Share

Berdua Lebih Baik

Salam,

Terlalu sibuk sekarang ni sehinggakan tiada masa untuk online. Sekarang baru tahu, kenapa apabila seseorang itu sudah mempunyai kerja, perasaan untuk update blog menjadi kurang. Letih, penat, tiada masa, dan macam-macam alasan lagi membuatkan diri yang dulu rajin update blog, menjadi semakin kurang komitmennya terhadap blog. Aku sangat bersetuju, bagi yang masih belajar, adalah waktu terbaik untuk berblog. Tiada tekanan! Jadi kepada yang masih belajar, teruslah berblog sebelum anda sibuk sampai blog pun boleh lupa =)


******

Tuhan memang maha bijak

Dicipta tubuh badan manusia ini berpasangan. Mata, telinga, tangan, kaki semuanya dua. Anggota ini dijadikan dua untuk mengoptimumkan kerjanya. Tidak dicipta satu kerana diyakini tidak dapat berdiri dengan hanya satu. Tidak dicipta 3 kerana diyakini akan berlaku ketidakseimbangan. Tapi dicipta dua, untuk saling melengkapi

Jika tangan kanan tak dapat memegang botol yang besar, tangan kiri datang untuk membantu

Jika kaki kiri tidak mampu untuk melompat, kaki kanan menolong bagi henjakan yang lebih

Jika telinga sebelah kanan tak mampu mendengar, telinga kiri bantu untuk fokus pendengaran dengan lebih jitu

Jika mata kiri samar-samar memandang sesuatu benda, mata kanan menolong memberi penglihatan yang lebih jelas

Saling melengkapi!

Nick Vujicic, manusia yang luar biasa


Melihat kepada kehidupan, sememangnya lelaki dan perempuan diciptakan untuk bersama. Bersama dalam erti kata islam yang sah iaitu perkahwinan. Lelaki ada kelemahannya, begitu juga ada kelemahannya. Lelaki punyai kehebatan tertentu, perempuan tidak lupa memiliki kehebatan yang tiada pada lelaki. Apabila hidup berdua, mereka saling melengkapi


Dalam hidup, aku rasa sangat penting untuk mencari pasangan yang sesuai dengan diri kita. Maksud sesuai, jika si perempuan tidak suka jadi janda awal (siapa yang suka?) carilah yang bukan perokok. Jika lelaki yang lebih suka berada di rumah, carilah perempuan yang pandai masak sebagai pasangan. Bila pasangan yang 'sesuai' ini dicari, sudah pasti kehidupan akan lebih bermakna


Aku suka sentuh bab alam pekerjaan. Maklumlah, bila dah capai tahap kena kumpul duit sendiri, no more 'mak money' penelitian terhadap kehidupan perlu lebih jelas. Dalam konteks ini, bagi perempuan yang suka 'buat duit' tanpa bergantung harap kepada bos, perlulah memilih pasangan yang ok dalam hal ini. Sama juga dengan si lelaki tadi. Bagi yang bergelar doktor misalnya, sangat perlu pasangan anda mengetahui skop kerja dengan lebih jelas. perihal on call, perihal keluar kerja tak balik sampai 2 hari dan sebagainya. Bila pasangan tak memahami, mulalah porak peranda alam rumah tangga!


Sebab itu biasanya doktor berkahwin dengan doktor. kan?


Ok lah, kesimpulan kepada tajuk kita pada kali ini, berdua adalah jauh lebih baik. Aku sentuh bab hubungan yang halal sahaja iaitu perkahwinan. Hidup di alam perkahwinan, perkara yang paling penting adalah semasa mahu membinanya. Carilah pasangan yang bukan mahu dibuat main, bukan mahu hanya berseronok sepanjang masa, tapi pasangan yang boleh memacu kepada kehidupan yang lebih harmoni.


pss : nampak sangat ke aku nak kawin ni? Muahahaha

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

45 ulasan:

Unknown berkata...

tak salahkan berbincang topik perkahwinan?
kalo dah sampai jodoh,
eloklah disegerakan prosesnya...

^.^

noorafzan.blogspot.com berkata...

setuju dengan 2 perkara,

1. betul, bila dah berkerjaya komitmen terhadap blog mmg terpaksa dikurangkan.

2. psal cari pasangan tu memang kena carilah yang kita boleh 'masuk'. jgn nak seronok2 sahaja kan.=)

uuu..11 hari je dah RM4K..mantap seyh!

Ibu Ammar berkata...

itulah, nak membinanya tulah yang paling asas, apalagi kalau bukan calon partner hidup, kita pilih sendiri, bagaimana orangnya dan bagaimana keluarganya.. kawen dengan dia dan keluarganya juga.

Unknown berkata...

Mantop...!! kawe sokong.. ALLAH Maha BijakSana... Segala Kemahalan Letak dan terpulang kepada ALLAH.. sentiasalah Bersyukur... dgn pemberian2 ALLAH..

joegrimjow berkata...

@aYaz

doa2 la ye bro

joegrimjow berkata...

@aYaz

eh silap bro plak. huh

joegrimjow berkata...

@noor afzan

nak kawen kena kerja kuat skit. wahaaa
=)

joegrimjow berkata...

@nursarah puteri biru

proses nak bina tu bukan mudah kan cik sarah

arrizz berkata...

alalng2 dah nak berpasangan, baik kahwin terus jer kan..hehe..tapi make sure duit dah ada la..hehe

p/s: joe belanje a..hehe

syarifah radiah ibrahim berkata...

setiap benda yang Tuhan jadikan, PASTI ada hikmahnya~

Hanis Amanina berkata...

doktor dgn jurutera okay gak kan? :D

IRAH HAJERAH AZMAN berkata...

Rasanya kene take time nak serasi kalau bidang berlainan. Jangan kata laki bini, kalau sesama kawan sendiri kite rasa susah nak masuk. perlukan masa. unless kalau ada weapon "chemistry" itu tanpa paksa boleh trime

Shahada Fauzi berkata...

setuju dgn point kalau dah bekerjaya komitmen dgn blog akan makin berkurangan..

begitu juga dgn point tentang perkahwinan..kahwin bukan kerja mudah..banyak perkara perlu diteliti sebelum melangkah ke alam perkahwinan..tanggungjawab yang bakal dipikul sungguh besar..amanah dari Allah..betul tak??

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

susah nak cari pasangan yg dapat melengkapkan hidup kita

A~ berkata...

i didnt marry another doctor, dear. terumbang ambing keluarga & rumah nanti :P

Unknown berkata...

@joegrimjow
'bro'?erkk...

-mohon saja ditemukan dgn pasangan yg terbaik dan sesuai utk diri,
manusia cuma boleh berusaha,
DIA menentukan segalanya.. :)

joegrimjow berkata...

@=)

haha, cari yg suri rumah ok kot

joegrimjow berkata...

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr

susah tu berbaloi bila dicari elok2

joegrimjow berkata...

@♥CIK SHA♥

sangat betol

lady-D berkata...

sedang mencari-cari..huuuuuuuu..

'Athifah Markzzaki berkata...

saya bakal doktor tapi nak cari bakal suami ustaz..boleh x agak2? hehehe.
(^O^)V

misz jue berkata...

kalau boleh kawen masa belajar kan bagus..ahaksss...

*mode kegataian*

bila balajar mood untuk berbloging pun kurang lbh2 lagi time exam, rasa bersalah bila spend masa untuk blog tapi tidak pada buku..T_T

Unknown berkata...

2 is much more better than 1. wah mcm tajuk lagu je.

*wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki utk dekat dihatinya, bkn dekat kaki utk menjadi alas kaki dan bkn di kepala utk dijunjung. (ayat tunggang terbalik)

*cerita fasal perempuan yg smoking, tadi kat restoran mkn ngn kawan2 ada la minah ni dah kawin ada ank die selamba badak je dgn husband die smoke..persepsi terhadap lelaki berubah sikit dimana lelaki skng mungkin dah blh terima girls yg merokok..

*one of my friends (girl) yg pergi dinner pun smoker, so tnya la kat die fasal ni.tapi syg no answer. she's a heavy smoker 20 batang 1 hari.

Teja Suraya berkata...

aku pon nk kawen...tpi blom ada jodoh..cmna xtau...hahah

ps; bagos fkir psl kawen ni, kalo ko da ada someone, lebih baik mempercepatkan untuk menghalalkan apa yg ptot...

duit ke, apa ke,blakang kira, Insyaallah rezeki akan bertambah lepas kawen..Allah tu Maha Adil...

rhapsody LiN berkata...

ade doctor nk kat cikgu sbb boleh ddk umah spnt time masa dgn anak2 sbb kerjaya dia yg bz. :)

Unknown berkata...

wow gaji 4k ko...nak keje ngan demo ar gini gak...hah ha

Ann berkata...

nmpk joe kt STS td :)
xsmpt nk tegur

APi berkata...

nick vucinic memang superb..

kawen, komitmen n kerjaya..
semuanya berkait rapat..^^

amirul berkata...

Joe... rajin plak ko update blog ye... :)

izuddinrahim berkata...

kawen terus la joe.
kelantan mas kawen murah jek. haha =P

Ayu Zan berkata...

kawin jgn xjemput yek..ehhehe

rehtomelgnis berkata...

wah..terima kasih dengan share entrynya..dpt dijadikan panduan jika nak melangkah lebih jauh dalam sesuatu relationship...semoga Joe akan berjumpa jodoh yang terbaik..amin!

atok berkata...

aku kagum gila mamat nick ney. hu

Shasz Yusoof berkata...

Salam. Bos, gempak! I love your entry kali ni..n 11hari=rm4000! i have to make it happen..=)

btw, nk kongsi ur belog ngn seseorang yg penting oka..so, ade gunapakai ur words sket..hehe

Blog Eazy Izzuddin berkata...

HEHEHE
kagum2
xD


Why Eazy Izzuddin Always Busy

Wawa~* berkata...

terkebetulan, entry sy hr ni pun pasal pasangan jg, hehehe...

smua yg dijadikan oleh Dia.. mmg ada hikmahnyer... kita je yg harus cuba fahami n mensyukuri.. wah gituh, hehe

Tanpa Nama berkata...

huhuhu SONGKONG entri ni...huhuhu nk kawen !!!!!!!

gadisBunga™ berkata...

kalau 11 hari 4k, lagi berapa bulan dah boleh kawen la ni....

MasZuber berkata...

"Maksud sesuai, jika si perempuan tidak suka jadi janda awal (siapa yang suka?) carilah yang bukan perokok."

apa kaitan jadi janda awal dengan bukan perokok..? kasi explain sket dik

joegrimjow berkata...

@MasZuber

merokok cepat mati. isteri jadi janda awal

joegrimjow berkata...

@Ariko

ahaa, guna pakai apakah??

joegrimjow berkata...

@rohadatul aisy'

aminnnn

joegrimjow berkata...

@Kimmy Ai

bolehhh
cari yg elok2

MasZuber berkata...

aha noted.

agreed!

Jordancezi berkata...

itulah, nak membinanya tulah yang paling asas, apalagi kalau bukan calon partner hidup, kita pilih sendiri, bagaimana orangnya dan bagaimana keluarganya.. kawen dengan dia dan keluarganya juga.

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW