Share

Wajarkah perempuan mencari lelaki berpendapatan tinggi sebagai suami?

Perasan tak penulisan blog kita dari hari ke hari..... ok tak nampak sangat, dari tahun ke tahun akan menampakkan perubahan! Aku terbaca entry awal dulu semasa aku berblog, oh, sungguh melucukan dan tak sangka aku tulis semua tu. heh! Sekarang ni aku pun tak tahu style mana yang aku guna, tapi memang akan ada perubahan. Benda ni normal je, maklumlah usia mematangkan seseorang. erk, tak cakap aku ni dah tua ok!



Topik kahwin



Ini antara topik yang aku paling gemari nak tulis. Dulu dan sekarang. Cuma feel dia lain. Heh. Maksud lain, dulu tulis topik pasal kahwin sebab gatal-nak-kahwin, sekarang bila tulis topik kahwin, rasa : Ohh, banyaknya komitmen ini komitmen itu. Entah aku sorang je ke rasa perubahan ni atau orang lain sebaya dengan aku rasa jugak aku tak tahu, tapi serius bila kita dah kerja ni, 'berat' sangat nak kahwin tu. waha!


Lelaki berpendapatan tinggi

Menjadi lelaki adalah sangat mencabar. Mencabar sebab tugas mencari rezeki diletakkan dibawah lelaki. Selagi nama enko lelaki, selagi tu enko kena bagi makan kan anak bini. Jangan jadi lelaki dayus ok! Sebut berpendapatan tinggi ni, aku tak tahu berapa spesifik harga, mungkin yang bawah 25 ni, berpenapatan tinggi tergolong di bawah RM 5000 keatas mungkin?




Eh, tak aci pulak sebab bagi yang kerja dengan orang (makan gaji) nak capai RM 5000 sebulan tu pada usia 25 sangat jarang ok. Sama ada company tu bapak dia punya atau dia tu betul-betul kesayangan bos dia. Bagi yang government servant, sorrylah, bawah 25 nak dapat lebih RM 5000 memang wakil rakyat je lah boleh. hehe. So kita kurangkan kepada RM 4000. OK?


Perempuan mencari calon suami - gaji kena tinggi



Aku berbalik kepada perspektif perempuan. Walaupun aku ni bukannya perempuan, tapi semangat juga nak bagi pendapat. MEMANG PENTING untuk mencari suami yang mempunyai gaji tinggi, ye lah dah suami tu akan sara kita, tambah lagi perempuan yang jenis HDMU - hidup dengan make up, memang kena cari suami yang bergaji tinggilah nak sara ni. 




Kalau korang fikir, akan wujud masalah untuk kahwin dengan sama baya. Entah korang sama dengan aku atau tidak, aku kalau boleh tak nak cari isteri yang beza usia terlampau banyak 5-10 tahun oh sangat beza ok. Bagi yang sama 'taste' macam aku ni, akan ada masalah kalau nak kahwin dengan sama baya atau beza sikit-sikit ni. Kenapa? Ye lah, kalau rata-rata perempuan nak gaji tinggi + umur 25, memang sangat terbatas calonnya! 

So nak tak nak kena cari calon yang umo 30 tahun :p kang tak pasal-pasal jadi madu pulak kang :p


Wajarkah?

Benda ni kalau tanya aku, aku akan jawab tak wajar. Memang ekonomi kita sekarang ni hidup dengan gaji seorang sahaja (suamilah tu) memang tak akan cukup kalau korang nak hidup senang. Kalau nak hidup biasa-biasa je, tinggal rumah flat, pakai kereta tak besar, mungkin cukup tapi kalau nak tinggal di tempat 'ok' sikit, memang takkan cukup

Tapi aku tak menggalakkan suami tak bergaji besar boleh dibuat kawin, bukan-bukan. Apa yang aku nak sampaikan, tak perlulah bergaji tinggi sangat baru boleh dibuat calon, sedang-sedang macam agak boleh sara dia dan korang pun dah ok dah. 


Apa suggestion aku?

Suggestion aku kepada perempuan, mungkin korang boleh cari calon suami yang gaji die lebih tinggi dari korang. Ni pun kire cabaran pada lelaki jugak ni, sahut je lah :p





pss : tapi bila dah cinta, soal duit entah jatuh ke tangga berapa dah, yang penting i love u, u love me and kita kahwin cepat-cepat. kan?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

26 comments:

gadisBunga said...

haha. sebenarnya asal husband nanti boleh tampung basic need, cukup makan pakai, tempat tinggal yang 'ok', cukup utk bayar hutang segala, and boleh set aside utk simpanan, dah kire ok. kite bukan la nak cari org yang gaji puluh2 ribu pun...heheh~

aNdi.Hanin::حنين نظوره said...

karangan joe skarang banyak perkataan "OK" .hehehe.

kiraan belanja kahwin tu mcm xkena je,, sejak brg naik ni, skrang kenduri mau RM6000-8000

pelamin = RM1500, baju kahwin kire lain

hantaran RM10,000 budak pas SPM pun 10ribu gak..hm..dunia2.

lepas kahwin makan pasir..haha! (pasir pun mahal skang ni.isk)

joegrimjow said...

@gadisBunga

untung husband tu

joegrimjow said...

@aNdi.Hanin::حنين نظوره

gambo amek kat google
hehe

ok

Fazrol said...

Aku suka gambar yg bawah tue...
Money isn't everything....

Jangan kahwin kerana harta... Tidak ke mana...
Kahwin kerana Allah, bahagia sampai ke syurga... InsyaAllah...

Diana @ bilakukatacinta said...

- maybe utk gurls yg gaji dia kecik, tp maintenance dia besar mengharapkan guys yg agak berduit..yelah..sape nak tolong top up segala mcm belanja (include all the payment for kereta...umah...belanja dapur ..n etc)

dan igt gurls - bahagiakah anda bila hubby bergaji besar tp asyik berumah tngga di opis dan outstation merata?

for me, kalau dua2 bekerja..itu lebih baik..gaji sape lebih besar - kenalah give n take..honestly, my salary lebih besar dr my hubby...and i accept the facts that kalau kita ikhlas mmberi - baik utk suami, adik bradik, famili..kita akan rasa bahgia, sbb dpt mengembirakan org lain...;p

KuNanGKuNanG said...

kawan sy pun cakap camni..nak cari suami kene cari yg bergaji tinggi..huhu. tp bg sy biar yg sedang2 saje...hehehe

aNaYaNa said...

Gaji tinggi ke rendah yang penting tahu tanggungjawab dia untuk isteri dan keluarga..

joegrimjow said...

@Fazrol

:p

joegrimjow said...

@Diana @ bilakukatacinta

ada wife macam ni bahagia hubby

joegrimjow said...

@KuNanGKuNanG

soh kawan tu baca
hehe

joegrimjow said...

@aNaYaNa

banyak pon klu pasang lain xtertunai tanggungjawab buat ape ye tak?

Anonymous said...

@Fazrol
btl 2...kahwin la kerana Allah...pasti akan dipermudahkan segala urusan....Insya'ALLAH...

hanis aleeya aka gadis sepi said...

asal cukup makan pakai, cukup tanggungjawab je dah cukup bertuah.

<< nak kawen sementara masih study.

ceklala said...

bukan nak cakap duit tu tak penting tapi rezeki tu dari allah..kalo niat kita betul insyaallah allah tlg..

susah nak cari lelaki bergaji tinggi dari perempuan skang ni. pompuan lebih ramai yg gaji tinggi dari laki memang ramai..ape2 pun asal masing2 tau tanggungjawab mudah2an perkahwinan tu berkekalan :)

J.Syazwana said...

asal tak hidup merempat dah la. hahaha :P

JungRara said...

bagus la entry ni ;)

Pateh Adnan said...

duit guna nak buat semua benda. even buat majlis kecil-kecilan pon guna banyak duet kan. tapi tak salah jugak kalau lelaki tu mampu.

sebagai pompuan, mestilah kitorang nak lelaki yang mampu tanggung isteri ngan anak2 die nanti. takkan makan pon nak masuk buku hutang kann. hehee

jop singgah sini :
http://patehadnan.blogspot.com/

Ina Allen said...

joe, aku pernah tulis pasal ni!! hehehe

http://amalina-peter.blogspot.com/2010/06/duit-dan-pasangan-hidup.html

Suami aku tak kaya, tapi, lepas kahwin kaya bersama2. Alhamdulillah. Best!! hehe

APi said...

demo nok kawen umo 25 ko joe?
eh

Eri-chan said...

betul kena cari suami yang gaji lebih tinggi. sebab nanti ego suami jatuh. lagi parah dapat suami, tapi kena tanggung perbelanjaan keluarga yang semestinya tanggungjawab suami bukan isteri.

akuzle ayu said...

"tepuk perut, tnyo lapa kor dok"...ehhehhe

joegrimjow said...

@APi

24, tahun depe
hehe

joegrimjow said...

@Ina Allen

alaaa, tu masa student, xaci. hehe

samanosuke_04 said...

skang nie semua benda mahal, tue pasal mak bapak bimbang bila nak bagi anak pompuan dia kat laki, bayar loan rumah pun dah dekat RM1500 skang nie.. so kalo gaji RM2k, camne laa nak idop.. aku rasa mak bapak dan pompuan skarang bimbang jer, bukannye diorang laparkan duit sangat.. huhuhu

Nessa Sierra said...

my opinion, kalau ada keje tetap tu pon dah syukur dah. rezeki bila2 Allah bagi. Tapi papa i cakap better carik laki yg bpendapatan tinggi since smua barang2 mahal2 skarang! bukan nak cakap mata duitan but RM 1000+ is just not enough

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW