Share

Pandangan aku mengenai perhimpunan pelajar UPSI 31/12/11

Sedang elok kita menanti debaran tahun baru, rupanya ada sekumpulan manusia yang melakukan demo. Bertempat di UPSI, suasana yang cukup mendebarkan dan aku yakin takkan keluar berita malam ni boleh tengok video di bawah



Suara mahasiswa yang tidak berpuas hati
Amaran dari polis
Darah di kepala
Belasah membelasah
Pintu klinik yang dipecahkan
dan macam-macam lagi yang boleh korang tengok sendiri


Pandangan aku

Bagi yang sertai Demo semalam, aku yakin emosi mereka sudah tidak dapat dibendung lagi sehingga melontarkan emosi mereka semua dengan berdemo. Susah untuk kita sertai demo ni, perlukan kekuatan dan keazaman yang tinggi serta komitmen yang tidak berbelah bagi. Tapi, apabila tercabar, diri sudah tercalar, semua halangan itu tidak menjadi payah - demo diteruskan



Dunia sudah maju, pemikiran manusia bertambah kompleks. Sebab tu aku mengutuk sekerasnya pihak polis yang membelasah sampai koma (hampir) seorang pelajar yang sertai demo tu. Memang ada amaran yang diberikan, tapi sedarlah dengan otak yang bijak, dah mereka mulai berdemo, mesti tidak akan bersurai dengan mudah selagi benda yang dituntut tidak mereka perolehi. Kekerasan bukan pilihan untuk melawan mereka, seharusnya diberi ruang untuk mendengar permasalah mereka dan jawablah dengan ilmiah

ahh, dah ganas, maka ganaslah kita

Lihat mereka semua masih mahasiswa, apalah sangat boleh dibuat selain melaungkan kata-kata semangat. Tiada sebarang tanda-tanda keganasan akan wujud. Jadi kenapa perlu disuraikan mereka tu? Bagi saja mereka laung, penat baliklah ye tak? Ni nak pukul-pukul, apa mahasiswa ni binatang ke apa nak dilakukan sebegitu rupa? 


Tahun baru yang malang 

Permulaan tahun baru yang tidak enak bagi sesetengah pihak. Mahasiswa yang terlibat mahupun pihak polis. Bagi pihak keluarga mangsa, mesti sedih melihat anak diperlakukan sebegitu, bagi pihak polis, memang semakin rosaklah tanggapan umum kepada mereka. 

Bagi kita yang tidak terlibat secara langsung, berdoalah suasana aman kekal dikecapi. Biar otak letak di kepala, bukan nafsu yang menggerakkan tangan

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

25 ulasan:

Aku By Pojie berkata...

Serious, sedih aku tgk Vid ini..

Mohd Sukur Ibrahim berkata...

perlu ke berdemo utk menyampaikan sesuatu?

arrizz berkata...

I dont get it..asal dorang berdemo ek?asal sampai bertumbuk, berdarah segala??student keje belajar jer la..nak berdemo asal..hidup kalau tak menyusahkan boleh tak???

zool berkata...

Ntahlah.. Darah panas.. Berdemo la sana sini..,
penat tengok hal2 camni..

Lagi satu kenapa bangsa lain tak ramai yg berdemo kan?? Sedangkan mereka pun byk yg tak puas ati....

Qarl berkata...

Demo for what? Time blaja, blaja. Focus. Score. Dpt dean list. Grad 1st class.

Alhamdulillah i spent my new year dgn bahagia dan gembira with family and friends.

Aduka berkata...

PAS GANTI UMNO/BN!

TARBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Cik Puan Kocik berkata...

Mahasiswa sekarang kurang bijak, demo bukan penyelesaian masalah dan menuntut apa yang diinginkan. Cuba guna akal dan kebijaksanaan sebagai Mahasiswa.


Bukan semua Mahasiswa sokong tindakan demo ini. Apa yang dapat? Sakit, luka kat kepala? Kerosakan sana sini? Kemudian salahkan polis?


Tanggungjawab Mahasiswa sekarang, belajar ... maka belajarlah sebaiknya! Dah habis belajar nanti berjuanglah apa yang baik untuk dijuangkan dengan akal yang bijak, bukannya berjuang dengan keganasan dan emosi sebegini.

Bila dah jadi macam ini, balik-balik salahkan Polis Malaysia. Esok-esok berlaku kecurian, rumah kena pecah .... Polis Malaysia juga dicari.



Macam ini bakal pemimpin Malaysia akan datang? Memalukan ....!!!!

dRopPuc!noo™ berkata...

Banyak pro n cons.
Betul demo sebenarnya bukn jalan yg betul untuk menunjukkan perasaan (?)
tapi samapai bila pihak lagi satu nak buka mata dan bertindak jika terus di diamkan.
Cons- banyak tanggapan buruk akan di dengar.. perkara2 buruk pon banyak boleh berlaku..
Jadilah mahasiswa yg bijak!
Dapat mengawal fikiran dan perasaan.

cikpuanhady berkata...

tumpang simpati pada keluarga mangsa..nak-nak ianya berlaku pada tahun baru, di mana semuanya penuh dengan harapan yang baru..mungkinkah ada alternatif lain bagi situasi yang berlaku?hmm..

Shafiq berkata...

Kelakuan Macam Bukan Orang Cerdik Pandai..

Shitsurei Shimashita berkata...

Setuju dengan joe, utk demo perlu iltizam dan semangat yg kuat. Cth paling senang cuba tgk sejarah pemimpin negara dulu & skrg tak kira aliran . Siapa yg x pernah berdemo? Yg x pernah berdemo time mahasiswa dulu semangat x kuat..jd flip flop.
Cthnya hehehe..carilah sendiri

WanitaMustanir berkata...

@Cik Kamoo

Demo memang bukan penyelesaian tapi demo boleh membuatkan kerajaan tak duduk diam.

Mereka bukan kurang bijak pandai, mereka berani menyatakan hak mereka.

Mahasiswa beginilah yg harus dicontohi bukan mahasiswa yang kerjanya hanya belajar dan belajar tanpa tahu politik semasa. Ini juga salah satu bentuk politik dan inilah contoh bakal pemimpin masa depan.. bukan mahasiswa yg hanya pandai belajar tapi tak tahu bila hak sendiri diperkotak katikkan..

YobSumo berkata...

keluar berita, dan penjelasan diberikan. keadaan pelajar yg cedera pun diperjelaskan.

nak terima ke tidak terpulang dekat diri sendiri, kalau dah membangkang, ape je boleh terima kan?

3-4 tahun je perlu belajar, dapat degree, berjaya, ada duit sendiri, tajalah demo sendiri, takde orang nak kacau.

se-simple tu pun tak tercapai akal.

semuanya zalim. kenikmatan hidup di Malaysia ni berasaskan kezaliman rupanye. keuntungan yg dinikmati tak henti2 tak dipandang, tak pernah kasi credit, tak pernah lafaz syukur, sebab semuanya yg memberi tu zalim.

guna rohani, tenangkan diri.
guna akal, fikir balik.


Assalamualaikum.

Tanpa Nama berkata...

rasanya kena berbincang antara pelajar dgn kerajaan ni....nak tau adil ke tak...demokrasi ke tak....cuba buat satu dialog live di televisyen antara pelajar dgn kerajaan tanpa ada terselindung...melalui itu baru kita tahu kebenaran dan ketelusan yg ada....berani kerana benar...cuma pandangan je...

Syukri Mohtar berkata...

bukan student UPSI nak final ke?stress ka..ape-ape pun kepade student UPSI yang nak final tu..gudluck lah ye.. (komen tak kne mengena ngan entry)

Tanpa Nama berkata...

klo nk menjernihkn keadaan kena pkul org sna sni ker??student juz demo jerr bukan wt keganasan ape pon..polis 2 yg menyebabkn terjadinya keganasan 2..pkol ank org darah sn sni..bodohh!!!surai dgn cara baik2 x leh ker??klo diorg xnk dgr..lantak r nti dorg penat berhnti r..yg 2 pon x reti pk kerr????....

Neutral berkata...

Aku pling kelakar bile ade owg kate, dh pnat demo diorg balik la... cmtu snang ckp cmni la, aku bwk laju2 kt jalan tp x bahayakn owg, nape nk saman aku plak, aku langgar lampu merah bile lgsung xde keta, nape nk saman... aduyai, bile bcakap dr 1 sudut mmg parah... btul ade pro n cons dlm hal ni, tp yg x betul lbih byk dr yg betul... dh dpt memorandum kn, dh bkumpul rame2 kn, dh suruh blek tu, blek la... haish marah polis x kc bdemo, yg kmu tu x ikut arahan dn lnggar undang2 cmne plak... haish, manusia ble dh smpit pmikiran ni ssah nk di aja dh...

widydib berkata...

yang berdemo di malam tahun baru di layangkan soalan 'inikah bakal pemimpin masa depan?' tapi yang duk terkinja2 sambut tahun baru, di pub, kelab dan konsert2...adakah itu yg kita nak jadikan bakal pemimpin masa depan?

nak cari orang berani susah...nak cari orang bodoh belambak..

Tanpa Nama berkata...

saya hormati pandangan penulis.. kenapa hati mahasiswa sahaja yg nak dijaga.. suara mereka sahaja yg nak didengar.. suara polisn dan org awam yg cintakan keamanan tidak boleh didengar ke? kalau saya maki hamun anda.. tuduh anda barua atau anjing anwar..anda marah ke tak? mahasiswa mungkin anda katakan bijak.. tapi mereka masih cetek pemikiran.. masih mentah.. saya pernah lalui semua itu.. mereka ikutkan kata hati.. tidak berfikiran matang.. and last one.. kenapa perlu ada org politik terlibat sama dalam gerakan mahasiswa menuntut kebebasan akademik.. mereka tuntut kebebasan apa? bebas utk berpolitik dan sokong pakatan rakyat? tunggu habis belaja..sokonglah siapa yg anda suka..

YobSumo berkata...

@widydib

saya rasa bukan "pemimpin" yg orang banyak guna tapi "pendidik" sebab mereka bakal cikgu.

harap maklum.

MinnIbrahim berkata...

Iye lah kan. Buat apa nak susah2 pergi berdemo sibuk hal orang lain, asal diri sendiri dan family happy kenyang bahagia sudah. kan? orang hantar pergi U tu belajar je la, belajar je tengok buku 24 jam/7 hari, bersosial sikit2. lepas tu grad 1st class, lepas tu dapat kerja bagus. lepas tu time weekdays pergi kerja, time weekend lepak2 tengok wayang window shopping dengan family, ada duit dgn masa kosong pergi holiday. yay! lepas tu sampai masa, mati. kan? kalau org kata hidup kosong takde makna peduli hapa, janji kita bahagia. kan? orang lain lantak diaorang la nak jadi apa. huh.

mahasiswa ni pun satu, apa la tak cerdik sangat, kerajaan bagi korang study tu nak suruh dapat kerja elok2, sibuk je berdemo. ini ke pemimpin masa depan? kerajaan dah susun cantik dah, masa study kau study je la. kalau ditakdirkan kena mentadbir negara tu korang nak guna alasan tak pernah didedahkan, korang refer je la pemimpin sekarang. takut nanti hancur? alah, sekarang pun dah hancur rakyat rilek je, rakyat kita ni amazing wonderful awesome korang tau? beli kondominium juta2 untuk letak lembu, haa, hebatkan? kerajaan kita awesome, rakyat lagi la awesome sebab rilek je. mana nak cari?

haa, akhir sekali, korang tau tak korang berdemo ni menyusahkan? MENYUSAHKAN!kerajaan terang2 bukan nak suruh korang study tinggi2 lepas tu boleh tengok mana baik mana buruk lepas tu lawan kerajaan? Eeee, tak mengenang jasa! Kerajaan bagi study lepas tu korang jadi kuda pembangkang? Korang wajib jadi kuda kerajaan je, tau! taknak pro kerajaan pun hidup untuk diri sendiri cukuplah, kan bahagia? persetankan yang lain.

KE ARAH MELAHIRKAN MAHASISWA ACUAN BUKU DAN SIFAT AKU TIDAK PEDULISME.

Sekian.

ps 1: please NOTE THE SARCASM.
ps 2: sorry Encik Joe, terbuat entry baru di sini. tak suka boleh delete. peace.

Tanpa Nama berkata...

mahasiswa sekarang dah ada kuasa bersuara.. dah nama pun pemimpin masa hadapan, kalau asyik duduk dlm klas, belajar , exam...mcmana nak jumpa pemimpin berani tegakkan kebenaran...kalau setakat pergi kelas, balik kelas..semua orang boleh buat...semua orang boleh jadi pemimpin macam tu... tapi tak ada kelebihannya..tak ada keberanian..duduk pejabat , jadi tukang sign ja..luluskan segala projek ..kalau yang cakap berdemo ni umpama orang tak ada otak..cuba fikir balik...sebab apa rakyat mesir boleh gulingkan pemerintah sendiri...takkan dengan hanya pergi kelas , balik kelas boleh gugat pemerintahan "tak bertamadun" kan?? ak paling bengang kalau orang ckp "kerajaan bagi duit suruh belajar , bukan berdemo" abis dorang ingat duit tu sapa punya ? jatuh dari langit? dah memang tanggungjawab kerajaan untuk bagi pendidikan...kalau kerjaan cap ayam memerintah pun, still kena spend untuk pendidikan negara..dah memang benda tu tanggungjawab sebuah kerajaan yang memrrintah.. so jgn guna alasan "mengungkit' tu...mak bapak kami bayar cukai jugak weh...dah la cukai kemain tinggi.

Unknown berkata...

pendapat aku, Mahasiswa itu salah.

polis tak salah.

mahasiswa demo tu ganggu hak silent majoriti.

tak semua benda boleh selesai dengan ugutan dan demo.

matlamat tidak menghalalkan cara.

dan kali ini simpati aku bukan tun parta pendemo.

aku harap student yg demo tu bertaubat.

Tanpa Nama berkata...

zalim mereka yg mencederakan pelajar yg tidak ada agenda ganas, ada menggangu keamanan ke.
kan bagus ada pemuda/pelajar yg ambil berat dan mahu bersuara dan nak merubah keadaan sekarang bukan yg bersuka ria tak fikir masadepan. lalai, tak produktif.

Iylia berkata...

xphm kenape diorg ni sibuk nk bdemo. sibuk politik sne sni time blaja

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW