Share

Menjadi anak yang berdosa?

Pagi selepas subuh, turun ke dapur untuk ambil shake. masuk saja ke dapur, terbau karipap yang enak digoreng. bibir aku mula senyum. seakan tahu siapa yang di dapur seawal pagi begini. Menjenguk ke dapur, ya tekaan aku tepat. Mak aku disana!


'make la joe karipap ni, bazir tok make'

'mi tok buat shake?'


'hari ni tok la, make karipap sedap sikit'

'joe tok make, wi kore lain lah'


Memang hanya mampu tersenyum, tapi hati ni memang sangat sakit!


********


Program diet mak

Masa aku balik dari UK dulu, mak aku tiba-tiba jadi menggelembung. terkejut jugak kenapa boleh jadi semontel tu. Dulu berat dia hanya 59, tapi setelah aku balik tempoh hari, beratnya bertambah sehingga 66kg! ooh, tinggi dia hanya 148. memang nampak besar dengan ketinggian macam tu.

Jadi, nak tak nak memang aku dah set program diet pada mak aku. alah, kalau orang lain boleh aku ajar camne nak turun berat badan, takkan mak sendiri pun tak boleh? Dah set program kepada dia untuk turun sehingga 55kg. Walaupun berat ideal adalah 48-50 saja, tapi biarlah 55 je. nanti jadi macam anak dara pulak turun banyak macam tu. Alhamdulillah, dia berjaya turun 6kg!



Tabiat yang sukar diubah

Mak aku memang seorang yang sangat suka makan. dia tak makan banyak, tapi sangat kerap makan. maksud sangat tu adalah sangat sangat! Memang aku susah nak control dia. Lepas sahaja turun 6kg tu, jadi 60 saje pada masa tu, dia mula langgar program yang aku buat. Boleh minum shake lepas tu bedal karipap? memang bertambahlah berat badan!

Aku tegur yang program turun sampai 55, ni baru sekerat jalan baru ni. Tak banyak lagi ni. Tapi dia balas balik, lapar. Yang peliknya dulu boleh je. kenapa sekarang ni tiba-tiba boleh lapar? haiya! Ditambah back up dengan abang dan kakak aku yang tak bagi mak diet, maka bertambah seronoklah mak aku makan-makan! haiyaa


Tegur mak

Sebab badan dia tiba-tiba naik 2 kg, memang aku marah kat dia. Dia makan banyak aku marah, dia makan kerap aku marah. Yang aku tak boleh tahan, lepas minum shake, boleh pulak dia makan benda lain lepas tu. dah jadi program naik berat badan!

Last sekali - dia marah aku balik!

'biarlah, perut mi, sakit mi, make banyok pun takpo lah. nok wak ghano, raso lapar kenolah make!'



Anak ni kalau mak marah, memang akan terasalah. Walaupun benda yang aku buat tu untuk kebaikan dia, tapi sebab dia tak nampak, kena marah balik, memang tergurislah hati ni. Tak nak jadi anak berdosa, aku buat keputusan untuk tak tegur dia, biarlah dia makan-makan - makan adalah hobinya! Tapi aku dah tekad, selepas berat dia cecah 62, aku akan start program balik


Susah mahu turun berat badan - cara terbaik?

Semalam officially berat dia 62kg. haha, memang sangat gebu dah sekarang ni. Hari tu baru turun 6kg, habis semua tanya, sekarang naik balik dah. jeng jeng jeng, tibalah anak dia datang untuk menyelamatkannya. Tapi kali ni, aku guna pendekatan lain pulak. pendekatan physologi yang sangat berguna


Find WHY

Bagi yang dah berumur nak turun berat badan, memang sangat susah nak turun berat badan. Mak aku ditambah dengan selalu sakit lutut, tak bersenamlah jawapannya. bersenam depan tv tengok sinetron adalah. Jadi, telah sit down dengan dia (macam nak closing volume besar dah!), aku tanya dia kenapa dia perlu turun sehingga 55kg! Antara sebabnya

  • Senang nak buat ibadah
  • Energy akan bertambah
  • Makin cantik
  • NAK KE UK!




Yaaa, WHY terakahir tu yang aku cakap phsyco nya. Bulan 7 ni aku dan dia akan ke UK untuk hadiri majlis grad aku. Kat UK, almaklumlah memang transport utamanya kat bandar tu adalah jalan. dengan jalan kaki ke hulu ke hilir, memang berat kena ringan baru larat nak berjalan. Aku cakap kat dia, dalam 2-3 bulan ni, kena sampai 55kg, barulah nanti senang nak berjalan


How menjadi senang

Sekarang ni aku dah tak perlu marah, dah tak perlu tegur kat dia. Hanya sediakan dia dengan Herbalife je. Yang lain dia buat sendiri. Sebab dia tahu, dia memang kena turun sampai 55kg, buatlah macam mana pun yang pasti berat mesti turun. Bak kata orang putih, do or die!


Sekarang ni dia baru sehari jalankan program balik, doa-doalah supaya dia capai berat ideal tu! 


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

20 comments:

Cute Mommy said...

Joe,
Saya ni pon mengalami masalah berat badan yg tak ideal...sekarang ni sy da cube kurang mengambil nasi di waktu tengahari..dan saya ada rasakan yg badan sy ringan sikit..tapi saya rasa mcm tak cukup..jadi bile sy baca entry pasal mak joe ni saya teringin sgt nak ambil herbalife..mcm maner ye sy nak dptkan produk herbalife ni?

dis is my email : mrsmazalan@yahoo.com.my

thnk you.

joegrimjow said...

@Cute Mommy

dah email
;)

Syima Syaz said...

tu lah joe, saya pun kesian tgk kalau dia lapar...tapi sbb saya rasa peyut dia makin ke depan, saya dah tak boleh pikir kesian2...dah ckp dgn dia 'nanti pakai baju kahwin, nampak perut..tak ensem'.dan ingatkan dia yang makcik saya cakap masa tunang 'ANGGUR KAU NI GEMUK, MCM TUNANG KAU...!'...
so nekad..herbalife!

eton said...

hummm mis my mom la... mak sy pun berat badan naik lepas lahirkan adik.. tp alhamdulilah dia sihat.. hehehe

zahidah dihaz said...

asyik lupa je nak msg joe tanya pasal herbalife...


New Entry: FACEBOOK | KOREAN DRAMA FAN CLUB

FarhanaDr said...

Joe!! Aritu ku browse through pasal produk Herbalife ni, baru ku tahu minuman yang sama, boleh jadi 2 fungsi, tambah berat badan dan kurangkan berat badan. Sebab minuman ni sebenarnya pengganti makanan utama, cuma kalori dia tak adalah sebanyak makanan yang kita selalu makan. Dan kita kurangkan berat badan sebab kalori yang kita ambil dah kurang. Dan Herbalife tolong mempromote kepada shaping badan yang lebih cantik. Nak tambah berat badan, ambil shake, lepas tu kena makan. Kira banyak kalori laa diambil. Betul kan? Hee.. :)

Yang pasal air tu pon ku bace kat satu blog. Blog housemate Cik Jard tak silap, cakap pasal kurangkan berat badan dengan minum 4 liter air sehari.

Jadi basically kalau ikut betul-betul program Herbalife ni boleh mendatangkan kesan pengurusan badan yang drastik kan? Sebab konsep turunkan berat badan dia simple je. Banyak guna konsep fisiologi tubuh manusia yang logic. Yang pasal substitution meal tu, mungkin produk-produk lain pun buat macam tu je lebih kurang, tapi yang minum air sampai 3, 4 liter sehari tu ku baru belajar dalam program Herbalife ni. Hee.. :)

Thanx!! Ku akan terus chaiyok!! Haha.. ;)

joegrimjow said...

@Syima Syaz
yeahhh
nekad!!

joegrimjow said...

@eton

jangan terlampau 'sihat' sudah =)

joegrimjow said...

@zahidah dihaz

masih menunggu
=)

joegrimjow said...

@FarhanaDr
wahh
panjang lebar =)

caiyook

►AdamXis◄ said...

Assalam...waaahhhh sejuk mata memandang tgk gambar si ibu dan si anak...bagusnya anak nie...

Entri terbaru►Agama : Hukum Jawab Salam Ketika Chatting

ety piah radzi said...

boleh bagi detail tentang herbalife. email to me. tq

etyradzi@yahoo.com.my

Tuan Din said...

joe, jangan lupa suruh Umi trainin jalan kaki pagi petang...
kalu kurus jer, tapi takder stamina pun susah jugak!!
anyway, Good lakh!!!

joegrimjow said...

@►AdamXis◄

sejuk lagi hati mengenang
aceceeh

joegrimjow said...

@ety piah radzi

akan diemail =)

joegrimjow said...

@Tuan Din

die sakit lutut bro
xleh nak jalan kuat sangat
huhu

>Misz Farah..?< said...

as salam. just following ur blog.=)

bile bce kumen2 kakak2 and abg2 kat atas, teringin juga nak turun berat badan. bole bantu?

dan seriously, apekah itu herbalife? pena dgr but tak aware lansung [sal kgunaannya. bole tlg story2 sikit?
thanx.

this is my email: fara_poohgirl@y.c.

Cute Mommy said...

@joegrimjow

Tq Joe...

Matjoe said...

ibu mana pun akan terharu joe

joegrimjow said...

@Matjoe

=)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW