Share

Stop Child Abuse - Merawat sebelum terlambat

Penderaan kanak-kanak merupakan isu dunia yang tidak pernah selesai. Masing-masing negara mempunyai masalah mereka tersendiri terhadap golongan yang menggunakan kanak-kanak kearah kepentingan mereka. Di negara kita, masih belum teruk seperti negara lain yang mana kanak-kanak ada yang dijadikan hamba seks, dijadikan askar muda dan keganasan terhadap kanak-kanak. Apa yang sering kita dengari adalah - kes penderaan

Ada beza memukul dengan mendidik!


Walaupun ia nampak tidak seteruk negara lain, tetapi statistik menunjukkan peningkatan kes penderaan di negara kita kian meningkat. Dari saban tahun, ada saja kes penderaan kanak-kanak yang kita baca dan tonton di arus perdana. Sakit mata melihat kesan deraan ini, sakit lagi si kanak-kanak yang menanggung deritanya


UNICEF Malaysia baru-baru ini ada melancarkan satu kampen yang dipanggil 'Get on Board, Stop Child Abuse' dengan misi mereka untuk mengumpul 100 000 'tangan' sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia terhadap kampen ini nampaknya sangat jauh dari sasaran yang ditetapkan. Sehingga sekarang, kurang dari 11 % yang sudah menyatakan sokongan. Dengan nisbah rakyat Malaysia yang mempunyai access terhadap internet ini begitu meluas, sebenarnya cukup mudah untuk mengumpul 100 000 tangan ini, tetapi mungkin sikap kita ada yang tahu tapi tak ingin bertindak membuatkan misi ini tidak tercapai


Nombor yang menakutkan, sumber UNICEF


Keprihatinan masyarakat kita masih rendah. Jika lisa surihani nak kahwin esok, mungkin minggu lepas lagi kita sudah tahu. Tapi jika ada jiran kita yang mendera anak mereka, mungkin sesudah masuk surat khabar baru kita tahu. Lucu tapi itulah hakikat yang pahit


Cerita di UK

Bukan mahu mengagungkan budaya sana, tetapi keprihatinan masyarakat eropah terhadap isu ini patut kita contohi. Ada cerita seorang akak yang sambung dalam phd di sheffield kena panggil dengan pihak sekolah kerana ada kesan lebam di tangan anaknya. Kisah sebenarnya, biasalah si ibu, bila anak yang sudah berusia 7 tahun nakal, sudah pasti dipukulnya. Pukulan itu biasalah, tiadalah teruk mana, setakat mahu mengajar. Tetapi disebabkan cikgu disekolah anak itu nampak ada kesan lebam dan si anak memberitahu 'my mom hit me' terus si ibu kena panggil dengan pihak sekolah kerana takut ada kes penderaan. Nasib baik setelah dijelaskan segalanya, semua kembali ok




Itu cerita tanggungjawab masyarakat, mungkin susah untuk kita membaikinya. Apa yang boleh kita sebagai individu dalam menangani masalah penderaan kanak-kanak ini ada banyak dan antaranya adalah sebarkan kesedaran penderaan kanak-kanak ini. Ada sesetengah ibu bapa yang tidak tahu yang mereka memukul anak-anak dengan besi adalah satu penderaan. Mendidik anak dengan pukulan ada caranya dan setiap pukulan atau denda yang dibuat adalah untuk mendidik, bukan menghukum.

unicef
Klik untuk ke laman UNICEF



Antara lain tanggungjawab individu yang boleh dilakukan adalah


  • Belajar tanda kes-kes penderaan
  • Telefon 15999 jika syakki ada penderaan yang dilakukan oleh mana-mana pihak
  • Memberi kesedaran kepada masyarakat dengan pelbagai medium yang disediakan (seperti kampen ini)



Agak kekok sebenarnya untuk bercerita di meja makan tentang penderaan kanak-kanak. Ketika satu keluarga sedang menikmati makanan malam, kita lebih senang bercerita plan untuk shopping esok nak beli apa daripada bercerita tentang isu-isu semasa. Janggal ini jika dibuang, dan cerita penderaan kanak-kanak ini dimulai dirumah, tidak mustahil untuk melihat Malaysia bebas dari kes penderaan kanak-kanak


Kesimpulan

Gunalah apa-apa medium sekali pun untuk memberi kesedaran kepada masyarakat perihal pentingnya menghentikan penderaan kanak-kanak ini. Sebelum kesedaran itu diberi, pastikan kita mempunyai ilmu yang cukup mengenai kes penderaan kanak-kanak ini. Sebagai tanda kita sokong dengan usaha UNICEF ini, sama-samalah kita mengumpul 100 000 tangan sebagai tanda STOP Child Abuse




pss : sayang anak tangan-tangankan. Tangan untuk membelai, bukan memukul! err, guna nama lisa sebab fan die dah nak ckup sjuta dah. mantap2. klu lisa pomot, kejap je cukup 100 ribu tu. kan lisa kan?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

11 comments:

nabil_potter said...

stop...

joegrimjow said...

@nabil_potter

stop2

AdiE said...

THOSE YG MENDERA, MMG XDE HATI N PERASAAN!!


Latest Entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/11/we-should-be-thankful.html

da[Y]un said...

rise ur hand..bukan tuk tanya soklan k
rise ur hand and support diz campaign!

cik kia said...

kenapa mesti lisa surihani ? hehe
oh ya ,sekarang makin menjadi pulak kes penderaan ni.manusia makin menunjukkan sifat ke-binatang-an.masyaAllah

joegrimjow said...

@AdiE

klu hati xde
camne nak ada perasaan kan
huhu

joegrimjow said...

@da[Y]un

yuppp

joegrimjow said...

@cik kia

manusia nak jadi binatang

nora said...

pandai nih guna nama lisa

amry said...

bagus entri ni. bagi kesedaran kat pembaca...sekarang ni macam2 berlaku.kes penderaan kanak2 ni dah lama. sekarang anak bunuh mak la,bunuh ayah la, pukul keluarga...adus... kadang takut baca benda2 ni...dunia semakin tua...manusia semakin alpa.

Stuart said...

@ nabil_potter stop2

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW