Share

Malaysiakini kena PRANK!!!

Dulu Malaysia heboh sekejap dengan cerita Utusan MalaysiaumNO yang kena prank dengan budak-budak UTP. Jadi lebih kecoh apabila ada orang dari Utusan yang menjawab seolah-olah 'menghina' pelajar UTP walhal terang tang tang mereka kena diperbodohkan. Lagi menghangatkan cerita apabila tak lama lepas itu, 4 remaja yang mengambil gambar di bukit Ampang dan menyamar berada di New Zealand. boleh terlepas ke salam perantauan di Utusan Malaysia. epic failed!!


baca sini untuk lebih lanjut





Tadi usha-usha Malaysiakini, terbaca satu surat dari sana. Ada ayat 'menyokong hab hiburan malam' dengan tidak berlengah lagi, aku terus bukak dan nak baca siapa yang begitu bodoh sehingga boleh menyokong benda yang tak snonoh ni. Tahu kan pasal hab hiburan ni? baca sini kalau tak tahu. Aku  sangat terkejut apabila yang menulisnya adalah YDP UM!!



tanpa berlengah, teruslah aku share di facebook surat bengong tu!



link asal


Nasib baik ditegur orang yang surat itu sebenarnya bukan tulisan YDP UM, Khairul Anuar tapi milik orang lain yang cuba memfitnah beliau. Perghhh, cuba bayangkan kalau aku share je berita tu di Facebook dan terus log out, entah berapa ramai yang baca dan terkena dengan fitnah facebook ni. Sebab tu orang kata kena berhati-hati dengan facebook. fitnah akhir zaman! dah remove wall post dan maaf aku  ucap pada dia. Sorry ya bro


Media yang tidak teliti


Aku pun pelik, bagaimana surat itu boleh tersiar di Malaysiakini. Masa aku baca tu dah seribu lebih yang dah share. Tahu sajalah, Malaysiakini ni traffic dia berpuluh ribu sehari, pasti ramai yang baca. Sepatutnya kenalah lebih teliti untuk publish benda-benda macam ni. Boleh menimbulkan fitnah dan orang yang tak check panjang (macam aku) teruslah buat fitnahan sendiri. Walaupun laporan polis dah dibuat, tapi surat itu masih belum di 'remove' heh, jangan Malaysiakini jadi Utusan MalaysiaumNO sudah. epic fail

Laporan polis dah dibuat-ini yang terbaik!!



Sepatutnya, untuk menjaga mutu surat yang dihantar, perlu hubungi penulis sebelum dipost. Ya lah, kadang-kadang benda seperti ini yang dipandang oleh pembaca. Kesannya, lepas ini Malaysiakini yang dianggap sebagai media terbaik untuk dipercayai, kredibiliti terus jatuh dek benda yang dirasakan kecil begini!!


Harap mereka belajar dari kesilapan, aku pun belajar benda penting malam ni!


pss : Media yang telus, kat mana nak cari? blogger lah!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

31 comments:

Admiral Hafiz said...

haha
biasela
media cume nak untung je

fuh, bengang dgn Utusan lagi smpi sekarang
dah x beli dah utusan
layan metro je skrg
lg besh!
citer yg sesuai utk jiwa2 remaja
haha


Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

Syariful Bahri said...

Patutlah rasa macam pelik je bila baca artikel kat malaysiakini tu..
Ish T-T
Kesian kpd mangsa yg x bersalah

zool said...

bahaya tu.. nasib baik sempat diundur. kalau tak tengok balik.. 2-3 hari post tu byk komen alamat ada kena jawab kat balai nanti..

aizuddin said...

blogger pun manusia biasa jugak..nobody perfect

nursarah puteri biru said...

UM gak yang depan nak fitnah. GRRRR!


ha, bloggers pun, jangan sedap2 je share benda tak betul. saham tu saham.

Skype Crew said...

UM kn kuat sblh sinun..tu yg depa nk fitnah tue..

kita sbg blogger pun kena bhati2 sbb kdg2 kita buat en3 nie dipengaruhi utk dptkn traffic & make new en3 tp kita xsdar yg benda tu xbtl.

so, klu nk post2 tu, kita sbg blogger kena cari dulu kesahihan en3 yg kita nk bt tu... ;)

slm sayang..ekeke...

HaFizRahMaN.com said...

TERBAIK BRO...

syarifah radiah ibrahim said...

peh kesian khairul anuar

NeedleInTheHay said...

Berita-berita dari 'sebelah kiri' mana ada buat salah, mana ada laporan berat sebelah, mana ada mentaliti 'penulisan langgar-lari'.

Anything other than MKini and MToday are right wing racist shit.

jackieKOH said...

kecian doe kena camtu..

agree part yg last tuu..haha..blogger r~~

Entri terbaru : Aku, Exam dan Akhir Sem

aried said...

fitnah akhir zaman.. gerun aku dgar bro!! adoi...mmg difikirkan takot ni

Hazzy Ishak said...

naya ja..

Frodo Baggins said...

baik x yah baca berita lg lpas ni
hahahhahaha ...

sfatimahzj said...

penat dah dengar..macam2..lagi2 nak pilihan raya nt...banyak la benda2 timbul...

kak ina kl said...

salam joe..tak per tak berjaya..boleh cuba lagi..

Anna Boleyn said...

hello..UM kot. ni yang buat den marah ni. huhu.

Ann said...

kalo ak pun pcaya, sbb tu lah tggjwb reporter pstikn berita tu tol ke x...

bnda simple cmtu pun leh tlepas..lom lg bnda yg lebh rumit

Syazwana said...

haih naseb baek la x betol..
kalau x malu aku belajar UM
O__o

CaPiQa said...

sebab tu membaca bukan saja guna mata, mendengar bukan ikut telinga semata2 dan bercakap bukan ikut suka. ;)

Kie-yu said...

media yg telus blogger!
setuju tp kna tgk gak blogger yg jenis mcm mne kan

cik selamah kundang said...

patut aku cam pelik.tetiba nk approved.ingat malaysiakini dah tukar gelombang

btw,joe.jemput join kontest aku ye.kot2 ko ada idea pasal pre wedd.hadiah biasa2 je.tp jemputla memeriahkan kalo free2

YobSumo said...

aku bace dari fb kau semalam baru harini aku tahu kebenaran dia. nasib baik aku bace blog kau joe.

noor afzan said...

aiseyh..
fitnah akhir zaman memang paling ditakuti.
tindakan joe semalam tu tindakan 'lurus',memang lepas ini kena 'telus' la kan.

lurus sangatpun susah.
nak jadi teluspun bukan mudah.
=)

sayapun learnt something from u.
yup, kena siasat betul2 baru share.

Tuan Din said...

Tahniah joe.. tapi rasanya kalau kesilapan penyiaran yg dilakukan oleh Utusan & Malaysiakini tu tak patut berlaku sebab diaorg badan profasional & ada j/k editor, tapi kalu kesalahan yg dibuat oleh Bloger or FB tu boleh dimaafkan sebab biasalahkan individu kadang2 tak perasan...

uchiha ct-k said...

kalau malaysiakini ke...mahasiswakini ke..x yah r nak caye bulat2 pe yg penulis2 tu tulis kat artikel dorg...
lagi banyak x betul drpd yg btol...

sblm ni kolej kediaman kesayangan aku (um gak) kene fitnah psal fashion show mase ladies night..smpai skang aku panas ngan mahasiswakini tuh..huh!

crayon said...

obefiend rawks!!

lumut said...

joe joe joe joe joe joe...
ok saya dah makin jarang tego kamu...
duduk jauh2 sikit tgk dari jauh..hehe


yang peliknya gambar kat bukit ampang tuh siap sua koyak..tah pape je kan...

and mcm mana maklumat dihujung jari.memfitnah pon org buat dihujung jari..adeh

Hasrol Nizam said...

ingatkan baca kat sana betul2 je..tp lain pulak ceritanya..

Mila said...

Salam Joe, Mila guna nama Joe untuk masuk contest... harap tak marah... :)
http://abahmila.blogspot.com/2010/11/idea-dan-motivasi-berblog.html

taufiq said...

member aku dulu pun sebelum fly dengan selamba hantar ucapan raya padahal ambik gambar kat UiTM. Keluar siap pakai baju melayu lagi. Mana la diorang nak cek satu-satu kan. Besa la tu

*∽ IZAN ∽* said...

ramai dah start suka curi identiti FB sekrang ni... berhati-hatila semuaa... hu hu

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW