Share

Kisah twitter yang sedih

Sejak aktif twitter ni, semakin ramai kenalan yang aku dapat. Tak kira siapa, latar belakang macam mana, semua boleh jadi rapat. Orang kata twitter macam tempat untuk chatting - membazir masa untuk buat akaun sebabnya baik guna YM/Skype je, Facebook pun boleh digunakan untuk berchatting. Sebab itu dulu walaupun akaun aku dah berusia lebih 3 tahun, tapi aku aktif baru 4-5 bulan sebelum ini. Masa buat dulu, hanya buat. ikut peredaran zaman katakan. Bila dah tak tahu nak guna apa, terus tinggalkan begitu saje. Tapi bila dah ramai pulak guna, barulah kita terhegeh-hegeh nak aktif balik


Kisah sedih Twitter

Aku tak ingat bila berkenalan dengan seorang perempuan ni. Eh, berkenalan di twitterlah maksud aku. Bila dah ada orang twit, aku akan twit balik. Standard dunia twitter katakan. Yang sedihnya, sejak berkenalan dengan dia, aku tak tahu latar belakang dia, tak tahu belajar kat mana, tinggal kat mana, hanya twit2 biasa saja. Yang menjadi sedih lagi, baru tadi aku tahu yang dia dah meninggal dunia


twitter account : @sweetxerra


Kat atas tu twit kedua terakhir dia sebelum dia tiada. Macam sesuatu yang 'weird' sangat tau perasaan bila korang tahu rakan twitter korang dah takde 'sory if sy x reply tweet korg ye' Macam aku cakap tadi, memang tak pernah jumpa, asal usul lagilah tak tahu, cuma twit2 saje tapi bila tahu dia dah takde, wujud satu perasaan yang sayu. 

Sekarang ni baca kat twitter tadi, dia anak yatim piatu dan berada di Australia sekarang. Terpaksa juga dikebumikan disana sebab kat Malaysia takde waris nak uruskan jenaza dia. Punca kematian katanya cancer usus. Sangat sedih dengar cerita seperti ini, tapi nak buat macam mana, itu adalah 'kehidupan' ada manis dan ada yang pahit


Sedekahkan Al-Fatihah

Aku tergerak nak tulis entry ni nak bagi peringatan pada diri sendiri dan korang semua, mati tu pasti. Entah bila ajal kita tak tahu. Teringat jugak amalan diri sendiri, katakanlah ini entry terakhir aku tulis, malam ni dah takde nyawa kena cabut, kat mana agaknya tempat aku disana nanti. Ya Allah, dosa begitu banyak yang aku buat dan takut sangat kalau bukan syurga tempat aku.... Marilah sama2 kita muhasabah dan sama-sama sedekahkan al-fatihah pada arwah, semoga roh dia ditempatkan bersama yang solih


pss : If we lose love and self respect for each other, this is how we finally die - maya angelou

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

12 comments:

alien said...

tersentap.
Takziah untuk kenalan anda.
Al-Fatihah.

Ain Abia said...

takziah :(
Al fatihah buat dia

shera haifa said...

al-fatihah,,
:(

Aisumi Chan Kawa'i said...

al-fatihah.. salah takziah..

manggosteen said...

semoga rohnya ditemptkan bersama org yg beriman..

Azrul Hisham said...

takziah..

semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman..

neyra shazeyra said...

pernah tweet2 juga dgn arwah. kematian arwah sangat meninggalkan kesan pada Khir Rahman dan Shahriza Mahmud. dua2 director ni sgt rapat dgn arwah. =..= alfatihah

joegrimjow said...

@alien

sama2 sedekah kat die

joegrimjow said...

@Ain Abia

thx u

joegrimjow said...

@manggosteen

insyaAllah

joegrimjow said...

@neyra shazeyra

baca gak pasal ni kat twitter

Puan Capa said...

takziah. al fatihah. mg rohnya ditempat dalam golongan beriman

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW