Share

Fenomena Search 30 tahun

Korang ada kumpulan muzik kegemaran?

Masa kecik dulu, ada satu lagu yang memang aku akan ingat sampai bila-bila. Apa dia? Isabella! Lagu tu sungguh style sampaikan dah tua berjanggut ni (erk, baru 23 ok) lirik lagu tu masih dalam ingatan. Mungkin kekuatan lirik + vokal penyanyi asal menjadikan aku sangat suka dengan lagu ni. Bila dah jatuh cinta pada lagu, mulalah jadi peminat rahsia kumpulan Search

Search dan aku

Dulu mana ada iPhone dan iPod ni, mp3 pun takde apa tah lagi mp4 kan? Jadi cara aku menghayati lagu isabella ni adalah melalui Walkman. Waha, masih ingat walkman? Aku punya walkman versi yang masuk kaset ok, bukannya yang masuk cd tu, tu dah kira baru dah tu. Rahsia yang akan terbongkar malam ini, aku beli walkman semata-mata nak dengar lagu Isabella berulang-ulang kali. Ahaa, itu zaman budak-yang-tak-cukup-umur

Sampai sekarang, memang kumpulan Search ni aku minat. Ya, sampai sekarang!




Pejam celik pejam celik, usia kumpulan ni dah menjangkau 30 tahun! Memang dah wujud sebelum aku lahir lagi! Dan sempena 30 tahun mereka di dunia hiburan ni, satu jelajah hujung tahun kumpulan ini khas untuk peminat – aku lah tu :p


Tarikh dan tempat konsert tu akan diadakan macam kat bawah ni (ceh, skima betul)

  • 19 November (5pm) – Penang, Stadium Batu Kawan.
  • 3 Disember (5pm)- Johor Bahru, Stadium Larkin.
  • 17 Disember (5pm)- Kuala Lumpur, Padang Astaka. (PJ)

Mungkin kat penang tu memang tak sempat nak pergi sebab aku sendiri ada hal, tapi kat KL tu aku akan ada. Wahaha, sangat excited ok. Tiket semua boleh dapatkan online atau kedai petronas. Ceh, stesen petronas pun boleh jual tiket? Hebat betul!



Oklah, nanti ada update terbaru, aku akan bagitau, kalau korang nak usha lebih, bleh ke laman facebook dieorang tak pun tengok kat sini untuk ketahu lebih lanjut


Last, jom karok lagu Isabella ni!! meriahh ok!



pss : hari ni ke UMK lagi. waha!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW