Share

1 Billion manusia vs AIR

Ryan adalah kanak-kanak biasa berumur 6 tahun. Umur sebegitu dia belajar mengenai masalah air yang dihadapi oleh negara miskin yang menghadapi krisis kekurangan air. Kesusahan penduduk negara miskin ini membuatkan Ryan yang berumur 6 tahun ketika itu mengambil keputusan untuk mengumpul duit dan membina satu telaga di kawasan sana. telaga itu boleh menampung sehingga 1000 orang dan membina sebuah telaga boleh menyelamatkan 1000 nyawa manusia!


4 bulan berkampen


Dengan memungut derma melalui mengemas rumah dan juga banyak lagi aktiviti lain, dia berjaya mengumpul 70 USD dalam masa sebulan. Jumlah sebenarnya untuk membina telaga ada hampir 2000 USD dan mengetahui jumlah sebenar jauh dari jumlah yang dia kumpul, budak berusia 6 tahun ini berkata 'Saya patut buat oungut derma dengan lebih banyak!'

Ryan's Well Foundation sini


Pada tahun 1999, telaga pertama dibina!

Pada tahun 2001 Ryan Well Foundation ditubuhkan

Sehingga sekarang projek Ryan yang dahulunya hanyalah projek kecilan budak 6 tahun sudah menjadi projek antarabangsa dengan sudah menyiapkan 630 projek di 16 buah negara dan 700 000 orang sudah mendapat bekalan air yang cukup


1 Billion manusia vs AIR


Syukur tinggal di negara Malaysia bertuah ini, ada masalah air hanya perlu mengadu pada mak. Mak mengambil telefon dan memarahi Jabatan air kerajaan kerana tidak menyediakan perkhidmatan air dengan cukup. Pekerja dari Jabatan Air datang 2 hari berikutnya dan membaiki apa yang patut. Setelah air kembali pulih, kita pasang paip tak ingat dunia dan bila mak panggil kita dari luar tandas ada orang telefon, kite bergegas keluar tanpa menutup paip air tadi


Tak lupa juga di masjid semasa mahu mengambil air sembahyang, kita pusing pili paip yang paling ke kanan, katanya mahu lebih khusyuk nak ambil air sembahyang


Juga ada kes di tandas awam akibat benci dengan pak cik penjaga tandas awam mengenakan kita 50 sen, paip air kita tidak tutup untuk melampiaskan benci dendam kepada pak cik tadi


hurmm....


Masalah air di Malaysia tidak ketara jika mahu dibandingkan dengan negara miskin lain. Perangkaan terbaru, 1 billiion manusia di seluruh dunia masih belum mendapat bekalan air yang bersih. mungkin negara kita hanya mengambil sangat sedikit peratus dari 1 billion itu, sebab itulah pembaziran air ini selalu sahaja berlaku dalam masyarakat kita


Pelik tapi itulah realiti, di sini (UK) walaupun negaranya seperti kita, tidak memiliki masalah ketara dengan air, tapi penduduknya begitu prihatin dengan masalah air. Budaya penjimatan selalu ditekankan. Ingat ada satu ketika berada di rumah seorang Mat Saleh disini, dia memarahi anaknya yang tidak menghabiskan air setelah meminta air untuk minum. Itu baru air minuman, kalau air mandian tak tahulah macam mana


Nak kata mereka Islam, sudah pasti bukan!


Blog Action Day yang membincangkan masalah air dunia ini pun tak ramai yang mahu menulis. Takpe, kita ada masalah yang lagi besar untuk dibincangkan, hari ni bajet yang akan dibentangkan oleh PM lebih penting, itulah masalah kita sebenarnya! Air? tunggulah kita ada masalah, kita call sahaja Jabatan Air marah mereka


Dasar tak buat kerja, makan gaji buta - dan masalah kita selesai!


pss : chill la bro =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

19 comments:

Hazzy Ishak said...

hari tu hazzy tgk oprah, satu family yang suka membazir cakap yang dia sebenarnya tak hirau/sedar apa yang berlaku kat bumi skg ni. yang dia tahu, dia ada hak guna air tu sebab dia bayar.

kalau semua orang pikir dia layak guna air berapa gelen sekali pun dari erti kata lain membazir sebab dia bayar. hmmm mana nak ubah persepsi dorang?

nak tunggu sampai tak de air baru nak nyesal...hmm dah terlambat kot.

joegrimjow said...

@Hazzy Ishak

tunggu sampai harga air lebih mahal dari emas, barulah dia rasa

suffer8zine said...

bersyukur la dgn nikmat yg diberikan sementara ni,

joegrimjow said...

@suffer8zine

sblom merana, langkah pencegahan perlu diambil

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

huhuh lebih rela takder letrik dari tada air wooooo... amat susah lau air tadak... seksa jiwa raga...

shah mohamad said...

"bila barat mengandungkan islam..."

joegrimjow said...

@miMiE aZiMaSK ^V^

air dah jadi bahan asas dari dulu hingga sekarang

joegrimjow said...

@shah mohamad

harapnya anak itu islam

rhapsody LiN said...

harga air kt kedah dh naik
hehe

Bro Framestone said...

kalau mandi tue, kena habiskan air ke..??

rakyat malaysia mmg suka membazirkan air..

kekadang sesuka hati je siram air dlam semak sebab xtertahan

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

joegrimjow said...

@rhapsody LiN

oppss. dah naik ke?

joegrimjow said...

@Bro Framestone

tabiat membazir nilah kena bendungnya bro

Anonymous said...

terkesan dengan pasal ambil wudhuk tu.
ramai di antara kita ni sebenarnya tak sensitif pasal benda benda yang macam ni. kita diajar 'siapa membazir saudara syaitan' tapi macam tak diendahkan.
teringat cerita zaman Rasullulah saw;

ada seorang sahabat tengah amek wudhuk, lalu Rasullulah saw melihat perbuatannya dan menegur
"Pembaziran apakah yang kamu sedang lakukan?" (lebih kurang macam ni baginda saw tanya)
sahabat menjawab " ya Rasulullah, amek wudhu pun dikira membazirkah?"
Rasulullah jawab "iya, walaupun kamu berwudhuk di sungai"..

Allahu rabbi, begitu sekali baginda saw ajar kita... tapi kita?
astaghfirullahalazimm..

joegrimjow said...

@Anonymous

PATUT sertakan sekali dengan hadith tu

Ahmad Tajuddin Abdullah said...

salam ziarah...usaha kecil tapi nilaian di sis Tuhan itu amat besar insya ALLAH...betul kata2 Joe,ini bukan tugas rasmi seorang blogger..

etomyam said...

kat sesetengah negara ada yg mati kerana kekurangan air, kat sini ada pulak terkorban kerana air....air daun ketum huhu

Nurulbadiah Lai said...

joe..
saya antara jenis yang suka menbazir air..\basuh kete..mndi sume..heheheh
sbb saya rasa air banyak..
bile baca kisah org yng xcukup air..rase sedih lak..huhuhu
insaf2..

lifeofagirlnamedfa said...

interesting entry.
ryan's well foundation uh menarik seh.
knp tk pena terpk pon ek blh bt cmtu?

z said...

tabik spring sama ryan...

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW