Share

Benda yang perlu dijaga untuk kekalkan KEMERDEKAAN #Merdeka54

Masa aku kecik dulu, cita-cita aku adalah untuk jadi PM - Perdana Menteri. Sebab dah tertanam dalam otak separa sedar aku ni, sebab tulah aku jadi ketua kelas tadika masa tadika, ketua pengawas semasa sekolah rendah, juga ketua pengawas dua tahun lagi masa sekolah menengah, tak cukup dengan tu jadi yang dipertua masa matrik dan last jadi presiden untuk persatuan pelajar malaysia kat Sheffield. Gila kuasa ke? haha, ni bukan gila kuasa, ni adalah pengaruh cita-cita dari kecik yang nak jadi PM

=)

Pandang kebawah tanda PM ke7 tu sangat zuhud ok


Tapi bila dah dewasa sekarang, baru tahu pasal tanggungjawab dan macam sangat jauh je aku nak pikul benda tu. ahhh, sangat berat ok nak control satu negara ni! Hayat aku hanya sempat dengan pemerintahan Mahathir, Pak lah dan Najib. 3 orang PM ni masing-masing bawa pendekatan yang berbeza dalam pemerintahan mereka.

Mahathir dengan mahu mengangkat nama Malaysia supaya setanding dengan negara maju lain

Pak Lah dengan mahu mengembalikan Islam ketempat utama dalam sistem pemerintahan

Najib dengan mahu mengekalkan semangat perpaduan yang memang sekarang sangat susah nak control

Sebut pasal perpaduan, aku sangat teruja melihat hasil kerja matluthfi90, vlogger Malaysia dengan projeknya 'Made By Malaysian' Aku rasa video ni patut ditayang kat TV kot. kan? hasil kerja dan roh masej yang ingin disampaikan tu sangat terasa. Korang dah tengok? better tengok sekarang!




Aku setuju yang perpaduan sekarang ni selalu sangat diuji. Kalau sentuh bab bangsa ok lagi, tapi sekarang ni sampai melibatkan agama. tu sudah melampau! Aku sangat percaya Malaysia sekarang terbentuk hasil kerjasama semua pihak. Kita patut berbangga sebab keunikan negara kita yang memiliki pelbagai bangsa, budaya dan agama tetapi kita masih lagi berdiri teguh atas nama Malaysia. Cuma akhir-akhir ini kita kena jaga sikit supaya semua pihak tak terasa dengan apa jua tindakan kita!

Aku akhiri entry pendek ni dengan komik perpaduan - Lumba Kereta Merdeka. 














Kalau tanya aku benda apa yang perlu dijaga untuk kekalkan kemerdekaan? aku akan jawab - PERPADUAN!


pss : entry untuk Cabaran Malaysia #Merdeka54 dianjurkan oleh Blog Denaihati dengan kerjasama eQurban.com

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

20 ulasan:

Wadi AR berkata...

japp, aku nak gosok mata byk kali. *gosok gosok*








pitammmmm

Syat0za Zai berkata...

byk kete mainan? haha :)

joegrimjow berkata...

@Wadi AR

nape pitam? hehe

joegrimjow berkata...

@Syat0za Zai

anak sdare (xnak ngaku)

dayah berkata...

buat buku komik ni bagus..

thx sharing matluthfi vid, rambut mamat tu da pjg kan

joegrimjow berkata...

@hidayahjamal

xpasan plak tang rambut :)

iPai berkata...

terbaik laa joe .. komik pendekatan yg terbaik ..

hee, jadi laa PM joe .. nak gak member sorg jadi PM

Diana @ BKKC berkata...

united we stand ..divided we fall

joegrimjow berkata...

@iPai

xtejangkau dek akalku

joegrimjow berkata...

@Diana @ bilakukatacinta

like!

Syazwan berkata...

bagus la zuhud. ehem. kalau jadi PM, tanamkan semangat daya saing secara sihat dalam orang malaysia nih. baru maju =D








ingatkan kalau racing ada gurl pgg bendera >__<
hahahaaa

joegrimjow berkata...

@SyazwanSarawak

juling mata nanti kang

Neyra Shazeyra berkata...

komik kau terlalu panjang. AHAHAHHAA

joegrimjow berkata...

@neyra shazeyra

panjang2 baru syok

abduhu berkata...

joe, komik yang manarik..yes PERPADUAN itu penting..bersatu teguh bercerai rebah eh roboh..

Cik Penglipur Lara berkata...

budak-budak main gasing
lepas baca kepala pusing....
but well nice entry bro..

Tanpa Nama berkata...

cute lah entry ni..keep up Joe..!! =)))))

Knewrules berkata...

hope kita org2 malaysia ni dpt la smua bsatu hati...xde discrimination...xsyok tol la racist2 nih kan...=)

Nia Ridzwan berkata...

nice !
perpaduan tu penting.

Ashleymnpw berkata...

byk kete mainan? haha :)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW