Share

Melancong ke Bali

Melancong ke negara orang merupakan satu pengalaman yang cukup berharga. Bukan tidak mahu memajukan industri pelancongan negara, tetapi di negara luar ada yang tiada di negara sendiri. Apabila sudah melancong ke negara orang nilah boleh wujudkan perasaan berbangga dengan negara sendiri, ooh, indahnya Malaysia

Kali ini aku akan cuba kongsi benda-benda menarik ketika di Bali tempoh hari. Memang sesuatu yang cukup berharga untuk dikenang. Entry ni pun terbit setelah terjumpa gambar-gambar lama di dalam iphone, apa lagi, update teruslah. Jom kita tengok apa benda yang menarik di Bali


1) Fenoman upin dan ipin


Memang agak terkejut semasa naik taxi hari tu, handphone driver taxi tu berbunyi dan ringtone yang diguna adalah suara upin dan ipin ‘betul betul betul’ Dah dengar dan tanya-tanya orang taxi tu, dapatlah korek yang karton upin ipin sangat glamer di sana. Macam kita suka dengan kumpulan wali band, begitulah orang sana tergilakan upin dan ipin. Wahh, ini sangat mantap harumkan nama malaysia. Ada juga produk keluaran kita yang hebat kan. sesuatu yang boleh dibanggakan!



2) Bakso cinta


Ni pengaruh cerita KCB la ni, teringin sangat nak makan bakso dan kalau boleh nak makan bakso cinta. hehe. Bakso cinta ni sama je dengan bakso lain, cuma ada cinta kat belakangnya. Tapi sebab tak jumpa-jumpa bakso cinta ni, jumpa je apa jenis bakso, terus makan je. Sedap memang sedap. Boleh cuba lagi bila dah sampai nanti. hehe



3) Teknik menawar Harga


Memang di mana sahaja kalau pergi melancong, harga kepada pelancong ni akan jadi mahal. Kalau di Bali, sangat tidak patut harga yang dikenakan pada pelancong. Jadi, apa yang boleh dibuat adalah tawar. Tawar pun ada skill juga. Contoh kalau satu barang dia letak 100 ribu rupiah, terus tawar separuh harga iaitu hanya 50 ribu. Kalau pandai menawar, mungkin dapat 50 ribu tu, tapi kalau tak dapat, 60 ke 65 ribu pun dah ok. Lepas tu untuk barangan seterusnya, bila dia cakap 90 ribu, jangan tawar separuh harga, terus tawar 1/3 harga asal iaitu 30 ribu. Orang kedai ni pandai, sebab dia akan terus naikkan sebab tahu yang kita tawar harga separuh, jadi, jadilah lebih bijak dengan menawar hanya 1/3 untuk barangan seterusnya. give it a try



4) Bergambar selepas membeli



Orang disana tak suka sangat bergambar. Tapi bila jumpa dengan yang jenis gemar jadi model ni, kalah model kat luar sana! Menunjukkan diri peramah adalah satu cara untuk dapatkan barangan murah. Tapi berhati-hati, jangan kita kena tipu sudah dengan harga mahal. Apa yang aku buat adalah apabila sudah membeli di satu kedai, ambil gambar dengan tokey. Lepas tu pura-pura tanya barang lain, harga barangan seterusnya tu terus jadi murah. heh, ikhlas bergambar tu belakang cerita =)


******


Untung berada di Malaysia

Berada 4 hari dan 3 malam di Bali ni, memang penuh dengan pelancong asing. Hampi 50% aku rasa adalah pelancong asing kalau di pantai kuta tu. Masa jalan-jalan di sekitar pantai, memang boleh nampak begitu miskinnya orang disana. Yang kaya memang ada tapi yang miskin tu bersepah-sepah. Tak pasti berapa tahap kemiskinan orang disana tapi kalau tengok memang sakit mata. sayu pun ada bila melihat si ibu mendukung anak kecil yang matanya terpejam. entah diberi makan ape kat anak tu pun tak tahu. Banding dengan negara kita, walaupun ada yang hidup mengemis, tapi keadaannya tidak seteruk disana.

Semoga kedayusan dan kemiskinan jauh dari negara kita!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

25 comments:

eiffel said...

wah g bali lak

eiffel said...

yeah..kat situ memg ramai yg miskin...tp klo tgk kt dlm sinetron..berbeza kn...smua mewah2..bla..bla..

hakikatnya...yg miskin lg byk dr kaya



bangga jd rakyat mesia*tetiba :P

joegrimjow said...

@eiffel

ni kisah lama ni
bulan 7 ritu

suffer8zine said...

oo bulan 7 aritu! fuhh bali!


Terkini : Pertandingan Tarik Tali 43 Tan

joegrimjow said...

@suffer8zine

pegilah
best

noor afzan said...

ingatkan joe pegi bali lagi..
ahaha~

joegrimjow said...

@noor afzan

x x
cuti selalu bila duit nak masuk
hehe

cEro said...

ko tak kena serang dgn org BENDERA ke??
berapi dlm berita nk ganyang malaysia, pdhal org kat malaysia aman je tak cari gado...

Wawa~* said...

anak kakak yg keje umah saya, mmg suka sgt upin ipin ni... mcm satu kegilaan budak2 kat sana... hihi.. bangga2...

best nyer joe dpt jenjalan g bali :)

-HanaMichi- said...

how i miss bali..
tmpt yg best nak rilek..tp untuk shopping, bek g bandung..

-HanaMichi- said...

how i miss bali..
tmpt yg best nak rilek..tp untuk shopping, bek g bandung..

joegrimjow said...

@cEro

berita, faham2 je lah

joegrimjow said...

@Wawa~*

sana org tua pun tengok kak
mmg fanatik

joegrimjow said...

@-HanaMichi-

bali xbanyak sangat barang boleh shopping

Aleeya said...

blom sampai lagi bali...plan ade tapi tak sampai2 lagik huhuuu

hehhehe gi bali tapi jmpa msia (upin ipin) di bali ye bukkk hehhee

atty's said...

tip yang joe kasi ni leh guna pakai..tq..

joegrimjow said...

@Aleeya

ahaa, buk tu dah ada bunyi dah tu

joegrimjow said...

@atty's

tawar menawar tu jangan lupa kak atty

mello said...

tak singgah kat tmpat peranginan ke? pantai ke.. hee :)

joegrimjow said...

@mello

sudah pasti singgah
pantai kuta

-ROCKprincess- said...

i have one friend yg pg melancong ke bali jgk...
dier jumpa byk fenomena upin n ipin kat ctu...
xsangka lak...
hehe...

ramai org ckp pantai kat bali lawa2...
gambar2 pantai xder ek??
heh..

Nik Nur Izzati said...

bali bali bali. macam macam ada kan. haha

lain kali boleh bawak nik pegi bali lagi. kan joe?
=)

joegrimjow said...

@-ROCKprincess-

pantai xde lawa sangat
serius
huhu

joegrimjow said...

@Nik Nur Izzati
ahaaa, pergi sendiri
hehe

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW