Share

Mencari orang yang suka adakan projek komuniti di Kelantan

Berita baik kepada remaja yang berada di Kelantan, sesiapa yang berminat untuk adakan projek komuniti di kawasan Kelantan, terutama di kawasan kampung atau pedalaman, boleh hubungi aku sebab aku ada kemudahan untuk diberi


Dana disediakan

Dana untuk adakan projek ini disediakan. Sebut dana ni tak payah bayar balik. Paling minimum boleh mohon sebanyak RM 10000 hinggalah paling banyak tak dinyatakan nilainya. 


Siapa yang layak memohon

Aku sedang mencari kalau boleh pelajar university/kolej yang aku tahu begitu banyak masa terluang di waktu luar kuliah yang mempunyai idea-idea untuk menjadikan rakyat Malaysia terutamanya di Kelantan lebih maju dan proaktif. alahai, skimanya. Yang penting, ada team untuk lakukannya. dan kesemua ahli team lagi teruja untuk adakan aktiviti berbanding dana yang dapat. Bukan rakyat Kelantan boleh je nak mohon cuma projek mesti dibuat di Kelantan sahaja.


Syarat aktiviti

  • Tak berkaitan dengan politik
  • Kelebihan diberi kepada tempat projek kawasan luar bandar
  • Aktiviti one-off atau berbentuk bulanan semua boleh
  • Kesan dari projek itu dapat oleh para peserta


Bagaimana untuk memohon

Hantarkan kertas kerja kepada (kalau boleh dalam in english) kepada aku joegrimjow@gmail.com. Make sure kertas kerja tu lengkap sekali dengan belanjawannya sekali. Kalau ada projek tengah running sekarang dan nak kembangkan lagi, boleh jugak untuk memohon. sama, semua email kepada aku.

Permohonan akan tamat pada 20 March 2012 

Sebarang pertanyaan aku tak layan di email, nak tanya soalan call terus 0169640972. 


pss : mohon share ya kepada yang mungkin berminat

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

12 ulasan:

EG berkata...

Untuk orang kelantan je ke?

aizatshafiq berkata...

nice job bro...
kalau nak join as a volunteer boleh?
sambil2 isi masa free time offdays... hehehe

joegrimjow berkata...

@EG

projek ni kena buat kat kelantan

joegrimjow berkata...

@Aizat Shafiq

iA akan ku contact bile ada yg buat

budak usm berkata...

seriyes?? kalo camni nak hntr proposal la... can a?

Azah berkata...

alaaa.. group kitorang baru je lepas buat kat selising hari tu. joe ni x cakap awal2.. hehe... budak2 usm banyak selalu buat benda camni.. nnt nk suh diorang serbu joe. :P

.hasina. berkata...

kalau utk org noghori adok roger2 eh? :P

joegrimjow berkata...

@budak usm

boleh sangat. hantar je

joegrimjow berkata...

@Azah

soh la adjust skit buat lagi
org dah nak bagi ni
:)

joegrimjow berkata...

@.hasina.

kalau ada kite roger federer

addyn berkata...

keren banget mas, jadi pengin

Azah berkata...

tu program wajib ikut year. so kitorang punya year dh lepas, skrg giliran batch lain la plak. hehe.. nnt nak bgtau dorang la pasal ni. :D

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW