Share

Only In Malaysia

Apakah perkara pelik dan biasa kita boleh jumpa di Malaysia?
(semua gambar diedit guna 'software comic life' dari page fan photo onlyinmalaysia)


1) Percampuran bahasa


Biasa sangat kita boleh lihat kat mana-mana sekarang percampuran bahasa ni. english dengan melayu selalu sangat disalahgunakan. Mungkin sangat biasa dengan percampuran bahasa ni, sampaikan dah jadi terbiasa. erkk, blog ni pun banyak percampuran bahasa =)




2) Sampah diluar tong sampah


Ada sesetengah tempat, terang benderang tulis denda RM 500 kalau buang sampah merata tapi ada jugak sampah yang suka suki dibuang. Tambah memilukan, ada tong sampah yang tak dipungut-pungut oleh yang bertanggungjawab jadikan tong sampah dah tak boleh nak isi dah. salah siapa?




3) Selipar dicuri


Yang ni biasa berlaku di masjid. alahai, tiap kali ke masjid pakai selipar jepun, akan ada ketika yang selipar tu lenyap diambil orang. tertukar atau sengaja di ambil, entah la. orang malaysia katakan. Akhirnya, akan ada yang mangga selipar jepun pun. ekeke



4) Letak kereta salah tempat


Yang paling biasa kita tengok. orang letak kereta merata-rata. kalau tak menyusahkan orang ok lagi, ni menyusahkan orang! ada ke patut parking belakang kereta di belakang kereta. macam mana nak keluar??? nah, terimalah padahnya akibat parking salah ni!



5) Jenayah berleluasa


Sekarang ni kalau dengar kes bunuh, dah menjadi perkara biasa. bakar orang, kelar leher orang, baca di surat khabar pun dah terbiasa. Adakah ini dah jadi darah daging kita? fuhhh, mintak jauh mintak jauh. gambar atas ni orang edit perli polis kat Malaysia, kalau di Singapura 'Low crime doesnt mean no crime' dan di Malaysia ada orang ubah jadi 'Got crime doesnt mean high crime' heh, siap kena perli lagi, dah sampai POLIS KITA tunjukkan kuasa mereka kot



6) Had laju tak bersesuaian


Gambar kat atas ni kat segamat johor. hooo, siap kena perli kat orang kampung lagi. heh, ada jugak beberapa tempat yang pernah aku lalu macam sangat tidak releven dah dengan signboard tu. ada satu tempat ni, nak buat sekolah jadi letak signboard 30kmj, ok lah tu, tapi bila dah projek tak jadi, had laju masih sama ditinggalkan disitu. erk, takde orang nak cabut ke? (sila baca cara atasi kemalangan sifar)



7) Peminta sedekah bersepah


Mungkin didorong rakyat Malaysia ni berhati pemurah,jadi orang yang minta sedekah ni bersepah-sepah. Kalau bulan puasa, fuhhh, bertambah ramai bilangan dia. Yang peliknya, ada peminta sedekah ni bersama dengan budak kecik dan budak kecik ni setiap kali dengan 'maknya' pasti tidur. dieorang bagi ubat tidur ke ape ek? hurmm



8) 2 kerja 1 masa


Berapa ramai rakyat kita yang buat kerja dalam 1 masa? mesti ramai. macam pakcik ni, jadi driver taxi sambil jual pakaian. stylo!! sebab apa? sebab taraf hidup yang sangat tinggi! Kalau kat bandar, gaji 3 ribu tu sangat ciput dan mana boleh nak hidup dengan hanya satu kerja. kalau gaji kerja tu 3 ribu je lah. sebab tu ada yang kerja pagi dan sambung waktu malam. lepas tu mulalah anak terabai dan gejala sosial meningkat. anak luar nikah bersepah. hurmm, we are Malaysian



Bangga jadi rakyat Malaysia???


Aku nak komen sikit pasal page only in malaysia ni. tak tahu siapa yang buat tapi ada bau perkauman dalam tu. dengan dah 70 ribu fan, pasti dah ramai yang baca dan tengok. ada sesetengah gambar tu, aduhai, sangat sedih sekali baca komennya. aku rasa admin sana kena buang komen yang bersikap perkauman ni. sensitiviti ni kena jaga


Cakap pasal soal perubahan, memang betul kita mahukan Malaysia yang aman damai, rasuah (takde pulak dalam gambar ye) tak nak berleluasa, taraf kemiskinan jadi kurang dan nama Malaysia sendiri pun dikenali ramai oleh orang. sebab dah mahu perubahan ni, kadang-kadang kita terlebih dalam perbuatan kita dengan menghina atau sindir orang TAK sepatutnya. akhirnya, berlakulah pergaduhan sebab tidak berpuas hati


Kita rakyat Malaysia


Berbanggalah jadi rakyat Malaysia!


pss : dah 23 orang yang sertai contest jika menang RM 10 ooo ni (hadiah pertama RM 100!!) jom sertai dengan mudah sahaja! (klik sini)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

24 comments:

gadisBunga said...

i love malaysia. and proud to be malaysian.

char kuey teow...tempat lain ade ke? hihihi

mama zharfan said...

rasa bertuah jd anak msia..tp bila dh merasa dok UK, dpt lah rasa byk benda yg UK ada, tp Msia tak ada :(..so berat hati jugak nak balik Msia ni..ko sara hidup yg sgt tinggi, purchasing power yg rendah :( jenayah yg tinggi dan mengerikan lately...

note : me tak join contest tu sbb winner based on vote (like) kat FB kan? sah2 memang me takkan menang sbb tak dpt nak raih 'like' byk2 :(

suffer8zine said...

hujan emas dinegara org, hujan batu dinegara sendiri. lebih baik dinegara sendiri. dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung, lagi ape ek

joegrimjow said...

@mama zharfan

takpe takpe, lain kali join lagi
=)

joegrimjow said...

@gadisBunga

takde!!
kot
=)

LORD ZARA 札拉 said...

Joe.

ayat ni...

>> Gambar kat atas ni kat segamat jobor.

It's JOHOR dear. :)

joegrimjow said...

@LORD ZARA 札拉

lol
typo
dah betolkan
thx ya

nor azzura said...

proud to be Malaysian..

org2 kita terlalu mencari perkara yg perfect dlm sesuatu yg mmg x pernah perfect..

perkara negative dicari dan di caci.perkara positive x nk pulak di puji.

kalau nk ikutkan mana2 negara pun sama shj cuma mereka x tunjuk kan aje.klw x percaya tlg2 la tgok citer discovery channel fasal travelling ni..jgn tgok tempat yg cantik2 je ye.

IRAH HAJERAH AZMAN said...

malaysia sangat terkenal dengan bisnes yang tak payah susah payah kerja, goyang kaki saja boleh dapat beribu2 sebulan.eh.negara mana yg ada skim macam tu? mari mari.senangkan nak jadi kaya di malaysia :P

Nabiel said...

hehehe~
rkyat Malaysia smua kreatif2 bro!!

joegrimjow said...

@nor azzura

tunjuk sama adil baru adil

joegrimjow said...

@IRAH HAJERAH AZMAN

600 lebih mlm kat malaysia ni

joegrimjow said...

@Nabiel

tersangat kretip
;)

PEJUANG KESENIAN EXTREME said...

Banyak lagi gambar2 menarik only in Malaysia kat internet..Tapi banyak juga yang menyindir sebenarnya..

Entri Terbaru PKE:
Bila The Panas Dalam Menyanyi-Seperti Babi

joegrimjow said...

@PEJUANG KESENIAN EXTREME

sangat banyak sindir
=)

Privacy_Resident said...

Suka gambar yang LAJU BALING BATU tu! HAHA

HISAP ROKOK PUN ADA KEBAIKAN! ;)

~ ReD ~ said...

@Privacy_Residentsamalah..suka gak pic yg speed tu. tergelak ok dgn caption LAJU!! baling batu.haha

joegrimjow said...

@Privacy_Resident

sindir2 sayangkot

Hizami Rahim said...

hehe.
kenapa tak sertakan sekali benda2 yg baik ?
kan seimbang sikit.
hehe.
XD

Hazzy Ishak said...

rasanya kalau pasal kes bawa laju, sampah campak merata2, ludah sana sni.

rasanya kerajaan patut buat kempen kesedaran sivik kot. ramai yang buat dek je.

Ibnu_ghazali said...

huh..

bila Islam tidak termartabatkan..hermm..

Malaysians have to wake up..
because the world, wont be complete
without us~

mR Gee.!! said...

best.... nice pict...

zool said...

Kereta tu kena cakau memang kesian abihlah pemilik kete tu... kejam tul

Anonymous said...

Good day!This was a really admirable theme!
I come from itlay, I was fortunate to come cross your website in wordpress
Also I learn much in your subject really thanks very much i will come every day

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW