Share

P Ramlee berusia 100 tahun

Erti usia sangat mudah untuk diterjemahkan dalam bahasa mudah. Tapi nilai usia, tak ramai yang mempunyai ‘value’ usia yang betul-betul bernilai, berharga. Pernah dengar beberapa nama, tak payah ambil pelakon atau penyanyi atau pemimpin atau seseorang yang jauh, hanya ambil contoh orang terdekat kita yang sudah pergi, tapi namanya masih lagi disebut-sebut


Umur pendek, usia panjang


Cikgu adalah seorang yang mulia. Rata-rata kita sekarang ‘jadi orang’ disebabkan cikgu disekolah rendah atau menengah yang tidak jemu-jemu mengajar kita erti kehidupan. Profession perguruan antara golongan yang berusia panjang! Walaupun umurnya tidak ubah seperti manusia biasa, tetapi disebabkan ilmu yang diajar, usianya disebut-sebut sehingga kita yang menjadi muridnya tiada didunia fana ini


Usia panjang adalah impian setiap kita. Siapa tidak mahu walaupun sudah pergi, tapi nama masih disebut-sebut oleh orang setempat. bukan disebut dari segi perbuatan yang tidak baik, tapi benda baik yang pernah dibuat. Benda baik ini pula mempunyai nilai yang sangat tinggi dikalangan masyarakat, sebab itulah selalu disebut-sebut


P Ramlee


Penyanyi, pelakon, penulis skrip, penggubah lagu, pengarah, komposer, pemain alat muzik yang pelbagai. Cukup lengkap! Inilah dia Allahyarham P Ramlee yang hasil seninya sampai sekarang kita dengar dan tonton. Hasil seninya ini sungguh unik sehinggakan ambil contoh nujum pak belalang, tonton berpuluh kali pun masih tidak bosan. Dia dianggap ‘legend’ kerana dapat hasilkan seni yang mampu bertahan berpuluh tahun walaupun dibesarkan tiada melalui pendidikan secara formal




Pencinta seni ini pernah berkata ‘walaupun aku sudah mati, tapi seniku akan bertahan sehingga 100 tahun’ Yakin dengan hasil seninya ini bukan syok sendiri. Ini adalah ungkapan dari seorang yang professional kerana dia yakin, walaupun sudah meninggal, tapi usia seninya akan melekat di hati setiap insan yang pernah menonton


Keusia yang panjang


Memang tiada ubat untuk memanjangkan hayat manusia. Tetapi untuk berusia panjang, ada caranya! Apa? Sudah pasti jasa dan bakti yang dibuat. Pernahkah kita terfikir, apabila aku mati nanti, adakah orang akan gembira atau menangis. Adakah orang akan terkenang atau terus melupakan begitu saja. Anda pilih!!


Memikirkan soal yang mati, agama kita ajar bahawa golongan ini adalah orang yang bijak. Aku mengajak pembaca blog joegrimjow untuk sama-sama berfikir sejenak, adakah apabila kita mati nanti


  • usia dan amalan kita di dunia ini mampu membawa kita ke syurga
  • jasa dan bakti yang dibuat cukup untuk dikenang oleh orang ramai


Kebanyakannya (Allah knows Best), kedua-dua entiti ini berkadar langsung. Sama-samalah kita jujur dan ikhlas untuk hidup didunia ini, berbuat baik pada semua orang, menjaga hati semua orang, tak kira di dunia nyata mahupun di alam maya, apabila apabila kita sudah tiada nanti, usia kita mampu menjangkau ke 100-200 tahun!


pss : andai aku pergi, taburlah doa untuk keselamatanku nanti

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

22 comments:

arek said...

tabikk..

Kimmy Ai said...

insyaAllah, kalau hidup kita berbakti, org akan kenang kebaikan kita walaupun kita dah habis nyawa.. ;DD

aried said...

umur pnjg tnpa amaln ibrt sia2.. tpi klu umr kita pnuhi dgn ibdat, insyaAllah slmt dunia akhirat...

p/s: love p.ramlee's movies.. perginya sukar dicari ganti..

Hazzy Ishak said...

dengan izin Allah

joegrimjow said...

@arek
tabik kat dia jugak

joegrimjow said...

@Kimmy Ai

objektif tercapai

FareedSairi said...

setuju...usia yg panjang bererti usia yg dimanfaatkan dengan amal ibadat dan harapan mencapai keredhaan Allah

joegrimjow said...

@FareedSairi

itu yg terbaik kan

nursarah puteri biru said...

walau 100 tahun, mmg hasil seni nya tetap di hati kita semua.

tabik jugak!

syarifah radiah ibrahim said...

setuju !
walau hebat mana pun, tapi orang akan kenang budi yang dah kita buat.

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

arwah p.ramlee sgt berjasa terhadap tanah air. sangat2 bangga dengan beliau. namun, sy begitu aneh, kenapa seseorang tokoh, apabila meninggal baru dikenang dan diberi gelar???

hari mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

btw, salam ziarah buat mr.joe:)

suffer8zine said...

pape pon P. Ramlee mmg terbaekkk!!!semua file die x lekang dek zaman!

Terkini : Katak makan tikus

Anonymous said...

die RAWKSS

♥ Juliana Violet ♥ said...

Lamanya tak menjengah blog Joe...
Joe, ada masa jawab tag ye?

=)

http://vee-midastouch.blogspot.com/2010/11/25-random-things-about-me.html

aried said...

mane ko mnghilang... ke PRK GALAS kah...

joegrimjow said...

@nursarah puteri biru

sentiasa kena tabik

joegrimjow said...

@aried

sibuk skit
huhu

joegrimjow said...

@suffer8zine

sampai skrg masih teringat2

joegrimjow said...

@syarifah radiah ibrahim

nak org kenang tu yg susah tu

farhana said...

:)
suka P. Ramlee

akubiomed said...

Satu nasihat yang perlu muhasabah diri. Teringat petikan lagu nasyid "Kalau hidup 1000 tahun kalau tak sembahyang apa gunanya"

imanshah said...

tak tahu ini hanya kebetulan, atuk aku meninggal usia 63, tok sedara aku meninggal 63, ayah aku meninggal 63, pakcik aku meninggal usia 63...kebetulan agaknya

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW