Share

Not the primrose path (3)

‘Assalamualaikum, saya mas afzal, nama siapa?’

Ingat lagi 2 Ramadhan lepas, hari kedua berpuasa di bumi Sheffield. Salam tangan dia aku sambut dengan mata yang agak bengkak. Maklumlah, walaupun ketika itu baru sahaja berbuka puasa, tapi waktu di Malaysia sudah jam 4 pagi. Jet Leg kata orang putih. Nak sesuaikan masa 7 jam bezanya ini, sekurang-kurangnya 3-4 hari jugak. Selepas berbuka puasa, kehadiran lelaki yang bergelar Mas Afzal itu membuat suasana sedikit berubah, aku perasan dia seolah agak ‘terkenal’ disini melalui soalan-soalan dan usikan dari senior lain. Ok lah, lepas ni mesti akan berkenalan lebih rapat!

Malam itu berterawikh di rumah kami berbuka puasa, rumah abang safuan yang diimamkan oleh Mas Afzal. Ok, terus terang aku rasa hanya sempat 2 rakaat yang betul-betul boleh solat, lepas tu dah sangat-sangat mengantuk. Tak boleh nak fokus!

Salahkan masa ok =)


********


Pagi Raya 2008

Selepas membuat perbuatan paling bodoh bagi seorang junior, rebus telur dalam microwave sehingga meletup dan microwave itu situ jugak rosak, memang aku kena bahan pagi tu. Berkumpul di rumah Mas sebelum bergerak ke PMC, memang ramai yang gelakkan aku, tapi aku tak rasa apa-apa sebab maklumlah, junior, itu alasan yang paling munasabah. Tambahan pula, Mas back up aku dengan cerita bukan aku sahaja yang buat kesilapan rebus telur dalam microwave semasa 1st year, ada juga orang lain.

perempuan, siapa agak2nya ek?

Pagi raya itu memang banyak aku meluangkan masa dengan Mas, berbual dengan dia seperti member-member sendiri. macam dah lama kenal. dia tak kekok untuk menjadi semuda kami berbual pelbagai isu, dari persoalan peribadi sehinggalah isu dunia, semua dibualkan. Melalui perbualan itu, aku tahu, dia memang seorang yang hebat, ideanya ada bernas disebalik lawak. entah, tak boleh nak describe!



********

Sedikit latar belakang diri Mas Afzal, dia merupakan pelajar di University of Sheffield dalam bidang perubatan. Sekarang dah tamat dah pun belajar dan lulus dengan cemerlang walaupun terpaksa mengharungi ‘masalah’ yang sangat teruk. Seorang yang sangat aktif dalam berpesatuan. Dirinya bukan sahaja dikenali kelompok melayu semata-mata, malahan international student lain juga mengagumi dirinya yang begitu aktif berpersatuan.

Presiden SMSA

SMSA merupakan persatuan pelajar Malaysia di Sheffield yang terbesar. Mas merupakan presiden SMSA 4 tahun sebelum aku menjawatnya jawatan itu pada tahun lepas. Kehebatan dia yang membawa SMSA menjadi persatuan terbaik Union pada zamannya memang aku mahukan ramuan itu untuk menjadikan SMSA semakin hebat

Tapi tak sangka, ada berita buruk lepas itu diterima....


******


Memang aku terkejut mendengar berita yang Mas dijangkiti kanser. erk, betul ke berita yang aku dengar ni? Tanya tuan diri sendiri, dia hanya tersenyum dan mengangguk sahaja. Memang aku jahil pasal kanser, yang aku tahu, kanser boleh bawa mati! Sebab itu aku agak terkejut dengan berita yang aku terima itu. Tapi katanya, ia masih diperingkat awal tetapi dia terpaksa menjalani proses kimo selama 6 bulan

Kimoterapi sambil Belajar

Pernah tak tengok orang kena kimo macam mana? Pengalaman sendiri, memang aku tak pernah tengok orang terdekat aku yang kena kimo ni. Tapi melihat sendiri keadaan Mas yang kena kimo, memang sangat sakit. 2 minggu sekali. Minggu pertama dia kimo, memang tak boleh nak bergerak banyak, di katil sahaja tempat dia habiskan masa. seminggu lepas tu, baru boleh bergerak dan bergerak pun dalam keadaan yang terbatas.

Tambah memeritkan, dia terpaksa menghabiskan pelajarannya semasa kimo!

Tambah memeritkan, pelajarannya adalah dalam bidang perubatan!

Memang sungguh sedih aku tengok keadaan dia yang berhempas pulas membelek buku, hafal nama-nama penyakit, tengok gambar-gambar yang rutin biasa bagi seorang dalam bidang perubatan lakukan dalam keadaan dirinya yang sudah sangat keletihan. Badan yang sudah tidak mampu membuat perkaran yang otak mahu lakukan. Sangat perit

Setelah 6 bulan, proses kimo telah habis

Sesudah itu, dia juga sudah grad dengan cemerlang!


*********

Not the primrose path

Seperti tajuk blognya, memang nasib seseorang itu kadang-kadang sangat kejam jika diteliti. Tetapi yakinlah, segala hal, hikmah, percaturan kehidpuan itu adalah terbaik kerana Dia yang tentukan. Walaupun sudah menjalani kimo, penyakitnya masih ada! Muncul kembali

Not the primrose path

Sekarang ini dia sedang tenat berada di Hospital Ampang. Baru saja pulang melawatnya dan memang sangat sedih apabila mengingatkan kenangan bersama dengan dia. Kritikal 2 hari lepas sudah ditempuhinya dan tadi walaupun jumpa 15-20 minit sahaja, dia ceria ceritakan segala hal


Ada alat diperlukan untuk menyokong pernafasan


'Mas, nak update blog ni, ada apa-apa pesanan?'

'joe.. dah lama tak boleh nak tulis blog lagi. Mintaa maaf lah kat dieorang yang suruh update... memang tak boleh. suruhlah mereka doakan kesejahteraan, diberikan kemudahan...'



Update blog elok2 ya joe




pss : baru rasa penting kenikmatan kesihatan....

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

37 ulasan:

Scha Nazri berkata...

ya allah. besarnya dugaan dia joe. erm, rasa nak nangis pun ade. tolong smpaikan salam pada drinya. terima kasih joe.

Nadya berkata...

Kuatnya semangat dia..
Semoga ALLAH menyembuhkan penyakitnya..Aminnnn ya rabbal alamin

Anisa berkata...

kuat semangat,

Shaofie berkata...

kuat semangat.

Nur berkata...

ya Allah...kanser tuh...
harap2 dia tabah hadapi dugaan ini..
tapi hebatlah dalam keadaan macam tuh pon pelajaran tetap ok..

jamilah.chantek berkata...

macam nak nangis jer baca.

aku doakan beliau cepat sembuh. aminn..

dugaan hebat utk org hebat. semoga beliau tabah. =)

Tanpa Nama berkata...

kita berdoa semoga dia sihat seperti sedia kala. AMIN

Tanpa Nama berkata...

oh teringat nk bli primrose oil.

Kembara Syahadah ~NFES~ berkata...

Terima kasih saudara Joe update pasal MAs... Sama2 doakan moga Mas terus tabah dan kuat ..

nina asri berkata...

sedihnye
nak menitis air mata nina.
semoga mas terus tabah dan sihat macam sebelumnye :')
semoga Allah sembuhkan penyakit dia.amin

Tanpa Nama berkata...

sedihnya baca..
terlalu berat dugaan bagi beliau..
semoga beliau cepat sembut, dan tabah selalu..
amiin.

nadz ruslan berkata...

tenat.. teruk sangat ke joe? mas dah stop treatment kan?

moga kesihatan mas bertabah baik.. amin..

attyfir berkata...

semoga mas tabah, dan semoga mas cepat pulih..amin

yang tersebot berkata...

mas afzal ni rasenye die antare mederator kat i luv islam kan? tau jugk cte sal knser die dkat i luv islam.. semoge beliau cepat sembuh n tabah mengharunginye..

suffer8zine berkata...

huhu pilu, semoga dia cepat sembuh

Terkini : 100 Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Sebak dan sedih rasa.. Semoga Allah mempermudahkan segalanya dan yang baik-baik saja untuk abang Mas Afzal..

Syima Syaz berkata...

semoga Allah permudahkan bro Mas...

Mat Gebu berkata...

Tersentuh...saya doakan kesejahteraan dan moga cepat sembuh untuk sahabat anda tu..

Tuan Din berkata...

Semoga Mas kembali sembuh.

lady-D berkata...

besar dugaan tuh..semoga beliau tabah mengharungi segala ujianNya..Amin...joe truskan sapot beliau yer..penting tu spya dia x rasa down..

~~waniyummy~~ berkata...

semoga Allah memberikan yg terbaik buat beliau...jom sama2 doakan
waniyummy pon baru dpt tau hari ni ada kawan yg tgh kimo utk kanser darah....sedih...semoga diberi kekuatan....

zack berkata...

Masya'Allah betapa besarnya dugaan yg dihadapinya... Semoga selamat d duni n akhirat...

Jimie SC berkata...

bergenang air mata ak joe..kita doakanla smoga dia sembuh.

Amin...

Lyla Ibrahim berkata...

it's good to experience something like this...
makes us grateful on our health condition...
sama2 doakan agar dia sembuh...

no name berkata...

semoga Mas tabah dan kuat menghadapi ujianNya...sy doakan Mas cepat sembuh..pernah berbual dengannya..sedih dapat berita ni..

luvly mya berkata...

terasa sebak :(

Ann berkata...

aku pun jahil..aku pnh tertgk dak batch aku botak dlm toilet(sebab kimo)...lgsung xtpk yg kwn aku tu de kanser


smg mereka ni terus tabah lah lawan pyakit tu...

Tanpa Nama berkata...

joe, kenapa tulis mcm ni??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Sedih, tapi Mas mesti nak kita positif!

Positif positif positif..
Allah sayang Mas dan Allah tahu Mas boleh lalui dugaan ni, sebab tu ALlah uji dia mcm tu..

Rindu murabbi ini!

syanabel berkata...

besar nya ujian Allah untuk dia..semoga dia tetap tabah

IRAH HAJERAH AZMAN berkata...

Sem ni sangat teruk. slalu sgt sgt sakit. sampai 1 paper hempas kertas dan keluar dewan sebab tak tahan sangat sakit. when i read this entry, i ask my self, sakit tu satu alasan ke? :|

Ok.aku suke entry ni.moga incek dr cepat2 sembuh :D

F Yusof berkata...

Joe, nanti kalau jumpa Mas lagi, kirimkan salam ya. Saya doakan kesejahteraan Mas, semoga sembuh. Amin.

Regards, Gluck.

uglybeautyme berkata...

salam joe,
mintak tlg kirimkan salam bt saudara mas ye jika berkesempatan:)
sy ad ikuti jg blog beliau.
tq.

aRoL berkata...

salam,
kirim salam kat mas yer, doakan yang terbaik untuk dia...

lalink7 berkata...

semoga beliau kuat menghadapi dugaan Allah..

Syue Mustafa berkata...

Semoga beliau segera pulih....

farhana berkata...

emmm x semua kanser boleh bawa mati
tpi msih ada pesakit yg mampu idup selama bertahun-tahun lmnya
asalkn dia jalani pembedahan dan rawatan chemotherapy dan radiotherapy
tu yg pnting

Tanpa Nama berkata...

en joe....
entry kali ni btul2 menyentuh perasaan & membuatkn air mata menitis tanpa disedari...walaupun tdk dikenali hamba ALLAH ini...
moga beliau tabah menghadapi dugaan yg diberiNYA...sgt kagum dgn ketabahan beliau....

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW