Share

Astro B.yond PVR Review (1) : Sejarah dengan Astro

Review lagi???

Banyak betul review dalam blog ni eh? Heh, nak buat macam mana, musim review kini kembali. Ok, kali ni review contest. Terima kasih pada Nuffnang dan juga Astro kerana memilih aku dan 9 blogger lain untuk masuk stage 2 pertandingan ini. Jadi, review selama 2 bulan ini nak tak nak aku kena buat elok-eloklah sebabnya nak menang hadiah utama. Alang-alang dah masuk, mestilah kena target hadiah utama. Bercuti ditaja penuh kat Sabah, siapa tak mo kan?




Ok, entry kali ini aku akan cerita sejarah aku dengan Astro. Ni bukan masuk review apa-apa la cuma nak bagi panas enjin kenalah cerita sesuatu yang dramatik. Harap otak aku yang selalu 'dibaja' dengan Omega-3 mampu ingat kisah-kisah dengan Astro ni. Sebelum tu, segmen review ini akan berlangsung selama 2 bulan dan sebanyak 6 post aku akan tulis. Post yang lain adalah

  • Top 3 Drama Bersiri di Astro
  • Apa itu Astro B.yond PVR
  • Fungsi Astro B.yond PVR yang jarang diketahui
  • Kemudahan lain ada di Astro B.yond PVR
  • Soal jawab Astro B.yond PVR
  • Bonus extra

Cukup la tu. Bonus extra tu aku akan buat contest sikit, sebagai menghargai korang yang membaca review yang aku tulis ni. Hadiah pun tak seberapa, Play Station 3 je aku nak bagi. Erk, bukan-bukan, mahal sangat tu, adalah nanti akan dibagitau, so - stay tune di blog ini okeh?


******


Sejarah aku dengan Astro bermula sejak tahun 2000 lagi. Masa tu rumah yang ada Astro mesti dianggap rumah orang kaya. Mana taknya, zaman tu nak tengok tv berbayar ni boleh dikira sebagai satu kemewahan yang hakiki. Punyalah bangga sesiapa yang pasang astro kat rumah. Masa tu aku UPSR, siap-siap dah janji dengan ayah aku


'kalu joe buleh 5A, ayoh pase astro deh?'


Punyalah terketar2 lidah nak propose benda tu kat ayah aku, maklumlah, ayah aku ni super garang, tak kena mood silap haribulan kena rotan! Ayah aku hanya diam dan bak kata pepatah - diam tanda setuju, aku assume ayah aku dah setuju. Tup tup masa UPSR, entah macam mana aku dapat 5A, maka terpasanglah Astro kat rumah aku tu. Bangga sampai terlupa nak isi borang masuk ke asrama penuh!


'rumah aku besa, rumoh mung kecik' kata seorang jiran, memang anak orang kaya lupa daratan

aku kumpulkan tenaga, mencari kekuatan

'rumah aku ado ASTROOOO, rumoh mung ado?' aku tahu rumah dia takde sebab takde pun piring astro tu kat rumah dia


jiran aku tu terus berlari, mungkin lari malu gamaknya


*****


Masa tu memang jakun habislah, biarlah ada 22 channel je pun, rasa macam taknak keluar rumah dah duk ngadap tv 24 jam. Sebelum ni hanya tengok rancangan TV1, TV2 dan TV3 je, jakun habislah bila boleh tengok sampai 22 channel. Kat kelantan masa tu TV8, NTV7 takde lagi, jadi memang bangga habislah bila boleh tengok Astro ni. Dengar radio pun boleh beb, cool gila! kalah ice cream mat kool!

dulu dulu

Rasanya tahun 2001, Astro tambah lagi rancangan, ada sukan beb. perghh, cool gila! sampaikan aku tak minat golf - tak pernah hayat pun main - boleh tahu apa itu birdie dan apa itu eagle. huh, Astro menjadikan aku lebih berilmu gitu. Pada tahun 2003, dieorang bina slogan yang sampai sekarang digunakan 'Making your life Richer'

Rasa macam anak bangsawan pun ada!

Tak kaya takpe sebab dengan Astro - make my life richer =)


*****


2004 aku mula masuk asrama, jadi zaman Astro kat rumah dah takde. Tapi misi mencari Astro tetap diteruskan dan sebab sekolah aku tu sekolah baru, memang tiada Astro dipasang lagi. Nasib baik sekolah tu memiliki Ketua Pengawas yang berwibawa (aku lah tu) bodek punya bodek warden untuk pasang astro kat sekolah. Memang masa sekolah, tak boleh nak tengok tv, kecuali hujung minggu. Jadi alasan aku kat warden


'kita pasang astro kat sekolah, barulah student akan duduk kat asrama hujung minggu, tak balik rumah, produktiviti sekolah pun akan meningkat'


entah macam mana, Astro pun dipasang kat sekolah. haha. apa lagi, sejak ada astro ni, memang jadi ramai tak balik rumah. Kalau budak perempuan, balik rumah hujung minggu sebab nak tengok concert Akademi Fantasia semata-mata, masa tu AF hanya ditayang kat astro ria je, memang kena langgan astro baru boleh tengok. Tapi tak lama, sejak PK HEM tahu AF ni boleh bawak masalah - semakin ramai budak-budak asrama menyanyi kat dalam toilet dan ada yang mengigau sambil menyanyi, AF tak boleh nak tengok kat asrama

Kipas susah mati Mawi

Aku masa tu punyalah minat Mawi, memang tak boleh nak buat ape-apelah bila PK HEM campo tangan. Garang oohhh. Jadi apa cara aku buat, berbaik dengan warden dan tengok AF kat rumah dia. haha. pengajaran kat budak2 skolah - berbaik2lah dengan warden, jangan membenci mereka =)


******

Akhir 2009

Masa tu aku kat UK lagi dan memang sangat kagum dengan apa yang ada kat sana. Ada rumah senior yang ada kat sana subscrive VIRGIN. Virgin ni sama macam Astro kat Malaysialah, berbayar. Tapi Virgin ni lagi canggih dari Astro, dia boleh tengok rancangan HD, rancangan pulak ada banyak. Yang tak boleh blah - ada rancangan GAY TV. Heh, ada orang suka ni!


Aku terbaca kat internet yang Astro akan lancarkan Astro Byond. Masa tu memang aku tak tahu apa-apa, dan dalam fikiran aku, mungkin rancangan akan bertambah-tambah pakejnya. Tak tahu pulak yang Astro Byond ni nak sama fungsinya dengan Virgin kat sini. Sebelum aku balik malaysia tahun lepas, memang aku duk bajet - kalau Astro boleh buat apa yang Virgin buat kan best, ada rancangan HD dan banyak rancangan best-best. Tapi GAY TV tu takde pun takpe. Membanyakkan gay-gay kat Malaysia pulak

Balik Malaysia

Memang Astro Byond ni ada rancangan HD! Wow, bestnya! Nampaknya Astro dah semakin maju. Biasalah kan, dunia semakin maju, company pon kenalah semakin maju jugak kan? Aku tanpa berlengah lagi, terus subscribe Astro Byond ni. Masyuk wooh! Lagipun masa tu cuma tambah RM 20 untuk setiap bulan je extra, xdelah mahal sangat kan? Kenapa best rancangan HD dan apa itu rancangan HD aku akan cerita kemudian dalam entry berikutnya okeh


******

2011

Dah genap 11 tahun lebih dah aku dengan Astro, memang banyak jugak asam garam dengan dia ni. Kalau anak tu, dah darjah 5 dah anak aku ni. Beso panjang dah wooh! Nasib baik, tahun ni aku berpeluang untuk dapat ASTRO FREE dari pihak nuffnang dan juga Astro sendiri sebagai pertandingan review Astro Byond PVR. Aku akan lakukan terbaik dan aku harap review aku nanti akan menolong korang apa yang patut

Astro Byond dan Astro Byond PVR ni memang berbeza, biarlah bezanya PVR je pun tapi fungsinya sangat-sangatlah berbeza. Nanti aku story okeh

Terima kasih sudi membaca =)

Korang ada pengalaman dengan ASTRO? Share lah sikit

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

17 ulasan:

mackenziedoo berkata...

nice =) nak jg Byond PVR tu..hehehe.. skrg ni pnye takde PVR...huhu

joegrimjow berkata...

@mackenziedoo

kena upgrade cepat2
;)

KAMIHIDUP berkata...

ayat sedap je bila baca. good. :)

slay berkata...

pergh dahsyat btul kau bro. warden pun terpengaruh dgn pujukan rayu kau. ahahaha.

joegrimjow berkata...

@KAMIHIDUP

=)

joegrimjow berkata...

@slay

kena ada skill tu
hehe

Tanpa Nama berkata...

astro?asyik ulang cter sama je

zahidah dihaz berkata...

rumah kitaorang baru pasang astro tahun lepas...kesian kan?


New Entry: Temubual Cikgu Shida bersama Hot.fm

oPiE iSa berkata...

Joe~
sy xbaca pon entri ni sgt, tapi bila nmpak pemenang akan bercuti ke Sabah. wow!! joe mesti mng. Sabah sangat best~ xda negeri yg syiok bercuti macam sabah sebab saya belajar di Sabah..
Seronok sbb sabah best~
Goodluck joe. Jaiyo!

joegrimjow berkata...

@Puan Capa
hehe

joegrimjow berkata...

@zahidah dihaz

better late then never
;)

izzah berkata...

owh..... warden mne la jd mngsa tu... bru tau... kalo tau, kami pn mintak kt aspuri... ish3... :-P

joegrimjow berkata...

@izzah

oho
xleh gtau
hehe

suffer8zine berkata...

huhu kalau uma den ade astro, lappy ni x de sape yg ngadap :P

Terkini : Gambar Supermoon Yang Awesome

JHaZ KiTaRo berkata...

salam.. rajin2, meh laa ziarah my blog (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca my travelling experiences to 45 buah negara.. :)

joegrimjow berkata...

@suffer8zine

hehe
kena try test

matcargo berkata...

astro byond dah subscribe cuma PVR jer belom lagi.. hohohoho

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW