Share

Berdating dengan Mami

Entry asal adalah disini. Kalau korang rasa entry bawah ini layak untuk menang RM 150, jangan lupa LIKE dan juga TWEET kat bahagian paling bawah. Jangan lupa juga untuk vote contest ini sebagai finalis untuk DiGi WOWWW Awards untuk bahagian Best Internet For Good Awards. Klik gambar dibawah okeh =)  


Entry yang dipertandingkan adalah


******


Salam readerssssss.. Eh, ingat lagi tak aku ada menang satu contest Selamat Hari Ibu yang dianjurkan oleh blog Joegrimjow?? Hadiah ditaja oleh faridzulasyraf.com dan denaihati.com. Jumaat yang lepas kan dah dimumkan pemenang contest ni. Syukur Alhamdulillah sebab nama aku pun tersenarai sekali sebagai salah seorang antara tujuh pemenang yang bertuah tu..

Jadi tepat lebih kurang pukul 12.05am pada 4/6/2011, aku menerima e-mail yang mengatakan akaun Maybank aku dah di transfer RM50. So, itu la dia hadiah yang aku menang iaitu RM50.. wang tunai RM50 yang aku dapat tu, aku kena spentkan untuk mami aku. yelah, dah kata contest hari ibu. jadi hadiah yang dapat tu mestilah untuk mami aku walaupun aku yang masuk bertanding..hehe..:D [owh..mcm tu ehh..]

Sebenarnya sewaktu aku join contest ni pada awal bulan Mei ari tu, aku dah berkira-kira dah. Kalau aku dapat RM50 tu, aku nak jenjalan sampai pening dengan mami aku..:P [haih..cakap je pening. tapi tak de la pening pon..]

So, pada 4/6/2011, lepas je makan tengah hari aku pun ajak la mami aku dan adik aku ke Wangsa Walk Mall (WWM).. Ok, tak kan la jenjalan kat sana je kan. Sebenarnya dalam fikiran aku dah terbayang dah aktiviti bowling or tengok wayang.. Last2 aku pun ajak la mami aku tengok wayang. Tengok cerita favourite mami aku iaitu Nur Kasih The Movie.. aku yang suruh mami aku decide nak tengok cerita apa. [hmm..sbnarnya aku kalau tengok wayang memang tak layan sangat citer Melayu. konon2 selera omputih la tu.. padahal nak speaking pon tergagap-gagap..malu!!!]

ni time beratur nak beli tiket


mami dan lin..


So, citer ni start pukul 5.30pm.. haih..awal lagi. padahal waktu tu baru pukul 3.00pm.. Lepas je beli tiket, ktorg pun pusing2 la dari satu kedai ke satu kedai. Sekali mami berhenti kat satu kedai kasut. Alamak, harga mahal. Tak cukup dalam budget RM50 tadi.. Jadi tengok2 je la.. Aduh, dalam hati rasa serba salah. Tapi mami tak de la pula cakap yang dia berkenan dengan kasut tu. Dan mami pula tak de la minta aku belikan pun.. Fuhh...selamat. Tapi selama ni pun mami jarang minta sesuatu kat aku.. Cuma aku ada la juga bagi sikit duit gaji bulan aku kat mami aku. Berapa jumlah dia?? Rasanya tak perlu la nak citer kat sini. Ada la sikit2..:D

Aku tak citer pun kat mami or adik aku yang aku ni menang contest hari ibu kat dalam blog.. Mami aku pun pelik juga la sebab tiba2 aku ajak tengok wayang pula.. hehe..tetiba je kan. mestilah mami aku tu pelik. aku cakap la saja2 nak bawa jenjalan.. dah lama tak jenjalan sejak aku kerja. Sebab rasanya macam tak best pula la kan kalau nak citer. Nanti mami aku cakap, "oh..org lain yg sponsor rupanya.. ingatkan kamu yg brsungguh nak ajak keluar.." [agaknye mcm tu la..].. aku tak nak la mami terasa hati pula dengan aku..:)

Sekali lepas dah pusing2 tu, perut tetiba ade rase lapar2 manja plak.. Kami terus je pegi ke Food Court.. Kalau pegi mane2 aku lagi prefer food court rasenye.. Kalau makan kt fast food restaurant tu kenyang dia kejap je.. nanti lapar balik.. Haih..padahal dh mkn lunch pukul 12.00 tengah hari. Tapi perut ni saje je suruh minta isi balik..

Aku dan mami pun order la Sizzling Mee with Black Pepper Chicken.. yum2..mmg feveret ktorang yang ni..


mami tgh posing tu.. "jemput makan.."



dan itu aku..
Alhamdulillah..kenyang.. lepas dah abis makan tu kitorg posing jap.. Awal lagi sebelum wayang start..

me dengan mami..


ok, dah siap makan tu berjalan-jalan lagi.. dan amik gambar lagi dengan mami untuk masuk dalam blog dan mungkin juga untuk kenang-kenangan..:)




Pukul 5.30pm, ktorg trus ke TGV semula. wayang dah start..

tepat pukul 7, citer nur kasih pun abis. mami aku kata citer tu best.. aku pun iyekan je la sebab bagi aku citer tu kurang mantap la.. tapi yang tu lain kira kan.. asalkan mami aku terhibur...hehe.. so, misi yang pertama dah terlaksana.. kami pun balik lepas abis melayan filem.


masa on the way nak balik umah tu, kitorang singgah sekejap dekat pasar malam. masa jalan2 kat pasar malam tu, mami aku ternampak tudung.. aku tengok mami macam minat je.. duit tadi ada lagi baki. jadi aku belikan utk mami. lepas tu trnampak plak ade orang jual buah belimbing. tringin plak nak buat jus belimbing.. jus belimbing mami aku buat sedap tau..:D lepas tu beli belimbing




seterusnya, kami singgah ke gerai orang menjual sate padang/sate minang.. aku pun membeli 6 bungkus untuk makan sekeluarga.. ok nak cakap kat sini, sate padang ni feveret kami sekeluarga tau.. sedap gilerrrr.. kuah dia kan, lebih kurang macam rasa kuah black pepper untuk prosperity burger..hehe.. kalau rasa tak pernah lagi try sate padang ni, try je la.. x payah segan2..hehe..:D

balik rumah tu, kami pun makan la sate yang aku beli tadi.. dah lame juga tak makan sate padang ni.. last makan waktu aku balik sabah bulan 4 hari itu..

jadi, berakhir la dating bersama mami dan adik aku.. best juga sebenarnya.. dah lama aku tak dating dengan mami.. tapi aku rase mesti mami aku suspek nape aku mimpi nak ajak tengok wayang pula secara tiba2.. sebenarnya, ni kali pertama aku tengok wayang dengan mami aku.. terfikir juga dalam fikiran tu, haih..selama ni selalu dating tengok wayang dgn kawan2 dan pakwe je.. dating dengan mami pun best juga sebenarnya..hehe..

cukup ke RM50 tu untuk ke semua perbelanjaan di atas?? mari kita calculate sekarang..

tiket wayang (kos untuk mami seorang) = RM13.00
mee sizzling (kos untuk mami seorang) = RM6.00
air minuman beli kat cold storage (kos untuk mami seorang) = RM2.00
buah belimbing selonggok = RM3.00
tudung untuk mami = RM5.00
sate padang 6 bungkus = RM21.00 (sebungkus RM3.50)

so, total sume ni tepat RM50.. ehh cukup la.. cukup2 budget je.. sebenarnya sate tu aku beli sebab nak abiskan balance RM50 tu.. sebab dah tak de idea sangat dah time tu. ternampak pula sate padang, sebab itu aku beli je. balance time tu aku kira2 memang cukup la beli 6 bungkus..

so, itu la dia kisah aku yang membelanjakan hadiah RM50 yang aku dapat tu untuk mami aku.. jadi apa harapan aku?? aku pun tak sure jika idea aku ni dapat tarik perhatian juri. sebab aku tak de idea yang lebih kreatif dari ini.. sebab kalau aku just memberi RM50 duit tu kepada mami aku, aku tak dapat idea untuk menaip apa. jadi aku fikir, elok aku gunakan duit tu untuk membelikan sesuatu yang leh membahagiakan mami aku..:) jadi sekarang ni terpulang la pada juri.. kalah menang adat bertanding kan??

p/s: terima kasih sekali lagi untuk blog Joegrimjow kerana menganjurkan pertandingan ni.. hope dapat menang dalam DiGi WWWOW contest tu (BEST INTERNET FOR GOOD AWARD - klik je utk undi Mr.Joe).. sebab idea contest ni memang best..=) [thumb-up for them]



SUKA?
Bantu entry ini untuk menang dengan klik LIKE dan TWEET bawah ini

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bestnya..lama tak hangout dgn mama

lyna berkata...

gud luck kak!

l a d y d i l a berkata...

puan capa: hehe..best2.. pegi la hangout dgn mama..:)

lyna: tq2..

maceh kpd mereka yg like entri ni.. tp entri ni dh cut2.. klu nk bace full, klik kt link atas ok..

joegrimjow berkata...

@l a d y d i l a

cut skit. hehe. wah, dah 26 dah =)

l a d y d i l a berkata...

@joegrimjow

x byk sgt tu.. lgpn smpi 20 jun utk vote.. mcm2 leh brlaku..:P

tp ape2 pun brsyukur sbb ade yg sudi like.. trima kasih sume..:)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW