Share

Gempa Bumi di Jepun : Setelah 1 Bulan - Kizuna dan Introspeksi

Genap sebulan Jepun - Negara yang terkenal dengan kemajuan ekonomi dan sikap rakyatnya bersopan santun - sekali lagi negara ini digegarkan dengan gempa bumi semalam. Nasib baik, walaupun berskala 7.0 SR tetapi tiada nyawa yang terkorban. Gempa kali ni adalah kali ke3 yang dicatatkan lebih 7.0 SR sepanjang sebulan yang lalu


Kizuna

Seramai 28 ribu dipercayai mati dan hilang akibat gempa bumi sebulan yang lepas. Selama sebulan ini, dianggarkan 310 Billion USD kerajaan Jepun menanggung kerugian. RM 1 Trillion lebih tu! Dengan pertolongan dari negara-negara lain, termasuk Malaysia, hari ini Perdana Menteri Jepun mengucapkan terima kasih kerana menghulurkan bantuan yang tidak henti-henti kepada rakyat di Jepun



Kizuna atau ikatan kasih sayang ini sememangnya membantu Jepun membangun semula menjadi negara maju dari segi ekonomi. Walaupun berlainan bangsa dan agama, atas dasar kasih sayang kita di Malaysia juga tidak henti-henti menghulurkan bantuan kepada mereka. Bagi mereka yang tak sempat nak hulur duit, aku yakin doa mengiringi penduduk di Jepun untuk meneruskan kehidupan mereka


Introsepeksi

150 000 penduduk Jepun sekarang adalah 'homeless' Kalau dulu mungkin mereka 'berduit' setelah tragedi yang hebat ini, jumlah yang homeless meningkat dengan mendadak. Aku tak dapat nak bayangkan kalau negara kita (nauzubillah) dilanda tragedi sebegini rupa dan bagaimana kita mahu hadapinya.



Bermuhasabah setiap hari dan sentiasalah bersyukur dengan keamanan yang kita ada sekarang. Sebulan ni, begitu ramai kawan-kawan kita disana bergelut dengan kehidupan yang tak menentu dan kita disini masih mampu mengorak senyum setiap hari dengan kehidupan yang aman damai ini. Sama-sama menjaga keharmonian negara, tragedi yang berlaku atas izin Allah ini bukan berbentuk fizikal semata-mata, mungkin dalam bentuk yang jauh melebihinya. Semoga walau apa pun tragaedi yang menimpa, hati kita cekal hadapinya


Baca selanjutnya

Sekarang ini mereka tengah 'berlawan' dengan kesan radiasi. semakin hari semakin teruk. doalah kepada meraka supaya perlawanan ini kemenangan adalah milik mereka!


pss : negara kita dilanda tragedi anak tiada ayah dan ibu. anak ini rumah pertamanya adalah di tong sampah. 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

6 comments:

syzwnsrwk said...

#prayforjapan, hopefully mereka dapat menempuh dugaan hebat dari-Nya

sesetengah daripada masyarakat kita ni masih bergulamang dengan maksiat, tak sedar-sedar lagi.
teguran untuk semua orang termasuk saya sendiri

pepatungbiru said...

sedeyh kan..

joegrimjow said...

@syzwnsrwk

gejala di negara kita

joegrimjow said...

@pepatungbiru

sangat

UBM said...

Negara kita ni nak dikutkan banyak gelaja yang Allah tahan je nak bagi bala. terlalu teruk2. contoh macam miss pondan tuh. sigh~

joegrimjow said...

@UBM
dapat liputan kat media perdana ke miss pondan tu?

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW