Share

Mengambil kesempatan populariti Ustaz Azhar Idrus (UAI)

Sekarang ni banyak betul yang buat entry mengutuk atau melempar fitnah kepada ustaz azhar idrus. UAI. Sebab utama tiada yang lain selain nak menumpang kepopularan UAI yang kian diminati ramai ni. Ye lah, kalau tujuannya baik sekalipun, memang takkan post di blog ye tak? Tegur secara berhemah bersemuka kalau ada yang tak puas hati yang mana

Ingatlah, UAI pun manusia, memang tak terelak dari buat kesilapan. kita pun sama!


Yang aku lagi tak paham

Entahlah, dah tahu mereka ni sengaja melemparkan fitnah, kenapa perlu di promote link tu kat facebook or kat twitter. Kata tak setuju dengan pendapat dalam blog ni yang melempar fitnah kat UAI tapi dalam masa yang sama sertakan link sekali. Haish, tak leh fikir ke yang semua tu lagi-lagilah akan membuatkan entry mereka lagi popular. Serius aku tak paham!


Komen aku mengenai UAI

Walaupun aku tak pernah jumpa face to face dengan UAI, tapi memang aku mengagumi dari jarak jauh. Tengok kat youtube, tengok kat facebook. semua boleh. Apa yang aku kagum, ada kawan aku yang aku tahu memang tak minat langsung dengan agama ni, sembahyang tak pernah nampak pun, katanya 'pernah tengok ceramah ustaz azhar? serius lawak kan?'



Mungkin pendekatan yang UAI gunakan tak sesuai untuk sesetengah orang. Tapi yang sukakannya pun ramai apa. Jadi, selagi apa yang dia buat tu tak bercanggah dengan tuntutan Islam, bukannya mengajak orang dari menjauhkan diri dengan tuhan, selagi tu kita kena raikan. Mungkin pendekatan korang berlainan, go ahead! Selagi ia bertujuan untuk mengajak orang kearah kebaikan, selagi tu kita kena sokong!

Sokong, bukannya memfitnah!


Berjenaka dalam beragama

Sebenarnya agama ni sesuatu yang serius. Kita tak boleh nak berlawak denganNya. Siapalah kite ye tak? Tapi sekarang ni, melihat situasi yang mana jenaka itu boleh mengajak orang untuk berbuat baik, apa salahnya. Walhal Nabi sendiri pun pernah berjenaka. Ingat kisah yang Nabi cakap perempuan tua tak de yang masuk syurga? Menangis orang tua tu walhal Nabi berjenaka bahawa kat syurga nanti memang takde orang tua, semua akan dilahirkan muda. 


Jenaka kelas atasan

Lagi satu, lawak yang UAI bagi dalam ceramahnya itu memang kelas atasan punya lawak. Lawak yang membuatkan kita berfikiran panjang. Sungguh dalam dan akhirnya kita bergelak ketawa mengingatkan diri kita sendiri. Contoh?

'laki dengan pompuan yang bukan mahram nak naik moto sekali? BOLEH. Tapi syaratnya ayah pompuan tu kena ada kat tengah-tengah'

Bagi kita yang baca separuh, mungkin akan kata UAI ni bodoh ke apa, jahil ke apa. tapi bila baca penuh, ia jadi sesuatu yang akan kita hadam sampailah sekarang kita masih akan ingat. Sama macam aku, dengar lawak ni memang masih terngiang-ngiang lagi dalam telinga dan iA aku akan patuh pesanan UAI tu. erk, memang tak reti bonceng motosikal pun


Pesanan untuk yang menyebarkan fitnah

Actually, pesanan ni bukan untuk si penulis fitnah domba tu semua, sebab memang dieorang dah tak boleh nak makan nasihat dah. Ni kepada korang yang menyebarkan link-link fitnah tu, tu pun korang dah menyebar fitnah secara korang tak sedari. Mungkin orang yang klik link tu, baca dan percaya apa yang terkandung - walaupun korang dah tulis awal-awal korang tak bersetuju, share sebar fitnah tetap ada! Kalau korang terbaca, istighfar banyak-banyak dan doalah si penulis tu bertaubat. 

Kita ni bukannya tuhan boleh mengubah orang, doalah senjata yang kita ada

Sampai situ dulu, semoga kita dijauhka dengan dunia fitnah yang binasa!


pss : KB-Putrajaya-Port Dickson, doakan perjalanan selamat

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

16 ulasan:

Liyana berkata...

like entri ni :)

Tanpa Nama berkata...

lawak UAI kena dgr btol2..sbb cakap ganu..laju..kdg2 tak faham...hehe

NSH berkata...

ok wut loghat ganu, die ade slang kL sket, so xde la susa mane nk phm, klo klate ke swak ke lg laa susa nk phm. bdw, aku xde la plka tgdr psal ftnah tu. mmg xphm btul. ade jgk owg cmTU dlm dnia ni.CE suh die bg cramah tgok reti ke x, bleh attract org tak mcm UAI buat. ape pon UIA mmg da best aa:)

Azrul Hisham berkata...

well said bro :)

amal berkata...

tu la pasal.kdg2, kita kena jugak berdakwah sesuai dgn situasi sekarang.mcm anwar hadi gn mat luthfi. diornag gunakan vlog utk berdakwah.asalkan x bercanggah dgn agama, apa salahnya. :)

wHoSeNa berkata...

best ape UAI..sgt best..wlupun klaka tp input die mmg mkn dlm abes..pnah pegi sekali ceramah die..pergh 20k org dtg..tu masjid hasanah bangi yg xbesar sgt..

lgpn satu perkembangan..rmi ank2 muda yg follow..satu segi UAI dpt alihkan perhatian muda mudi dr buat perkara-perkara yg xbermanfaat..=))

besela buat baik pn ade org cela...ujian...yg penting kita tau niat kita..

Akulah Pak Lan berkata...

Ketawa aku dengan blog cuba menjatuhkan org lain ni, bercakap seolah ulama. Petik hadis, tapi sekadar petik saja la, tak ada huraian. Mungkin sekadar nak naik kan rating blog tak pun cuba untuk menjadi hero kampung?

Pendapat aku sama macam kau, selagi orang itu mengajak kita melakukan kebaikan dan tak bertentang dgn hukum agama. Apa salah kita sokong. Btw pergi cerah dia lebih dia masa new year lebih baik pergi sambut new year dengan buat benda tanpa arah tuju yang mungkin akan end up dapat new baby.

Izyan Kaher berkata...

Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu(Imam Syafie)..

pretty well said mr.joe :)

you-know-who berkata...

Mmg ramai ustaz & ustazah yang ambil pendekatan dengan memberikan sedikit suntikan humor dalam ceramah diorang.

Kalau org yang bagi ceramah tu serious tak ke boring org tu.

Sesungguhnya orang yang berjuang di jalan Allah swt ni mmg banyak cabaran.Hope UIA tabah.

Nice entry,well said.

widydib berkata...

setuju

sYafIk-wAy berkata...

sekurang-kurangnya UIA tu boleh buat org sedar dan berfikir tentang islam . Orang yang memang jahil dalam islam ni pun faham dengan jawapan2 yang dia bagi . memang sentap habis .

LadyBird berkata...

nukilan yang membina.. Alhamdulillah :D..

mok teh berkata...

mumtaz

laskar pelangi berkata...

Serius suka dengar ceramah dari UAI. selama ni berat kaki jugak nak pergi ceramah. sekarang kalau UAI nak datang area sini.mesti meronta2 nak pergi.pendekatan yang UAI ni berbeza dengan ustaz lain:) ni membawa anak remaja kita sekarang cintakan majlis ilmu. Alhamdulillah =)

Tanpa Nama berkata...

u r smart and mature. yes fitnah is prevalent in this age. may we not be a part of it.

blog-tips-kurus berkata...

ade je yg dengki, kesian UAI ni..

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW