Share

Zaman U : 2 bulan di IPTA (UiTM Shah Alam)

Seharusnya aku begitu teruja nak sambung cerita pengalaman berada di U ni. Entry awal mengenai menamatkan zaman U terlalu awal dapat sambutan dari pengomen tegar blog ini buatkan aku mahu update cerita zaman U serta merta. Tapi sebab nak bagi ruangan kepada segmen kenapa blogger (boleh tengok kat tepi ni untuk baca) terpaksa tangguh pulak. Kalau cerita pasal pengalaman, memang aku takkan jamin entry ini tidak akan jadi pendek. hehe, takpelah, kalau terlampau panjang sambung esok pulak bacanya ok? kan hujung minggu ni, orang tak suka nak update blog =)


Tawaran ke UiTM Shah Alam

Result UPU keluar masa aku ada perjumpaan dengan Kementerian Pengajian Tinggi. KPT ni macam pilih aku antara beribu pelajar budak matrx lain sebab kononnya bakal menyinar. sinar lah sangat, sinar harian adalah kot. Aku dengan 20 lagi wakil dari Matrix Melaka pun hadirlah kononnya kamilah harapan bangsa kemudian. Tapi kan, aku rasa program camni seharusnya diteruskan, ye lah, at least kami yang nak masuk U ni boleh nampak bagaimana sistem U ni berfungsi dan dipilih tu jangan tak kata sukalah, sanggup dari kelantan ke KL tu!

Hari kedua program, result UPU keluar. Masa ni gila takut kot, takut kalau apa yang aku mintak tak dapat. Kawan aku yang 4 flat dengan yakinnya check dia punya result. Masa tu check result pakai handphone je. Aku memang tak berani lah, memang nak check bila time dah ok, bila orang dah takde, ye lah, bolehlah aku menangis ala-ala anak bongsu sejati bila apa yang aku nak tak dapat. heh, manjanya u joe!!


Nak dijadikan cerita, kawan aku yang dapat 4 flat tu dapat pilihan ke3 dia!!!!

Warghh, gila lah. pilihan ke3 bagi yang dapat 4 flat pun? aku yang 4 flat pun jauh beno resultnya ni lagilah kan. Aku ingat lagi, petang tu Menteri KPT yang serius aku tak ingat nama tapi kenal muka, try jugak google muka tapi macam mana nak google muka kan? nak tak nak kena tahu jugak nama. Menteri tu ada sindir, macam mana kamu yang belum check result UPU nak menyinar di U nanti kalau result yang memang dah ada kamu tak nak check?

Perghh!!!

Kata-kata tu memang dituju kepada aku dah. Menyirap darah aku ni dengar. Lantas aku amek hp aku dan type no matrx aku, no kag pengenalan aku dan SEND. Hahaha, macam kena santau dah masa tu. Tak lama kemudian, hp vibrate tanda msg masuk. kekeke, yang aku lucu, aku tak baca terus msg tu, pergi amek air sembahyang, tunaikan solat hajat 2 rakaat dan berdoa gila-gila punyalah. Walaupun org kata masa tu dah result keluar dan nak berdoa pun biarlah berdoa sebelum result keluar, aku apa peduli, saja nak sejukkan hati.


Tahniah, anda ditawarkan ke Sains Aktuari di UiTM

UiTM Shah Alam

Alhamdulillah, pilihan kedua dapat. ok lah tu. pilihan pertama, Sains Aktuari di UKM. Not bad lah kan =)


******

Hari pertama pendaftaran

Sudah pastilah begitu teruja. 2 kereta kot hantar aku pergi daftar. Kalau ada tiga belas, tiga-tiga belas aku nak suruh hantar aku pergi daftar. heh, daftar je kooot. Ok, ingatan aku pasal hari pendaftaran ni memang aku tak berapa nak ingat, tapi yang masih jelas di fikiran, student perempuan UiTM ni HOT-HOT. Perghhh, meleleh gua cakap lu!!! Anak melayu kita comel2 blako deh. hehe

Maka aku diletakkan di kolej Perindu 4. Haaa, sesiapa yang pernah ke UiTM tahulah kan kat celah mana kolej perindu 4 tu, memang satu hostel yang sangat buruk, satu dorm kena kongsi dengan 8 orang lain. dabel decker. Gila tak bersyukur asyik komplen! Hehe, nak buat macam mana, uitm ni memang ramai orang, jadi nak tak nak kena maksimumkan setiap bilik yang ada. dah maksiumum bilik, orang didalamnya kenalah jadi minumum sekecik mungkin!

Housemate dorm

6 orang adalah budak satu kos dan 2 orang lagi rasanya it ke apa. dah tak ingat. Aku suka duduk di dorm ni, walaupun orang kata macam budak sekolah ke apa, memang budak sekolah pun! tapi hubungan dengan budak2 dalam dorm tu memang rapat. watak yang aku ingat adalah taiko, heh, mamat ni memang suka sangat mencarut, entah suka lagi ke tak dia mencarut aku tak tahu. tapi suka mencarut pun, orangnya pandaaiii. faiz, kasanova yang memiliki stok2 perempuan yang cun. bukan sahaja perempuan, laki pun dia ada. haha. amir, dia ni baik gila. full stop. naim, yang paling aku ingat pasal dia, dia suka download cite. hehe, aku download jugak, download dari hard disk dia ke laptop aku. kekeke


******

Tempat yang digemari di UiTM

Macam biasalah, kalau dah berada di U ni, mesti ada tempat yang best yang selalu kita lepak-lepak kan? Aku pun tak terkecuali, memang banyak tempat yang best dan sampai sekarang akan diingatkan

Dataran cendikia

Entah betul ke tidak namanya dataran tu. Ala, dataran yang dengan dengan kolej Mawar tu. yang malam-malam sangat happening tu. haaa, kat situlah! Memang selalu jugak lepak kat situ, maklumlah, banyak HOT STUFF kat situ, aku mesti ada!


FTMSK

Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif. SEE, sampai sekarang aku ingat akan nama fakulti aku tu. nak buat macam mana, selalu lepak sana kan, sebab utama lepak kat fakulti, internet/ hehe. kat kolej perindu takde wifi, nak online pun susah, kena pergi bilik komputer yang selalu ramai orang. Memang jarang r nak online macam tu. nasib baik kat fakulti bleh online


Library

Sebab aku tahu aku bodoh dan tambahan pula sains aktuari ni belajar benda yang sangat-sangat baru, banyak akaun, ekonomi yang memang berbeza dengan apa yang aku belajar masa kat matrik dulu, kenalah struggle sikit. jadi, library lah tempat aku selalu pergi. Banyak kali pergi tau, 2 minggu tu adalah sejam dua. lalala ;)


******

Rapid KL

haa, ini adalah medium utama pengankutan budak2 uitm yang takde motor ata kereta macam aku. best jugak naik rapid ni, murah dan sangat efisyen. hehe. kalaulah seluruh KL efisyen macam yang dalam uitm ni, aku rasa ramai je yg naik public transport. Ok, sebut pasal rapid KL ni, aku dengan 6 orang coursemate aku lagi tu memang sangat suka naik rapid KL

Rapid KL - pengankutan utama

kenapa?

fakulti kiteorang dekat dengan fakulti masscom. budak2 masscom ni paham-paham je lah dieorang punya dressing, semua nak anak datuk je, lepas tu sembur kat badan air wangi, segelen pun ada. erkk, bukan semualah, tapi kebanyakan. Yang sukanya, mereka semua tu cute2. haha. gila gatal kiteorang ni, siap sanggup naik bas rapid KL walaupun nak balik kolej je. biar jalan kaki pun tak jauh sangat pun, tapi sanggup naik bas nak jumpa budak2 masscom. 

hi korang yang baca, ingat i lagi tak? =)


******

Budak Aktuari

Aku kalau bab nak cerita kos yang pernah aku amek dulu, iaitu sains aktuari ni memang teruja. teruja sebab memang tak ramai yang tahu kos ni belajar ape ke jadahnya. Aku masa nak apply kos ni pun, aku tahu yang aktuari ni boleh jadi kaya. Puhh, gila duit betul aku masa tu. Darah muda kalau cerita bab duit, semua nak je. Ok, bagi yang tak tahu aktuari sains tu apa, terjemahan mudah adalah - boleh jadi kaya. erk, ok?

Budak kos aktuari ni tak ramai, 30 lebih je. yang laki pulak hanya ada 6. sikit sangat kot

Sebut pasal lecturer, memang dieorang stylo lah. Genius! Aku tak ingat siapa nama lecturer lelaki ni, tapi dia mengajar math yang berkaitan dengan sains aktuari. paling banyak subjek, subjek tu je aku suka. Boleh bayangkan, 1st year buat degree kos ni, belajar akauan, ekonomi, WOhooo, sangat-sangat tidak gemari. Tapi subjek yang lecturer lelaki ni ajar, sukalah sebab mencabar. Kononyalah

Mengajar sempoi

Dia pulak kalau datang mengajar, mesti duk cerita pasal kisah peribadi dia dulu. Hari ni buat apa, petang tadi tolong ni, tadi terpaksa jumpa orang ni. Yang aku peliknya, cerita dia tu walaupun memang berlagak, tapi aku suka dengar. haha. Mungkin dah cara dia sampaikan tu agak sempoi, sebab tu tertarik tu. 

Sorang lagi lecturer yang aku tak boleh nak lupa ialah cik emmy! haha, cik emmy ni lecturer kelas aku, dialah yang uruskan segala hal pasal urusan kelas aku. Memang jadi sangat rapat dengan cik emmy ni. dia pun jenis rockers camtu, lagilah student rapat. Cincin tunang die pun siap aku ngan kawan-kawan yang pilih sama. Sempoi tak sempoi!


******

Kenapa pindah dari UiTM?

Sebab utama pindah dari kos aktuari dan dari UiTM ada beberapa sebablah. Pertama duit. Aku rasa dalam 30 orang tu, ada beberapa kerat je takde sponsor. akulah antara orangnya! yang lain semua ada, bank negaralah, jpa lah, maralah. hisshh, mana boleh aku takde, miskin lah aku! pandai pulak demand ya, belajar malas! Sebab kedua kos tu sendiri. Tak boleh tahan dengan susahnya nak belajar akauan. Dulu selalu perli budak-budak akauan yang subjek tu mudah compare dengan fizik, nah amek ko, kena atas batang hidung balik. Dan sebab ketiga, dapat offer buat twinning program. mesti cabut punyalah!

Ok, tu je SEDIKIT pengalaman masa di UiTM iaitu belajar di IPTA. Nanti aku akan share belajar kat IPTS yang memang akan banyak gambar. ya lah, sebab bosan, tangkap gambar je lah!


pss : berjaya ke tak korang baca sampai habis ni? kekeke

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

52 ulasan:

zubaidah berkata...

haruslah berjaya baca smpai habis :P

joegrimjow berkata...

@zubaidah

berjaya?
mantap!

Al berkata...

gmbr atas skali tu fakulti ak
muahahaha

Bukan Pesimis berkata...

xsuka akaun?
akaun la subjek paling best dalam dunia ni..huhuhu..

Taz Jaafar berkata...

Jumpa disana! :)
i budak akaun. akaun tetap best! HAHAA

Hami Asraff berkata...

Di atas itu adalah fakulti aku :)

sopiah berkata...

encik jioe. saya tinggal kat mawar! heee
btw, kitorang dah tak panggil dataran cendikia, DC je. nama glamer uols! HAHA :D

Taz Jaafar berkata...

DC atau lebih dikenali sbg DATARAN CINTA. Hahaha. Tempat dating termasyhur :P

Puteri Iqa Izyan berkata...

wow.sains aktuari dpt.hebat la tuh.

4org je ade kat mesia nih :P

jum mengundi kat blog sy :

LET US VOTE FOR FARID FIKRI AND NUR NATALIA!!

mizayusof berkata...

wow! tahniah. part menggatal tu best. gara-gara nak mengorat budak masscom sanggup balik naik bas. hehehe :)

Unknown berkata...

loni FTMSK jd FSKM doh...fakulti sains komputer dan matematik

aini berkata...

wow. bdak sains aktuari rupenya.

dlu2 FTMSK, tapi sekarang nama fac dah ditukar--> FSKM. =)

Farhani Mazlan berkata...

wah..rugi pindah..kalo tak i can say "hye abg senior" hahahhaa...xsgka plak dulu amek actuary gk kt uitm..skang dh jd FSKM la.bukan FTMSK..nama baru ditukarkan tahun lps dan rapid selamanya menjadi kegilaan student uitm.mls nk jln ;p

farhah adeli @ far berkata...

joe nak tanya pasal macam mana nak masuk course sains aktuari after spm boleh? sebab my bro tu minat sains aktuari cuma dia x sure macam mane nak g situ after spm.

untuk actuary...
1. kalau masuk matrik amik course ape ek? i mean sains tulen ke fizik ke ape ke?
2. ke ada uni yang offer asasi untuk course ni?
4. or better amik diploma actuary dlu ke?
3. dan ape2 cara la yang u tau.


thanks. =)

Dyna Yvonne berkata...

sains aktuari sebahagian sr kos aku.haha.aku decision science.degree n master lam decision science.math, software,akaun,economy sume kene tahu.haha.

aNdi.Hanin::حنين berkata...

oh, aku bukan budak uitm lagi dah. tacing seh entri neh =.=

joegrimjow berkata...

@Al

WAHAA, bangga?
hehe

joegrimjow berkata...

@Nama Saya Syafiqah

sangat tidak best ooh

joegrimjow berkata...

@Hami Asraff هامي أشرف ™

ramai betol buda engine ye?

joegrimjow berkata...

@Yong Sofea

lol
DC ek? zaman 3 tahun lepas
hehe

joegrimjow berkata...

@taz

ada pengalamankah?

joegrimjow berkata...

@Puteri Iqa Izyan

appointed actuarist ek

joegrimjow berkata...

@Miza Yusof

pengalaman
hehe

joegrimjow berkata...

@Ichigo Miro

ye ek?
baru tau

joegrimjow berkata...

@aini

cam xbest je bunyi
nama dulu lagi best

joegrimjow berkata...

@Farhani Mazlan

malas nak jalan
naik rapid
nak usha2 pon naik rapid
lalala

joegrimjow berkata...

@farhah adeli

bleh amek dip kot, uitm ada dip actuary

klu after mtrx, amek mtrx kpm. jurusan apa semua boleh, amek fizikal pon boleh.

last choice, apply jpa atau mara untuk kos ni, silap hb hantar ke oversea

NEMO OASiS berkata...

Joe~ i saw my name in ur entry~!!hahaha
ape kes nih, ko engat sy sbg insan yg slalu mendonlod jek..hehehehe
engat x tym kte join kelab debat perindu la, n mcm2 lg..
roommate laen xde nye nk join..
btw, lg 2 org roommate kte 2 amek course Artificial Intelegence (AI, kalu x silap la..huhu)..
n nama lecturer laki yg sempoi 2 (en hanafi) die mgajar ktorang 1st sem n final sem utk project paper jek..huhu

joegrimjow berkata...

@Dyna Yvonne
fuhh
xlarat dah nak belajo

joegrimjow berkata...

@aNdi.Hanin::حنين نظوره

lol
bleh plak
sama la
tp uitm dihatiku
wahh

Azwan Azmi berkata...

@joegrimjow

wow! joe..masuk u ni memang best..aku pun masa nk cek result upu lepasan uitm berdegar yg amat.last dapat pilihan yang aku tak nak.so tak pergi la.harap untuk lepasan STPM nanti dapat la Law

Unknown berkata...

hahaha.. library UTeM hanya tmpt utk aku melepaskan gian on9 shj.. :P

ENCIK TIKUS berkata...

pernah tak makan abc frado dekat seksyen 2 ? keh keh

norhidayu berkata...

uitm gurlz semua hot stuff kan?
i setuju..hehehe...
u ddk perindu 4?i selalu datang perindu..selalu ade meeting.mmg buruk pun..tp happening r perindu..nice~

Shahada Fauzi berkata...

berjaya baca sampai habes...^_^

oohh..sains aktuari tu study untuk jadi kaya eh??baru tahu..kui3..

farhah adeli @ far berkata...

thanks for the advice on actuarial science. =)

Tuan Din berkata...

Perindu 4?
Aku menetap di P4/416 2 tahun setengah beb!!!
mmg best...
aku habis baca la joe...

mr.syazwan berkata...

budak FSPU je lagi smart dan
F
U
U
Y
O
O
O


=_=

Syafiq Rosli berkata...

hoho..bestkan joe zaman u..layan..mcm bebas je..

Nur Suaidah Bachok berkata...

FTMSK tu dah tukar jadi FSKM lepas beberapa sem berikutnya~

Farhani Mazlan berkata...

naik rapid la kan lg senang sbb senang nk usha.tp skang naik rapid lelaki dh jarang-jarang sgt.time ptg br rmai sket lelaki..kdg2 dlm bus tu ada sorg je student laki..rugi ah joe pindah..kalo x,hani blh mnta buku free..and actuary bukan utk wat duit pun..utk hbskan duit..hohoho..nk menghabiskan course tu kena amek profesional paper gak yg harga 1 paper lebih kurang 200USD..hohohoo

Artzlizan berkata...

waaa...penuh cerita dulu2 ye...

arrizz berkata...

haha..best citer ko joe..aku suke part budak2 masscom tue..takkan takde yang sangkut kot..hehe

Fana Flora berkata...

haha.. kau satu kuliah dgn aku masa sem 1
kelas yg kat dk1 tu. apa ntah nama subjek dia. aku lupe

LynnAiza berkata...

aktuari!tau2..im 1st yr student of financial math..usim..1st yr n 2nd yr ktorg bdak fin.math bgabung dgn bdk2 aktuari..2 kos ni lbih kurang(kata pnsyrah la)..and,lsturer pon ckp actuari is among the killer course la..hohoh..tp,duittt jgn cakap..mengalir dan mencurah2 ke ladang gandum once dah jd actuarist..=)

Loyar Lawa berkata...

dating centre datran cndekia tu dah ade macam2 dah...

dulu selalu panggil FTMSK sebut jadi macam nieh (FETEMESKE) Haahhaha

Ahmad Tajuddin berkata...

salam joe...dulu kat matrix melaka,sesi berapa ek??

watie wyyn berkata...

aci tak, tak baca pun..cuma nk ckp da lama giler x jengok sini..perghh blog pun da lain siap posing kat atas tu hahaha.. btw masih simpan tak lagi fm utk mummyaeesh ni?

blog-tips-kurus berkata...

bagus budak ni, rajin solat hajat:)

aktuari tu belajar insurans yek?
UiTM tetap di hatiku..

Mama Zara berkata...

xcited mama baca sampai abes! sebab sama fac-FTMSK. Cuma mama cos A.I -Artificial Intelligence..lagi la ramai orang yang tak tau apalah A.I tu... :)

fidz berkata...

mr hanafi ke.. hehehee

miss yunn berkata...

kalau tade biasiswa mmg pokai sangat kah ?

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW