Share

Tahun baru 2012 yang kita mahukan



Post pertama untuk tahun baru. 2012. Alhamdulillah, masih bernyawa dan masih kekal sebagai umat Islam!

Raikan tahun baru kat rumah, bersama dengan mak sambil menonton TV. Ada percikan bunga api dan konsert. ahh, benda biasa new year. Bukak facebook pagi ni, ramai kawan yang share video program semalam di Shah Alam, video ustaz azhar vs zizan raja lawak. memang terbaik


Semalam mencari jugak program sebegini di Kota Bharu, tapi sebab hujan, mak kata tak payah keluar. sayang benar mak kat anak bongsunya ni. Jeles juga dengan program sebegini yang diatur di sana, harap sesiapa yang pergi dapat manfaat darinya

Ada juga kisah pagi ni mahasiswa yang teruk dibelasah polis. Berdemo pun kena belasah. Kesian kat warga polis, hanya segelintir yang bersikap lembu dicucuk hidung, habis satu institusi polis jadi buruk. Harap mahasiswa yang koma dibelasah tu sihat. runsing takut terjadi apa-apa, memang jadi riuh negara kita nanti. 

Ya Allah, selamatkanlah Malaysia

Walau apa pun, 2012 sudah datang. Bersiap sediakah kita mengharunginya? Ada orang kata macam biasa je, no problem selagi jangan jadikan tahun lepas dan tahun ini adalah sama. Berubah menjadi lebih baik dan produktif. Gambar kat atas tu, 70 ribu lebih untuk hadiri sama program yang aku rasakan cukup berkesan dihati rakyat yang memang dahagakan ilmu. ya, rakyat kita rakyat yang cintakan ilmu. bukan rakyat yang sukakan konsert dan hiburan yang melalaikan. fahamilah kami!

Selamat tahun baru, semoga kita tergolong di golongan manusia yang beruntung. 


pss : apakah sarapan tahun baru? tak nak berubah lagi ke? :p

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

9 comments:

Rozuan Ismail said...

selamat tahun baru 2012..

baguslah kalau cara sambutannya seperti ini

Aflina Affandi said...

bagus la, rakyat semakin peka tentang agama.

Mr feckry said...

Selamat tahun baru. Semoga tahun 2012 Allah menambahkan rahmat , murahkan rezeki dan menjadikan lu sebagai hamba yang paling Allah sayang...

joegrimjow said...

@Rozuan Ismail
sangat bagus kan

joegrimjow said...

@Aflina Affandi

media pon kena peka

joegrimjow said...

@Mr feckry

insyaAllah

ahsfantasy24 said...

Simpati dengan mereka yang tercedera,
selamat tahun baharu joe!

cikpuanhady said...

alhamdulillah, semoga sambutan tahun baru camgini diteruskan..

Anonymous said...

sangat cantik gambar tu, di mana ya? nak jugak turut serta event begini.

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW