Share

Kematian dan kematian

Salam


Pukul 5 pagi waktu tengah type entry ni. baru siap packing barang. passport baru jumpa. memang kali ni nak ke sana dalam keadaan kelam kabut, pukul 7 dah nak bertolak ke KL. Takut jam di tengah jalan. Memang agak kelam kabut kalau packing barang last-last minute ni, hurmm, jo jo...


Semalam dapat berita mengejut yang mak saudara dah meninggal dunia. Dia memang dah menderita kesakitan sebab cancer tidaklah lama, dalam 3-4 bulan macam tu, tapi Allah lagi sayangkan dia, 4.45 petang semalam dah menemui sang pencipta. Mak saudara aku yang ni memang agak rapat, hurm, semua mak saudara aku rapat kot dan memang terasa dengan pemergian dia. Nak type entry ni pun dalam keadaan terpaksa


Kematian dan kematian


Semalam juga dapat berita yang ada blogger meninggal. 3T dan kali terakhir rasanya aku pergi ke blog dia apabila janji nak masuk contest menang blackberry dia. Tapi sayang, janji tinggal janji setelah arwah pun dah tiada juga. Sebelum ni M. Rajoli pelakon dan pelawak terkenal juga dah menemui ilahi. Banyak yang dah pergi, satu demi satu


Sedekahkan al-fatihah pada mereka...


Bila berita kematian kita dengar, tambahan pula si mati itu kita kenal atau rapat, rasa sedih sangat kan. sedih sebab dah tak dapat jumpa di alam yang sebentar ini. ya, buat selama-lamanya dah tak dapat jumpa. Di akhirat sana? Allahuallam. Apa yang aku fikirkan dari semalam sampai mengganggu tidur adalah, bila aku mati kelak, adakah cukup amalan yang aku buat untuk dibawa bekal ke sana. ya Allah, sikit sangat!


Tak campur hutang yang bertimbun lagi ni. Hurm, nanti akan satelkan kesemua hutang tu dengan secepat mungkin. Manalah tahu umur tak panjang, sebab hutang padah akibatnya di sana nanti!




Ok, entry kali ni pendek. Cukup setakat tu saja. Jumpa lagi di lain masa. doakan perjalanan selamat sampai ke destinasi. Ingatlah, benda yang paling dekat dengan kita adalah kematian, bila-bila masa sahaja kita akan dijemput....

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

17 comments:

Nabiel said...

al-fatihah pada mereka2 smua~;(..
ko dh nk blik yea?ak pn slalu gak kmas last2 minute!hehehe..
nway, selamat smpi bro..have a safe journey k~

intanurulfateha said...

al fatihah

APi said...

selamat incik..

ProfHariz said...

Setiap yang hidup pasti merasai mati :(

Walaupun kita mati syahid jika ada hutang kita tak akan mati syahid apa yang hariz tahu lah..

wallahualam

MuNsYi SaMa said...

safe journey..dan al-fatihah

azlini said...

selamat meneruskan perjalanan..

noor afzan said...

Al Fatihah untuk yang dah pergi dulu.
Anggaplah Allah beri kita peluang lagi untuk memperbaiki diri.

Kyuubi_85 said...

semoga sampai dgn selamat ke tempat yg dituju :)

ishiko said...

al-fatihah... tu lah.. dlm masa yang sama, ada org mninggal dan akan lahir insan yg baru...

btw.. selamat jalan...

mama zharfan said...

selamat pulang ke bumi UK

a kl citizen said...

semoga selamat dalam perjalanan dan selamat tiba


→ : keinginan

~~waniyummy~~ said...

kematian la yg paling dekat dgn kite...same2 amik iktibar...takziah joe atas pemergian insan2 rapat

Ery Farieha said...

selamat pulang joe :)

ohh x lupa

al fatihah pada semua yang telah pergi
lately byk sgt terdengar berita kehilangan org terdekat

diba said...

smoga slamt sume nyr..sntiasa brigt

~ ReD ~ said...

mmg terasa sgt2 bila org disisi pergi meninggalkan kita selama2nya..semoga roh mereka diucuri rahmat...amiinn

Review Filem Piranha : Bersilat Dalam Wayang

Anonymous said...

salam boleh tau blogger mana yang meninggal tu?boleh bagi link blog dia tak? takziah..

Miss Q said...

mati tu menakotkan.. tapi itu suatu yg pasti..

karipapsayur~

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW