Share

Program Ihya' Ramadhan 1431 h/2010 di Kelantan

Salam,


Tadi berkesempatan untuk solat terawih bersama Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu. Sempena program Ihya Ramadhan Kelantan Serambi Mekah, malam ini diadakan perasmian oleh Menteri Besar Kelantan.


Memang dari semalam lagi dah tahu, sebab itu rancangnya untuk solat disana. Khemah yang disediakan mampu menampung seramai 2000 orang jemaah dalam satu masa dan aku termasuk dalam jumlah itu ketika solat isya tadi berasa sungguh kagum dengan kesatuan yang wujud dalam jumlah yang begitu ramai tadi. Ok, sebelum cerita lebih lanjut, nak cerita sikit pengalaman jumpa dengan MB Kelantan face to face!


Tadi tuan guru masuk melalui pintu tepi. Memang nampak agak dah uzur tapi masih mampu berjalan. Sambil dia berjalan, ada beberapa 'bdoyguard' yang meminta jemaah memberikan jalan. Dari pintu lagi, sempat aku ambil gambar!





Semakin dekat...




Dan sangat dekat!


Tuan guru datang betul-betul depan aku dan kawan aku yang ada bersama ditepi hulurkan tangan dan bersalaman. huh, aku pun nak salam jugak! tapi tak sempat sebab 'bodyguard' macam tak bagi. Kita pun paham je la. Takpe, nanti ku pergi rumah melawat tuan guru macam pergi melawat tuan guru haji hadi. ok? ;)


*****


Program Ihya' Ramadhan 1431 h/2010 di Kelantan


fulll!


Petik sedikit kata2 Tuan Guru semasa majlis perasmian tadi


Kelantan - Qariah Ramadhan dan bukan bazar Ramadhan

Tuan Guru ada memperingatkan jemaah yang datang tadi yang mana Kerajaan Kelantan memperkenalkan Qariah Ramadhan dan menggalakkan agar rakyat dinegeri ini 'take part' dalam segala acara yang diadakan dan bukannya lebihkan Bazar Ramadhan semata-mata. Untuk tengok acara yang diadakan, ada kat atas ni. Banyak kan?


Penjenamaan Bulan Ramadhan dan bukan Bulan Puasa

Tuan Guru juga ada berpesan supaya menggunakan perkataan Bulan Ramadhan bagi menggantikan kebanyakan kita yang sinonimkan Bulan Ramadhan ini dengan bulan puasa. Sememangnya Bulan Ramadhan ini memberi impak yang lebih dan sememangnya disebut di dalam alquran bulan ini adalah Bulan Ramadhan dan bulan puasa itu hanyalah terkandung di dalam bulan Ramadhan ini. Penggunaan Bulan Puasa ini tuan guru ada ceritakan tadi 'takut' kita lebihkan puasa semata-mata tanpa meningkatkan amal ibadah lain seperti bacaan alquran, bersedekah, dan lain lain lagi. Jadi, penggunaan Bulan Ramadhan lagi meluas pengertiannya gitu


Hidup kena ada paksi!

Bumi berputar pada paksinya. Alam semesta ini juga mempunyai paksi. walhal basikal dan kerata juga ada paksi. Paksi inilah yang membuatkan keadaan tidak menjadi kucar kacir dan segala kerja akan menjadi sistematik. Sama juga dengan manusia, tuan guru ada ceritakan, tidak kisah rakyat kelantan ini kerja apa, penjual ke, doktor ke, askar ke, pegawai MPKB ke, arkitek ke, Herbalife distributor ke (ok yang ni aku tambah) semua kena ada paksinya iaitu AL-QURAN. Ikut apa yang alquran cakap dan nescaya negeri Kelantan akan sentiasa aman damai!


*****


Kagum dengan kesatuan!

Agak banyak sebenarnya aku pergi ke masjid-masjid atau tempat yang mampu memuatkan bilangan jemaah beribu tapi tak pernah lagi jumpa peristiwa yang berlaku seperti tadi. Apa yang aku kagum adalah di dalam khemah yang disediakan itu, ketika azan isya habis dikumandangkan, kesemua jemaah. Ya, kesemua tanpa seorang pun (melalui pandangan kasar aku) bangun untuk solat sunat sebelum isya! Ini solat sunat, bukan solat isya lagi. Ada sesetengah tempat, golongan yang 'tua-tua' sahaja yang bangkit untuk solat sunat ini dan yang muda-mudi ini ada yang sibuk berceloteh, tetapi rutin itu tidak berlaku tadi! Kesemua tanpa mengira peringkat umur bangun untuk solat sunat!


Aku membayangkan jika begini kesatuan yang boleh dipamerkan, kenapa tidak boleh dikeluarkan diluar. Jika semua memainkan peranan masing-masing, kerja kerajaan jalankan tugasnya dengan penuh efisyen, pegawai bank jalankan amanah dengan tulus, polis tidak makan suap ketika mahu bagi saman, posmen bagi surat dengan alamat yang betul, peniaga makanan mengamalkan budaya kebersihan dengan mantap, pak imam selalu menjadi role model di kawasan sekitarnya sehinggalah sekecil-kecil anak muda yang bersekolah tekun belajar untuk menyambung perjuangan orang tuanya, nescaya musuh Islam tidak berani menghampiri kita!


Tapi nak buat macam mana, kepelbagaian sikap manusia ini diluar bidang tugas kita. Raikan saja sambil terus berpesan kepada kebenaran


Ok, berbalik pada cerita khemah, sempat menangkap beberapa gambar dalam dan luar khemah. Jom orang kota bharu solat kat sini, leh kita jumpa-jumpa =)



Majlis perasmian


Ramai-ramai

jemaah diluar

Kita takut jika disaman ekor oleh polis, skalipun saman itu mungkin tidak sah daripada sudut undang-undang, tapi rasa gerun tu ada. Namun, adakah kita gerun dengan saman ekor daripada malaikat akibat dosa kita? Saman ekor malaikat sama sekali tidak tersilap!
Tuan Guru


pss : bangga jadi rakyat kelantan. Jom join WLC kelantan esok jom. Turun berat badan dapat cash. wwwwooWW =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

10 comments:

tengkorakemas said...

fuh..bestnya banyak program..

betul3, bulan ramadhan bukan untuk puasa je, solat yg tiang agama tu jgn dilupakan..

joegrimjow said...

@tengkorakemas

wahh, dari tadi tunggu komen, akhirnya masuk juga
huhu
thx u

yup
sangat2 org lupa akan solat

LORD ZARA 札拉 said...

walalala~

kamu kalau nak senang jumpa dia kan Joe, waktu Subuh dan Asar.

:)

joegrimjow said...

@LORD ZARA 札拉

seyes?
ok
akan dicuba

adikeica said...

Joe, jelesnya!!!!!!!!!!
kau g la umah Tok Guru..pastu amik gambar byak2..pastu amik kata2 perangsang and share.nak nak nak

LORD ZARA 札拉 said...

Sebab biasanya dia akan berjemaah dengan orang ramai (waktu hari biasa) pada waktu Subuh dan Asar. Sebab Asar waktunya panjang, mungkin kamu boleh duduk dengan dia. Kalau Subuh macam hari tu, pun boleh.

:)

(cakap berdasarkan pengalaman dah jumpa dia - tengok dari jauh sebab ramai orang lelaki)

:)

Rahsia Biasiswa said...

bai, jadual program tuh tahun 2009 punya la. patutla pelik tgk semayang raya 20 september... heheh

noor afzan said...

salam..
saya bukan orang kelantan.
mak ayah orang kelantan.
=)

teringin juga tengok Tuan Guru dari dekat.

YANI said...

salam

untuk tempah coklat klik disini

http://chocdamore.blogspot.com

jemput singgah..

joegrimjow said...

@YANI

kek coklat?

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW