Share

Kumpulan penjenayah terbesar dunia - ISLAM?

Kita berhenti sekejap cerita doktor rozmey, semakin parah nampaknya dia kena perli, kutuk, hina dek bangsa sendiri. Ada pelbagai faktor yang menyumbang, dari gaya rambut yang memang takde kaitan pun dengan kita kepada delete semua komen yang 'tak membina' di facebook. Biasalah, Malaysia perlukan hiburan dan perkara seperti ini merupakan hiburan bagi sesetengah golongan. 


Isu yang lebih besar

Alhamdulillah, diberi peluang untuk belajar ke negara orang, 13 ribu kilometer dari kampung halaman, aku boleh mengalami sendiri suasana 'islam' yang cukup berbeza. Persekitaran yang mana islam adalah golongan minoriti, yang hanya kesepakatan antara golongan muslim boleh meneruskan golongan minoriti ini hidup di kalangan golongan majoriti yang lain. Antara isu yang sering diperjuangkan adalah 'islamophobia'




phobia kepada islam inilah yang membuatkan di airport sendiri, ada yang berjanggut berjambang, kena check dengan lebih teliti. phobia kepada islam ini jugalah membuatkan orang bertudung dipandang serong oleh orang tempatan. Dan melihat kepada isu yang lebih besar, jika ada nama 'mohammad' di depan atau juga 'bin' pasti urusan pejabat sangat susah. Phobia kepada islam - yang akhirnya muslim itu sendiri turut berasa tertekan dilahirkan didalam keluarga islam. Nauzubillah


Penjenayah 9/11

Bagaimana WTC diruntuhkan oleh sekumpulan manusia yang dikaitkan dengan golongan pelampau islam, phobia kepada islam terus berada di tahap maksimumnya. My name is khan antara filem yang boleh kita lihat bagaimana kebencian orang terhadap islam ini terus meluas dan tersebar begitu cepat. Walaupun siapa dalangnya sudah dibongkarkan, tapi perkara ini terus berleluasa.


Untuk memahami tahap mana orang islam itu dikaitan dengan terorist, hanya fakta yang boleh bercerita. Europol Report telah kemukakan senarai penjenayah di dunia dan hasilnya sungguh mengejutkan!


Tahun 2006 : Kumpulan penjenayah mengikut jenis


2007 : Kumpulan penjenayah mengikut jenis


2008 : Kumpulan penjenayah mengikut jenis


Fakta yang diambil sendiri dari FBI ini tidak didedahkan oleh media-media besar memandangkan ini hanya cerita 'kecil' berbanding justin bieber dan juga lady gaga yang kalau dibuat liputan lagi ramai yang baca. heh, macamlah kita jugak kan? Mintak jauh....




Tidak walaupun 1 peratus!!!!

Persoalan bagaimana fobia terhadap islam ini terus tercetus walaupun hakikatnya orang islam yang dicop pengganas tidak sampai 1 peratus pun (hanya 0.4%) adalah melalui peranan media. Bagaimana media mengawal pemikiran kita boleh buat satu thesis dan hasilnya pasti mengejutkan. Jadi, pandai-pandailah kita menapis media mana yang betul, media mana yang tak betul. Media kita? oohhh, isu artis lebih bagus untuk dipersembahkan kepada orang ramai


artikel penuh mengenai laporan ini disini


psss : sekarang orang barat lagi hebat islamnya berbanding dengan orang timur. tak percaya, pergilah beli tiket air asia ke london dan alamilah sendiri =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

20 comments:

amar haziq said...

sikitnya umat Islam yang jadi penjenayah..syabas!
Aku bangga;)


http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

paan said...

xsangka peratusnya macam tue sekali. tp kalo ikut media , macam org Islam la , penjahat terhebat dunia...

Maybe sebab org Islam byk dikaitkan dengan peristiwa besar kot.

Anonymous said...

harap bukan islam mengenali keindahan islam n sem0ga islam terus bkembang,,,
amiN~~

Anonymous said...

harap bukan islam mengenali keindahan islam n sem0ga islam terus bkembang,,,
amiN~~

nursarah puteri biru said...

asal berjambang je dikecam terrorist. haishh.

joegrimjow said...

@paan

depa pusing 180 darjah
jadilah macam tu

joegrimjow said...

@Anonymous

aminnn

joegrimjow said...

@amar haziq

ku pon bangga

Cikgu Nizam said...

Ni sumer persepsi... apa pun, penjenayah sebenar bukan islam... tapi ekstremis

srikandibi0L0gi said...

LOL.. ^^
'media kita? oohh, isu artis lebih bagus untuk dipersembahkan kepada orang ramai'

-perghh, mendalam i2 mksdnya...lalala~

*stiasa berasa rimas dengan media kita =.="

joegrimjow said...

@Cikgu Nizam

ekstremist islam pon xde nak pergi bom2 org, saje depa buat propaganda

joegrimjow said...

@srikandibi0L0gi

terimalah hakikat
wahaa

iamnerves said...

yang xley bla tu..
dalam table tu..
islam tu ley jadi member state..
gile kurg aja kan...
tu agama..bukan macam left wing right wing etcetc
ishk

joegrimjow said...

@iamnerves

yang mane ek?

Tuan Din said...

Thanx Joe.. Good proof!!
tapi kenapa Dinia islam tak mau gunakan ia sbg bukti bela diri..? hebahkan dlm semua media kita..

sfatimahzj said...

percaya2..ada orang kata, nak tengok islam kena berada di negara bukan islam..kalau negara islam, malu2..sangat jauh dari islam..

iman said...

sangat setuju!

░♥si lampu neon♥░ said...

HAHAHA TERBUKTI ISLAM BUKAN TERRORIST ! SIGH...MEREKA NAK JAHANAM KAN KITER JE !

suffer8zine said...

ada terbaca kat blog org malaysia yg ddk oversea pasal analisis2 ni, umat islam x sampai 1 % pun yg bergelar pengganas

Panas!!! : ENTER

hysman said...

itulah kebenarannya...
islam tu suci dan bukan pengganas..
yg nyatakan islam tu terrorist itu semua agenda freemason jer....

syabas all da muslim around da world...alhamdulillah

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW