Share

Bulan Payudara

Bulan Oktober merupakan bulan kesedaran barah payudara (National Breast Cancer Awareness Month) Kenapa Oktober dipilih aku pun tidak tahu tapi entry ini sangat serius membincangkan tentang barah payudara! Walaupun aku seorang lelaki, bakal isteri, emak, kakak, mak saudara merupakan perempuan dan risiko mereka kena barah payudara ini tinggi dan atas dasar itulah entry ini diterbitkan. Jom kita kaji mengenai kanser payudara ni


1) Apa itu barah payudara?


Kanser payudara merupakan kanser yang menyebabkan kematian paling tinggi untuk perempuan. no 2, kanser serviks. Kanser ini bermula di payudara dan sebab itu namanya kanser payudara. Terjadi sebab keadaan sel di tempat tu tidak seimbang dan penghasilan sel juga tidak terkawal



2) Statistik barah payudara

Di Malaysia, bilangan pesakit yang menghidap barah payudara ini semakin meningkat dan bilangan kematian disebabkan barah ini juga meningkat dari tahun ke tahun. Statistik juga menunjukkan bahawa orang cina lebih banyak menghidap barah payudara diikuti india dan terakhir adalah melayu. Pada 2006 itu turut menunjukkan sebanyak 3,525 kes baru dikesan dalam tempoh sama. Statiktik terbaru? tak jumpa pulak kat internet ni


Untuk international pula, ada lebih yang menarik mengenai statistik ni. Bukan menarik, menggerunkan!

  • Setiap 3 minit, seorang wanita didiagnosis dengan kanser payu dara
  • Setiap 11 minit, seorang wanita mati akibat kanser payu dara
  • Setiap tahun, 30,000 wanita dan 200 lelaki didiagnosis dengan kanser payu dara

MENAKUTKAN!!!



3) Simptom barah payudara

Macam kita biasa maklum, barah ni ada banyak peringkat dan kebanyakan barah ini dapat dibuang adalah kerana kebolehan mengesan diperingkat awal. kalau sudah berada di peringkat terakhir, memang harapan untuk pulih sangat tipis. Penting bagi kita untuk mengetahui simptom ni agar dapat dirawat dengan segera. Antara simptomnya adalah


  • Ketulan pada payu dara dan makin jelas ketika haid
  • Pendarahan atau lelehan dari puting payu dara
  • Perubahan bentuk payu dara
  • Kulit payu dara atau puting yang tertarik ke dalam



4) Punca barah payudara

Makanan yang seimbang mengurangkan risiko barah payudara


Memang punca utama barah payudara ini tidak diketahui sampai sekarang. dari mana barah ini datang dan bagaimana ia bermula juga merupakan misteri sains perubatan. Senarai yang ada dibawah ini adalah antara punca yang menyebabkan barah payudara


  • Obesiti - semakin gemuk semakin berisiko (kuruskan badan ok!)
  • Genetik - lebih berisiko kena jika ada ahli keluarga lain pernah kena
  • Kitaran haid - lebih berisiko jika kitaran haid datang awal, seawal umur 12 tahun
  • Alkohol - yang minum alkohol ni sangat berisiko barah ini akan melekat!
  • Tabiat merokok - bukan sahaja barah payudara, barah lain-lain pun senang nak datang kalau dah merokok kuat
  • Peningkatan usia - semakin tua semakin berisiko



5) Rawatan dan jenis pembedahan

Ada juga rawata tradisional yang diajar tetapi sebab tidak dibuktikan secara saintifik lagi keberkesananya, aku hanya akan ceritakan pasal pembedahan sahaja. Aku rasa pembedahan adalah cara terbaik untuk membuang barah ini jika sudah berada diperingkat yang berbahaya. Jenis pembedahan aku ambil dari breastcancercare.org.uk





6) Mitos Barah payudara

Banyak sebenarnya mitos yang kita dengar pasal barah ni dan kadang-kadang sebab tidak cukup ilmu tentangnya, mitos ni sudah jadi fakta pulak. Akhirnya menjerat kita untuk dihidap barah payudara ini. jom tengok apakah mitos yang popular sekarang (diambil dari sini)


  • Lelaki tidak boleh mendapat kanser payudara.
  • Baju dalam yang berwayar boleh menyebabkan kanser payudara
  • Wanita di bawah umur 40 tahun tidak akan mendapat kanser
  • Anti- peluh dan deoderan boleh menyebabkan kanser payudara
  • Pil Perancang boleh menyebabkan kanser
  • Mammogram boleh menyebabkan kanser payudara merebak atau menjadi punca kanser
  • Setiap benjolan di payudara adalah kanser payudara
  • Kanser payudara hanya berlaku di sebelah payudara
  • Mastektomi merupakan satu-satunya rawatan kanser payudara
  • Wanita yang mempunyai payudara yang kecil mempunyai risiko yang rendah mendapat kanser

Lelaki pun ada risiko ok!


********





Breast Cancer Awareness aku rasa adalah cara terbaik untuk kita sebagai blogger untuk memberi peringatan kepada reader mengenai bahayanya barah payudara ni. Jadi sepanjang bulan 10 ni, aku akan buka satu list ditepi dan akan mempromosikan link korang yang menulis perihal barah payudara ni. Jangan lupa bagi email permalink kat bahagian komen bawah ini atau email terus aku di joegrimjow@gmail.com. Sama-sama kita memberi kesedaran kepada masyarakat!


Ada jugak aku terfikir untuk buat gathering lagi (dah takde orang nak volunteer diri, kenalah jadi penggerak jugak!) dan lebih kepada aktiviti bersukan. Kalau kita buat main futsal dan sambil tu promote bulan kesedaran barah payudara ni, stylo jugak kan? hurm hurm.... any idea?



pss : jangan lupa 15 oktober ni blog action day. yang nak sertai contest jika menang RM 10 K masih sempat lagi. jom memeriahkannya!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

44 comments:

suffer8zine said...

nice entri!

azizie.com said...

weh. hang kena tunjukkan macamana nak kesan barah payudara dengan teknik urutan tu. baru lengkap. haha.

d_tieah said...

Thanx 4 the info..
Nice sharing..

paan said...

lelaki pun leh kena barah payu dara.. jaga2..

Bro Framestone said...

lelaki mmg ade perluang untuk mendapat cancer payu dara

maaf bro xleh nk volunteer gerakkan gathering sehingga bro dah dapat koje...

pulus xde la joe nk gerakkan diri

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

Ckin Kembaq said...

hmm..mmg dahsyat..risau deh...moga tak kena..

Hazzy Ishak said...

ngeri lah pulak. tapi tak sangka pulak perempuan yg datang haid awal, seawal umur 12 tahun boleh berisiko jugak.

honey amour said...

haishh..nak kena check ni..

mR Gee.!! said...

hurm.. nice madicaL inFo..
tenkiu bro Joe...

♥CIK SHA♥ said...

thanx 4 sharing..nice info..^_^

macam2 jugak mitos eh..baru tahu..huhu..menakotkan la baca bab statistik tu..moge dijauhkan dari semua penyakit yg membunuh ni..amin..

nurain said...

bagus lah joe.orang macam kamu la yang kite nak..coz awareness tu yang penting, cegah sebelum jadi

bubbles182 said...

Yayy! lets wear pink to show ur support! XD

cik helena said...

bagus entry ne,,bukan semua lelaki sedar dan nak sedarkan wanita :)

makdara TERdiva said...

salam joe,
belog akak ade buat Pink Special Giveway sempena kempen reben merah jambu kat belog akak..mehla join & war2kan pada yg lain :)

NAJ HEBAT said...

merdeka! merdeka!

oh.. salah..opss


ok ok.. aku tak lupe 15 oct tuh..

kau pon jgn lupe 16 oct tu..

birthday aku..

gedix2 mcm mahu hadiah dari oversea.. buleh enggak?


p/s: la~La~la *ignorance*

joegrimjow said...

@azizie.com

erkk, mungkin next entry

joegrimjow said...

@paan

semua kena
perempuan berusia lagi berisiko tinggi

joegrimjow said...

@Bro Framestone

keje ngan herbalife je bro
=)

joegrimjow said...

@Ckin Kembaq

aminnn

joegrimjow said...

@Hazzy Ishak

haah, tu fakta dari intenet

joegrimjow said...

@♥CIK SHA♥

aminnn, smoga xde org kita kenal kena dan kenalah berngat selalu

joegrimjow said...

@bubbles182

nak kena beli baju pink la ni

joegrimjow said...

@makdara TERdiva

nak link nak link

joegrimjow said...

@NAJ HEBAT

17 baru balik
huhu

Kalamhati said...

killer no 1 wanita..huhu

~~waniyummy~~ said...

berdasarkan kajian pengambilan lemak yg berlebihan adalah antara punca barah payudara...

~~waniyummy~~ said...

berdasarkan kajian pengambilan lemak yg berlebihan adalah antara punca barah payudara...

LotsOfLove-Pearls said...

Joe..
pasal contest tu, boleh guna entri lepas..

heeeee...
join tau..

nnt tinggalkan link kat n3 contest tu ek..

tQ..

cheers!

LotsOfLove-Pearls said...

kanser payudara merupakan satu penyakit yang sangat menakutkan.

*teringat seorang blogger yang meninggal baru2 ni coz of cancer payudara.

mahirah said...

tq fOr da infO..gud3..=)

mahirah said...

tq fOr da infO..gud3..=)

nor azzura said...

lelaki pertama yg saya kenal yg begitu concern about wanita. thanx.

joegrimjow said...

@nor azzura

me ke?

GadisTerbilang said...

ERK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

GadisTerbilang said...

ERK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

/Dayah//Nurul/ said...

bagusla jo bole jd penasihat dr :)
tq entri ea.

INTANKUTERPILIH said...

breast cancer adalah musuh setiap wanita

ms shiya said...

info yg berguna ntk presentation poster nanti..
thanz!

Adziim said...

7) Pemeriksaan payudara sendiri/breast self screening.

8) Breast screening di hospital.

9)LPPKN- Daftar dan dapatkan surat LPPKN supaya bila pesakit pergi check di mana-mana hospital swasta yang menyertai kempen kerajaan, mereka kena bayar RM50 sahaja untuk mammogram.

joegrimjow said...

@/Dayah//Nurul/

no problemo

✿ismi:Nauratul Nadiah✿ said...

Mintak dijauhkan...amen~
huhu

lea said...

wah. boleh jadi doktor sakit puan ni :)

Wan Gerrard said...

Hmm scary, mencegah lagi baik daripada mengubati ^_^v

PutraRocker said...

@suffer8zineKECILkan payudara under!!hahah

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW