Share

Pengalaman berpuasa di Matrix

Dari pagi tadi fikir nak buat tajuk apa untuk entry seterusnya. Siap intebiu housemate tanya tajuk apa nak tulis ni. Sebab tu lah sambung jugak entry cinta eiffel tower tu sebab dah ketandusan idea sangat. Tapi kata orang tua-tua, kalau takde idea, jangan duk tekan tekan hantuk hantuk kepala kat dinding, keluar rumah dan nikmati udara segar. Kesihatan terjamin gitu. Tadi masa solat terawikh, tiba-tiba idea tajuk blog datang. nak kata setan goda, semua setan dah kena ikat. habis tu? dari mana idea ni datang? jadi keluarlan formula ni


terawikh = rehatkan minda = otak rehat = idea datang mencurah-curah


heh, pasal terawikh, ramai yang duk bergadoh pasal nak buat 8 atau 20. yang buat 20 perli 8 cakap malas. yang buat 8 perli 20 cakap bajet nak bertobat. heh, macam-macam. baik tengok balik maksud terawikh tu apa, rehat, jadi tengok kemampuan badan. dalam solat boleh rehat, itu terbaik pasal terawikh. tapi diri ni kena 'paksa' skit kerja lebih, baru dapat lebih. bulan ramadhan ni, rugi pulak buat sikit sikit. kan?


******


Bulan february lepas aku ada cerita pasal aku sebagai YDP part 1 dan part 2. YDP ni macam ketua pengawas sekolahlah. Cuma lagi besar sebab dia kat matrx. Kalau korang baca part 1 atas tu, faktor kejayaan aku menang besar (96% undian pelajar) adalah disebakan malam manifesto aku jerit ovari dan testi. ekeke. Best jadi YDP ni sebab macam-macam berita matrx kita akan dapat 1st. so, ini khas versi yang terbaik punya untuk budak-budak londang 2006/2007, kita imbas kembali bagaimana bulan puasa di sana


******


Berbuka di masjid

AJK surau mtrx aku ni memang aktif buat program2 ihya Ramadhan ni. Hari-hari ada je rancangan untuk menjadikan Ramadhan lebih bermakna. Dah jadi YDP ni, nak tak nak kena la support benda-benda macam ni. hipokrit ke tak belakang cite. yang penting aku salah seorang yang selalu berbuka puasa di masjid.


Macam biasalah, kalau buka puasa kat masjid ni, kena berbuka dengan kurma air susu dulu, kemudian solat lepas tu baru makan besar. Maksud makan besar tu mewah. maksud mewah tu harga lebih dari RM 5. woooo, kat mtrx RM 5 tu dah besar ok. dah dapat ikan keli + sayur + telo + nasi. ok lah kan. air masjid sponsor. hehe. Masa nak solat maghrib, ada satu kali kiteorg buka dengan kuih karipap. lepas tu terus solat. masa solat


perut aku bunyi. kruk kruk

lepas tu tukar frekuensi. krek krek


Rakaat kedua punyalah nak cover. tiba-tiba kawan tepi aku pulak bunyi. Nak tergelak pun ada masa sembahyang tu. ingatkan aku saje je. masuk rakaat ketiga, orang belah kanan aku pulak yang perut dia bunyi. yang tak tahan. dia cover.


tau macam mana dia cover?
'eherm eherm eherm' batuk!


Sebab tulah nabi ajar kita makan kurma dan susu dulu masa nak berbukak. Susu tu untuk neutralkan balik acid yang sangat tinggi time perut kosong. Dah tinggi teknologi ni, memang sekarang baru dapat dibuktikan betapa bergunanya sunnah yang nabi ajar!



*****


'joe, awak ada kelas tengahari ni' felo blok c1 msg

'takde, nak balik bilik tidur kejap, napa cg?' aku balas. ni mesti ada kes apa-apa ni

'jom follow saya, ada budak ponteng puasa!' felo blok c1 reply dengan hanya 3 saat


perghhh!

sebelum ni memang ada anasir-anasir luar yang sibuk kata ada pelajar yang ponteng puasa. Aku yang dengar suara-suara halus tu dengan slumber cakap JPP tak buat kerja, orang ponteng puasa buat derk je. Heh, memang panas cerita. sebabnya ada jugak aku ronda-ronda, memang tak jumpa. ada sekali terjumpa bekas maggie je, orangnya dah takde. jadi kali ni, dah felo blok ajak, memang ak dengan bersemangat pergi



pukul 12.13 tengahari



'awak tak takut dieorang pukul awak balik?' kata felo blok setelah kami jumpa face to face

'saya ni besar cg, ada ke orang nak pukul saya' aku yang berat 85kg berbangga dengan saiz aku

'bukan apa, keselamatan kena jaga. Orang yang tak takut dengan perintah Allah ni, bukannya nak takut pada manusia' felo blok berpesan

'Allah melindungi saya' kecut perut aku menenangkan hati



Dah sampai ke blok tutttt (tak leh bagitau la, aib orang kena jaga) aku dengar suara-suara tengah berbual. 4 suara rasanya


'haha, sedap wehhh' suara a kata

'makan ramai-ramai macam ni baru dikatakan barakah' suara b menambah

'gyahahaha' suara c gelak macam syah

'aku tambah ek' suara d halus bunyinya


Dengan perasaan yang membara, aku memberi isyarat pada felo untuk terjah. Memang masa ni aku sungguh tak puas hati, ada ke masa puasa-puasa macam ni diaorang sanggup untuk makan. makan bersama lagi. perghh, memang menyirap darah aku. Lantas aku pun bukak pintu dengan kuat


'awak semua buat apa ni ya!' aku dengan suara lantang bersuara


Memang ada 4 orang yang tengah sedap-sedap meratah maggie dalam baldi. memang terkejut beruk dieorang. Ada dikalangan 4 tu aku kenal. memang malu besar dia, kena cekup dengan aku. Sebab aku ni suka cerita benda-benda kat surau, memang takut betullah dieorang takut nanti maruah tercemar. huh, kat tuhan tak takut pulak kan?


Screen shot 2010-08-19 at 22.44.49



lepas kejadian tu, memang felo sound habis-habisan kepada semua pelajar yang jumpa dengan sekumpulan pelajar yang makan semasa puasa. lepas tu takde dah aku dengar kes kes yang makan masa puasa ni. Ok lah tu kan. jadi orang besar bukan sahaja badan tetapi juga tanggungjawab ni, memang kena prihatin masalah-masalah macam ni. erkk, yang perempuan pun ada jugak


'joe, kalau ada perempuan ponteng puasa, jangan awak pergi terjah pulak ya' kata felo

'kenapa cg, saya mahu terjah jugak, masalah ni masalah mtrx, selagi nama mtrx, sayalah kena dipertanggungjawabkan kelak di akhirat nanti kalau tidak jalankan tugas dengan adil dan saksama' panjang lebar aku menerangkan tugas aku


'kalau dieorang kata, saya tak boleh sembahyang, awak nak kata apa' felo menambah


dengan slumber aku kata


'apa susah, saya check jelah, tengok dieorang ada pakai ke tak modes!'


satu ketukan diterima di kepala
sampai sekarang aku rasa innocent,
kenapa, kenapa lelaki tak boleh check ke sama ada perempuan tu boleh puasa ke tak?


pss : modes tu tuala wanita

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

37 comments:

encHIx laNDax said...

ahahha~~kalau dapaat check,abis la batal puasa~~hehek~

milimilo said...

nakal joe nakal.mana boleh check modes perempuan.check wife ko nanti jelah.hahah.

Ery Farieha said...

eh eh
matrix mane joe?

joegrimjow said...

@Ery Farieha
mlaka
londang
=)

joegrimjow said...

@milimilo

ekeke, mood nakal skit malam ni

etomyam said...

pergh...hebat tu, makan maggi dalam baldi...memang 'grand' betul tu hahaha

zool said...

hebat2.. tapi makan maggie dlm baldi memang penah buat.. tapi bukan diwaktu puasa lah.. aku puasa ok

fahmi ibrahim said...

Keh keh keh... makan megi dalam baldi... biasa tgk org buat kt asrama sek dlu.. tapi tak pernah mencuba. hehe...

Kudrat cukup, iman je kurang. Pelik betul la org tak bleh puasa ni. Memang pelik ah.. gagah perkasa...

milimilo said...
This comment has been removed by the author.
joegrimjow said...

@etomyam
grand iftar pukul 1
huhu

Amir Izzat said...

kuang2... haha..makan dalam baldi/ amik 'jelok' lagi bagus..


macam-macam lah manusia nie..setan dah diikat..setan bertopengkan manusia je belum..

slay said...

hehe. ko budak matrik londang rupanya. jauh merantau. adek aku baru masuk situ tahun ni.

aku pulak dulu matrik johor. pernah je jumpa budak tak puasa time tu, diorang pun makan megi dalam bilik. ramai2 kumpul, kunci bilik. nasib takde member aku yang terlibat sekali.

tapi sebab badan aku kurang besar, aku tak berani tegur la. :P

Atiqahtuty said...

tbe2 teringat ex rumate kt blok a3 dulu~

APi said...

makan meggi lam baldi ramai2 memang besh..
macam zaman duk ostel dulu..
tapi tyme tu malam k..

FareedSairi said...

Hohoho, selamat berkenalan :)amat bersetuju yg solat akan bantu rehatkan kita.jd tak patut ar kalo solat terawih mcm burung belatuk, tak sempat nak bace pape dah rukuk da sujud...

en3 pasal solat dari perspektif sains dan solat baik untuk jantung di http://furdunesia.blogspot.com

fndrocka said...

kalau dibenarkan check modes...aku sanggup buat rondaan 24 jam secara sukarela.haha


mkn ramai2 kan barakah..hahahaa lawak budak tu

Ezniey said...

fuiyyooo...dulu 85 kg ker??skrg daa kurus erk...waaa...ydp ker...

hahahhahaa..lawak laa nak cek modes perempuan...tp leh je..soh laaa jpp pompuan yg wat..hehehhehe

Privacy_Resident said...

wahaha!

pasni aku nak terjah budak pompuan tak puasa! :P

Korang, ajar sikit pasal Nuffnang ni boleh? Huhu

Anonymous said...

nak tau pompuan leh solat ke tak tengok kening je tak yah check pakai pad ke tak...

iman

akuzle said...

joe, u deserved..... to get more than a knock on ur head tahuuu!!!..eheheheh

arrizz said...

bagus bro jalankan tanggungjawab dengan baik..respek2, hehe..lol lawak a makan maggie dalam baldi..kalau dalam gayong tue boleh tahan lagi, nie baldi..haha

PEJUANG KESENIAN EXTREME said...

Barakah ye..hahah
Pandai budak tu buat lawak..
Tapi yang pasti,memang malu abis la kalau kantoi cam ni..
Puasa bukannya berat sangat pun..

Lelaki Ini said...

hahahah..
berani laks nk chek!
karang kena tndang lak!

--{♥Mahirah Abd♥}-- said...

hahaha...suka suki je nk checkkkk...
hadoiiii..nasib baik x satu matrix kalu x abis la.... hehehe..masalah2..
kikikiki~

lieya orange M.I. said...

ish2..malukan KMM jer...tak geliker makan magi dlm baldi...huhuu

joegrimjow said...

@slay
wahh, yg tu kena report tu

joegrimjow said...

@Atiqahtuty
a3. ermm, sapa ek
hehe

joegrimjow said...

@akuzle

opsss, jangan lah. hehe

lumut said...

ehem2..

terbatuk saya makan megi dalam baldi kamu joe.hakhak

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

aiyoohh joe.. kalau check kang lain pulak jadinyer...

hehee
masa skolah dulu ustazah penah check sebab ada dikalangan student yang ngelat je bila soh baca surah surah.. last last arwah ustazah seti cek... emmmmmmm semoga arwah dicucuri rahmat... beliau baru meninggal 17/8 yg lepas....

alfatihah...

joegrimjow said...

@miMiE aZiMaSK ^V^

erk, 2 hari yg lepas?

cik helena said...

iyerkk makan megi dalam baldi,kalau saya kompom muntah dah tu..huhu

ps:siap ada ps modes tu tuala wanita.haha cakap pad mesti org tau :P

Atiqahtuty said...

haa kantoi ad awek duk kt a3 dulu eh? he2

shu said...

haha...joe dulu 85kg ke???
tak pasan la plak sebesar 2...
takpe2,skrg da makan herbalife, da maintain kan??...anyway, ade eh kes cam2 time kat KMM?

em.....tapi ade gak la kenal ngan beberapa org 'budak' nakal kat KMM time 2....teehee.esp blok c5

p/s:aku 1 batch dulu ngn ko...xyah ingat

mirachantek said...

BONGOK GILA!! takkan kau nak cek spender masing2 pulakkk

faizs said...

best r joe matrix pun da kat london.. hikhik..

Kembang Perawan 3288 said...

tak boleh cek.kalo dh kawen pon x nak bg cek.hang pk la sndri pdahnya cek modes bini. ahaks.!!!!!

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW