Share

Pekerjaan Super Best

Ya ya ya, tahu yang memang dah lama tak update blog. Biasalah, korang pun nanti akan alami benda yang sama juga. Entry ni dah cerita kenapa susah sangat nak update blog sekarang ni. Rasa ketinggalan zaman gila bila tiada internet. Isu husni mubarak hinggalah student Malaysia kat Mesir balik tu pun aku tahu masa buat kenduri kat rumah hasil orang tua duk sembang-sembang. Memang ketinggalan zaman habis!

Terima kasih TMNET!!!


Ok, nak sembang pasal pekerjaan idaman. Hasil hidup di dunia 2 bulan lagi nak cukup 23 tahun ni, memang dah banyak sungguh pekerjaan idaman aku nak. Eh eh, 2 bulan lagi nak cukup 23? motif bagitau tu boleh fikir sendiri. khe khe khe - gelak nakal


Doktor



nak cek dada boleh? eh, kenapa berdebar2?


Dari kecik lagi memang aku nak sangat jadi doktor. Ni tak lain tak bukan sebab budak terpengaruh dengan persekitaran lah - doktor pekerjaan paling COOL di dunia. Aku perasan masa kecik dulu bila orang tua duk sembang-sembang pasal pekerjaan anak, ada seorang pakcik ni cerita yang anak dia kerja doktor. Pakcik-pakcik lain duk telopong mulut sambil pakcik yang anak dia kerja doktor tadi tanpa full stop cerita pasal anak dia. Dari nurse nak tackle anak dia sampailah macam mana nak buat CPR habis dia cerita. Fuuhhh, masa tu memang doktor ni satu pekerjaan yang gila COOL

Abang sulong dan kakak ke2 aku masing-masing dah jadi doktor, lagi lah kuat tekad aku nak jadi doktor. Tapi bila dengar abang dan kakak aku tu takdelah cool sangat jadi doktor, asyik mengadu je letih ini letih tu, raya pertama pun takleh ada sama dengan family, haa, mulalah hati ini berteka-teki. Gundah gulana dibuatnya. Raya takde aku, memang tak jadi raya family aku ni - tipu

Bio dapat 3

Heh, memang dah tersurat kot aku takleh jadi doktor, SPM aku dapat B3 pulak. Masa trial elok-elok score tapi yang betul dapat B3. Masa tu rasa punah segala harapan, gelap pekat habis cita-cita nak jadi doktor mesti tak dapat punya sebab Bio tak dapat A!


Engineer

tengah sedut electron

Kecewa dengan Bio - meranapkan harapan nak jadi doktor tak dapat, aku beralih kepada engineer pulak. Macam best je jadi engineer ni kan, boleh baiki tu boleh baiki ni, masa matrik aku amek sains fizikal - kononnya nak jadi Elbert Einstein ke 2. Heh, gila COOL kan?
Masa duk matrix tu, baru aku perasan yang nak jadi engineer ni susah jugak, Subjek dia susah ooh dan macam takleh nak masuk je dengan aku. Aku baca masuk kanan, dia keluar kot kiri, lubang hidung lubang telina semua. Macam mana masuk sikit keluar banyak nak berjaya kan? memang spoil abeslah.

Yang paling aku minat - Matematik! nak tak nak kena cari pekerjaan yang melibatkan math banyak


Actuarial Science



ini bukan joegrimjow!

Bunyi macam ada kaitan dengan akuarium je kan. Penternak ikan ke ape? Bukan! Inilah aku rasa pekerjaan yang diwujudkan untuk aku - semua tentang math! ahaa, sebab tulah lepas je habis matrix, apply kos ni. Mula-mula tu memang teruja dengan math dalam actuarial ni, sebabnya mencabar. Tapi macam biasa, lama kelamaan jadi tak best!

Bukan sebab math dia yang tak best, tapi sebab kos tu kena belajar sekali pasal akaun dan ekonomi. oohhh, memang sungguh tidak menyeronokkan belajar semua tu!


***********



Cakap pasal alam kerja ni, memang satu alam yang cukup mencabar. Macam mana tak mencabarnya sebab yang utama dicari adalah - DUIT. heh, selama ni sesuka hati je makan duit mak bapak, lepas tu MARA sponsor, sekarang ni dah kerja, perghh, memang stress jugak bila duit takde. 

Alhamdulillah sekarang ni, dah 4 bulan lebih bergelar Herbalife distributor - alam pekerjaan ini memang best =)




***********


Tapi kan, sekarang ni selain dari pekerjaan-pekerjaan kat atas tu, ada satu lagi yang memang super menjadi idaman semua orang. Nak tahu apa jenis pekerjaan tu? aku rasa pasti korang bersetuju!!




PENOREH GETAH!!!!

pss : puas hati dah boleh update!!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

58 comments:

Bro Framestone said...

bro hujung minggu je jadi penoreh getah

Dawa said...

betol tu. penoreh getah plg best. pokok getah berbirat2 sampai ke atas. sian pokok2 getah tu, huhu

joegrimjow said...

@Dawa

nasib si pokok getah!

liyana said...

hihi.. rugi klu x jadi penoreh getah la ni.. hehehe

Kech Hidayah said...

kaya woooo jadi penoreh getah sekarang ni..untuk kebun kecik2 je sebulan paling minimum dapat rm2k.tak kira kebun besaar2 lagi.kaya kaya kaya.

efa said...

jd penoreh getah sekarang akan jd kaya...jom jd penoreh kuinkuin :)

joegrimjow said...

@Kech Hidayah

tukar profession la plak

joegrimjow said...

@efa

ladang xde ni
huhu

XIX Dragunov said...

time getah mahal best la~ time getah turun...pergh~

getah sekerap said...

pakcik kayo skang! siap boley wat MLM getah sekerap - penoreh getah felda ayer hitam...

Artikel Panas 'Melayu Pendatang?': Orang Melayu Mesti Baca!!!!

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

penoreh getah kaya kan? selalu je harga getah naik. nak nak yang ada kebun getah berekar2 tuh. doktor pun kalah dengan penoreh getah;)

but seriously, masa2 kecik memang selalu tukar2 cita2.

joegrimjow said...

@XIX Dragunov

bulan 5 ni die turun
=)

joegrimjow said...

@getah sekerap

nak joinTTTT

joegrimjow said...

@FIFIEY LYCHEE MARATION

last2 jadilah skrg kan

APi said...

wah..
akupun suka math..
sekarang la..
dulu paling tak suka..
hehe..








member aku beli myvi hasil menoreh selama 3 bulan..
giler cool..

KONCO BLOGGY! said...

sawit aku kene banjir.. getah pon same.. cmne??? hhuhuhu

Catherine- said...

penoreh getah paling cool.keje x sampai 4 jam dah boleh balik tido n main fesbuk.lalala

Namaku Asumira said...

xdapat menoreh pun..
tolong mak kutip pok pun ok dah hehe

bau busuk2 pun.. duitt hehe

fadhdeela said...

tukar keje la pasni..hihi :D

Meh singgah: 070211 Happy Besdayy!!

Hanifatin said...

takut plk baca post ni.
teringat kat resulttt spm~
macam mana la nnt.
haishh =.='

joegrimjow said...

@APi

seyes??

joegrimjow said...

@KONCO BLOGGY!

aiyok
mmg susah camtu

joegrimjow said...

@Catherine-

LOLLLL

joegrimjow said...

@Namaku Asumira

just do it
u will get duit

wahaa

joegrimjow said...

@fadhdeela

jooomm2

joegrimjow said...

@Hanifatin

dah xlama kan nak tau?

sarah mohamad said...

jadik penoreh getah kayoooo tuu :)
getah kan rega nya tinggi melambong lamboong . hihi

~♥ iella ♥~ said...

Dulu kecik2 minat gan nk jd Doktor, tp situasi kita sama...kantoi Bio...hihi

Nk jd penoreh getah takut lak terjumpa arimau kt dlm kebun tue... Jenis penakut, tak leh nk wat pa dah...

http://fadthnwan.blogspot.com

Hasrol Nizam said...

masa cuti cny haritu ada borak2 dengan kawan, ramai budak tempat kerja dia dah berenti balik kampung jadi penoreh getah. baru2 ni bila jumpa dah pakai honda city. :D

Hanifatin said...
This comment has been removed by the author.
Hanifatin said...

yup yup. dalam bln 3.
doakan saya! ;)

ouh yea, nak mntak pndapat bro joe kat blog saya bole?

amat amat memerlukan pndapat seniors.

tx b4! :D

VFN said...

my cousin sanggup benti keje ,blk kg jadi penoreh getah.. masyuk betul..

joegrimjow said...

@sarah mohamad

skrg ni mmg sangat tinggi
nanti???

joegrimjow said...

@~♥ iella ♥~

jumpa satu geng
=)

joegrimjow said...

@Hasrol Nizam

yg atas myvi
yg ni honda city
pergh3

joegrimjow said...

@VFN

jadi penoreh yg hebat!

Azah said...

spm ku lg hebat dari mu, bio dpt b4. tp mmg dr awal lg x bajet pun nk jd doktor, in fact x de cita2 lagi time tu. masuk matrix pun dapat fizik. tapi tergerak hari nak tukar talian hayat. Dah masuk matrix baru tau kepentingan study, dan Alhamdulillah i'm here now. So pesanan penaja utk mereka di luar sana, spm x menentukan apa2 apatah lagi PMR.

:D

Farihah Ahmad said...

aku dok noreh kt wangsa maju. susu getah kt situ sgt dutch lady lemak dia....

miserable-me said...

eh, samo lah. bio spm dpt b3. bkecai nok jd doc. now taking engineering. susoh T_T

Nur said...

amboi sume tak masuk ngan jiwa..seb bek la leh keje jgak..hahah

::wan fadhilah:: said...

dah lama tak blaja math. rumus2 pun dah hilang ntah ke mna. ada mmber ambik actuary sc jgk.. skrng dia sibuk wat fyp.. huhu.. bila dia citer, baru thu agak susah kos ini ye.. hehe

Amirul Faiz Abd. Razak said...

Hehe, nak jadi penoreh getah, kena bangun pagi-pagi, sebelum subuh lagi dah kena bangun.

Mama Zharfan said...

i like this entry!! setuju 100% psl keje doktor tu--kesian sgt2 me tgk adik me--baru satrt keje last year, keje mcm hamba --tp doktor lah---siyes tak de life and sgt2 memenatkan...me mcc joe gak, masa kecik2 nak sgt jd doktor--tp tuhan dh takdirkan me jd lecturer law ajer ..Alhamdulillah

masyukk joe biz herbalife tu..kagum me :)

Puan Capa said...

ari tu balik kelate.mak mertua menoreh...skrg kaya la...getah mahal.hehe

Fina Roslan said...

semua org dalam dunia ni nk jd doktor kot.hehe.

p/s: menoreh getah mcm best kan?hehe

Mummy said...

math adalah subject paling best skali..tak payah hafal atau baca meleret2...cukup paham konsep dan formula dah boleh jawab exam...

suffer8zine said...

jgn main2, gaji penoreh getah sama ngn gaji pensyarah

Terkini : Fakta Menarik Tentang Tidur

atty's said...

Tadi masa beratur nak beli nasi lemak ..terbaca kat paper pasal pendptan penoreh getah rm8k sebulan

fir pun baca..udah dia cakap better dia jadik penoreh getah..huhuhuhuh..terkedu kty .

Mak Su said...

hari ni adalah hari terakhir maksu keja sebagai kuli kepada orang bertali leher. mulai next week, maksu akan bertanggungjwb utk urusan bisnes sendiri :)

jedi said...

aku keje jugak...tapi xgumbira sangat.

::neyssa:: said...

so, bro joe kerja ape sekarang??

Wan Gerrard said...

cool giler, org tu senyum je toreh getah :P

Anip said...

penoreh getah mahal ape gaji, hehehhehe

blog-tips-kurus said...

semua kerja yg HALAL ade bestnye:-)

YanTzYanTtiE said...

kat kad 001 waktu sekolah dulu saya tulis, pilot (konon), saintis (konon lagi), pramugari (mmg takde ciri2 pun)..last2...jadi lain akhirnye...hahhah

rruunn-ziza said...

memang jd penoreh bez especially time harga getah melambung tinggi..keja 3-4jam jer..pastu bleh rilex or buat other keja...

shatooman said...

jom menoreh... dapat 1k seminggu pon dh ok~

chiLleD...!! said...

memg stuju sgt y jd penoreh getah tue..sape xnk..sehari keje 2 3 jam jer..semnggu leh dpt 2000..wow..mmg msyuk lah..=)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW