Share

Planet Gathering : 13 May 2011 : Bencana alam?

Bosan dengan cerita Video Sex yang tak habis-habis sampai video tu diserahkan kat US dah sekarang, banyak peristiwa hebat-hebat ketinggalan. Berapa kerat orang kita tahu pasal Planet Gathering esok? Hah, jangan kata korang, aku pun baru je tahu ni. Ni pun nasib baik terjumpa kat Internet, kalau tak memang sah sangat rugi - Sebab peristiwa tu akan berlaku pagi esok!


Planet Gathering

13 May 2011 merupakan tarikh keramat - yang mana 4 buah planet akan berkumpul dan boleh dilihat dengan mata kasar. Maksud berkumpul tu kesemua 4 planet ini berada dalam satu baris dan kita di bumi boleh melihat dengan jelas dengan mata kasar sendiri. Kali ini, 4 buah planet yang terlibat adalah Jupiter, Mars, Mercury dan Venus. Pastilah planet kelima adalah kita - Bumi



Apa yang menarik?

Sudah pasti menarik sebabnya sangat jarang benda ni berlaku. Last berlaku pada tahun 1996 dan kalau korang miss esok, kena tunggu September 2040 baru peristiwa ni berlaku balik. Jadi, tido awal dan set jam esok untuk tengok. Walaupun kita di bahagian khatulistiwa ni susah sikit nak tengok, tapi tak rugi untuk tengok. Boleh solat tahajud ye tak?



Macam mana nak tengok?


Walaupun kat mana korang berada, waktu terbaik untuk tengok adalah pada jam 5 pagi hingga 7 pagi pada Jumaat 13 Mei - Pagi esoklah. Tengok kat bahagan timur, rendahkan pandangan dan kalau berada kat tepi pantai atau atas bukit (tempat tinggi), lebih clear pandangannya. Waktu terbaik 30-45 minit sebelum matahari naik. Elok-elok je sebelum subuh tu. Dah tengok boleh terus solat subuh


Bencana alam?

Kereta rosak gempa bumi di Spain semalam

Sebenarnya menjadi kepercayaan sesetengah orang hari Jumaat merupakan hari 'tak elok' Ditambah pulak dengan hari di setiap 13 merupakan hari 'tak elok' jugak, sebab tu Jumaat 13 Mei merupakan hari 'tak elok berganda' Erk, pernah tengok cerita Friday 13th? Oke oke, lupakan pasal mitos, kita cakap pasal sains pulak, dengan 4 planet berada sebaris ni, memang tarikan graviti akan meningkat dan banyaklah benda seperti kenaikan paras air laut, ombak besar akan berlaku. Tapi sehingga setakat ni, saintis masih lagi tidak meramalkan benda-benda buruk berlaku

Walaupun Spainyol kena gempa bumi semalam, takpe, kita cool je


Hari Jumaat esok..... apa perlu buat?

Bagi kita orang Islam, Jumaat ni hari paling mulia. Pahala pun memang akan digandakan pada hari ni. Apa kata kita kunci jam dan bangun pukul 4-5 pagi. Lepas solat tahajud, kita tengok ke langit. Tengok kebesaran ciptaan Dia. Kot-kot boleh nampak keempat-empat planet tu dengan mata kasar, amek gambar  dan boleh dibuat update blog. Kan kan? 

Apa lagi, jom tidooo!!!


Baca selanjutnya



pss : Bencana alam sekarang terlalu banyak, orang bodoh je tak amek iktibar darinya. Jangan lupa share dengan kawan-kawan, walaupun dah agak terlewat

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

6 comments:

suffer8zine said...

bro kalau esok nampak jgn lupa snap ye, semua ready untuk esok, untungnya dapat tgk, last tgk planet lain time cerapan kat sk menengah dahulu kala

nur hidayah isa said...

wahh cam best je kalo dapat tengok planet tu...alaa tapi nk amek gambar takleh zoom lens ada orang pinjam...

shandye. said...

sape2 yg ada kamera dslr dgn lense power2 tu sila2 la snap eh?

teringin nk tgk marikh. my planet under my star sign. ngee...

me | is | aku said...

tapi sangat banyak gempa bumi this year. tiba-tiba teringat ayat Quran yang ada sebut pasal tahun yang berlaku banyak gempa tu..

Mr K said...

Boleh tengok guna Google Sky Map.

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

hehe..xpe bro..maklumat walaupun lewat tetap berguna =)

aku pun tak penah tahu pasal ni..tapi part friday 13th aku penah dgr..

err..peristiwa berdarah memali pun 13 mei kan>

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW