Share

Kenapa AF dah tak UMPHH

Malam ni teman kakak tengok AF9. Seharian penat kat Hari Belia tadi, malam ni rehat regangkan otot di atas sofa sambil mata tengok AF9. Rancangan yang memang dah lama tinggal tak ikuti perkembangan. Tak sedar dah musim ke 9 dah. Dengar kata ni musim terakhir. ye ke? Kalau ya, memang dengan mutu seperti sekarang ni, aku setuju sangat kalau nak diberhentikan.

Tak seUMPPPHH dulu!

Kalau dulu, sanggup berbaik dengan warden asrama nak tengok AF punya pasal. Suruh cikgu pasang astro lagi kat asrama supaya boleh tengok AF. haha, comel pulak rasanya dulu-dulu. Sebab utama tengok sebab ia adalah hiburan yang menghiburkan. Sekarang ni, hiburan yang.... membosankan?

Dengan kembalinya Aznil sebagai MC - yang mana kekuatan AF ni antara faktornya adalah MCnya, pun sama memang membosankan jugak. Pak nil dah hilang bisa pun aku tak tahu, tapi serius aku type entry ni masa dieorang tengah nyanyi lagi kot. haha. nampak sangat bosankan?

ko joe, dah bosan buat entry jugak!

- senyum je lah joe =) -

Okeh, kali ni aku nak cite sikit kenapa AF dah tak semakin UMPHH


1) Kelahiran program realiti tv yang lain

Mentor


Sekarang ni berlambak-lambak program realiti yang mencari bakat nyanyian di Malaysia. Sebut saja channel mana, semua ada. Dulu ada Malaysian Idol yang mencabar AF ni, lepas tu ada lagi Mentor sekarang yang memang aku rasa kualiti penyanyi lebih baik dari AF ni. Tak cakap lagi yang lain, sebab banyaknya program realiti ni, maka kurang orang tengok. Dah kurang tu, mulalah kualiti dah takde. Ni nak salahkan siapa? entah la labuuuuu


2) Kezutan yang membosankan


Ciku cak


Dulu suka tengok kejutan-kejutan yang dibuat. Macam kita penonton tengok pun memang terhibur habis lah. Aku kalau balik rumah masa sekolah dulu, memang satu family tengok kat tv tu. Tapi sekarang ni, sebab kejutan yang dibuat hambar semacam je, kadang-kadang pelik tengok, macam taraf filem 3 kupang je. Entah siapa yang reka kejutan-kejutan ni, nak buat pun buatlah betul-betul. Barulah yang penonton ni terhibur gitu


3) Peserta yang tidak berkualiti


Sperma tak berkualiti


Orang kata AF ni sama macam tahap karaoke. Haha, takdelah seteruk tu. Up sikit lah (jaga hati) kualiti peserta ni berkait rapat dengan popularnya sesebuah rancangan tu. Mungkin dieorang tengok Faizal juara AF tu entah kemana sekarang, sebab tu tak ramai yang nak join tu. Tak pergi kemana kalau menang pun. Hehe. Memang yang buatkan penonton lekat dengan TV adalah nak dengar kemerduan suara tu, bila dah tak merdu, UMPHHH nya pun akan kurang secara automatik


******

Bagi 3 je?

Hehe, aku bukannya orang pakar sangat, jadi pandangan aku ni berdasarkan pemerhatian penonton normal. Tertarik dengan pengkritik malam ni, Sham Kamikaze yang aku rasa dia punya kritikan tu jelas dan padu. Kakak aku bersetuju siap angguk lagi. Aku cite yang sham kamikaze dah berubah kat die, semangat suruh aku Google sham kamikaze dah kahwin ke belum. kekeke. Kalau korang perasan tadi, masa dia kritik lena, pandangan dia kebawah. Wahh, merendahkan pandangan gitu. 

At least kita belajar sesuatu dari dia. Besar pengaruh orang yang membawa agama ni. Susah macam mana pun, kesannya besar!


pss : Ramai betul orang kat Putrajaya skrg!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

22 comments:

Puteri Iqa Izyan said...

AF makin tak best. =.='

joegrimjow said...

@Puteri Iqa Izyan

kannnnn

Syahir Ramli said...

MENTOR 5 LAGI BEST!!!pljar AF yg ade antrenye tu adelah recycle dr rncgn realiti lain n konsert prelude depa....

joegrimjow said...

@Syahir Ramli

recylce eh?
hehe

J.Syazwana said...

entah lah tapi tak teringin pon nak tengok AF. hahaha :P

Aunty P :) said...

yeah taw takpe, I ngan cousin berbual hal lain sambil tengok af nih tadi . errk

Aisumi Chan Kawa'i said...

xtgk af pun.. layan tv3 cite cerekarama..

Syukri Mohtar said...

kejutan yang membosankan..weird pulak tu..siap nak ade imuniti bagai..

joegrimjow said...

@J.Syazwana

DAH XLAYAN DAH ek?

joegrimjow said...

@Aunty P :)

erk?
haha
sama2
siap tulis entry

joegrimjow said...

@Aisumi Chan Kawa'i

cite2 ape cite ape?

joegrimjow said...

@Syukri Mohtar

imuniti - survivor

Kumbang Jingga said...

tak best...nyanyi tak sedap..sound system tak berkualiti langsung...

Rye Skema said...

betul3..mmg patut lah dah last season kali ni..

Paan Sabri said...

dari dulu sampai sekarang aku tak pernah tengaok af kot.. lansung tak berminat.. lol


paanthology:

>> tentatif hari perhimpuanan sejuta belia.
>> sape cakap driver teksi tak cool?.
>> api, air, elektrik mana lagi penting?.

SofieyAzwa said...

AF? Err.. Xnah tgok.. Tapelaa dah last.. Dah ramai sangat dah peserta dia. X kenal dah yang lama2 tu

Megat Azfar said...

aku rasa bila aku cakap ni mesti ramai yang tak suka, but anyway, ini pandangan aku je.

bagi aku, semua ni psikologi kita je sendiri. kita set in mind yg AF dah tak best, memang jadi tak best

sebenarnya aku dulu tak pasang astro dari af1-af8, aku layan full af9. aku rasa af9 lebih hebat sampaikan aku tatau sape akan ke final sebab semua top 5 ada kelebihan masing2.

tadi persembahan ERUL, serius, jarang aku naik bulu roma time tengok orang nyanyi dalam tv melainkan live.

pastu, mentor, aku layan dari mentor 1-4, mentor 5 sebabkan hari ahad, aku balik kolej, so aku tak layan sangat. bile aku layan, aku cakap, pebenda ni??

kelebihan mentor, bajet mereka banyak. tengok jela prop bagai..

aku rasa pasal peserta, dua2 realiti program adalah sama2 hebat.

pasal sham kamikaze, aku pun notice jugak dia tundukan pandangan, tambah2 lagi peserta perempuan. such a good role model now. sangat kagum.

anyhow, ini just pendapat. tayah nak hentam bagai. oke. bye.

munimontel said...

@Megat Azfar

memang sham kamikaze dah berubah
http://www.youtube.com/watch?v=IbKnErx5HTE

Saffrina Ropiee said...

kebanyakkan pelajar AF, lepas habis je AF, lesap sunyi sepi.

Mr Syafiq said...

aku tengok AF sampai AF5 saja, lepas habis AF5, aku tak layan langsung tengok AF :)

Chybee said...

dah tak layan AF dah. baik layan AI. tp AI dah abis :(

Patricia said...

@ Syahir Ramli recylce eh? hehe

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW