Share

Boyfriend saya lebih tua daripada bapa saya

Alam kahwin adalah suatu alam yang aku belum pernah rasai. Aku percaya alam ni sungguh best pada permulaannya, pernah dapat msg dari kawan sebaya aku yang baru saja melangsungkan perkahwinannya di pagi hari lagi 'best gila kawin' Msg 3 perkataan tu memang sangat pendek tapi aku memberi kesan yang cukup mendalam. Aku yakin, dia saja nak perli aku yang dulunya selalu sangat bagitau yang aku akan kawin dulu dari dia – last-last dia kawin dulu. Haha, sungguh unik dunia ni :p

Ok, kali ni aku nak kongsi dengan korang yang membaca mengenai satu masalah yang jarang didengari oleh masyarakat kita – tapi ada yang mengalaminya. Kahwin dengan pasangan yang lebih tu. Maksud aku, lebih lebih lebih tua dari kita sampai usia pasangan sama baya atau lebih dari usia ibubapa kita sendiri


Bagaimana ini terjadi?

Banyak sebab benda ni berlaku. Antaranya adalah sebab cinta. Dah jatuh cinta pada seseorang ni, dah tak kira dah faktor usia, semua main go on je. Mungkin juga terjadi sebab si pasangan yang muda mahukan secure yang lebih dengan berkahwin dengan pasangan yang lagi tua yang sudah pasti mempunyai harta yang banyak. Mungkin juga pasangan yang berusia tu – fuhh, ayat dia memang power sampai si golongan muda tertarik habis! Walau bagaimana ia terjadi, dah tergolong dengan golongan ini, ada beberapa nasihat yang aku boleh sarankan

macam berpengalaman pulak kan? :p

Kali ni aku fokuskan yang usia muda tu adalah perempuan dan berusia tu adalah lelaki. Memang ada kes lelaki muda kahwin dengan perempuan berusia, kita ketepikan yang tu. Kita fokuskan yang pertama tadi yang memang lebih ramai terjadi di kalangan masyarakat kita. Yang paling sedih, si lelaki tadi lebih tua dari ibu bapa kita. Oho, very awkward!

So, kepada si perempuan yang muda tu, boleh baca saranan yang ABANG joe nak bagi ni. Waha!


1) Make sure latar belakang lelaki berusia itu dulu


Bila dah terjerat dengan cinta usia berlainan zaman ni, make sure betul-betul si lelaki tadi tidak menipu korang. Kalau si lelaki tadi kata sekarang dia bujang, jangan main sombrono percaya. Dia bawak pergi jumpa kawan dia untuk buktikan, jangan caye, siasat sendiri. Kalau dia kata dia dah beristeri dan mempunyai masalah dengan isterinya, pergi jumpa dengan isteri dia dulu untuk kepastian. Sebab korang kena yakin, lelaki berusia ni cukup pandai bermain helah, dia kan minum susu dulu dari korang. Eh?


2) Itu cinta atau terdesak?



Ada jugak sesetengah perempuan tu, memang dah tahu yang si lelaki tu dah beristeri tapi still mahu bermain cinta dengan lelaki tu. Memang sangat kurang asam perempuan macam ni, tapi nak buat macam mana memang wujud dalam masyarakat kita pun spesis macam ni. Dalam hal ni, perempuan tu kena jujur dengan diri sendiri, adakah hubungan lelaki berusia tu atas nama cinta (ceh, macam lagu dah) ataupun lebih kepada harta? Kalau kepada harta, korang carilah lelaki yang lagi muda, banyak je lelaki muda kat luar tu yang kaya raya, tak semestinya tua. Nak ke nanti anak lelaki tu lagi tua dari korang. Oh oh oh, tak sanggup aku!


3) Mintak pendapat ibu bapa dan kawan-kawan



Kita ke situasi dimana dua-dua saling mencintai dan memang takde kekangan lain. Maksud – lelaki berusia tu memang betul-betul bujang, tak pernah kahwin dan si perempuan pula memang cinta pada lelaki tu memang niat suci murni lah. Soal macam ni, aku suggest korang mintak pendapat ibu bapa korang ataupun teman rapat. Dieorang lebih memahami. Kalau ibu bapa korang macam tak restu – biasalah typical rakyat kita malu menantu lagi tua dari diri mereka – bagi alasan yang konkrit sekonkritnya kenapa lelaki tu masih jadi pilihan korang.

Hidup ni cinta tu memang penting, tapi kadang-kadang cinta tu bercampo nafsu dan sebut pasal nafsu, syaitan ada jugak 'share' nya

******

Ok, itu saje dulu. Langkah tarakhir yang korang boleh buat – istiharahlah. Kalau betul lelaki berusia 70 tahun tu jodoh korang yang masa tu baru umur 22, go ahead, tuhan akan memudahkan apa yang terbaik untuk korang. Yang penting kena mintaklah =)


pss : erk, actually tadi jumpa dengan seorang atuk umo 71 tahun, bini dia umo 22 tahun – maka lahirlah entry ini. amazingkan

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

4 ulasan:

AmiezaMohamed berkata...

Assalam jo,nk tnya..HOM kt Kubang Kerian tu pkul brpe ye? :) HAB kul bpe?- miza

ekabukanmakcikkau. berkata...

ha'ah kan . manalah tau jodoh aku dgn laki kerepot umur sipi-sipi nak 70 kann . hahaha

joegrimjow berkata...

@AmiezaLurve

pukul 8.30 start esok :)

joegrimjow berkata...

@ekabukanmakcikkau.

adakah itu doa?
hehe

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW