Share

Talent Corporation dan kisah Tan Zhongshan

Membanggakan Malaysia, Tan Zhongshan, pelajar berusia 23 tahun menjadi pelajar terbaik dalam jurusan law di Universiti Cambridge. Bukan sahaja memenangi anugerah plethora malahan remaja 23 tahun yang berasal dari ipoh ini juga berbakat dalam bidang muzik klasik.

Jom baca apa komen dari Dekan sana, Dr Martin Dixon yang mengajarnya

  • “He is probably the best Malaysian student I have seen in the last 10 years,”
  • “He is the most able, dedicated and one of the most likeable students I have taught in more than 20 years at Cambridge.”
  • “He works really hard, has great insight and intuition. He is a problem-solver, listens well and learns,”
baca seterusnya di the star


Apa yang sadis mengenai Tan Zhongshan, dia akan berkhidmat di Singapore, bukan di Malaysia!

Tan Zhongshan


Jangan berprasangka negatif terhadapnya, kalau korang berada di tempatnya sudah pasti berbuat demikian! Ini kerana penaja biasiswanya adalah kementerian pendidikan di Singapura, bukan di Malaysia! Jadi, sekali lagi Malaysia akan kehilangan seorang rakyat yang berbakat untuk memajukan negara ini!


Kes besar


Sebenarnya kes Tan ini sudah lama berlaku. Negara kita sememangnya telah banyak kehilangan rakyat yang berbakat untuk mendokong negara suatu hari nanti. Tidak kira cina, india mahupun melayu, semakin lama semakin ramai yang berkhidmat di negara orang, bukan dinegara sendiri. Semakin lama semakin ramai yang tidak mahu pulang ke negara untuk berkhidmat dinegara sendiri


Talent Corporation

Sebab itu dalam Bajet 2011, PM kita ada membentangkan penubuhan Talent Corporation yang mana salah satu tujuannya adalah mengumpul tenaga mahir untuk berkhidmat di negara kita dan juga bertujuan untuk memanggil balik professional yang bekerja di negara luar kembali pulang ke Malaysia. Bukan mudah untuk menjadi negara yang berpendapatan tinggi jika tiada rakyat yang mahu mendokong cita-cita ini. Justeru, Talent Corporation dilihat sangat wajar ditubuhkan walaupun sudah agak lewat ditubuhkan.


Pendapat peribadi, kerajaan harus meluaskan bidang kuasa Talent Corporation dan memberi penekanan untuk mengumpul lebih banyak rakyat Malaysia yang banyak berkhidmat di negara orang. Pengalaman berada di bumi UK, memang ramai aku melihat rakyat Malaysia di sana yang tidak pulang ke Malaysia tetapi menjadi orang penting di negara orang. Selain sikap individu, kerajaan tidak harus menuding 100% kesalahan kepada mereka tetapi cuba mencari pendekatan terbaik untuk ‘memujuk’ mereka ini kembali berkhidmat dinegara orang


Head Department Electrical Engineering University of Sheffield pun orang Malaysia ok!


Ada beberapa benda yang aku rasa perlu ditekankan oleh pihak kerajaan untuk mengoptimumkan Talent Corporation ini supaya misi penubuhannya tercapai. Sebab Talent Corporation ini ditubuhkan dibawah jabatan Perdana Menteri, lagi mudah untuk handle! Jom lihat apakah pihak kerajaan perlu lakukan untuk melampias misi Talent Corporation (TC)


1) Meluaskan pencarian bakat kepada pelbagai bidang

Memang jurusan perubatan, perguaman, kejuruteraan dan akauntan adalah sesuatu yang kritikal. Tapi aku harap TC tidak fokus kepada jurusan kritikal sahaja kerana untuk membina negara unggul berpendapatan tinggi, bidang lain seperti pertanian, pendidikan, pertahanan dan bidang lain-lain lagi harus diberi keutamaan juga. Barulah negara seimbang dan misi 2020 pasti terlaksana


2) Buangkan sifat kepolitikan

Politik memang tak boleh campur tangan dalam hal ini. Takkan kemana kalau politik masuk! Harapnya TC ini dikelolakan oleh orang yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam politik supaya misi TC akan terlaksana. Ingat kisah bagaimana cikgu yang kuat pegangan kepada parti pembangkang akhirnya ditukar ke sekolah pedalaman? Walaupun cikgu itu begitu berbakat, akhirnya terkubur dek desakan politik. Huh, harap-harap TC tak berlaku sedemikian.



3) Menyediakan Malaysia harmoni

Faktor utama kenapa ramai yang tidak mahu pulang ke Malaysia adalah disebabkan keadaan Malaysia sendiri. Kalau tanya aku yang baru tinggal 2 tahun di Sheffield, aku akan memilih untuk bekerja disana berbanding di Malaysia! Nasib baik buat herbalife, ramai rakyat Malaysia yang gemuk-gemuk, sebab tu pulang, kalau kerja dalam bidang kejuruteraan, mesti tak balik. erk? huhu =)

Jadi, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan suasana Malaysia yang mesra dengan mereka yang bekerja di dalam professional ini. Bukan untuk menganak emaskan mereka, tetapi mereka sebenarnya layak untuk menerima sedikit inisiatif dari Kerajaan. Inisiatif apa, perlulah difikirkan


Kesimpulan

Action speak louder than word. Harap penubuhan Talent Corporation berjaya menggapai misinya.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

28 comments:

denaihati said...

Bro aku sangat setuju dengan idea ni. apa lagi bro tweet kan entri ke @najibrazak

joegrimjow said...

@denaihati
akan di tweet

suffer8zine said...

ape pasal keje kat singapore?


Terkini : Pancing ikan pirahna gergasi

joegrimjow said...

@suffer8zine

baca sampai habis

Sidratul Muntaha said...

ape ko ckp tu sume aku setuju,dik.
apepun,benda ni kena buat betul - betul.
bukan hangat - hangat chicken shit.

Hizami Rahim said...

rugi.
XD

joegrimjow said...

@Sidratul Muntaha

chicken shit =)

action speak louder than word

princess_eryna said...

dia menghargai org yg telah membantu dia.. x salah rasenyerr... mcm aku... aku keje ngan kerajaan coz depa da bg aku biasiswa... so, aku harus berterima kasih kan??...

Hazzy Ishak said...

rugi memang rugi

aYu said...

agreee~~~~~
action speak louder than word

-ROCKprincess- said...

agreed...
dah ramai sgt talented malaysians yg berkhidmat di negara org...
sgt rugi...

Matjoe said...

fuuuuuuuuuuuuu, teruja aku bc entry ni. couldnt agree more

ken said...

well-written and i agree!
many professionals dont like it here in msia, and it's quite common =/

atty's said...

saya setuju..sangat2

Ann said...

bangga ada malaysian dpt anugerah sebaik ni.......

hamzah ian said...

hehe.. entoh la..

fikah mus said...

kat luar, faedah yang dorang dapat sangat banyak.

adik ipar sepupu, seorang doktor, berkhidmat di switzerland sekarang.

INTANKUTERPILIH said...

betul tu...setuju sgt...

Puan Capa said...

muda dan berbakat!

vidadarisakura said...

:)

Kyuubi said...

lagipun gaji diorg dapat di luar sangat2 la lumayan, betul tak? diharap TC ni dpt kumpul talent kat malaysia ni supaya tak lari pi tempat org.

syafiqah ezam shah said...

hehe.agreed with this entry!wuhuu!!

syafiqah ezam shah said...

hehe.agreed with this entry!wuhuu!!

anyss said...

Salam,
Sangat bersetuju dengan pendapat bernas orang baru balik dari jauh ni....

kekangannya: depa yang dah berpengalaman kerja luar negara dah biasa dapat gaji tinggi, lebih2 kalau terima Euro...kalau gaji 2-3 ribu je kat sana pun, bila dah tukar dalam matawang Euro...fuyoooo boleh terkeluar biji mata. Bayangkan kalau dapat gaji lebih tinggi dari itu, sedangkan tak banyak kampeni yg mampu nak bayar banyak gitu di malaysia.

walaupun begitu, bukan semua orang hanya pandang duit sahaja. tahniah untuk mereka yg ada peluang dapat gaji tinggi kat luar negara tetapi masih balik dan nak keja dlm negara.

nur said...

tahniah buat joe yang akan balik berbakti kepada negara..
hujan emas di negeri sendiri..

ALL IN ONE

cikida said...

sokong sangat!!

muhammad fakhruddin said...

@denaihatiPoint no. 2 tu penting!

cEro said...

kalau aku tak bace blog ni, aku tak tau semua ni...
adoi...
pathetic me...

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW