Share

901 dan nasib Anwar Ibrahim hari ini

Pagi yang indah ini, alhamdulillah kita masih diberi nyawa untuk bernafas dan terus bernafas

Dan Alhamdulillah kita masih bangkit dengan Islam di dada

901 - tarikh yang sudah pasti akan menjadi sebuah lagi sejarah di negara kita. Aku taknak ulas panjang-panjang, cuma nak ajak korang berada di dua situasi yang berbeza. Semoga apabila kita letakkan diri kita di situasi mereka ini, kita akan lebih memahami apa yang terjadi


1) Emak bapak Saiful Bukhari

Kalau kita punyai anak seperti ini, sudah pasti kita dalam geram + malu dengan apa yang terjadi. Geram sebab malu anak kita tidak dapat melawan tempias nafsu lelaki yang 2 kali ganda usianya ketika diajak untuk melakukan benda tak senonoh. Malu sudah pasti berhadapan dengan orang setempat yang sudah pasti melabelkan kita punyai anak yang 'macam tu'

Tapi selaku mak bapak, kita tahu apa yang terbaik untuk anak kita. Benar mesti ditegakkan walaupun pahit. Kalau itu benarlah


2) Anak beranak Anwar Ibrahim

Kalau kita punyai seorang ayah yang 10 tahun dulu dibicarakan atas tuduhan liwat ni, dan tahun ni dibicarakan lagi dan keputusan akan didengari hari ini, sudah pasti kita hati dan perasaan kita akan berkecamuk. Tak dapat bayangkan, umur mereka, sisa hidup mereka sedekad lebih lamanya hanya orang kenal dengan perkataan liwat-liwat-liwat. Besarnya dugaan punyai ayah seperti itu


Melihat video ni, bertambah sayu aku rasa. ya, sebagai anak tahu apa yang bapak kita lakukan!


*******

Kat sini, aku nak ajak pembaca sekalian yang menjadi pengomen bebas isu 901 ini, jangan hemburkan perkataan-perkataan yang tidak enak telinga mendengar. Tak kira kepada si saiful ataupun anwar. Jika hari ini sesiapa pun didapati bersalah, yang pasti kita tahu di akhirat kelak mereka akan diadili dengan hakim yang Maha Kuasa dan yang salah akan menerima balasannya

Oh, besarnya dosa fitnah ini, jauhkanlah diri kita menjadi salah sebahagian darinya


pss : nak je join demo 901 tapi kena pergi PD pagi2 lagi

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

9 comments:

Anonymous said...

so sad! the wife especially and the children are so strong and sabar. the tougher the test the bigger the reward insyaAllah

wHoSeNa said...

xkisah anwar bebas atau penjara..impaknya sangat besar pd negara..bersedia sajalah menerima akibatnya..=))

Lifesaver Hamzah said...

ya.Allah pasti balas dan hukum seadil2nya

Tuan Cimot said...

tak tahu sapa yg bersalah kan..sapelah kt nak memfitnah org lain..tp memg sdih tgk vdeo ni.xdpt bygkan kalau jdi anak dia..huhu

cik ina said...

entah lah.kadang2, x tahu sapa yg salah,sapa yg betol dah sekarang ni. kdg2 rasa nak tutup mata je bila dengar kes ni disebut. wallahualam.

blog-tips-kurus said...

lepas hukuman dunia tak semestinya lepas di sana...

*dia beruntung sebab ada isteri & anak perempuan yg sentiasa menyokongnya..

Aflina Affandi said...

nak komen pasal sapa yang bersalah atau tak nanti boleh jatuh hukum fitnah cuma kagum dengan cara dia didik keluarga dia.

sedih bila tengok sebahagian besar melayu islam yang bergaduh sesama sendiri dengan menggunakan kata2 kesat demi nak pertahankan pihak yg diorang sokong.

Anonymous said...

Kite x tau gak DSAI ni btol2 buat ke tak? Die je yg tau.... Tp kalo die buat pon, nk ke die ngaku? Ade ke org gile yg nk ngaku die gile?..... Huhu

Katiefjtx said...

nak komen pasal sapa yang bersalah atau tak nanti boleh jatuh hukum fitnah cuma kagum dengan cara dia didik keluarga dia. sedih bila tengok sebahagian besar melayu islam yang bergaduh sesama sendiri dengan menggunakan kata2 kesat demi nak pertahankan pihak yg diorang sokong.

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW