Share

Tips orang tiada duit mahu bersedekah di bulan Ramadhan

Dah habis sehari puasa. Macam kejap je kan. Tinggal 29 hari lagi. Tadi buka puasa dalam suasana gelap – takde elektrik! Memang romantik betullah, aku, mak, kakak, kak moh dan bibik bukak puasa ala-ala candle light dinner, serius romantik!

Ok, bulan puasa ni antara aktiviti yang paling baik dan senang untuk dilakukan adalah sedekah. Ya, sedekah. Sebut sedekah ni, mesti kepala otak duk fikir orang tertentu saja dapat bersedekah. Yalah, manalah mampu nak sedekah sebab tak kerja la, takde duit la, kecik lagila dan macam-macam alasan lagi. Konsep sedekah yang hanya melibatkan duit ni sebenarnya konsep salah sebab amalan sedekah jauh lebih luas konsepnya

Ahaa, untung korang baca, jom kite tengok tips yang boleh dibuat untuk orang yang tak berduit untuk bersedekah di bulan puasa!

1) Senyum


Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Bagi yang takde duit papa kedana, senyum adalah sedekah yang paling murah + senang boleh kita bagi kat seseorang. Dengan gerak otot mulut tak sampai 1 saat dah kat seseorang, kita dah dikira bersedekah. Aku perasan la kan, memang sangat susah nak jumpa masyarakat kita yang senyum-senyum ni. Orang kaunter masam, penjual kuih masam, yang jaga pintu pasaraya masam, semua nak masam je. Apa susah sangat nak senyum ke? Entahlah, better kita start senyum ni, senyum je sampai otot kat mulut tu kejang. Ahaaa



2) Tenaga




Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Bulan puasa ni memang ramai yang memberi alasan untuk mengurangkan aktiviti luar sebab 'letih' atau 'takde tenaga'. Tahukah anda (acececeh) tenaga/kudrat menolong orang juga adalah sedekah. Tak kiralah guna tenaga tolong beli barang ke, tolong masak-masak ke, semua tu dikira sedekah. Hatta kutip sampah kat kawasan orang lalu lalang jugak dah dikira sedekah. Agak-agaknya sekarang ni nak bagi alasan lagi nak bersedekah? Miskin papa kedana macam mana sekalipun takkan la nak kerah tenaga tak mampu kan.


3) Makanan




Bulan puasa waktu yang paling glamer adalah bukak puasa. Sepatutnya waktu malam sebab nak qiyam kan, tapi berbuka tu yang menjadi tumpuan. Antara yang menjadi tumpuan – juadah berbuka. Trick yang boleh diguna untuk bersedekah dengan senang adalah sedekah makanan yang kita beli kat tempat-tempat tumpuan orang. Macam kat masjid ke, pergh, bayangkan orang berbuka dengan makanan yang kita sedekah tu, sangat banyak ok. Tak payah la nak mewah-mewah sangat sampai beli nasi beriani atau nasi kandar, yang tak perlukan duit banyak maca pisang ke, buah kurma ke, tu pun dah besar pahala tu. Besar pahala macam mana tu bukan tugas kita nak ukur, yang penting kita dah bersedekah


pss : selamat bersedekah =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

5 comments:

kaizen said...

byk lg cara untuk bersedekah kalau xde duit... salah satu mendamaikn org yg bertenkar...

latest entry Benda yang Aku BENCI time Ramadhan!! & Urban : Camera Paling CANGGIH

belog|amiyo said...

yup. senyum dan tenaga.

Nazz@Purple said...

mcm2 cara tuk bersedekah..tak boleh bnyak..sikit pun jadi..

candybiru said...

sedekah =) disini..heeeeeee..

Miszeifa Salahuddin said...

peluang bersedekah dibulan ramadhan byk2..

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW