Share

Body berketul-ketul vs lemak berkepul-kepul


Orang kata jangan tidur lepas subuh. Habis hilang rezeki! Malam semalam sebab baru balik dari Shah Alam pukul 3.30 pagi lebih, lepas solat subuh, memang tidur terlajak sampai pukul 11. Mak eh, hari ni dah la ada STS, boleh pulak terlepas! Bangun siap-siap, kereta pulak takde. haiiyaaa. Rezeki awal pagi dah terbang!


Ok, habis bebelan awal pagi

Gambar kat atas tu merupakan ahli gym New Fort Xtreme kat Kota Bharu. Tempat yang ada aku buat Nutrition Club. Best okeh tengok orang work up kat sana, tiba-tiba terasa nak b0dy besar. Yang pakai baju warna pink tu, adib nama dia, kalau tengok dia punya lengan - huiiiyooooo, sangat hebat! Mengiurkan dan menjadi idaman kepada orang lelaki di luar sana. termasuk aku. kekeke


Aku perasan, memang lelaki umur 16-25 tahun menginginkan body yang hebat. Mungkin untuk dibuat tarikan oleh sesiapa yang melihat. Patutlah gym tu penuh dengan orang berusia golongan tu. Golongan umur macam ni biasanya masih 'mampu' untuk work up yang hardcore-hardcore. Bila dah meningkat umur, memang nak tapi rasa dah tak 'mampu' Fakto usia mungkin?


Perkara asas untuk permulaan memiliki body mantap


Aku takkan hurai benda ni banyak dalam entry ni, ye lah sebabnya badan sendiri tak hebat lagi. keh keh keh. Bila dah badan mantap, baru kita kata a, a yang dibuatnya. bila kita kata b, b dibuatnya. hehe. Kat sini bagi sesiapa yang nak work up, pastikan korang cukup 2 benda ni
  • Duit
  • Masa

Duit sebab kalau nak masuk gym tu kena bayar. Lagipun kalau nak cepat, kena ada suplemen untuk menyokong. Proteinlah maksudnya. Semua tu pun kena guna duit. Masa sebab nak work up kena ada 2-3 jam sehari baru habis rutin baru boleh balik. Nak 3-4 hari jugak seminggu. So, kalau 2 ni tak dapat diberi, memang susah nak dapat body kat atas tu


***********


Body berketul-ketul vs lemak berkepul-kepul

Wokeyyy!!! Dah masuk tajuk. haha, kurang asam punya entry panjang benda lain. Ok, aku nak share sikit mengenai perkara biasa bagi orang yang work up dan memiliki body yang mengiurkan ni. Hehe. Apa yang biasa terjadi bagi orang yang body besar ni? Viseral fat tinggi! Apa tu viseral fat? Bahasa kampungnya, lemak bahaya yang selaputi organ dalaman. Viseral fat ni lagi bahaya dari lemak kat bawah permukaan kulit (seperti kat lengan, punggung, perut dan tempat besar lain) sebabnya kajian dah dibuat, semakin tinggi viseral fat, semakin berisiko seseorang tu untuk kena darah tinggi, kencing manis dan yang tak best - serangan jantung

Perlu difahamkan, ada beberapa yang mempengaruhi Viseral Fat ni, seperti merokok, yang suka minum alkohol dan sudah tentu gaya pemakanan yang tidak sihat (makan lemak sajoo) juga mempengaruhi tinggi rendah viseral fat seseorang ni, tapi kali ni aku nak fokus yang kat atas ni je - dari work up masa muda

Yang kuning tu Viseral Fat


Lemak berkepul-kepul

Lemak yang aku maksudkan disini adalah viseral fat tu. Kalau korang datang ke gym tu, bolehlah nak check viseral fat korang tu kat sana, rata-rata yang aku timbang yang work up ni, memang viseral fat sangat tinggi. Kenapa agak-agaknya boleh tinggi? Sudah tentu jenis suplemen yang diambil. Banyak produk kat luar sana yang memberi kandungan protein yang tinggi - juga mengandungi lemak yang tinggi.

Sangat penting untuk memilih produk suplemen yang membantu proses work up ni. Aku cadangkan, tanya coach kat gym tu. Datang ke New Fort Gym Xtreme ni bolehlah aku tolong. hehe. ni kire nak promote supaya datang gym la ni. kekeke. Satu lagi, kalau nak work up, guru yang terbaik adalah manusia bukannya bahan bacaan. nak berguru ni, kena dengan manusia okeh. Buku tu tambahan takpelah untuk pengetahuan. Dengan manusia ni - personal relationship tu sangat penting


Kesimpulan

Jadi, 2 benda yang penting untuk korang yang nak work up adalah pemilihan produk suplemen dan juga coach yang tahu selok belok tentang work up ini. Barulah apabila memiliki badan yang hebat, penyakit pun boleh kita elakkan. Herbalife? Masa honour 2 minggu lepas dah keluar produk khusus untuk work up ni, tapi kat Malaysia tak keluar lagi. Setakat ni aku hanya guna F3, nak tengok perubahan, nanti aku share. Okeh, ada apa2 persoalan, boleh tanya kat bawah


pss : Malek Noor? 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

15 comments:

pepatungbiru said...

Baru jer baca diary si budak gemok kat saifulislam.. ^.^v

AN NADZIRAH said...

oh ntah kenapa xsuka lelaki badan ketak-ketak.
hahahahahahahaha.
sikit2 cukuplah.
d:

joegrimjow said...

@pepatungbiru

tengah baca

joegrimjow said...

@AN NADZIRAH

kekeke
skit2 je eh

KiD said...

lihatlah badan saye... hehehee.. (banyak lemak dah)
Rahsia Tahan Lama!!

joegrimjow said...

@KiD

eherm2
xnak jumpa ke?

Gimi said...

ayo..cantik ke badan ketak-ketak camtu?

mengenaldiri said...
This comment has been removed by the author.
mengenaldiri said...

huhu
geli tgk ketul2..
^_^

joegrimjow said...

@Gimi

xcantik kah>
hehe

joegrimjow said...

@mengenaldiri

ni yg xnak work out dah ni
hehe

dks said...

hehe..patutla xnmpk joe kat sts td...
Dato' umum byk benda best td~~(^^,)V

Puan Capa said...

kalo malas workout?

Anonymous said...

minat aku dekat badan adib! jealous aku. kat mana ek gym ni?

Anonymous said...

gym ni kat klantan kt mna..??

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW