Share

Tun Mahathir dan Tok Guru Nik Aziz BERDEBAT di Internet

Dulu pernah heboh untuk seketika cabaran Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan Najib Razak di tempat terbuka. Walaupun memang sesuatu yang sangat bermanfaat kepada rakyat melihat baik buruk sesuatu parti politik itu, tetapi perdebatan ini senyap tanpa berita. Entah bila akan diadakan pun tak tahu!


Sinopsis debat Tun Mahathir dan Tok Guru Nik Aziz


Aku sangat kagum dengan keterbukaan kedua-dua pihak yang menggunakan platform internet untuk melihatkan tiada ketirisan maklumat yang boleh kita baca. Semua transparent! Tun dengan medium blognya dan Tok Guru dengan facebooknya. Pada mulanya, 31 Januari lepas, Tun komen di dalam blognya yang bertajuk Nik Aziz dan Kwan Yew

1. Kata Nik Aziz, "Melayu (di Malaysia) tolak Islam lebih teruk daripada Kwan Yew". Ternampak Nik Aziz lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Lee Kwan Yew. Nik Aziz anggap nasionalis Melayu lebih teruk ke-Islaman mereka.
2. Di zaman British ramai pembesar Melayu minum arak dan ada pekerja Melayu yang minum toddy. Masjid pun tidak banyak dan ramai yang tidak sembahyang. Hasil perjuangan nasionalis Melayu negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam. Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi Kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang Kerajaan untuk kegiatan-kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid-masjid, menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam. Teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam? 
bacaan lanjut di pautan ini


Selepas itu, Tok Guru tak tunggu lama untuk menjawab soalan Tun itu di dalam fanpage facebooknya iaitu pada 2 Februari (3 hari selepas itu) Tok Guru terus menjawab segala persoalan dan ada juga bertanyakan soalan cepu emas kepada Tun

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.
Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi. Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.
bacaan lanjut di pautan ini


Memang banyak sebenarnya persoalan yang bermain di minda aku ditanya oleh Tok Guru dalam tulisan tersebut. Semalam (16 Februari) Tun kembali menjawabnya di dalam entry blognya terbaru. Ha, banyak jugak input yang baru dapat dalam entry ini.

1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.
2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.
bacaan lanjut di pautan ini


Jadi sekarang ni, kita tunggu apa jawapan Tok Guru ataupun hanya sampai disitu sahaja debat mereka aku pun tak tahu


********

Komen aku

Kedua-dua tokoh ini memang aku kagumi. Tun dari segi pemikirannya yang cukup genius dalam hal ekonomi sehingga membawa Malaysia sampai tahap sekarang dan Tok Guru kerana contoh kepimpinan melalui tauladan yang paling ideal untuk dicontohi. Jadi, apabila 2 tokoh yang aku kagumi ini berbalas buah fikiran di Internet, aku antara yang paling teruja untuk mengikutinya!




Lama jugak nak habiskan bacaan 3 entry tu tetapi berjaya juga aku habiskan baca. Pembacaan seumpama ini walaupun melibatkan banyak unsur politik dan sudah pasti tak ramai orang muda mahu ikutinya (bohsan, boring, menyampah bla bla bla) tetapi aku sangat cadangkan kepada korang untuk membacanya. Sekurang-kurangnya korang akan tahu perkembangan semasa dunia politik Malaysia yang sungguh seronok ini


Aku menunggu jawapan dari Tok Guru. Respon awal dari Setiausaha Akhbar Tok Guru sudah boleh dibaca disini. aku setuju dengan jawapan pertama tu!


pss : 'Nabi solat, kita solat. Nabi menunaikan haji, kita menunaikan ibadah haji. Nabi berurus niaga cara Islam, kita ikut cara Nabi. Tapi mengapa apabila Nabi berpolitik, kita culas dan double standard? Politics is not about taking sides. Its about following the sunnah of the Prophet' quote dari seorang kawan 


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

32 comments:

Fina Roslan said...

memang menarik untuk dikuti.bosanla dengan berita2 politik lain.hehe

joegrimjow said...

@Fina Roslan

yg ni bosan x?
hehe

encHIx laNDax said...

si najib bila berani berdebat pulak?

KiD said...

menarik ni bro!! tapi.. politik..
seharusnya seiring dengan agama Islam. Moga dipermudahkan segalanya.. ameenn

cik selamah kundang said...

good job joe.turut mengikuti.tak sabar nk tunggu next answer.harap2 the most satisfying one.dua2 pun hebat dr segi pemikiran.tp malangnya yg sorang tu tak suka nak gabungkan idealisme both jadi satu.huhu.nak tegakkan sesuatu yg benar tu memang pyh.

p/s:anyway,ayat last tu terbaek!

eiman23x said...

Yang last tu aku ada terbaca kat tweet ari tu..

Melati said...

Politik =)

Ujang9897 said...

wow..nice gila..hehe

nuraiman said...

i love the quote! ya,politik cara Islam lah~~~

APi said...

walau tak suka tapi patut ambik tahu bagi anak muda aku rasa..
2 tokoh hebat berdebat..
kena ikut ni..
thanxz joe kongsi..

JuAn NaSir said...

love it too...suka melihat dari perspektif positif..ikut dan sama2 fikir...=)

LiSa KhAiRuL said...

sekarang ni pun..lisa sedang ambil kursus tntg politics of plural society..so...nak x nak,kena rajin la bkak blog yang menulis serba ckit tntg politik neyh...hehe...

joegrimjow said...

@encHIx laNDax

kena tanye die
tanyanajib

joegrimjow said...

@KiD

dalam islam pon ada politik

joegrimjow said...

@cik selamah kundang

sape yg sorang tu ek?
hehe

joegrimjow said...

@eiman23x

untung follow tweet
;)

joegrimjow said...

@Melati

yeah
politik;)

joegrimjow said...

@nuraiman

islam dah ajar camne nak bersiasah, kena follow je

joegrimjow said...

@APi

np
nanti ada updte akan dishare

joegrimjow said...

@JuAn NaSir

bila kite baca lebih, akan tahu mana yg ok

joegrimjow said...

@LiSa KhAiRuL

jNGn lupe baca blog ni ok
huhu

kella said...

ya! memang sedang ikuti juga topik hangat ni sekarang..
setahunya tokguru dah pun jawab sebahagian nya di facebook tapi tidak semua lagi..

nurayunni said...

kagum!!

YanTzYanTtiE said...

saya dah letih dgn politik ni.... (--)

joegrimjow said...

@kella

yg latest dah jawab ke belom ?

joegrimjow said...

@YanTzYanTtiE

jangan letih, nanti negara tergadai

taufiq helios said...

siyes menarik :) kalau bro joe ley wat update lagik bout thiz lagik best :)

joegrimjow said...

@taufiq helios
akan dibuat bila dah update

melon. said...

untuk yang ini, i hv to go with dr.M.

ciDut ciPut said...

''Tapi mengapa apabila Nabi berpolitik, kita culas dan double standard? ''

boleh terangkan tak mksdnye ape? tak paham :P

and mmg saya akui, Tun Dr. mahathir sangat2 berjasa pada negara even di luar negara org kenal dye. saye di mesir, bile dyorg tau saya dr malaysia, tak sah kalau dyorg tak sebut nama Tun. secara tak langsung, saya pn rase bangga jgk ;))

name beliau, nama2 sperti anwar, and najib turut disebut..bangga kan?? ;))

YanaMIB said...

Tun is the best..sgt kagum dgn beliau..erm dh bc respon² tu..mcm saje nk menghentam Tun je..lalala~ =)

Puan Capa said...

tok guru ada fb?

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW