Share

Empire Avenue Tips : Mengetahui makna nombor



Dah genap sebulan aku daftar di EAv ni! Belum cukup sebulan, tapi dah bergelar jutawan. Heh, best jugak bergelar jutawan ni, rasa banyak je duit tu. Okeh, kali ini aku akan bagi tips mengenai makna disebalik nombor yang menjadi antara faktor penting untuk berjaya di EAv ni. Aku juga akan bagitau, macam mana dengan memahami nombor-nombor ini, korang boleh memanfaatkannya untuk menjadi lebih kaya dan lebih berjaya!


A) 79.38 (Share Price)

Share Price adalah parameter yang digunakan untuk menunjukan betapa 'influence' korang di dunia maya. Bagaimana nak naikkan share price, aku dah cerita kat entry ni. Penting untuk share price semakin naik? jawapan aku, ya dan tidak. Ya sebab semakin naik Share price korang, semakin berpengaruhlah korang di social network. Tidak sebab kenaikan share price akan membuatkan lebih ramai pelabur baru tidak akan melabur kepada korang - mahal


B) +0.175 (Daily Changes)

Daily Changes adalah perubahan yang berlaku pada Share Price korang dalam waktu sehari. Apabila ada orang membeli saham korang, nilainya akan menjadi + (warna hijau) dan apabila orang menjual saham korang - (warna merah) Sangat penting untuk korang memastikan ia sentiasa hijau, barulah dapat menarik pelabur untuk melabur. Tak banyak takpe, asalkan sentiasa berwarna hijau


C) 1.31% (Current Dividend Yield)

Ramai yang tak paham akan kepentingan Current Dividend Yield ni. Walhal, parameter ini adalah sangat penting untuk pelaburan jangka panjang. Maksud CDY adalah jumlah dividend yang korang akan dapat melalui sesuatu saham. Walaupun dividend diberi mengikut purata dalam satu minggu, Current Dividend Yield adalah sangat penting untuk melihat prestasi saham itu dalam masa sekarang. Lagi tinggi, lagi elok. Cari yang mempunyai 1.1 % keatas.

Macam mana untuk menaikkan nilai ini, ada banyak cara. Yang pertama kena seimbangkan jumlah portfolio (saham korang beli) dengan jumlah shareholder (saham orang beli dengan korang). Kalau boleh biar jumlah portfolio lebih 5-10 dari jumlah shareholder. Yang kedua, korang kena beli saham yang mempunyai Current dividend yield yang tinggi jugak. Sebab tu masa nak melabur, CDY sangat penting untuk dilihat terlebih dahulu


D) 1.04/share (Dividend - weekly average)

Lebih kurang sama dengan CDY, weekly average adalah angka sebenar yang dibayar kepada korang dalam sehari. Biasanya akan masuk pukul 6 waktu Malaysia. Di EAv, mereka membayar dividend secara harian tetapi nilai mengikut mingguan. Contoh macam nilai aku diatas - 1.04/share, kalau korang beli max 200, sehari aku akan bayar korang 208e. Banyak kan? ya, sangat banyak! Kalau untuk ranking Malaysia, aku antara yang mempunyai Weekly Dividends yang sangat tinggi - no 3. Sebab terbaik untuk korang melabur =)

Bagi yang sukakan pelaburan jangka panjang, sememangnya weekly average ni adalah parameter yang dilihat. Kalau korang perasan, ada mat saleh yang membeli 500 saham terus, tu adalah sebab mereka yakin korang akan memberi pulangan untuk masa panjang kepada dieorang. 


******

Ok, untuk melengkapkan pemahaman korang, aku buat satu kuiz. Mana lebih baik?

  • Saham A : Share price 80, Daily Changes +0.32, Current Dividend Yield 1.22%, weekly average 1.02/share
  • Saham B : Share price 40, Daily Changes +1.42, Current Dividend Yield 1.02%, weekly average 0.42/share


Kalau saham A dan B masing2 korang beli 200, mana yang akan lebih memberi pulangan? Ya, jawapannya saham A. Walaupun duit yang perlu digunakan adalah banyak berbanding saham B, tetapi pulangannya jauh lebih tinggi dari B. 




Ok, kita pergi yang susah sikit

  • Saham A : Share price 80, Daily Changes +0.32, Current Dividend Yield 1.22%, weekly average 1.02/share
  • Saham B : Share price 20, Daily Changes +8.42, Current Dividend Yield 0.12%, weekly average 0.08/share



Jawapan korang? Masih saham A? Betul, tapi saham B juga punyai kelebihannya, iaitu untuk pelaburan jangka pendek. Nanti aku akan buat tips untuk pelaburan jangka pendek pulak. Kalau korang rasa entry ni bermanfaat, jangan lupa beli saham aku disini. Tak register lagi? jom register sini


pss : dah macam penganalisis saham dah aku ni. wakaka

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

16 comments:

Kujie said...

hihi Joe, lepas cuti 3 minggu saham kak jie drop banyak....skrg waktu yg paling sesuai utk dibeli. Kembali aktif.

Dividends (weekly avg.)
3,551 /day 0.36 /share

Daily Changes (+1.029)
Portfolio Value (+7.00)

tapi macam ramai yg dah aktif kat #EA ni, bermusim je

joegrimjow said...

@Kujie

ritu baru jual kak jie nye, nak beli balik nanti. hoho

Azah said...

joe, ku bakal drop lg dlm masa seminggu sbb x berinternet,... hoho..
harap shareholder ku yg satu ni msh setia.. :D

chekgu BaniHassim said...

hmmm.....

Azrul Hisham said...

hehe...like this article...

baru faham pasal benda2 kat atas ni...aku main taram je main EAv ni...kah3x

Hariz said...

Bro, Cam ne nk bagi Current Dividend Yield tu nampak? kt aku nye acc, xde pon kuar Current Dividend Yield bile view profile orang lain?

blog-tips-kurus said...

rasa macam grand je apabila turut berkecimpung dalam bidang ini. harus mengaji ni.. :-)

joegrimjow said...

@Azah

masih setia
hehe

joegrimjow said...

@chekgu BaniHassim

kenapakah?

joegrimjow said...

@Azrul Hisham

taram pon lebih sjuta dah tu
hehe

joegrimjow said...

@Hariz

oho, lupe nak cakap, kena install kat google chrome

joegrimjow said...

@blog-tips-kurus

sangat
kaji jangan xkaji

Dawa said...

oo kena install dulu ke br leh tgk current dividen yield tu? ic2

joegrimjow said...

@Dawa

yup
ada jumpa link x? klu xjumpe ku bagi

redbirdfe said...

xleh ler nak join avenue ni. blog sentiasa tidak berupdate. haha...STudy itu lebih penting! huhu

Merryn said...

ada orang ajak merryn sign up for this. dah sign up lepas tu tak paham satu sen pun.. dah idle @_@

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW