Share

Apabila SYAITAN berkata TAK YAH

Syaitan adalah sekumpulan malaikat yang ingkar dengan arahan dari Allah s.w.t untuk sembah kepada Nabi Adam. Tapi mereka ni berlainan sikit dari Malaikat lain sebab mereka berasal dari sekumpulan jin yang dibuat dari api dan telah diupgrade menjadi golongan Malaikat. Sebelum keluar dari kelompok malaikat, syaitan sememangnya sungguh kuat beribadah kepada sang pencipta tetapi dengan sikap ego tidak mahu tunduk kepada Nabi Adam, maka lahirlah golongan dinamakan syaitan ini

Ketua syaitan bernama azazel. juga dikenali sebagai iblis laknatullah atau bahasa lain devil of lucifer

Setelah keluar dari kelompok malaikat, mereka merancang untuk memusnahkan manusia. Mereka berjanji sesama mereka bahawa akan membawa seberapa ramai manusia lain masuk kedalam neraka jahanam bersama dengan mereka. ya, janji sumpah yang sudah wujud sekian lama dahulu. Antara kejayaan besar mereka adalah mengeluarkan Nabi Adam dan Hawa dari dalam syurga turun ke bumi! Setelah turun ke bumi, mereka masih tidak puas hati dan akan menggangu anak cucu nabi adam hinggalah kiamat


Tahun 2025

Azazel dan anak-anaknya 7 ekor sedang melakukan satu upacara naik taraf seekor syaitan untuk jadi ketua divisyen baru yang akan menjadi ketua di seksyen bumi di panggil Malaysia. Sudah menjadi kebiasaan untuk ketua divisyen baru berkenalan dengan anak-anak azazel yang lain bagi mendalami bidang tugas yang akan dibuat. Nama syaitan itu adalah jagasazezel!


Azazel : anak-anakku, perkenalkan ketua divisyen baru - jagasazezel

Tsabr : hurm, agak kacak

A'war : tanduk berkilat, mesti kuat fizikal ni

Miswath : body fit, BMI mesti ideal ni

Dasim : mata merah, takutt i!


Azazel : DIAM SEMUAAA, aku bukan suruh korang komen bukan-bukan ok. Anakku bertujuh, Tsabr, A'war, Miswath, Dasim, Zaknabur, Khanzab dan Walhan, hari ini kita akan melantik ketua divisyen baru bagi menggantikan ketua divisyen lama yang sudah tak fit lagi untuk buat tugasan. Macam biasa, ketua divisyen baru ini perlu ketahui apakah tugasnya dan aku mahu korang bertujuh ceritakan bidang tugas masing-masing. boleh?

7-7 anak azazel : boleh sangatttttttt

Jagasazezel : terima kasih semua!


Azazel : Tsabr, ceritakan tugas kamu sekarang

Tsabr : Tugas senang je. Menggoda manusia berbuat maksiat ketika manusia sedang dalam kesusahan dan berada dalam kesedihan.Ketika manusia dalam kesusahan dan mendapat musibah, maka masa tulah Tsabr dan kuncu-kuncunya membisik manusia agar melakukan segala kejahatan seperti berzina,bunuh diri,menghisap dadah,minum arak,berjudi supaya manusia itu terus leka dan jangan kembali kepada Allah


Azazel : panjang betul. huh, a'war, giliran kamu pula

A'war : macam bro Tsabrm tugas senang je, tugasnya adalah menghasut manusia supaya mendekati zina dan terus melakukannya dengan apa cara sekali pun. Aku dan pengikut aku akan menggambarkan keenakan dan keseronokan berzina dalam akal fikiran manusia dan mengobar-kobar kan nafsu.


Azazel : niceee, ringkas dan padat, Miswath tunggu apa lagi, terangkan sekarang!

Miswath: Berlainan sikit ok. Tugasan adalah menyampaikan berita dusta atau penipuan yang mampu menimbulkan kemarahan dan fitnah besar,agar manusia itu akan kucar-kacir,hilang pertimbangan dan saling tuduh menuduh sehinggakan menyebabkan pertempuran yang hebat dan dahsyat.


Azazel : kira tukang pusing la ni. bagus, seterusnya!

Dasim: Tugas aku adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah, dan permusuhan.selalunya dalam kes rumahtangga dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan. Kes cerai banyak tu tugas akulah tu. wahaaa!


Azazel : NEXTTTTT

Zaknabur: Tugasnya adalah memastikan dunia ekonomi dan perniagaan akan tergugat. menghasut para pedagang agar sentiasa tamak dalam mengaut keuntungan,kecurangan dan penipuan dalam muamalah(perhubungan).Memastikan pengurangan dalam timbangan dan bekalan,kelumpuhan ekonomi melalui sistem inflasi.serta merupakan pengajak utama manusia dalam melakukan riba(bunga atau faedah dalam perniagaan).


Azazel : enko ni zaknabur, sebut ekonomi je nak panjang. pening ok. ok khanzab, ringkas kan!

Khanzab: I nye tugasan mudah je. Menghalangi dan ganggu umat Islam dalam melakukan solat. Serta mencari jalan agar dapat menyebabkan manusia tidak akan dapat menyembah Allah dan mengelakkan agar sembahyang menjadi sempurna. Sooo Simpleee


Azazel : last but not least, my fevret, walhan

Walhan: Menggangu umat Islam agar sentiasa was-was dalam berwudhuk(bersuci sebelum melakukan sembahyang).ini akan menyebabkan umat Islam tidak sah dalam solatnya.Wuduk merupakan kepentingan yang amat perlu dititik beratkan sewaktu beribadah kepada Allah.Walhan juga,menyebabkan manusia agar sentiasa membazir dalam menggunakan sesuatu perar atau benda.


Azazel : bagus, dapat semua tu jagasazezel?

Jagasazezel : ..................




Azazel : kenapa buat muka macam tu?

Jagasazezel : TAK YAH la buat semua ni?


Azazel : erk, kenapa?

Jagasazezel : sekarang ni manusia dah lebih teruk daripada kita kan? kita mana bunuh anak, depa siap buang anak dalam tong sampah lagi, kita mana ngaku kita tuhan, tapi manusia ada yg mengaku tuhan dengan slumber langgar perintah Dia. so, TAK YAH la kita goda manusia, dieorang lagi jahat dari kita!


"Katakanlah(Wahai Muhammad):"Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.Yang Menguasai sekalian manusia,Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik,penghasut yang timbul tenggelam,yang melemparkan hasutannya ke dalam hati manusia,(iaitu pembisik dan penghasut)dari kalangan jin dan manusia."
(Surah An-Nas:ayat 1-6)

pss : sumber dari wikipedia (kecuali watak jagasazezel) jangan lupa like dan tweet untuk berkongsi

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

14 ulasan:

Marhaen Kacak berkata...

mmg tepat sekali ayat yang last tu...kene ngan masa skrg ni

Untuk Renungan Umat Melayu Islam : Kau Masuk Gerakan Islam Ingat Kau Dah Hebat?

Unknown berkata...

what a great post joe...
teruskn lgi rencana2 mcm ni...

Wadi AR berkata...

gudjob joe. gua suke.

joegrimjow berkata...

@Marhaen Kacak

kena dengan kita

joegrimjow berkata...

@~M-i-M~

iA akan datang

joegrimjow berkata...

@Wadi AR

ku pon suke jugak!

farhana berkata...

jgn namakan anak azazel..haha

Diana @ BKKC berkata...

ada cerita bertajuk azazil akan keluar...muvie katanya. tak tahu betul ke tak..

a_a berkata...

clap clap clap!!!!!

joegrimjow berkata...

@farhana

jangan sesekali

joegrimjow berkata...

@Diana @ bilakukatacinta

hollywood ke?

joegrimjow berkata...

@a_a
LIKEE

Acik berkata...

dunia menuju ke akhir zaman ... :(

din berkata...

mengenai syaitan daripada golongan malaikat harap dikaji balik..ianya adalah cerita daripada yahudi iaitu israiliyat..mintak dikaji kerana ada percanggahan..

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW