Share

Pengalaman berharga mendukung anak DARA!

Salam,

Hari ini mood sangat baik. ya, sangat baik. Rasanya kalau jawab paper SPM, konfem boleh dapat 22 A1 ni. Sebabnya jawab dengan muka yang senyum gembira! heh, orang cakap kalau mood kita elok, semua benda atau kerja jadi indah. Masakan tu kalau dah tawar takde rasa pun boleh jadi manis ibarat madu bila dah mood elok camni. mood2 tengah baik ni tiba-tiba terbelek paper utusan ada pulak gambar bawah ni. ekeke, lagi2 lah bertambah baik moodnya =)

Raya kali ni dah hampir melabuhkan tirainya. eh eh, tak jugak sebab lepas habis puasa 6, boleh sambung beraya pulak kan? beraya 2 kali nampaknya kita ya. Keluarga aku pulak, dah sorang-sorang balik ke tempat masing-masing, terbaru abang aku di seremban dan juga akak aku di putrajaya dah balik. nak kerja katanya, semangat betul! esok pula abang aku di shah alam akan balik. ishh, balik la balik la, benci i taw, tinggalkan i sorang-sorang kat rumah ni.


erk, lusa aku pulak akan ke KL, lusa kepada lusa akan bertolak ke UK dah =)


Ok, jangan spoil mood elok ni dengan cerita nak balik ke UK. Sesungguhnya hati dah ada kat Malaysia ni jangan dikenang bila mahu ke sana. nanti mood bertukar 360 darjah. haaa, tak best kan? Serba sedikit mengenai keluarga, kali ni nak cerita pasal perjumpaan keluarga.


Perasan tak masa rayalah waktu terbaik untuk semua ahli keluarga berkumpul. Sebab utama adalah cuti dan sebab kedua dah jadi adat bila balik beraya, kena balik kampung. Memang benda begini elok sebabnya at least adalah dalam satu masa tu semua ahli keluarga dapat berkumpul dan masa inilah ukhwah boleh dirapatkan kembali. Kalau keluarga jauh tu, masa rayalah boleh kenal-kenal kembali. contoh si a dan si b adik beradik dan masing2 ada anak. lepas tu ada cucu. cucu-cucu ni mungkin dah tak kenal satu sama lain. takyah contoh jauh, aku sendiri pun dah kurang kenal dengan cucu-cucu ni!


Revolusi FACEBOOK


Terima kasih pada facebook ni, sekurang-kurangnya benda alah ni boleh merapatkan kembali hubungan yang sangat jauh ni. Aku pun pelik, kenapa facebook ni boleh pulak ramai ahli keluarga aku, bukan saja dekat, malahan jauh-jauh pun yang tak pernah kenal di dunia internet ni, boleh jumpa di facebook. huh, mungkin masa depan nanti, bila kita key in je dna kita dalam facebook, semua ahli keluarga dapat jumpa. ekeke. mungkinlah kan


Raya camni sia-sia kalau tak jumpa. jumpa pun kena betul-betul manfaatkan masa bersama. nilai masa bersama tu kenalah kita tengok-tengok juga sebab takut walaupun seharian berjumpa tapi hasilnya tidak seperti dijankakan dengan semua memilih untuk berdiam diri. eh, jangan pelik sebab benda begini pernah terjadi. Jadi, pandai-pandailah kita dalam merancang masa untuk menjalankan aktiviti bersama


Aktiviti keluarga


Seperti tahun-tahun sesudah, memang keluarga aku akan berkumpul dan jalankan aktiviti bersama. walaupun takdelah besar sangat, 7 adik beradik dengan 4 menantu bersama 10 orang cucu, tapi bila dah berkumpul bersama tu memang riuh jugak! tempat yang biasa kiteorg pilih adalah PANTAI. aktiviti apa lagi kalau bukan mandi laut dan juga makan-makan



******


Cerita bab tajuk


Untuk tidak mengecewakan orang yang membaca, kena selitkan jugaklah berkenaan dengan tajuk ni. hehe. Masa aku di pantai tempoh hari, ada seorang perempuan ni gedik gila! dah la pakai bikini je, tak sedar ke ni adalah Malaysia. kalau kat negara omputih ok lah kan, ni kat Kelantan. sungguh tidak senonoh perbuatan itu! Sebab nak ajar perempuan tu, aku terus pergi dekatnya dan MEMEGANG pinggangnya


'auuww. gelilah!'


gedik! memang bertambah geram lah aku dengan suara dia yang kecik mulus ni. Lantas aku suruh akak aku ambik gambar sambil mendukungnya. fuuhhh, memang sangat sexy!















mulut tuuu!!!


nasib baik budak kecik lagi!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

48 comments:

shazzy :) said...

haha tajuk gedik gila, tambah2 mulut budak tu ishhh

Hizami Rahim said...

mcm rimas je budak tu.
kesian dia.
haha.
:P

gadisBunga said...

hahaha!!! yg mendukung pun nampak gedik semacam.

joegrimjow said...

@shazzy :)

ekeke, tajuk kena gempak gitu

joegrimjow said...

@Hizami Rahim

tak rimas, dia happy je

young yasmin sarian said...

hahahahahaha...dua2 gewdix! Btw superb entry!

chanz said...

haha..aku pon terperasan gmbr tu..ada nama ko..popular tol ar ko ni.

Hime said...

gambar En Joe yg ramai2 tu masuk paper Utusan hr ni..ptt mcm familiar je.dhla jarang bc Utusan, tetbe nmpk gambar tu :)

wanie m'nJ said...

ciss!!tajuk bikin panas saja...haha
hmm,goges la anak dara tu!! =D

Keretapi said...

aku rasa anak dara tu dalam bahaya.

lari dik lariiiii!

joegrimjow said...

@Hime

wah wah, tapi ramai2, nak sorang2. over pulak

joegrimjow said...

@wanie m'nJ

adakah anda tertipu?
huhu

kechixx said...

comel sgt;)

~Miss_eiyDa ~ said...

gewdiks gilwer tajuk HOI..hahhaha

makdara TERDIVA said...

kecik2 x pe pakai bikini..dah besa sok jgn nak gatai2 plak pakai..huhu!

tgk mulut dia tu yg gerammmmmm..

Amni said...

jahat kan? saja nak soh orang terpesona ngan tajuk.. ahahhaha... nice entri!

izee said...

hahaaaah cm yg dukungg tu pon gedixx jerr..tjuk n3 dh mengancam..hahaa

izee said...

hahaaaah cm yg dukungg tu pon gedixx jerr..tjuk n3 dh mengancam..hahaa

Kancilbiru said...

hahahah suspen jer..nak gak tgk siapa anak dara yang didukung tu? hehehee

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

cute....

meh dukung GKSB plak..

errr berat eyh?

zida said...

budak kecik gedix. hahah selamat balik ke UK =P

LORD ZARA 札拉 said...

hahaha...

dia nampak excited to Joe!

wanie m'nJ said...

@joegrimjowtipah tertipu!!haha

Hassanah said...

dah agak,mesti bedak kecik
haha

maCy said...

hahahaha. tak menahan. huhu

abg ammar pun balik timing sama kah~

isk2 tak cntact die lagi~

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

tajuknya ya a..auuw gitu.. hehe.. pergi PCB eyh?? ololoo.. chumey muncung tu.. hehee..

eiffel said...

muka cm ngah cover jerk :P

noor afzan said...

haha..
tak pasal2..

joegrimjow said...

@~Miss_eiyDa ~

itu taktik bagi baca
=)

joegrimjow said...

@Amni

terpesona tak?
huhu

joegrimjow said...

@Kancilbiru

tu pon anak dara jugak tu
=)

joegrimjow said...

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr

ringan je, xberat sangat

joegrimjow said...

@maCy

ammar ehsan kah?

Zairie Husin said...

joe.. ada pengalaman tu.. hehe


zairie recently posted:
yeah!! nokai E71 dalam genggaman

ishiko said...

hambuii...huhuhuu..

joegrimjow said...

@ishiko
hambui je?
hehe

ainbudakbaek said...

aku terpedaye..

cheese~

a kl citizen said...

jangan dukung abang dara sudahlah...

comel anak buah

→ : digeruni dan dimusuhi

cuteyes said...

nasib baik budak kecik, kalo budak besar???? tajuk gempak aje kan?hehehe..:)) nice entry.

nina said...

haha saspen dow..

intanurulfateha said...

anak dara?
wah!

azieazah said...

Lepas dukung dan posing, please, campakkan si gedik tu ke laut...! hahahahaha

Yong Sofea said...

dah agak mesti pasal budak kecik. hahaha. btw, tajuk memang kontroversi habis!

memang sangat kool kalau boleh masukkan dna dalm FB.. :D

Daffodil D said...

Gedik but comel! :)



PS : SELAMAT HARI RAYA JOE!

joegrimjow said...

@a kl citizen

abang dara bahaya ooh

joegrimjow said...

@cuteyes

budak besar lagilah best
hehe

joegrimjow said...

@Daffodil D

slamat hari raya jugak

FarhanaDr said...

Kata balik Malaysia nak kawen.. Bilanyerrrrr.. :p

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW