Share

Hujan Emas di Negara Orang

Salam,

Duduk duduk menonton berita di tv semalam, ada satu tajuk yang menarik perhatian. Iaitu bilangan yang mendapat biasiswa JPA semakin ramai yang tidak pulang untuk berkhidmat di negara sendiri. Fakta yang menarik, hampir 5 Billion sudah dibelanjakan sepanjang penajaan biasiswa dari JPA ini. Walaupun aku skoler MARA, nak juga komen pasal ni sebab benda ini tiada beza dengan MARA sekalipun


Hujan emas : Gadis tengah tekun belajar


Hidup mewah di Negara Orang


Dalam bidang kritikal seperti Doktor dan juga Jurutera, memang agak mewah kalau bekerja di tempat orang. Aku ambil contoh di UK, kalau kerja sebagai doktor, fuh, memang sangat kaya. Ada kenalan disini yang boleh simpan sampai 1000 pound lebih sebulan. Hal ini bukan sebab gaji disana lebih tinggi, tapi gaya hidup yang tidak tinggi. Contoh kalau doktor di Malaysia dibayar RM 3000, doktor sini 3000 Pound. Tapi ada beza dari segi gaya hidup. Kat Malaysia hidangan tengahari saja dah cecah RM 10, kat sana 3-4 pound pun dah mewah. Tu tak kira kos-kos lain lagi, beras, bil bil, pakaian dan lain-lain lagi, memang kat sana lagi untung!


Tambahan pula, banyak kemudahan yang sangat-sangat menarik sehingga membuat orang yang mahu kerja kat sana 2-3 tahun bertukar jadi 20-30 tahun. Kemudahan inilah aku rasa yang mengikat mereka daripada pulang berkhidmat di Malaysia


Bercakap soal tanggungjawab


Entah nilai ini boleh kita masukkan dalam perbincangan atau tidak aku pun tak tahu. Sebabnya benda ini terlalu subjektif dan kalau ikut zaman sekarang, kita suruh mereka bertanggungjawab, kita balik akan dipersoalkan sama ada tanggungjawab atau tidak. kan kan? Contoh kalau kerajaan mintak pulang kerana sedarlah, itu semua duit rakyat, kenalah pulang bla bla bla berkhidmat untuk rakyat bla bla bla, tanggungjawab itu besar bla bla bla, dengan slumber kita boleh cakap, tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan 'suasana' yang sama dengan disini, barulah kami akan pulang. heh!


Hujan emas : gadis-gadis tengah tekun lagi


Cinta pada negara


Ni aku nak share skit pengalaman bekerja dengan orang india sana. Aku punya phd student untuk menguruskan projek aku dulu merupakan pelajar dari India. Aku sempat cakap cakap dengan dia pasal negara. Memang dia kagumi dengan Malaysia yang boleh membangun dengan begitu cemerlang walaupun baru 50 tahun merdeka dan itulah yang membuat dia mahu menimba ilmu di negara orang dan balik berkhidmat di negara sendiri. heh, terbalik dengan kita pulak kan?


Banyak sebenarnya orang India (bukan india malaysia, ni india memang pure india) yang bertaburan di merata tempat. Tengok di Malaysia saja pun dah tahu kan. Aku sempat tanya pada dia, nanti dia nak kerja di mana. Dia cakap yang kalau kerja di negara sendiri, memang susah untuk dapat duit, kalau kerja disini, boleh dapat 5 kali lebih duit dari negara dia (India) Tapi memang lepas sahaja balik, dia akan kerja di Negara dia. Kenapa? cinta pada negara


Bunyi macam cliche, tapi itu realiti


Tak sangka dengan dunia yang semakin kurang nilai nilai murni ni, ada lagi yang amalkan 'cinta pada negara' ni. Apa yang beza ungkapan 'cinta pada negara' dia denga kita adalah, dia buat dan kita hanya cakap semata-mata. action speak lauder than words. Nak kaji kenapa semakin lama semakin kurang nilai cinta pada negara pada masyarakat kita ni, memang aku tak tahu kenapa dah semakin hilang.


Mungkin orang dah semakin 'bijak'
Analyse analyse sampai jadi paralyse
ekeke


pss : gambar kat IC, takde kaitan dengan entry

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

20 comments:

aduka said...

1st!

fahmi ibrahim said...

Aku nak keje kat UK gak a. Nak rasa dunia baru. Asyik terperap je kat malaysia. Tak berkembang minda.

/Dayah//Nurul/ said...

latip beria first. haa, lps blaja kena kerja. ingt penting tanggungjwb sendri :)

joegrimjow said...

@fahmi ibrahim

keje kat malaysia best wlpon tertekan
hehe

Fiffy said...

org ramai mementingkan duit dari nilai2 ni semua. duit duit duit. duit memamng penting tapi... -,-

SyimaSyaz said...

mcm moyang saya yg berhijrah dari tanah besar ke malaysia...kat sana sebagai petani, kat malaysia... pakai kereta, hidup mewah dan banyak tanah...
tp akhir hayat nya nak mintak balik negara asal untuk kebumi kat sana..tapi sayangnya tak sempat.

missnanako said...

tah ah weyh.kadang-kadang kalau pikio balik.benda ni macam atas masing-masing punya thought.kalau kat negara orang mmng la best,kaya cepat,experience banyak..tapi kalau kita sumbang kat negara orang lain,habes sape nak develop negara sendiri an.

pearl apple said...

besa lah...hujan emas di negeri org hujan batu di negeri sendiri...lg satu, selalu kalo kita tgk..mindset org luar x macam mindset org malaysia..hmmm..tp malaysia ttp tanah tumpah airku

Hazzy Ishak said...

kalau lah dapat bertukar ke Vienna, jadi PA atase kat sana...hmmmmm

joegrimjow said...

@Fiffy

ada tapi?

joegrimjow said...

@SyimaSyaz

nenek orang mane?

joegrimjow said...

@pearl apple

ku pon klu nak keje
keje kat malaysia aje

mama zharfan said...

kat UK purchasing power sgt tinggi if compared dgn msia..
and duit pound tu bernilai ganda 5 bila bawak balik ke msia..saper2 pun akan tempted to work here ;)

Ann said...

tu la aku de gak kenalan...dia keje kt timur tgh nun...graduate utm

dia xmo keje kt msia ni psl gaji rendah...

noor afzan said...

memang menarik keje kat UK.
Kalau dapat kerja setahun duapun dah boleh kaya kan.
haha~

tapi tu la..
nak pi melancong sehari dua ke UK pun tak de chance lagi.
sabar je la.

Encik Tikus said...

aku lebih tertarik tengok minah salleh tue. lawaa~ hehe ;)

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

yup.. it's true.. my friends ramai lagik tak balik negeri.. kerja over sea dah selesa.... huhuhu

ishiko said...

umm.. kite berkhidmat untuk negara kate kan.. yaa.....

joegrimjow said...

@Encik Tikus

teknik melariskan entry

joegrimjow said...

@ishiko

sayangkan negara kita je

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW