Share

Kenapa Blogger : Suka jadi annonymous

Segmen kedua kali ini akan membincangkan pasal kenapa blogger suka menjadi annonymous. Ok, perlu difahami, maksud anonnymous ni bukannya pak ano ni yang takut tikus, bukan-bukan, tapi ada beberapa ciri blogger anonnymous ni


  • Tak pernah reveal muka sebenar (gambar,video atau dalam bentuk java????)
  • Tak pernah sertakan hal peribadi di dalam blog, alamat rumah, no tel, bini kerja apa, anak ada berapa, warna kegemaran apa dan lain-lain lagi
  • Guna nama samaran yang jarang didengari orang


Ok, aku rasa cukul 3 ciri kat atas ni untuk bergelar blogger anonnymous. Berbalik kepada tajuk, jom kita bincangkan, kenapa blogger suka menjadi annonymous


1) Pernah alami peristiwa teruk


Bagi blogger macam ini, mereka dah lama dalam berblog. Mungkin dah setahun 2 dan dah ada pengalaman yang teruk ketika berblog reveal identiti sebenar. Sebab mereka dah suka berblog dan menulis, mereka teruskan jugak aktiviti berblog ini tapi dengan blog baru dan identiti dirahsiakan. Erk, peristiwa teruk ni seperti ditinggalkan kekasih - sape suruh duk cerita detail sangat pasal kekasih, sampai bf/gf berak pun mahu blog. ayiyooo


2) Mahu hentam orang


Haa, ada jugak blogger yang jadi annonymous untuk hentam blogger lain. Atau nak hentam sesuatu instituisi, contohnya kerajaan atau parti pembangkang. Heh, blogger yang aku istilahkan sebagai takde telur ni sebenarnya cara terbaik seseorang untuk hentam pihak yang mereka tak puas hati tu. Mungkin depa tak sedar yang boleh check ip apa semuanya kalau dah sampai peringkat teruk. Stakat nak hentam blogger tu, alah, biar jelah blogger takde batu tu nak hentam. Baru meriah sikit industri blogging. kan kan?


3) Tak mahu glamer - niat suci murni


Ada beberapa blogger yang kekal sehingga sekarang malahan blog mereka sungguh popular walaupun mereka berstatus annonymous. Contoh adalah denaihati dan juga kereta mayat. Heh, stylo kan orang macam ni, mereka berblog begitu ramai pembaca yang setia disebabkan susunan kata indah mereka tu, pandai tackle hati pembaca. Blogger macam ni aku tak pasti apa tujuan mereka annonymous, mungkin sebab personaliti mereka diluar dan didalam blog tu lain, sebab tu mereka mahu kekal annonymous. Cuba bayangkan kereta mayat tu sebenarnya pelumba motosikal jalanan sejati. wahaa =)


4) Terpengaruh dengan dunia realiti


Bagi blogger yang jenis macam ini, mereka terbawa personaliti mereka di dunia realiti ke dalam blog. Diluar orang macam ini jenis yang suka menyendiri, tak ramai kawan tetapi memiliki gaya penulisan yang cukup hebat. Sebab dah terbawa dengan sikap di dunia realiti, dalam blog pun lebih selesa menulis tanpa dikenali. Takpelah apa-apa pun, asalkan jangan menulis yang bukan-bukan sudah


EXTRA HOT CHILLIE PAPERS!!


5) Mahu memikat hati wanita

Wahaa. Ini adalah pengalaman yang diceritakan oleh seseorang dalam email. kekeke. email yang diberi untuk bertanya pasal bisnes bang oi, bukan untuk meluahkan perasaan hati. Katanya, dia ada minat seorang gadis blog ni. Memang lawa dan dia selalu baca blog perempuan ni. Bukan baca entry baru je, habis entry-entry la di khatamkan. perghh, gila lah masyuk! Nak tak nak, dia buat juga blog dan cuba menjadi annonymous sebab kalau dia reveal muka sebenar, mesti gadis blog ni tak suka dia.

korang tahu siapa gadis blog yang dia minat tu?


ni ha





aku tekan butang reply, ‘bro, jangan kecewa dengan apa yang aku nak kata ni. klu minah ni, lupakan je lah. cari orang lain. u r chatting with her bf-to-be now!’

amacam, stylo tak jawapan?


pss : menjadi diri sendiri dalam blog adalah satu kepuasan yang sukar digambarkan =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

52 comments:

MATAHARI said...

no 1 dan no 3.




indeed.

Anisa Hang Tuah said...

tak mahu glemer

hehehe

Skype Crew said...

klu nk jmp kete mayat..moh dtg ktn...

Cik Ila said...

ciri2 kat atas semua btul...
nice info! :)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

ada anon yang terkantoi bila cari pasal hahaha

TERKINI TAK ADA PASAL JANGAN CARI PASAL WAHAI ANON!

AMir Izzat said...

salam bang. saya terpikir sesuatu la ketika membaca entri ini.. ketawa ada..berfikir tetang sesuatu pun ada.

mulai sekaraang saya nak jadi anon, sbb sy xmo glamer.ok> selepas ini tukar nama.heheh

miss lolly a.k.a luvfareda said...

Serius.

jawapan semua hip0krit.

banyak 0rang pilih no 2 sebenarnya hahhahahahhah!!!

Nur said...

yang last x leh bla..bf to be huh??haha

Piah Becok said...

no 6) saje-saje berblogging sebab nak ilangkan stres keje

EYA NADIA said...

EYA ADA PERMINTAAN.NAK JOE CERITA PENGALAMAN JADI KURUS. AMALKAN HERBALIFE KE?

suffer8zine said...

@EYA NADIA
lari topik ni :P

Terkini : Ini Fakta Bukan Auta Bahagian 2

Bro Framestone said...

amboi joe.. he...23x

langkah mayat bro dulu if nk jawap dgn keadaan stylo tue

zarifahmr said...

jadi diri sendiri sudehh. apa ade dengan glemer fuhuhh ;D

Dyna Yvonne said...

keh3...
ade style la entry ni.tp yg last part lg style.haha

SayaAnonymous said...

SayaAnonymous ada sebab tersendiri..sebab anon memang suka mysteri and dari jadi anon ramai2..anon nak ada identiti anon..heeee

SayaAnonymous said...

yang last tu pun betol jugak..anon suka kat hanis zalikha..hehehehe

dks said...

dulu jd cik ano sbb dok komen kat blog member,so malu nak bgtau org..im humble ok~huhu

Marhaen Kacak said...

ade jugak terselit...awal2 dah sirius dah..ekekek

Perdana Menteri Kita Buta Sejarah?

we trust in arshavin said...

cita-cita agaknya...

joegrimjow said...

@EYA NADIA

komen ni je ku balas.
hahaha
ok, nanti akan diceritakan
hehe

Dayana Nasir said...

hahaha...ayat utk reply tu mmg xboleh belah. hehe.

cek chun said...

gila kentang punya reply tu joe. hehe

anon yg baik macam kereta mayat tu sgt la di alu2kan dalam dunia maya nih.

anon yg lain. adehhh.. buat meriah majlis saja

nursarah puteri biru said...

Anon bloggers ok lagi daripada anon tukang komen yang kdg2 suckz!

/Dayah//Nurul/ said...

sy low profile dan sy pemalu :D mmg ramai cite psl hanis ni, bertuahnya dia mnjd sumber inspirasi org ramai.. btw jo,tq wall post fb, ingtkn spam la tadik :P

delarocha said...

si anon ni hidupnya diselubungi misteri.... ok per :-)

nama.aku.lynn said...

jawapann gile styloo part last tuuuu..hahhaha..
btw..like yg semua point!haha~

Mama Zharfan said...

me suka ayat terakhir dlm entry ni--lebih best jd diri sendiri!!

NuR si CiKGu RiBeNa said...

tertarik juge dgn jawapan yg last tu..

Ohujan Tasneem said...

jika ada kesilapanku maafkanlah oh diriku sayang

BeauTiFuLGirL said...

haih! gambr hanis...akhaks! aweks ek?

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

heheheheh as for me tak leh nak jadik anon anon nie . rasa cam menipu diri sendrik plak bila jadik anon nie.. hehehehehe

kella said...

salam joe, lama tak singgah sini..
memang kebanyakkan nya jumpa sana sini anon yang anon sebab nak nyakitkat hari orang.. nak kenakan orang.. apa lah perasaan orang sebegini! yelah.. sebab dia je kenakan orang.. orang tak boleh kenakan dia balik! tapi jgn lupa sepandai pandai tupai melompat la.. akhirnya tak dapat masuk sukan olimpik juga!

:)

Wan Gerrard said...

hahaha sangat stylo jawapan no 5 tu =P

cikpepel said...

lebih suka jadi diri seniri.. :)

OrenLimau said...

kereta mayat,aku suka blog beliau.hee

lagi satu anon yg aku suka,hlovate.hehe

apa2 pon..yg penting,semua org bahagia. :)

Dauspozi said...

Saya pon kurus... *lari topik!

Jejaka Terhangat said...

sebenarnya bukan satu keperluan pon tunjuk muka, identiti sebenar dalam berblogging..dan ada advantage guna identiti rahsia ni..

contohnya kita lebih berani utk tegur seseorang yg dah lebih2..tegur tanpa dedahkan identiti tak bermaksud takde telur..

dan contoh blogger yg gunakan identiti asal, nak ke tegur entri blogger lain yg berunsur lucah? sangat jarang kan. oleh tu, kat sini la tugas blogger anon..tp dgn syarat blogger anon tu pon tak bleh nak menghentam teruk2..

YanaMIB said...

hanis zalikha..pujaan jejaka malaya..weehuu~


blom penah dpt lg spesis anon yg no. 2...yeayy~ ^_^

Sidratul Muntaha said...

dah kwin..
maleh nak expose sgt pun
anak2 jerlah..
klu expose,konfirm lupa diri.
simpan kuku saje maa..
dari nnti rosak segala,baik duk diam2 belakang tabir.
biar org kenal kita tulisan kita.
jgn org kenal muka kita!
hauauuahua..

zOuL.MzMn said...

sume tu x salah sebenarnye,
orang akan ckp poyo plak kalau letak nama samaran...

kalau letak anme betol over nak expose-ksn diri plak..

paling senang,dunia cyber,macam² org leh buat...

xleh nak buat ape dah...nak cari yang ikhlas suci murni nie susah...

Mohamad Izwan said...

bf-to-be eah?.. hahaha..
ada anon ni baik ada yang tak..tapi aku memang tak minat dapat komen dari anon...

ciK mOt ©™ said...

saya tiada no di atas...diam jelah...hehehe

Abu Mansur said...

memang betul pun ciri2 tu

makteh xnx said...

ehem... hw 'bout stalker? takut tak. haha.

Cik Mieyrarif said...

erkk.haaha.betul2

gadisBunga said...

ni pendapat dari anon yg tak anon sgt laa (sebab ada muke zaman kanak2 riang kat blog)...

mungkin ada yg nak rahsia-rahsia kat blog ni byknye nak cerita bende2 yg taknak diceritakan kat fb atau twitter. terlalu panjang mungkin. atau terlalu peribadi. cerita kt fb kang boleh jadi modal tak best pulak. so..cerita la kat blog. lagipun komuniti blogger ni biasanya lain dari komuniti fb. so feedback yg kite dapat adalah berlainan.

sebab dah jadi bila makin byk org tau pasal sorang blogger tu (contoh add fren kat fb), makin menjauh pulak blogger lain dari dia. tak best la kan. so, better anon kekal anon je.

mungkin la...just my 2 cents

APi said...

suke dianggap misteri..^^

Siti Safiyyah said...

pergh,, no.5 tu mmg terbaik ah..hehe, mudah-mudahan. :)

kupu-kupu_cinta said...

"menjadi diri sendiri dalam blog adalah satu kepuasan yang sukar digambarkan"

setuju! :D

FH said...

agree! XD

G said...

ramai ke bilangan dalam kategori nmbr 4 tu?.

Kujie said...

kak jie ada satu blog - tanpa identiti dan jantina - tempat bebas menulis

tapi bkn menulis tentang org lain - cuma menulis sisi yg tak dpt dikongsi di blog.

huh..sapa kata jadi blogger best, nak tulis pun kena tapis2..terpaksa create blog Anon nak jadi penulis misteri

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW