau buat macam tu. Sebab tiket dah print kan. Gaji yang jaga kaunter tu tak silap aku RM 40 sehari, takkanlah orang jaga kaunter tu nak bazirkan gaji sehari dia untuk orang OKU tu? 

aku tanya balik, kenapa tak tanya awal-awal dia tu ada kad OKU ke tak. Kawan aku kata - gila ke apa nak tanya orang tu OKU ke tak, macam nak hina dia pulak. Kalau korang pergi beli tiket, orang jaga kaunter tu tanya 'bang ada kad OKU?' Kat situ juga rasa nak lempang kan yang jaga kauter tu

Solutionnya? entahlah. kadang-kadang keadaan membuatkan kita terpaksa untuk tidak menjadi prihatin

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

11 comments:

*SiRibenMerah said...

hurm.. OKU tuh patut btau awal2 dia nk guna kad OKU.. then, diorg kena adjust bg dia duk bawah sbb dia OKU kan.. prihatin atau tak tuh letak pada budi bahasa org yg in charge. sbenarnya semua masalah ada solution.. :)

Anonymous said...

OKU: Orang Kelainan Upaya.

Izzat Aziz said...

first bukan nak kurang ajar ke apa, tapi kad OKU sama dengan kad student, ataupun kad pesara, tanggungjawab pembeli tu sendiri, dia yang kena keluarkan.. bukan tugas penjual tiket untuk tanya.

second bab atas atau bawah tu, dah memang tak de bawah, dan sebab dia OKU, aku rasa dia boleh mintak tukar dalam bas.

mademoiselle azieshakespeare said...

joe, orang OKU?
bukan O tu pun da memang stand untuk orang ke?
hee, comment tak membina :P

joegrimjow said...

@*SiRibenMerah

tu lah, dah terlajak xbgtau nak buat macam mana kan?

joegrimjow said...

@Anonymous

bukan kurang ke?

joegrimjow said...

@Izzat Aziz

yg pertama setuju.

yg kedua lagi setuju!

joegrimjow said...

@mademoiselle azieshakespeare

ahaa
ye tak ye jugak
:)

membina ape

zicron21ck said...

@Anonymous

betul tu... sekarang term OKU adalah orang kelainan upaya.... kurang2 tu dah dibuang.... sebab kadang2 diorang lagi terer daripada kita yang sempurna ni...

Anonymous said...

saya suka postingan OKU
makasih OKU

dedawang said...

haha...

betul ke tak macam tu.?

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW