Share

Video SEX : Video sumpah laknat Datuk Eskay

Dah tengok video Datuk Eskay buat sumpah laknat? Kalau belum ni video dia



Yang aku respek

Ada seorang ustz yang bagi penerangan ringkas mengenai sumpah laknat ni. Paham jugak serba sedikit pasal sumpah laknat ni hasil tazkirah ustaz ni. Ayat yang lucu 'saudara pegang al-quran terbalik' ish3, buat malu je lah


Sumpah laknat datuk eskay

A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku
baca lanjut di Malaysiakini


Persoalan aku
  • Kenapa polis jadi 'body guard' melindungi Datuk T ni. siap suruh ketepi2 lagi bagi ruang. Boleh tengok video. ke ambil part time job? nak apply jugaklah
  • Biasanya yang kena tuduh melakukan sumpah, sebagai pembelaan diri kali terakhir, ni yang menuduh pulak bersumpah. pelik2

ada orang boleh jawab?


pss : terima kasih yang komen entry semalam

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Berbadan besar dan branding (video)


Tengok tak MHI semalam? Aku tak tengok sebab ada urusan pagi tu. Tapi nasib baik ada orang yang record sedikit sebanyak. Try jugak cari kat youtube, tak jumpa pulak. Takpe, layan yang sikit ni dulu. Ohh, bagi kakitangan kerajaan yang kena block facebook masa bekerja, xleh nak tengok video tu, video kat atas tu MHI semalam yang menceritakan seorang remaja yang dulunya seberat 150KG lebih dalam proses untuk penurunan beratnya. Sekarang tak silap dah 130kg lebih. Banyak tu


Yang bestnya, dia minum Herbalife =)

Jazli da botol Herbalife berisi tea-mixnya


Ahahaaa, tengok botol hijau tu. Botol Herbalife tu. hehe.

Secara personal aku tak kenal dia tu, tapi coachnya aku kenal. Firdaus, orang kuat Gen-H tu. Mantaplah, masuk tv anak buah die. Yang tertariknya, si firdaus ni pun dulunya 150 kg lebih dan sekarang dah turun 62kg dengan Herbalife. Ni karma lah ni, berjaya turun banyak, anak buah semua nak turun banyak-banyak. hoho

Firdaus dulu


Bertukar!!!!



Firdaus sekarang


Branding

Jumaat ni taknak cerita panjang-panjang. Cuma nak sentuh sikit pasal Herbalife dan student. Kebiasaanya, alasan student (universiti) untuk tidak mengambil Herbalife adalah sebab harganya yang terlalu mahal. Aku pun tak tahu kenapa cakap mahal tapi pengalaman aku sendiri amek Herbalife masa aku umo 20 tahun, masa masih student dan sekarang custemer aku kebanyakkannya ada student. Kalau mahal, mesti tak mampu ye tak

Kali ni aku nak suggest kepada sesiapa (student terutamanya) yang nak try Herbalife ni dan memang rasa tak mampu nak teruskan pembelian setelah pembelian pertama, cara yang boleh dilakukan adalah BRANDING. Branding tu maksudnya pakai apa-apa sahaja berkaitan dengan Herbalife. Contoh macam si jazli kat atas tu, ke hulu hilir bawak botol. Memang akan ada orang tanya air apa yang dia minum dan situlah startnya perbualan

Aku amek contoh akulah, pakai button 'turun berat anda tanya saya bagaimana' minum2 kat kopitiam kubang kerian. Seorang pelayan tu tanya, dia baca balik button aku dan cakap 'macam mana' haa, dah start tanya macam mana tu, terus cakap-cakap sampai habislah.

Bila kita dah share dengan orang, orang tu minat nak try, maka kat situ dah dapat side income. side income nilah yang boleh dibuat untuk beli Herbalife lagi kalau yang tak capai berat ideal lagi tu. Kalau dah jadi ahli, jual 4 kira dapat 1 percuma dah. Supervisor? lagi-lagilah cepat side incomenya.


Malulah




Tapi macam biasalah, kebiasaanya orang nak try product yang menguruskan badan ni, segan. heh, dah capai berat ideal baru tak segan. haha, tak cakap orang, aku pun camtu jugak dulu. Jadi terpulanglah, lambat bagitau yang korang amek Herbalife, lambatlah opportunity nak datang kat korang. win win lose lose situation =)

akU ucapkan gud luk pada jazli, semoga dia dapat potong coachnya nanti. turun 70kg? wahaa!!


nak tau lebih, call 0169640972 =) (kisah aku besar dulu)


pss : aku sekarang tengah coach 2 orang yang berat 120kg keatas, pompuan sorang laki sorang. pompuan tu dah turun 5.5kg dah, laki tu tak timbang lagi berapa. doa2lah supaya mereka berjaya dalam misi penurunan berat badan mereka.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Video SEX : Kenapa Sumpah laknat memalukan agama kita

Tu diaaa, sebab dah jarang berada di depan laptop, tak tahu pun pasal siri kedua video sex tu. Belek-belek Malaysiakini tadi, rasa begitu lama dah tak online sebabnya dah macam-macam kes dah pasal video sex tu. Sebab aku ni antara pengikut sejati cerita video sex tu, mana boleh ketinggalan dengan berita macam ni!

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersedia bersumpah laknat dalam majlis bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ketua pembangkang merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Memang dah jadi trend dah ni sekarang guna sumpah laknat untuk buktikan sesuatu hal. Ni mesti duk follow saiful bukhari ni. Hebatlah, boleh jadi trend setter. Esok lepas Jumaat, katanya Datuk Eskay nak buat sumpah laknat di dalam masjid. Disaksikan oleh beberapa tokoh agamawan untuk membuktikan 'DSAI ADALAH PELAKU DALAM VIDEO SEX YANG DIDEDAHKAN TU'

Call me eskay


Sumpah laknat?

Aku tadi cari pasal sumpah laknat kat internet dan adakah ia valid dala sistem perundangan negara kita, TAK JUMPA! Yang aku jumpa, sumpah sebelum beri keterangan bagi membuktikan bahawa setiap keterangan yang diberi adalah benar. Sumpah laknat? tak jumpa ooh

Jadi aku anggap ia lebih kepada keagamaan. Agama Islam lagi tepat. Serius aku pun tak reti nak jawab kalau ada orang bukan islam tanya apa tu sumpah laknak. Pengatahuan aku, kalau si melafazkan sumpah laknat tu bercakap benar, maknanya orang yang di sumpah tu akan kena bala terus. Kalau dia lafz sumpah palsu, dia akan kena bala pula. Okeh, siapa yang sama level pengetahuan dengan aku angkat tangan?


Tapi masalahnya, tak jadi apa-apa!


DatuK T


Contoh macam kes saiful yang dah buat sumpah laknat tu. takde timpa apa-apa bala pun. saiful dan DSAI, siapa yang bersalah masih lagi tak diketahui. Dalam kes Eskay ni, kalau dia sumpah esok dalam masjid lagi, tak jadi pape, camne nak jawab ni? 

Sebab tu aku sokong DSAI tak sumpah jugak. lagi konpius orang. orang tu bersumpah, orang ni bersumpah, PENING


Bala tuhan kepada negara kita

Korang tak rasa ke apa yang aku rasa? Entahlah sama ada dosa aku banyak ke aku pun tak tahu, tapi aku rasa tinggal di Malaysia sekarang dah tak 'selamat' Tengok hari-hari ada berita pembunuhan, orang merogol, sekarang cucu kena rogol dengan atuk pun dah tak pelik kan? Anak luar nikah lagilah, buang anak dalam tong sampah. Kemalangan jalan raya tak pernah nak menurun walaupun macam-macam dah dibuat. 

Nak tunggu macam ni?


MATI  MATI MATI

Sedar atau tidak, musibah ini adalah lagi teruk dari musibah peperangan dan kemarau. lebih teruk dari musibah tsunami kat Jepun. Kenapa? sebabnya kita tak perasan! kalau kena macam kat Jepun tu, haa, memang baru kalut nak bertaubat semua. tapi kalau jenis yang 'tak disedari' macam ni? macam mana agak2nya....

Haisshh.... takut!! korang tak takut?


ada video best pasal sumpah laknat ni


pss : hujan panas hujan panas

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kakitangan Kerajaan di Putrajaya suka main Facebook

It seems government servants have caught the online social networking fever too. Putrajaya civil servants chalked up almost 20 million hits on social networking websites in March alone. And yes, during office hours, mind you

Mak aih, ramai betol orang yang online internet semata-mata untuk berfacebook ni kat Putrajaya. Yang bestnya, semua yang 20 juta tu adalah kakitangan kerajaan semuanya. Kalaulah 20 juta tu masuk kat blog ni, memang dah sah meletup innity aku ni. keh keh keh



When averaged, that's 870,000 daily visits to the websites by the civil servants in the 23-working-day month, reported The Star, a Malaysian newspaper.

Yang tak tahan adalah masa kerja tu. aduhai, kan dah kantoi disitu kuat main facebook. Aku pernah masuk ke pejabat kakak aku, rasanya facebook memang tak dibenarkan ketika waktu pejabat, ni 870 000 ni yang sesat dari mana ni. Kalaulah tak sekat, fuhhh, mungkin cecah juta2 visit per day




He said that the government encourages workers to embrace Facebook, Twitter, and MySpace but for official purposes only.

Guna myspace untuk tujuan official? kekeke. entah apa urusan rasmi pun tak tahu.



baca selanjutnya disini


Komen aku

Masa kerja, kerjalah. Masa nak berfacebook semua, facebook lah. Nak bertwitter apa semua pun, jangan sampai menjejaskan kerja. Tapi serius bagi akulah, pengalaman sendiri kalau bukak booth dan bukak laptop, memang akan ganggu aku punya kerja. nak update status je kerjanya. Heh, samalah ngn yang kerja makan gaji pun, nak buat surat rasmi mungkin terbuat report dek penangan facebook ni.

Kerjalah - rezeki tu kena ada keberkatan. Jangan main facebook masa kerja lagi yaa =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Cara orang bekerja bercinta

Eherm2, dah lama la i tak cakap2 pasal cinta ni. Bukan apa, malu lah bila mak sdare baca blog kita nak cakap pasal cinta-cinta ni. Nanti masa kenduri-kendara, habis kena modal kat dieorang. Sebab tu kot aku dah start menulis 'genre' plak sekarang. Tapi seriously, aku rindukan zaman menulis pasal perasaan-perasaan ni. So, nak jadi bahan pun bahan lah, tekad nak tulis jugak. hihik (tengok dah menggedik)


Peralihan masa

Dulu masa aku blogger kat negara orang (tengah belajar) aku boleh tengok satu persatu blogger yang aku suka baca penulisan dieorang tu dah semakin lama semakin jarang update. Last-last berhenti terus. Paling sakit ulu hati, delete blog? waghh, memang merana. Macam rancangan nur kasih tiba2 berhenti sekerat jalan. tak sempat nur nak cium adam, tamat. potong stim kan? tak habis. tak lengkaplah hidup! Bila baca sebab - kenapa - komitmen dengan kerja

Masa tu aku fikir, takde masa sangat ke bila dah start kerja ni? taaaaaaakk kan la takde masa sangat sampai nak tulis 20-30 perenggan kat blog pun tak sempat. Haiishh, takde jiwa seorang blogger langsung. Mula lah membebel-bebel sorang-sorang kutuk blogger ni kutuk blogger tu, kenapa tak update blog, sibuk kerja cari duit walhal duit bukanlah segalanya, kenapa delete blog and so so so lain


Kena kat batang hidung sendiri!

Tapi bila dh start kerja ni, baru paham. Memang takkan ada masa (yang mencukupi) ya adik-adik diluar sana. Meh abang joegrimjow nak cite sikit meh




Orang bekerja bercinta

Ni satu lagi topik baeeeek punya untuk dikupas. Tapi entry ni lebih kepada syok sendiri. SS orang kata. Alah, peduli apa, ini blog I, ikut I lah. Lagipun aku rasa kisah percintaan aku ketika bekerja ni sangat best, kalau ada orang nak buat novel konfem megan fox beli. tak pun ketty perry sibuk duk bid kat ebay nak baca. sangat seronok!

Sekarang ni kerja aku banyak dengan orang. Luangkan masa dengan orang tu, orang ni sampai dengan awek sendiri takde masa. Nak kira jumpa, time bagi produk je. pergh, gila romantik sangat kot. tengok-tengok, megan fox dah cair dah dengan kisah aku ni. tak start pon lagi ok.

Bila malam, tengok msg. ada msg 'selamat malam =)' konon-kononnya nak reply. tapi masuk pulak msg dari custemer 'abeee joeee, ghano lapa tengoh male ni' ni satu lagi custemer aku, malam-malam pukul 12 call tanya lapar nak buat macam mana. tidur je lah! tapi sebab coach yang baik hati, layanlah, siap call lagi cakap itu ini itu ini. 

last2, msg 'selamat malam =)' tak terbalas 

Perghhh, romantik-romantik

Bagi akulah kan, bercinta ketika bekerja ni sangat romantik. Lagi romantik kalau orang tu buat bisnes, bukannya kerja makan gaji. kalau makan gaji at least hujung minggu ada masa nak tengok wayang. tapi dengan bisnes ni kalau ada projek 30 juta masa hujung minggu, kena jugak pergi. kalau tak pergi, rugi wooh!!

Tapi cara ni lagi baik kot. korang fikir nak cari duit untuk sara anak orang kelak. tu dalam proses mematangkan jiwa naluri hati nurani la tu. xde lah nak keluar dating blanje tiket wayang kat cik awek pakai duit mak bapak n pakai duit skoler or ptptn. kekeke. ada orang terasa!


Cara orang berblog bekerja?

Lagi sakit hati. Entry ni belum siap lagi. tapi sebab dah kena keluar, terpaksa bergantung begitu je. hahaha, sangat sempoilah! bubye, jumpe lagi nanti


pss : budak2 ada masa dan ada kekuatan tapi xde duit. yang tengah kerja, ada duit ada kekuatan tapi xde masa. orang dah tua, ada duit dan ada masa tapi xde kekuatan. enjoy je lah =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Cara terbaik hilangkan penat

Dari pukul 8 pagi sampailah pukul 11 malam tadi aku keluar rumah cari rezeki. Bukak booth kat KB, timbang2 orang, alhamdulillah aku punya kencing manis 5.1, terkawal la tu, malam ada training dan Kelantan HOM, nak balik pulak kena lalu stadium yang penuh rakyat Kelantan tengok bola - sangat jam!! 

Penat? memang sangat penat, tapi berbaloi =)

Cara terbaik untuk hilangkan penat? 








Pakai Herbalife clarifying mask, tangkap gambar dan update blog. cukup 10 minit, sapu dengan toner dan tido. memang terbaik! Macam orang tengah picit2 je pakai ni. huh. nak layan dulu, selamat malam!

pss : kecantikan itu hak milik setiap insan!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Episod 1 : Hikayat Joegrimjow Badangangsa

Nampaknya King Roman mahu membesarkan lagi empayarnya dengan menggadai teruna anaknya untuk dikahwinkan dengan puteri maharaja china. Bukan senang untuk memutuskan perihal yang rumit itu tetapi untuk mendapatkan berlian, beribu meter laut harus digali dahulu


Di China pula, maharaja China yang sememangnya perlukan kekuatan roman untuk mengukuhkah kedudukan mereka untuk beberapa abad. Perkahwinan ini sememangnya perlu, perlu untuk menjadikan dinasti ini terus terjaga. Setakat puteri kesayangan, ahh, itu mesti menjadi taruhan



Maka pelayaran Marcus bersama gerombolannya ke China untuk mendapatkan sang puteri itu bermula. Apakah daya, kuasa manusia tidak dapat melawan kuasa tuhan yang maha besar. Armada yang dihantar satu persatu hanyut. Hanyut dek kerana kuasa alam yang menelan!




Akhirnya hanya tinggal 1 kapal yang tinggal. Kapal yang membawa si putera roman - Marcus. Mereka singgah di India. Tempat yang akan menemukan mereka penyelamat roman dan china!




Sampai sahaja disana, Marcus dan pakciknya terus berjumpa dengan orang kuat disana untuk mendapatkan bekalan secukupnya. Duit? tiada masalah bagi mereka! Maka perbincangan pun bermula









Akhirnya orang roman mengalah. Kalau nak diikutkan dari segi ketenteraan, India ketika itu sudah pasti jauh terkebelakang. Tapi disebabkan terdesak, mereka menurut sahaja kata-kata 'orang kuat' sana. Walaupun tidak menguntungkan mereka, terpaksa juga menerima!

Tiba-tiba riuh kedengaran diluar. ada orang bergaduh. Mereka terus menamatkan perjumpaan itu dan terus ke luar. Ada orang bergaduh. Kata orang kuat disana, pertarungan itu pertarungan maut. pertarungan maruah diri!



Dari susuh tubuh, seorang yang berbadan lebih kecil itu kelihatan bukan tandingan yang berbadan besar itu. Tapi disebabkan kehebatan seni mempertahankan dirinya, berbadan kecil dilihat menguasai perlawanan!

Si berbadan besar terkena tendangan!


Terus berbadan besar itu mengambil senjatanya. Nampaknya perlawanan semakin sengit!



Dengan kehebatan si berbadan kecil, walaupun berbadan besar tadi menggunakan senjata, dia tetap menang. Kuasa yang digunakannya mampu menandingi wunan dan pendekar laut



Marcus terkejut. Tak sangka si berbadan kecil itu begitu kuat. Terus dia bertanya kepada orang kuat sana untuk merekrut menjadi askarnya. Ditanya siapakah namanya...



Joegrimjow Badangangsa. Bukan badang angsa okeh. tapi badan gangsa

Dia merupakan pahlawan yang telah banyak menimbulkan huru hara. tinggal sekangkang kera, kehidupannya adalah merantau. parsi, china, jepun, paris, korea, taiwan, sebut sahaja kat mana dia pernah pergi. Sambil menjalankan bisnes menurunkan berat badan, sambil meluaskan pengaruhnya. Tapi sayang, dia dibenci orang disebabkan masalah yang ditimbulkannya!

Marcus terus mahu menjadikannya askar bawahannya


joegrimjow badangangsa ditanya bertubi-tubi sanggupkah dia menjadi askar roman





Tetapi dengan jawapan mudah.....



bersambung........


Sinopsis episod 2

Mahukah joegrimjow badangangsa melupakan lisanya dan mengikut marcus dan roman? perjalanan mereka bakal menempuh cabaran yang luar biasa, mampukan mereka menanganinya. Kedatangan 'garuda kesepian menanti embun malam tidak kesampaian' akan mengubah landskap politik cina dan roman - mampukah dia menyelamatkan

NANTIAN EPISOD 2 Hikayat Joegrimjow Badangangsa!!!


pss : baru tengok hikayat merong mahawangsa. kah kah kah, walaupun lambat, nak buat camne kat klantan xde wayang. terima kasih astro first =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pemenang Kelantan WLC Musim ke5

Kelantan WLC adalah pertandingan menurunkan berat badan yang dianjurkan oleh Distributor Herbalife di Kelantan yang bertujuan untuk membantu sesiapa sahaja yang ingin menurunkan berat badan dalam suasana yang lebih mencabar. Mencabar sebabnya yang menang dapat hadiah. heh, CASH lagi okeh. Ini dah masuk musim ke5 dah, bermakna dah ada 5 orang pemenang dan berpuluh-puluh peserta lain yang sudah menurunkan berat badan

best kan. turun berat dapat hadiah =)


Antara yang hadir awal


Untuk musim ke5 ni lebih special sebab dapat tajaan hadiah hamper dari SUK. Masa majlis perasmian pun ada wakil dari ahli parlimen yang turun padang. Baguslah sebab pertandingan sihat macam ni sepatutnya dapat support dari kerajaan. Dan untuk musim seterusnya, akan bertambah-tambah besar lagi penajaannya. wahaa =)


Pengiraan pemenang

Ohh, untuk makluman korang, pemenang dikira berdasarkan mata. Ya. berdasarkan mata. Ada 6 yang diambil kira, bukan semata-mata berat badan sahaja. Jadi, cara ini dilihat lebih berkesan. Barulah adil, takdelah orang tu tak makan nasi maka dia menang. bukan2, kita mahu pertandingan ni ubah gaya hidup peserta. dengan cara gini, baru peserta rasa lebih tercabar


abang joe bagi taklimat



Siapakah pemenang?

Penurunan berat sebanyak 34 KG berjaya dicatatkan pada malam tu. Tu pun ada 6 orang peserta yang tak dapat datang. Kalau 6 peserta ni datang, mungkin cecah 40 KG lebih. wohoo. Jadi, pertandingan WLC ini telah berjaya MERINGANKAN negeri Kelantan sebanyak 34KG dalam masa 1-2 bulan. Banyak tu!! 

Pemenang no 3

Saudara Piji
Mata keseluruhan 150 (berat turun 3.8kg)
Hadiah barangan hamper kecantikan, cenderamata dari mercedez dan CASH RM 50


Pemenang no 2

Saudara syafiq
Mata keseluruhan 185 (berat turun 11kg!!!)
Hadiah barangan hamper kecantikan, cenderamata dari mercedez dan CASH RM 100



Pemenang no 1

KAK NAH!!!
Mata keseluruhan 208 (berat turun 3.5kg)
Hadiah barangan hamper kecantikan, cenderamata dari mercedez dan CASH RM 350


Bersama pemenang no 2 - coachnya di Sarawak, aku pembantu coach je. hehe
  

Aceceh, ada barangan tajaan dari mercedez lagi tu. haha. Untuk musim ke6 (yang akan diumumkan tak lama lagi) pemenang no 2 dan no 1 antara hadiahnya adalah dibawak berarak menaiki Mercedez Benz CLS mengelilingi Bandar Kota Bharu. wahaaa, ni yang suka ni. Terima kasih kepada penaja yang sudi menaja =)

Tahniah kepada para peserta dan jumpa lagi di musim seterusnya!!!


pss : kegembiraan maksimum adalah dapat ucapan terima kasih kerana berat dan turun dengan program ni. uhuuu, terharu...... =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Terbaru : AC Mizal Masuk UMNO



'sejak kebelakangan ini, banyak parti-parti lain yang cuba mendekati saya, tapi saya memilih UMNO'

kah kah kah - sorry, terover =)


AC Mizal Masuk UMNO

Wajah serius menyaman blogger

Hari tu Bob Loqman masuk PAS (BACA DISinI), sekarang pulak AC Mizal masuk UMNO. Dah jadi trend artis masuk bidang politik pulak. Ok lah tu, nampaknya politik masih diterima masyarakat kita. walaupun orang duk kutuk2 politik kat Malaysia ni kotor, tapi hakikat kat Malaysia nak berkuasa dengan guna kuasa politik takleh nak sangkal. Baguslah AC Mizal masuk UMNO, harapnya harta yang super banyak yang dia peroleh tu boleh digunakan untuk memajukan UMNO lagi. ke sebaliknya? kekeke


Antara 7 artis di Malaysia bertaraf jutawan

AC ni antara 7 artis (atau lebih) kat Malaysia yang bertaraf jutawan. Antara artis lain iaitu Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Norman Abdul Halim (Norman KRU), Rosyam Nor, Asmawi Ani (Mawi) dan Aznil Nawawi, AC Mizal adalah artis yang terkaya. Tambah kaya dengan gelangnya tu. gelang? ini koleksi cerita AC Mizal dan gelang. apa kesudahan? boleh agak kan kesudahannya tu. hehe



Dah mandaftar parti politik mana?

Menyerahkan borang keahlian


Bagi korang yang belum daftar lagi parti politik mana, baik korang daftar. Banyak faedah ooh dapat. Daftar 2-2, kerajaan dan pembangkang. alah, daftar je, time nak pangkah tu, tak semestinya pangkah parti politik yang kita daftar tu. heh, macam aku kat Malaysia belum lagi daftar, nak jugak daftar, tapi kat Sheffield dulu dah daftar masuk KUSheff - Kelab UMNO Sheffield. boleh main go kart dengan bayaran yg sangat murah dan jugak boleh makan2 kat jamuan yang sangat sedap. Kalau kat Malaysia daftar jadi mana-mana parti politik, mesti banyak lagi dapat faedah. kot. hehe

Akhir kata - semoga AC Mizal menyumbang kepada kemajuan UMNO dengan sebaik-baiknya =)


pss : tak sabar nak pilihan raya ni, nak amek upah pasang bendera!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Imam Muda (2) : Senarai 10 peserta diumumkan

Terlupa nak tengok rancangan pelancaran Imam Muda musim ke2 hari tu. 20 April. Sibuk dengan benda peribadi lain. heh. Untuk rancangan seterusnya dan awal-awal aku dah record pakai astro b.yond PVR. Lain kali mesti tak miss lagi! Rancangan sesuai untuk tontonan seisi keluarga. berkualiti dan ada input yang dapat


Senarai 10 Peserta akhir

Dah diumumkan baru-baru ini senarai akhir 10 imam muda musim kedua ni. Semua muda-muda dan pelbagai peringkat umur. ada yang terlalu muda, ada yang betul2 muda dan ada yang terlebih muda. Macam-macam ada. Jom berkenalan dengan 10 peserta akhir ini












sumber dari astro

Dari semuda 20 tahun hinggalah yang dah berusia 27 tahun, wakil brunei dan singapura pun ada jugak sudah pasti pencarian Imam Muda musim ke2 ni lagi menyeronokkan. Harapnya pihak penerbit dapat menyajikan rancangan yang betul2 berkualiti dan tidak bosan untuk ditonton. Kalau perasan, takde peserta dari Kelantan =)

Gud luck kepada para peserta, semoga dapat menjadi ikon masyarakat yang hebat suatu hari nanti 


pss : hari tu masa kat Kelantan, tak sempat nak pergi interview. waaaaa. musim ke3 lah join. hehe

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

3 orang kuat di belakang Justin Bieber

Video Justin Bieber di Malaysia

Beberapa hari lepas aku ada tengok cite Hollywood story : Justin Bieber kat Astro. Memang tahu yg budak ni datang dari youtube tapi kisah dia jadi popular tu tak tahu macam mana. Ragu-ragu jugak kan. sebab tu melekat kat tv tu. Heh, aku bukan peminat dia okeh. pernyataan awal tu. wohooo. Kesimpulan yang aku boleh buat, ada 3 orang yang dibelakang budak berumur 13 tahun ini (sekarang dah 16 eh?) yang membawa kepada famous dia sampai sekarang


1) Mak dia : Pattie Mellette


Memang hobi mak dia yang upload video anak dia (justin bieberlah) ke youtube. Tengah nyanyi ni upload, tengah nyayi tu upload. Sampailah JB dikenali begitu ramai di youtube hasil dari video yang diupload oleh mak dia. Kenapa mak dia orang kuat, normallah, anak katakan, usia pulak baru 13 tahun ketika tu, mesti puas hati kalau dia yang jaga sendiri. Sekarang ni pun mak dia masih jaga. Yang aku respek, mak dia ni takdelah jenis mata duitan sangat. Ada majalah playboy tawar mak dia untuk posing 'separuh bogel' di majalah pkayboy dengan bayaran 50 000 dia tolak bodoh je. kuat beragama sikit dan aku rasa sebab JB tak 'riak' lagi skrg ni hasil dari ajaran mak dia lah


2) Pengurus dia : Scooter



Setelah nampak kualiti dalam JB, orang pertama approach adalah lelaki bernama scooter. Bukan pertama jugaklah, ramai kot tapi yang diterima mak dia adalah lelaki ni - scooter. Tak sama dengan pengurus lain, scooter ni memang jalankan tugas dengan terbaik punya. Hasil kepala dia jugaklah yang dapat memasarkan JB ni kat pasaran Hollywood. Taktik scooter yang terbaik dalam memasarkan JB adalah dengan walaupun JB ni dah famous amous gitu, dia masih lagi upload video JB kat youtube. hasilnya orang akan rasa JB ni milik dieorang. fan JB lah. So bila fan rasa dihargai, maka album pun meletuplah. platinum kot!


3) Pengurus dia : Usher



Yang jadikan JB kebabow meletup adalah disebabkan Usher. Penyanyi rap kulit hitam. ada tak kenal ke? Dengan populariti Usher dan kualiti dari JB, maka meletup kebabow lah JB di industri Hollywood. Yang bestnya pasal Usher ni, dia nampak dirinya dalam JB. sebab dia pun glamer masa usia kecil jugak dan dia nampak ramai budak2 yg glamer ketika kecil jadi hanyut bila dah tua. Sebab tu dia jaga JB dengan ikhlas, bukan sebab duit semata-mata. ye ke tak tak tahulah, tapi sampai skrg kta tngok JB ni masih diterima umum dan semakin glamer dah, aku rasa ya lah tu.


**********

Siapa orang kuat kita?

Okeh, berhenti cakap pasal JB. cakap pasal diri sendiri. Heh. Korang rasa siapa orang kuat di belakang korang sehingga korang seperti korang sekarang. Takdelah famous amous macam JB, tapi kalau ada apa-apa benda yang hebat korang pernah kecapi, siapa agak2nya orang di belakang korang yang support? 


Bagi aku mak aku sendirilah

Dia yang tak bantah bila anak dia ni nak buat bisnes dengan tak kerja pakai degree yang ada. Dia jugak yang selalu support bila anak dia ni rasa macam lagho dalam hidup. Dia jugaklah yang bagi pinjaman bila anak dia perlukan (bayar terus okeh)

Ayah? walaupun ayah aku dah takde 6 tahun yang lepas, tapi memang aku rasa banyak kehidupan aku dipengaruhi oleh ayah aku. Hebatkan kuasa motivasi ni, walaupun dah takde tapi semangatnya masih ada. 

Ourselves

Orang kuat dibelakang kita sebenarnya adalah diri kita sendiri. Orang lain termasuk ibu bapa hanyalah pembantu untuk kejayaan kita. Mereka mesti suka tengok kejayaan anak dieorang, mestilah akan bantu kita sehabis baik. Tapi, yang menentukan kita boleh atau tidak, adalah diri kita. So dalam kes aku tu, hanya aku je lah yang dapat tentukannya. wahaa, 2 tahun lagi nak jadi jutawan ni. kena kerja kuat2 joe!


okeh, tamat bebel

aku pun tak tahu kenapa dari cite pasal JB ni cerita pasal diri sendiri pulak. keh keh keh. takpelah, korang kaitakan lah benda ni dengan diri korang. sebab ni blog aku, jadi aku citelah pasal diri aku sendiri je. haha. takkan nak cite pasal lisa surihani pulak kan? lalala


pss : your success only limited by your own imagination and your hardwork

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Ahli GengBlogger sudah cecah 20 000 orang!



Tahniah GengBlogger!

Wah-wah, dalam diam GengBlogger.com dah cecah 20k ahli dah. Walaupun sejak kebelakangan ni dicemuh dengan pelbagai, masih ramai lagi yang menggunakan Gengblogger sebagai tempat untuk ping blog. Kalau korang tengok gambar kat atas tu, dah 20 ribu lebih. Tahniah si comel kon =)


GengBlogger milik kita
KLIK UNTUK MENerUSKAN BACAAN

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW