Share

Pemenang Kelantan WLC Musim ke5

Kelantan WLC adalah pertandingan menurunkan berat badan yang dianjurkan oleh Distributor Herbalife di Kelantan yang bertujuan untuk membantu sesiapa sahaja yang ingin menurunkan berat badan dalam suasana yang lebih mencabar. Mencabar sebabnya yang menang dapat hadiah. heh, CASH lagi okeh. Ini dah masuk musim ke5 dah, bermakna dah ada 5 orang pemenang dan berpuluh-puluh peserta lain yang sudah menurunkan berat badan

best kan. turun berat dapat hadiah =)


Antara yang hadir awal


Untuk musim ke5 ni lebih special sebab dapat tajaan hadiah hamper dari SUK. Masa majlis perasmian pun ada wakil dari ahli parlimen yang turun padang. Baguslah sebab pertandingan sihat macam ni sepatutnya dapat support dari kerajaan. Dan untuk musim seterusnya, akan bertambah-tambah besar lagi penajaannya. wahaa =)


Pengiraan pemenang

Ohh, untuk makluman korang, pemenang dikira berdasarkan mata. Ya. berdasarkan mata. Ada 6 yang diambil kira, bukan semata-mata berat badan sahaja. Jadi, cara ini dilihat lebih berkesan. Barulah adil, takdelah orang tu tak makan nasi maka dia menang. bukan2, kita mahu pertandingan ni ubah gaya hidup peserta. dengan cara gini, baru peserta rasa lebih tercabar


abang joe bagi taklimat



Siapakah pemenang?

Penurunan berat sebanyak 34 KG berjaya dicatatkan pada malam tu. Tu pun ada 6 orang peserta yang tak dapat datang. Kalau 6 peserta ni datang, mungkin cecah 40 KG lebih. wohoo. Jadi, pertandingan WLC ini telah berjaya MERINGANKAN negeri Kelantan sebanyak 34KG dalam masa 1-2 bulan. Banyak tu!! 

Pemenang no 3

Saudara Piji
Mata keseluruhan 150 (berat turun 3.8kg)
Hadiah barangan hamper kecantikan, cenderamata dari mercedez dan CASH RM 50


Pemenang no 2

Saudara syafiq
Mata keseluruhan 185 (berat turun 11kg!!!)
Hadiah barangan hamper kecantikan, cenderamata dari mercedez dan CASH RM 100



Pemenang no 1

KAK NAH!!!
Mata keseluruhan 208 (berat turun 3.5kg)
Hadiah barangan hamper kecantikan, cenderamata dari mercedez dan CASH RM 350


Bersama pemenang no 2 - coachnya di Sarawak, aku pembantu coach je. hehe
  

Aceceh, ada barangan tajaan dari mercedez lagi tu. haha. Untuk musim ke6 (yang akan diumumkan tak lama lagi) pemenang no 2 dan no 1 antara hadiahnya adalah dibawak berarak menaiki Mercedez Benz CLS mengelilingi Bandar Kota Bharu. wahaaa, ni yang suka ni. Terima kasih kepada penaja yang sudi menaja =)

Tahniah kepada para peserta dan jumpa lagi di musim seterusnya!!!


pss : kegembiraan maksimum adalah dapat ucapan terima kasih kerana berat dan turun dengan program ni. uhuuu, terharu...... =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

4 ulasan:

Sesopie berkata...

Wahh.. Hadiah lumayan.. Wat kat Kelantan je ke?

joegrimjow berkata...

@SofieyAzwa

stakat ni kat klantan je
huhu

Unknown berkata...

seb bek aku tak masok..

joegrimjow berkata...

@JIJI YU
kenapa nasib baik?
hehe

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW