Share

Adakah anda seorang yang patriotik?

Salam,


Sempena kemerdekaan esok, entry ini dibuat untuk ‘scan’ diri masing-masing sama ada kita ni jadi rakyat yang patriotik atau tidak. Kadang-kadang kita tidak perasan yang sebenarnya kita ni patriotik tetapi tidak mahu mengaku disebabkan.... malulah kononnya! Jom kita tengok adakah kita memiliki salah satu ciri-ciri ini


1) Mengutuk rumah yang tidak mengibar jalur gemilang


Masa jalan-jalan, terpandang rumah yang tidak kibarkan jalur gemilang, ada tercakap sesuatu 'ishh, napelah tak kibar jalur gemilang ni?' seolah marah pada tuan rumah yang tak kibarkan bendera. Walaupun diri sendiri tak kibar, tapi marah dengan orang yang tak kibarkan, yup, korang termasuk dalam salah satu ciri orang yang patriotik. aku tak masuk dalam list ni ok. hehe



2) Copy paste hal berkaitan dengan Merdeka



Sekarang ni di facebook ramai yang share video iklan merdeka. terutamanya iklan petronas yang sememangnya stylo milo tu. Erk, walaupun pernah share, tapi tak nak mengaku diri tu patriotik ek. takpe, biar hati yang tentukan.




3) Pakai baju berunsur jalur gemilang


Masa nak jalan jalan, keluar beli baju raya, sarung baju yang ada unsur warna bendera Malaysia. Heh, walaupun malu dikatakan patriotik, tapi pernah pakai benda macam ni, memang korang patriotik secara tidak langsung




4) Menonton rancangan sempena kemerdekaan walaupun sudah berulang kali melihatnya



Hari-hari nak dekat merdeka ni, televisyen sibuklah duk tayang rancangan berunsur merdeka ni. bagi yang kaki tengok tv ni, tengok je cerita yang selalu ditayang ni tanpa jemu, welcome to the patriotic citizen club!



5) Tidur mengingau menyebut Merdeka



Yang ni paling teruk, mengingau pun sebut merdeka. Memang rakyat terdahulu yang menuntut kemerdekaan pun kalah kalau macam ni!




Selamat Hari Merdeka kepada semua pembaca joegrimjow =)


pss : Dont show off your patriotism, just show what often you do as a good Malaysian

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Komik : GengBlogger Gathering Buka Puasa

Salam,

Janji nak update penuh kan? ok, dah tunaikan janji. Semalam just update sikit-sikit. Kali ni dalam versi komik pulak. Perjalanan lebih kurang komik kat bawah ni. Enjoy reading. Banyak gambar lagi kat Joegrimjow facebook











































Terharu sebab ada yang datang dari Johor untuk gathering ni

Terharu sebab ada yang turun dari Melaka untuk berjumpa kali ke2

Terharu baru habis kelas terus bertolak dari gombak ke tempat gathering

Terharu sebab walaupun malu, siap bawa anak sedara lagi untuk ke gathering ni

Terharu sebab walaupun patah tangan jatuh basikal masih mahu juga join gathering ni

Terharu ada yang berpenat lelah dari Segamat terus ke tempat Gathering untuk jumpa-jumpa

Terharu siap bawa suami anak untuk sertai gathering walaupun tak sempat nak cakap2 sangat

Terharu sebab ada yang rela tak berbuka puasa lagi untuk berbuka puasa sama-sama walaupun waktu tu dah jam 8 malam

Terharu.... sebab 2nd Gathering lebih ramai dari 1st Gathering!!!

Jumpa lagi untuk next gathering


pss : andai aku pergi, taburlah bunga di atas pusara. acececehh =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Gathering GengBlogger Buka Puasa

Salam,

Sekarang ni tengah makan-makan di Seksyen 13 dengan beberapa orang blogger. Memang hajat hati nak update banyak-banyak tapi sebab dah jumpa-jumpa ni, kenalah berbual, jadi, update gambar je lah. Biarlah gambar bercerita. aceceeeh =)


Antara blogger yang datang awal



Baju GengBlogger (stok masih ada)



pencinta wanita blogger



1st Round : Bowling @ PAS


2nd Round : Berbuka puasa @ Dataran Shah Alam



3rd Round : Sebelum balik @ Dataran Shah Alam




Ini senarai link blogger yang datang. Semoga jumpa lagi
=)

http://joegrimjow.blogspot.com
http://syahirul.com
http://www.broframestone.com
http://mrpiratz.com
http://ligakampung.com
http://anakabdullah.blogspot.com
http://pusheraries.blogspot.com
http://bdfabregas.blogspot.com
http://nizamlimited.frenzyfm.my
http://suffer.frenzyfm.my/
http://www.khaizarien.com
http://fahmie-lifestyle.blogspot.com
http://www.nasikerabubuahtanjung.blogspot.com/
http://andyhowtt.gapuranetwork.net
http://faizalpejay.blogspot.com
http://kumerpati.blogspot.com/
http://dihatisara.blogspot.com
http://innzninety.blogspot.com
http://lapinkyery.blogspot.com/
http://naluri-ini.logspot.com
http://norizee.blogspot.com
http://ijaicakapdengar.blogspot.com
http://www.duniagrafiksaya.blogspot.com
http://www.nurhidayahyahya.com/
http://khairun85.blogspot.com/
http://redgurlz85.blogspot.com/
http://ainblogger.blogspot.com
http://jomphp.com
http://www.sickchild72.blogspot.com
http://ejamothman.com
http://azezstory.blogspot.com
http://darkbatman.com
http://soulsreunited.blogspot.com
http://zack-hacker.blogspot.com/
http://www.kaizenshinobi.com
http://www.tuntejablog.blogspot.com
http://ariffshah.com
http://senseiabil.blogspot.com
http://hamiasraff.blogspot.com
http://mirocornerz.blogspot.com/
http://mrchaon.blogspot.com/
http://akmalhilmiseksi.blogspot.com
http://azrulhisham.blogspot.com
http://publicitypublic.blogspot.com/
http://ignorantbrat.blogspot.com
http://kokoro-no-haiku.blogspot.com/
http://www.milimilo.com/
http://kupasrah.blogspot.com
http://khairilafzal.com/
http://atokpantera.blogspot.com
http://senozea.blogspot.com
http://crayzeebaybiey.blogspot.com
http://eazy-izzuddin.blogspot.com
http://azizie.com
www.tuntejablog.blogspot.com
http://coretanperantau.blogspot.com
http://violetless.blogspot.com
http://azizankadir.com
http://ajwinajeera.blogspot.com/
http://tengkuaizat.com
http://paeh.net
http://sembangkomputer.com
http://ayadalliqa.com
http://fazreen.me

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Estoy enamorado de ti

Sepasang lelaki perempuan baru sahaja menunaikan terawikh di masjid shah alam selangor. 17 Ramadhan menjadikan semua insan berlumba-lumba untuk pertingkatkan ibadah. Hanya tinggal 13 hari lagi Ramadhan akan melabuhka tirainya. Kebanyakan punyai misi masing-masing, hari ini lebih baik dari semalam!

Bulan penuh semalam tidak dapat dilihat mereka dek mendung dilingdungi awan. kini 2 pasangan itu cuba sekali lagi untuk malam kedua mahu melihat keindahan bulan semekar cinta mereka berdua


Lelaki : dah lama kita tak memadu asmara kan
Perempuan : hurm, bulan puasa, mana boleh


Lelaki : boleh. waktu malam. indahkan malam ni. bulan sangat cantik
Perempuan : ya, warnanya terang walaupun hanya meminjam cahaya matahari


Pinggang perempuan itu di pegang dek tangan si lelaki yang ternyata keras


Lelaki : selesa?
Perempuan : urmm, nanti orang tengok, malu


Lelaki : alah, malam-malam camni, semua balik terawikh terus kejar morih. takdenya nak tengok kita
Perempuan : ya la... awak...


Lelaki : ya saya
Perempuan : sejauh mana cinta awak pada saya


si lelaki gelak. sisa gelak itu masih bersisa walaupun sudah seminit. kembali normal bila melihat wajah perempuan itu tidak berubah


Lelaki : hehe. apa punya soalan ni. nape? seriusnya muka
Perempuan : ish, saya tanya, nakkan jawapan. bukan nakkan ejekan (sambil mendengus)


Lelaki : olo lo. tak habis-habis nak merajuk. tapi saya suka tengok muka awak merajuk ni. comel
Perempuan : ishh. jawablah soalan tu


Lelaki : soalan yang mana ek?
Perempuan : u hear it!


Lelaki : mmm. nampak tak kereta tu
Perempuan : mestilah nampak. bawak laju tak ingat dunia


Lelaki : begitulah lajunya jantung saya berdebar bila berada di sisi awak
Perempuan : ish, guna analogi kereta. tak romantik


Pinggang perempuan itu diramas halus


Lelaki : nakal!
Perempuan : sakitlah


Lelaki : padan muka. wekkk. nak tanya boleh?
Perempuan : tanya apa?


Lelaki : kenapa awak sukakan saya ek?
Perempuan : pernah saya cakap saya sukakan awak?


Lelaki : erk?
Perempuan : tak suka, cinta je


Lelaki : haha. i like that statement! estoy enamorado de ti
Perempuan : me too =) nak tanya, sampai bila awak nak sayang saya


Lelaki : sampai matahari jadi warna pink
Perempuan : tu bulanlah. bukan matahari....


kredit to zack, welcome home bro!



Lelaki : awak...
Perempuan : ya saya...


Lelaki : =) nak kiss
Perempuan : kat pipi


Lelaki : alaaaa
Perempuan : pipi je!


Lelaki : ok, pipi pun jadilah
Perempuan : jangan lama-lama...


tatkala si lelaki mahu mencium pipi si perempuan, datang 3 orang lelaki berkopiah serta berjubah menegur sinis mereka. Memang terperanjat lelaki dan perempuan itu melihat kelibat 3 orang tu


Berjubah : hamboi hamboi hamboi. sedapnya memadu asmaradana ni. tak tau ke bulan puasa ni!
Lelaki : huh, tok imam? erkk...


Berjubah : cubalah malu skit, kita ni bulan puasa. korang berdua duk bersama tempat gelap camni. malulah. sebab tulah kes buang anak berlambak sekarang ni. camnilah, bulan puasa pun ada projek lagi! dah, ikut saya ke balai!
Lelaki : jap tok imam. kami ni...


Berjubah : takde kejap-kejap. masa mati nanti, nyawa dicabut tu takde nya malaikat nak tunggu-tunggu. dah, ikut saya ke balai


Mereka terpaksa juga mengikut tok imam ke balai. semasa mereka bertiga, si lelaki, si perempuan dan 3 lelaki berjubah tadi berjalan, pak imam sempat bertanya


Berjubah : apa kamu nak cakap tadi?
Lelaki : saya dan dia ni suami isteri, baru kawin seminggu nak puasa hari tu
Perempuan : ya tok imam, kami dah kawin. sijil kawin pun ada kami bawa ni


Berjubah : Cet, awat tak cakap awal-awal! Malu den!
Lelaki : hehe, takpe, manusia selalu buat kesalahan
Perempuan : hihihik


pss : off to shah alam tonight. jumpa sana ya esok. selamat bergathering

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Abang...Sayang nak yang ni!

Seorang lelaki yang baru pulang dari kerja singgah sebentar di sebuah restorang untuk menikmati minuman petang. Balik kerumah bukan ada apa yang boleh dibuat pun, jadi dia akan lepak di restoran ini sampailah maghrib baru pulang kerumah. Masuk ke dalam restoran yang serba mewah itu, terus memesan minuman


Lelaki : teh tarik satu!


Tak sampai 10 saat, sudah siap. Memang cepat kerja yang dibuat oleh pekerja restoran itu. efisyen inilah yang menjadikan dia terlekat untuk sentiasa berada di restoran itu! Tiba-tiba handphone berbunyi


'sayang?'


Ada perkataan sayang tertera di handphone itu, ni mesti sayang yang call ni. Nak angka ke tidak, nak angkat ke tidak. Akhirnya dia beranikan diri untuk angkat


Lelaki : hello
Perempuan : hello. abang kat mana ni?


Lelaki : kat restoran, tengah minum-minum
Perempuan : apsal suara berubah?


Lelaki : tak sihat skit. ya ada apa?
Perempuan : ni ha, sayang tengok ada tawaran istimewa untuk handphone ni.


Lelaki : erkk. berapa ringgit?
Perempuan : 3 ribu je


Lelaki : 3 ribuuu?
Perempuan : iye. ala, sayang guna kredit card abang bagi tu ek. boleh? plizzz


Lelaki : oooh. gunalah gunalah
Perempuan : thank u abang! love u!





Perghh, Handphone pun 3 ribu? Memang sangat mahal. gaji sebulan tu dia kata dalam hatinya. tak sampai seminit ada call lagi diterima. juga dari sayang


Lelaki : yaaa, ada apa lagi?
Perempuan : sorry bang. ni ha, sayang ada tengok kereta bmw 5 series yang baru. lawa sangat!


Lelaki : what??? mahal kot. berapa?
Perempuan : 500 ribu je. abang bayarlah pakai cheque. kan banyak duit dalam bank tu


Lelaki : alahai. ok lah ok lah. tulis je berapa, abang bagi. abang nak minum air ni
Perempuan : ok. love love love u so much abang!


Mak oi minah ni, 500 ribu slumber badak je nak ambik. Aku kerja bertahun baru dapat nilai tu tau. hampagas betul! tak sampai seminit, handphone berbunyi lagi. ya, juga dari sayang


Lelaki : adohaiii. apa lagi??
Perempuan : last bang last. lepas ni tak mintak dah


Lelaki : ya ada apa?
Perempuan : rumah bang rumah. cantik. 3 tingkat. lawa sangat


Lelaki : berapa?
Perempuan : 3 juta. boleh la bang. pliz plizzzz. last, lepas ni dah tak mintak


Lelaki : ok, sayang guna semua kad kredit abang, semua buku cheque abang, nanti abang sain
Perempuan : yahuuu, sayang abang



perghhh, memang kalau dapat perempuan macam ni, sengkek habis aku!

Lepas sahaja teguk minuman terakhir, dia pun pergi membayar di kaunter.



Lelaki : berapa ringgit kak?
Cashier : singgit lapan. macam biasa


Lelaki : ok, ni dia
Cashier : bakinya ya cik


Lelaki : ni ha kak, saya ada jumpa handphone kat atas meja tu. tak tahu siapa punya. akak simpan la ya, kot-kot tuan dia ambil nanti
Cashier : ok


Lelaki tadi terus melangkah keluar. Nasib baik bukan sayang dia, ada sayang macam ni, memang tak cukup tanah nak bergadai!

Moral : jangan tinggal handphone merata tempat!


*****











Kreatif jugak budak-budak UiTM buat video ni. hehe, kalau ada hasil camni, memang baguslah. penonton yang tengok pun ada persepsi yang berbeza. kalau cerita melayu biasanya, kita boleh agak ending dia macam mana, tapi yang ni, aku masa tengok video kat atas ni, ingatkan ada orang salah nmbor ke apa, tengok tengok bukan handphone die. haha. thanks pada ohmedia upload kat facebook


erk, sebut pasal UiTM, shah alam, esok dah bergathering =)
Jom Jom Jom kita berbuka puasa sama-sama jooom

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Memori kad raya

Salam,

Dah berbuka dengan pelbagai juadah tadi, rasa macam sangat heaven! Dulu masa kat Sheffield, pengalaman berpuasa di negara orang memang sangat tidak best! tidak best dari segi makanan yang dimakan. Nak cari cendol, popia, murtabak, ayam percik, nasi kerabu, ikan keli goreng kat sana? Huh, memang takkan jumpa! Tahun ni nasib baik full aku puasa kat Malaysia, bolehlah menikmati pelbagai juadah makanan dengan hati yang girang, perut yang kenyang.


best kan berada di Malaysia ni =)


*****

Tahun lepas adalah raya pertama aku sebagai blogger. Huh, bunyi macam stylo habis kan? hehe, mestilah stylo, blogger ni pun sebagai kerjaya apa. Jadi sebab 1st time sebagai blogger tahun lepas, agak banyak menerima kad raya dari blogger. urmm, siapa ek yang pernah bagi aku kad raya tahun lepas? hehe. banyak-banyak, terima kasih yang bagi tu


Sejarah Kad Raya Joegrimjow


Memang aku ni sangat suka bila dapat kad raya. Bukannya apa, masa kecik-kecik dulu memang mengidam nak dapat kad raya yang begitu banyak macam ahli keluarga aku yang lain, tapi tak jugak dapat-dapat. Kakak aku yang sulung, huh, tiap tiap tahun mesti banyak kad raya yang dia dapat. Aku? alahai, memang nak dapat 5 pun sangat susah


Paling banyak dapat kad raya adalah masa kat matrik melaka dulu. Ya lah, dah jadi orang besar kat sana, paksa anak buah bagi kad raya. haha, mana tak banyak dapat kan. Bila sehari dua nak raya, mulalah baca kad kad raya tu dan mulalah sengih sorang-sorang macam kerang busuk. Macam baru dapat anak baru!


'Skill' dapat kad raya dengan banyakknya






Jangan timbul kontroversi pulak gambar atas tu. Ye lah sekarang ni, ramai yang suka aibkan orang kan. huh. kot-kot gambar perempuan kat atas ni ditukar gambar lisa surihani ke, memang naya aku! Ok, poyo kejap. Ok, atas tu gambar tahun lepas aku dengan akak aku. Tua setahun dari aku je dan kat rumah kat kampung ni, selalu bergaduh dengan dia je lah. gaduh adik beradik gitu. setakat mana boleh panjang-panjang ye dak?


Apsal letak gambar akak aku tu, ada story disebaliknya. Cerita ni berlaku pada umur budak-budak kecik gitu. Baru habis tahap pra minum susu. Spesifik timenya, masa aku darjah 5 kat SK Peringat. Masa tu akak aku darjah 6 dan dia ketua pengawas kat skolah. Heh, KP skolah rendah, paham-paham je lah macam mana kan


Memulakan memori kad raya


Ceritanya jadi macam ni. Bila nak dekat-dekat puasa, akak aku ni sibuk beli kad raya banyak-banyak. yeee serius aku tak tahu kenapa dia beli banyak-banyak. Nak bagi kat sape? nak bagi kat aku kot. Mungkin? Tapi memang tidaknya, hampagas punya kakak, dia memang tak bagi pun kat aku! Pada siapa yang dia bagi, kat kawan-kawan dia


Jadi, bila dah start puasa, dia mulalah ke pejabat pos untuk hantar surat. Aku yang hanya melihat duk doa dalam hati setem yang dia lekatkan tu tertanggal. Takdelah sampai surat dia tu. Bukan main jahat lagi manusia nama adik bongsu ni ye tak? Tapi, duduk lama-lama, posmen pun hantar surat ke rumah.


satu surat untuk dia
surat kedua untuk dia
surat ketiga untuk dia
hinggalah berpuluh-puluh surat atas nama Fazida


Nama Faridzul takde sorang satu pun! Dengan bangganya dia menunjuk kesemua kad raya yang dia dapat tu kat aku. Senyum kambing dia tu memang rasa diri ini terhina. ya lah, takde satupun nama aku! Huh, aku jadi spy. aku baca isi kandungan surat yang mereka bagi kat akak aku tu dn semua mesti ada kat bawah tu


Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas


Cet, inilah sebenarnya skill orang untuk dapat kad raya ya? baru aku tau. sebab dah masuk puasa ke 15 ke 20 camtu, kalau aku bagi kad raya kat kawan-kawan aku melalui pos pun, memang entah bila-bila dieorang balas kan? so, memang tak sempat ni! Untuk menyaingi kad raya yang begitu banyak akak aku dapat tu, aku timbul idea yang SUPER GENIUS!


Aku beli kad raya banyak-banyak
Aku tulis kat kad raya tu dengan ucapan 'selamat hari raya'
Hampir 20 kad raya aku buat perkara yang sama
Pada waktu pagi pagi buta lagi
Aku letak semua kad raya tu kat peti surat...
Peti surat depan rumah!


Ya, idea genius aku adalah bagi kad raya pada diri sendiri. Muahaha, memang idea ni terbaik punya. Bila dah petang, aku suruh la akak aku pergi check kat peti surat depan rumah. Dia cakap malas, bukan ada surat pun, aku cakap, mesti ada punya. dia cakap malas, aku cakap jangan jadi malas! Last-last dia pergi jugak.


Aku dengan riaknya menunggu di dalam rumah, mesti akak aku jeles!


Akak aku masuk dengan gelak ketawa yang sungguh kuat. Kalah orang kat stadium bola! Dengan slumber dia cakap kat aku


'hahahaha, hantar surat kat diri sendiri?'


Aku dengan gelisah tidak mengaku. Macam mana dia tahu ni. pelik pelik. dia ada intip aku ke? ooh no! Terus aku nafi bertalu talu


'Mana ada mana ada. nape cakap macam tu'

'1st, semua 20 surat ni pada kepada Faridzul, mustahil dapat sekaligus'


'Biasalah tu, ramai peminat!'

'2nd, semua 20 20 surat ni takde stam!'


'ala, posmen tu tanggal lah kot, posmen nak main kumpul-kumpul stam'

'3rd, semua surat ni tulisan tangan sama. hahaha, kesian kat ko, nak sangat kad raya ke? meh nak bagi satu meh'


Alasan ketiga memang aku tak boleh nak buat apa-apa. Hanya malu sampai muka merah macam cili sos! Sampai sekarang tobat aku dah tak buat hantar kad raya pada diri sendiri. Hampagas kantoi bodoh!


pss :
Joegrimjow
Lot 1915 Jalan Bachok
15670 Kota Bharu
Kelantan


eh eh, ni alamat sape ni? lalala

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Membuka aib orang - kajian kes

Salam,

Khamis, dah separuh jalan Ramadhan kan. Memang sangat cepat berlalu. Baru rasa semalam dengar pengumuman puasa ni. Tup tup dah separuh dah menjalani ibadah puasa ni. Bulan Ramadhan ni sangat rugi kalau hanya puasa saja kita buat dan tinggalkan amalan lain, sebabnya bulan ini setiap amalan yang kita buat berganda-ganda pahalanya. Semoga saya dan kamu tak alpa akan hal ini


Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.

Alhujarat ayat 12



Tiba-tiba copy paste ayat al-quran ni kenapa pula ni. hehe. ok, sebenarnya ayat ni berkaitan dengan entry ini yang mana aku minta maaf banyak-banyak kalau ada yang terasa ke apa. Sesunguhnya entry ini adalah pesanan untuk diri sendiri dan juga kepada kita semua agar tidak terlalu over dengan budaya sharing-sharing di Facebook ni.



Print Screen

Sekarang ni budaya print screen memang dah menjadi-jadi. tak payah cakap orang, aku sendiri pun suka print screen ni. Semalam aku dah print screen beberapa benda menarik dan ada sesetengah tu dah post kat FB. tapi bila fikir balik, takut apa yang aku print screen tu melukakan hati orang, terus remove. Haa, inilah yang dikatakan terlajak update kat facebook boleh diremove. Sebelum aku buka kajian kes, kita tengok lagi budaya apa yang ada di facebook sekarang



Video dan status mengaibkan

Semalam aku kena tag dengan seseorang pasal status rakyat Indon yang ajak berperang dengan Malaysia. Heh, aku terus remove tag tu sebab takut 3000 lebih kawan aku di facebook tu akan ada antaranya yang panas baran seterusnya mengurangkan pahala di bulan mulia ni. Pasal video pula, kalau ada yang post video yang aibkan orang, kalau boleh tegur aku tegur, yang dah tak boleh tegur tu, memang tak boleh nak buat apa2 lah selain bersangka baik dia tak tahu dosa buka aib orang


Walau apa pun niat kita, membuka aib orang lain tidak ada dalam agama. Aku bukan ustaz ya, nanti takut orang macam Helyioz cakap kalau aku cakap pasal agama ni 'ko bukan tuhan aku nak cerita pasal agama' hanya aku dapat melalui ceramah2 agama, dosa kita dengan seseorang itu hanya boleh ditebus dengan meminta maaf dari orang tu. Huh, memang penat nak cari orang tu nak minta maaf. sendiri buat sendiri tanggung la ya


Ok, jom kita ke kajian kes. cet, bunyi macam skima




Kes 1 - Komik yang diremove

Kalau korang terbaca komik pasal 3 orang blogger yang aku buat dan 15 minit selepas tu aku remove balik. Komik ni terpaksa diremove sebab mengganggu privacy orang. Aku ingatkan semua orang sama seperti cik irene, boleh dijadikan komik semua tetapi ada yang tak suka gambar diceroboh. takpe, kita hormat privacy orang. jadi untuk hal ini, walaupun aku dah post kat blog dan dah tag di facebook dan memang dah masa tu lebih 100 lebih orang view, aku remove je lah. walaupun terlewat ke apa, better late than never =)

Page_1
dah diremove


jangan segan-segan untuk remove apa yang dirasakan tak sesuai kat FB tu. sempat lagi dong




Kes 2 - Print Screen yang berguna

Ok, kajian kes ni bukannya buka aib orang, tetapi lebih kepada print screen status orang lain. Kalau korang ingat lagi entry pasal kasut crocs ni, ada aku print screen ustaz hasrizal punya status. memang menarik dan membuka mata ramai orang. Tetapi biasalah, sudah pasti ramai yang tidak bersetuju dan menuduh ustaz bukan-bukan. sampaikan ustaz pm aku bertanyakan isu ni, sebab serba salah, aku tanya sama ada mahu remove atau tidak pada dia dan dia pun macam ok je, jadi teruskan berada di situ.




Jangan anggap apa yang kita print screen tu semua hak milik kita. Tanyalah orang yang terbabit dahulu sebelum apa-apa untuk mengelak dari kemuslihatan dari timbul.



Ok, sampai situ saja dulu. Aku pun banyak jugak buat silap ni, jadi, sama-samalah kita tegur menegur satu sama lain. Barulah wujudnya budaya harmoni di dunia maya ini


pss : tengahari ni nak pergi main bowling kat kb mall dan lepas tu pergi beli dinar emas

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Dinar Emas - Bukan mudah menjadi saudagar emas!

Salam,

Tadi aku dan emak aku telah bertungkus lumus mencari tempat pajak gadai yang baru dipindahkan di Kota Bharu ni. Tujuannya adalah ingin membeli dinar dan dirham yang orang kata begitu hebat sambutannya. Mana boleh aku ketinggalan! Jadi, pagi tadi, telah berjaya jumpa kedai pajak yang baru saja dipindahkan


Malangnya, dinar sudah habis dijual! Yang hanya tinggal adalah dirham. Sebab aku mahu beli dinar, jadi tanya dan selidik dengan baik punya, orang kata minggu depan baru akan ada stok baru. huh, minggu depan? Tak dapatlah aku nak tunjuk kat orang masa gathering blogger nanti!


Tadi aku sempat berbual dengan seseorang. Muka dia lebih kurang aku je..... walaupun dia masih kecik....






******


2050

Joegrimjow dan cucunya yang berusia 7 tahun berada di bilik makmal rahsia yang menempatkan pelbagai alat kemajuan sains dan teknologi UPSR PMR KBKK. eh, bukan bukan bukan, alat sains yang hebat mantap gitu. Pada hari ini, sudah sampai masanya joegrimjow membenarkan cucunya, Jagarjek untuk menggunakan mesin merentas masa yang baru diciptanya!


joegrimjow : cu, gunalah mesin ini dengan seeloknya. cu akan tahu kenapa atuk bagi duit raya macam 'tu' kat cu...
jagarjek : wokey tuk, no worries, sejarah akan dibongkar hari ini



******


Situasai 1 - satu malam di awal abad 19 (1900-1910)


Jagarjek yang menaiki mesin masa itu telah singgah di tahun awal abad 19. Masa dimesin menunjukkan antara tahun 1900 hingga 1910. Sebab keadaan tidak stabil, tidak dapat dipastikan masa yang sebetulnya. Mengikut buku sejarah dari atuknya joegrimjow, tahun ini merupakan keadaan tenat bagi zaman uthmaniyah. Zaman kejatuhan yang dirancang. Mahu juga dia melihat bagaimana sebenarnya kejatuhan itu dirancang


Disebalik langsir istana raja, dia melihat Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Dia juga turut melihat Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang memimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan. Nama memang pelik tapi dia berjaya menghafalnya. Mereka masuk menghadap sultan abdul hamid


Sultan : kenapa kamu semua datang jumpa beta malam2 buta ni? ada urusan apa?
Pasha : Ummah telah memecat kamu!


Sultan : Apa dia? kamu sedar apa yang kamu cuba lakukan ini?


keadaan kembali senyap.


Sultan : jika ummah memecat aku, kenapa mesti si yahudi laknat ini mesti datang bersama kamu? apa kaitan dia dengan ummah kita?


yahudi yang dimaksudkan oleh sultan abdul hamid adalah Emmanuel Caraso, si penjahat yang cuba untuk memasukkan orang yahudi di tanah bumi Palastine. Pelbagai cara dilakukan dan akhirnya semua cara itu tidak berkesan. Akhirnya, hanya dengan cara ini (mengusir Sultan Abdul Hamdi) dilakukan oleh yahudi itu untuk menjayakan misinya


Sultan : sesungguhnya beta sungguh kecewa...
Pasha : Jangan risau, walaupun dipecat, nyawa anda terjamin beres!


Jagarjek yang memerhatikan dari langsir itu terkejut setelah melihat anak sultan hamid memandangnya. eh, atuk dah pesan, jangan bagi sesiapa pun yang nampak, nanti sejarah berubah ke keadaan lagi teruk. lantas dia pun kembali ke kapal masanya


Dia membelek buku sejarah darjah 5 yang diberikan oleh atuknya


Sultan Abdul Hamid dibuang ke Greece. Anak2nya semua dihantar ke tempat lain, ada di France, ada di German dan diserata dunia. Mereka dihantar sebagai pengemis. Apakan daya anak kecil itu untuk bangkit tambahan lagi derita yang ditanggung melihat ayahanda dijadikan banduan di negara sendiri

Sultan Mehmed V Resad dijadikan Sultan dan ternyata dia hanyalah boneka untuk mengurangkan kemarahan rakyat akan penggulingan kerajaan uthmaniyyah ini. 10 februari 1918, Sultan Abdul Hamid pun mangkat


Memang bijak si yahudi mengatur perancangan ni. Jagarjek terus menaiki mesin masa untuk pergi ke versi belakang sikit, kot-kot dia jumpa kenapa begitu mudah Sultan Abdul Hamid ini dikalahkan


*****


Situasi 2 - 1830 zaman pemerintahan Sultan Mahmud 2


Zaman pemerintahan Sultan Mahmud 2 ini sebenarnya begitu banyak anasir-anasir barat yang telah wujud. Kata atuknya, dia boleh bercakap dengan orang dengan menyamar menjadi perempuan. Lantas jagarjek pun mengambil tudung dan bercakap dengan orang tempatan


Jagarjek : hi mak cik. saya joana. hikhik
Mak cik : ya nak, apa mak cik boleh buat?


Jagarjek : dengar kata nak buat landasan kereta apa kat sini?
Mak cik : haah, memang nak buat pun. panjangggggg (sambil memuncung mulut)


Jagarjek : banyak duit ek kerajaan uthmaniah ni
Mak cik : takde lah banyak sangat. mak cik sebenarnya tak stuju sangat ni dengan cara pelaksanaan baginda. Bukan apa, mereka sesuka hati je menolak pandangan ulama...


Jagarjek : maksud makcik?
Makcik : kamu tahulah, nak buat projek besar gini, perlukan wang. Kita ni mana ada wang yang secukupnya nak buat. Sebab tulah baginda setuju dengan cadangan bankers yahudi untuk buat pinjaman. Percaya bulat-bulat yang sistem kewangan islam tak boleh dipakai, sebab tu baginda bagi kepercayaan pada yahudi untuk buat dengan sesuka hati


Jagarjek mula berfikir. jadi, inilah yang menyebabkan Sultan Abdul Hamid senang untuk digulingkan. Dia masih gagal mencari jawapan, kenapa ummah tidak memberi kepercayaan kepada baginda dengan tidak bangkit untuk berjuang apabila baginda digulingkan. Dia percaya, sultan abdul hamid inilah yang mahu membawa Islam kembali ke jalannya, tetapi telah gagal dek usaha musuh islam sejak brkurun lamanya lagi. Dia lantas pergi ke tahun 1945, tahun yang mana US berkuasa!


*****

Situasi 3 - 1945

Tahun yang agak moden ini dia tersasar jauh ke Amarika. Di sana dia berjumpa dengan seorang pak cik yang memakai seluar pendek baju petak-petak warna orange


Jagarjek : Uncel, hari ini ada peristiwa pentingkan?
Uncle Sam : iye. sangat penting


Jagarjek : apa tu?
Uncle Sam : Perjanjian Brettonwoods


Jagarjek : Menda apa tu uncle
Uncle Sam : hehe. ni perjanjian antara 44 buah negara dengan US. Dalam perjanjian ni, semua 44 negara ini bersetuju untuk menjadikan matawang Dollar sebagai mawatang resab. Mereka percaya yang USD ni bersandarkan emas. Setiap auns bersamaan dengan USD35.


Jagarjek : kalau macam tu, bukan ke baik ke uncle?
Uncle Sam : celah bedah mananya baik! meh uncel nak cite skit pasal bagaimana matawang kertas di diguna pakai dan kenapa ia bagi mudarat pada kita.


Pada tahun 1842 wang kertas KAIMA diperkenalkan menggantikan dinar dan dirham , ini membawa kepada penguasan banker YAHUDI keatas kedaulatan khilafah. Secara tidak sedar, banker - banker ini dijemput untuk mencipta system kewangan moden dengan system riba mereka melalui bon, kredit, saham dan pengeluaran wang kertas yang dikuasai banker Yahudi. Reformasi kewangan memberi mereka peluang untuk membuka bank – bank baru.


Pada tahun 1845 Kerajaan Othmaniah bersama Mm. Alleon dan Theodore Baltazzi menubuhkan Bank of Constantinople bagi tujuan memberi pinjaman kepada kerajaan. Perang Krimea memberi peluang kepada banker Yahudi berkembang dalam empayar Othmaniah. Kerajaan memerlukan dana untuk peperangan. Bank memberi pinjaman dengan interest.


Ottoman Bank ditubuhkan pada tahun 1856, ia menjadi satu langkah kepada penubuhan bank pusat dengan dana dari luar dengan jumlah 500,00 pound sterling. Transformasi modal persendirian kepada Bank Pusat akan membawa kepada system kuasa berada ditangan pemilknya banker – banker Yahudi Antarabangsa.


Kini, merekalah berkuasa. Mereka yang pegang duit kita!


Jagarjek : ooh, inilah taktik meraka untuk control mata wang ya uncle?
Uncle Sam : iye, dan sekarang hari ini, pada tahun 1945, 44 negara dah bersetuju untuk jadikan matawang USD sebagai matawang rasmi sebab disandarkan pada emas.


Jagarjek : mereka tak fikir ke yang US boleh main cetak je duit tu nanti?
Uncle Sam : Sebab tulah uncle cakap, dieorang boleh main cetak je! itulah sebab kalau kita tidak kembali pada dinar dan emas seperti dahulu. Habis rosak punah segalanya!


Sekarang barulah Jagarjek faham, kenapa kerajaan Uthmaniah senang digulingkan. Ummah sudah hilang kepercayaan kepada Khalifah! Ummah sudah begitu kuat menderita dek khalifah yang hanya pandai berjoli-joli. Sebab itu walaupun ada khailfah yang cuba bangkit selepas itu, kebanyakan mereka sudah tidak mempercayainya

Destinasi seterusnya adalah tahun 2010!


******


situasi 4 - 2010

Entah kenapa kapal masa itu berhenti di Kelantan. Dia boleh melihat gelagat orang di Kota Bharu yang berniaga. Mawatang yang digunakan masih matawang kertas dan tiada perbezaan dengan tahun sebelum ini. Dia terjumpa seorang mamat yang sama dengannya tengah sibuk mencari arah


Jagarjek : Bro, cari apa?
Mamat tu : eh, siapa ni?


Jagarjek : takde siapa siapa. cari apa?
Mamat tu : cari kedai pajak gadai. tahu kat mana?


Jagarjek : tak tau. nape? nak gadai apa?
Mamat tu : nak beli dinar emas.


Jagarjek : dinar emas?
Mamat tu : haah, nape terperanjat?


Jagarjek : bukan ke skrg ni pakai matawang kertas?
Mamat tu : hehe. memanglah. tapi ni satu langkah baik untuk mengembalikan zaman kegemilangan khalifah kita dulu-dulu. Usaha baik ni dilakukan oleh negari kecil namanya Kelantan, jadi sebagai rakyatnya, kena lah support


Jagarjek : habis tu lepas ni semua jual beli dengan dinar dan dirham la. Nak beli nasi guna dinar emas lah?
Mamat tu : Mungkin. siapa tahu. tapi kita buat slow-slowlah. bukannya nak laksanakan sesuatu tu terus kita buat gedebuk terus. Macam dinar emas ni, nanti akan ada urusan yang boleh diguna pakai menggunakan dinar emas. Contohnya kat kelantan ni dah 600 kedai lebih yang boleh gunakan dinar sebagai matawang. Buat je, kembalikan apa yang diajar oleh agama kita. barulah berkat gitu


Perbualan dengan lelaki itu membuatkan Jagarjek terbuka matanya. barulah dia tahu kepentingan dinar dan dirham dalam kehidupan. Biarlah baru saja bermula, yang pasti ada usaha untuk memulakannya dan dia pasti menyokongnya!

Jagarjek balik ke dunia asalnya


******


Sampainya dia disana, dia terus berjumpa dengan atuknya joegrimjow


joegrimjow : hows ur journey?
jagarjek : incredible!!!!


Joegrimjow : haa, sekarang paham kenapa atuk bagi dirham sebagai duit raya tahun ni?
jagarjek : hek hek, paham tuk. tapi tak nak dirham, nak dinarrrrr


Joegrimjow : takleh, cu tak puasa penuh, mana boleh bagi duit dinar. puasa penuh baru bagi dinar. hekhek
Jagarjek : ok, tahun depan akan puasa penuh


Joegrimjow : thats my grandchildren! like grandparents like grandchildren. waka waka eh eh


pss : cerita di atas hasil rujukan pdf yg boleh di download disini

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

New Moon : I am a village boy!

Salam,

Bukan mudah mahu dikenali di kawasan kampung ni. Pernah tak korang jalan-jalan di kawasan kampung korang, nak beli air susu kocak, tiba-tiba orang tanya 'ni anak siapa ni' ada jugak yang tanya 'tak pernah nampak pun sebelum ni, dari mana' dan yang paling tak tahan 'are u terrorist' kot ya pun nak speaking englishm sebut toursit janganlah sampai jadi terrorist!


Sebab itu bagi yang belajar jauh-jauh ni, maksud jauh adalah lebih 10km dari rumah, kita kena buat sesuatu agar orang kampung kenal dengan kita. Contoh terbaik adalah, jadi penduduk kampung yang disayangi. hakhak, macam mana tu?


semalam


aku telah pergi vacuum surau kat belakang rumah aku. surau ni diguna pakai oleh orang kampung aku untuk solat terawikh. sebab dah berdebu sangat, ambik peluang ni untuk beramal bakti sikit, lagipun boleh tambah pahala + disayangi orang kampung. Nanti orang kampung tanya, 'siapa yang vacuum surau ni? bagusnyaaaa, anak siapa niii? boleh dibuat menantu niiii' dan dengan bangga kita angkat tangan sambil berkata ' saya pakcik!'




surau yang aku maksudkan



rumah aku dari surau, memang sangat dekat


sebelum dibersihkan



keadaan setelah dibersihkan. lawa tak?



********



Salim lelaki kampung biasa. Cuti begini dia mengambil kesempatan untuk berada di kampung untuk berbakti pada kampung tercinta. Menjadi pelajar di Indonesia menjadikan hubungan dia dengan penduduk kampung agak renggang. Tambahan pula cuti yang singkat membuatkan dia tidak dapat menyusun jadual untuk berjumpa dengan penduduk kampung yang lain. Hari ini dia membuat keputusan untuk membersihkan masjid di kampungnya


Masjid yang digunakan penduduk kampung itu sememangnya tidak terurus. walaupun tok siak sudah dibayar gaji, tetapi tok siak itu membuat pilihan untuk tidur disiang hari serta berjalan keluar ri waktu petang. sebab itulah keadaan masjid tidak terurus. Jadi, tugas bersihkan masjid, biar dia uruskan hari ini!


Sedang dia sibuk vacuum karpet masjid, datang seorang pakcik dengan menaiki kereta bmw super series


pakcik : Assalamualaikum
salim : Waalaikumussalam


pakcik : ooh, ada orang, ingatkan takde orang tadi. tok siak sini ke?
salim : eh eh, bukan bukan. saya penduduk kampung sini, saja berbakti pada kampung sikit


pakcik : ooo... ok, pakcik nak solat dhuha kejap
salim : sila pakcik. saya off vacuum dulu


pakcik : tak susah kan kamu ke?
salim : eh eh. tak tak. orang nak solat, saya kenalah hormat. lagipun saya boleh cuci kipas ni. takdelah bunyi bising


pakcik tadi terus menunaikan solat dhuha sementara salim sibuk mencuci kipas yang tersangat kotor. Entah macam mana penduduk kampungnya solat pun dia tak tahu, dengan keadaan kipas seperti ini, pasti banyak habuk yang masuk hidung! setelah selesai pakcik tadi bersolat


pakcik : kamu belajar lagi ke nak?
salim : haah, masih belajar.


pakcik : kat mana?
salim : indonesia


pakcik : jurusan?
salim : medic


pakcik : ooh, budak pandai ni. bagus-bagus
salim : takdelah pandai sangat pakcik. dari mana ni?


pakcik : pakcik ni dari Brunei. saja datang ke semenanjung ni ada hajat besar
salim : bisnes ke pakcik?


pakcik : haah, bisnes anak pakcik
salim : erk?


pakcik : pakcik nak carikan jodoh untuk anak pakcik. orang kata, anak muda kat kelantan ni baik-baik. sebab tu pakcik datang ni cari kat sini dulu
salim : ooo. ye ke? dah jumpa?


pakcik : tak jumpa, rata-rata pakcik jumpa, semua teruk-teruk perangainya. ishh
salim : haha. negeri mana seseorang tu, tak jamin dia baik atau tidak pakcik. sama saja


pakcik : anak ni.... dah ada ke?
salim : ehh, saya ni belajar, mana sempat nak cari awek-awek ni


pakcik : ooh, baguslah. pak cik pun dah berkenan dengan anak ni.
salim : erkk


pakcik : gini, pakcik ni usahawan terkenal. pakcik ada beberapa syarikat kat Malaysia ni. sebab pakcik hanya ada anak perempuan seorang je, dan dia pun ada masalah besar pasal kesihatan, pakcik pun dah tua, seba tu pakcik nak cari orang yang boleh jadi peneman anak pak cik nanti
salim : erk, masalah kesihatan apa pakcik?


pakcik : dia buta, pekak, bisu, tapi sangat lawa!
salim : erk?


salim membayankan kisah yang pernah diceritakan oleh emakknya semasa dia kecil. kisah bagaimana si jujur yang dipinang oleh seoang lelaki yang mana anak perempuannya itu bisu, pekak dan buta. tapi semuanya kearah kebaikan, bisu tak pernah cakap benda tak elok, pekak tak pernah dengar perkara tidak elok dan buta tidak pernah memandang perkara tidak elok. adakan anak perempuan pakcik ni pun sama?


pakcik : apa yang kamu mengelamun ni nak?
salim : saya teringat satu kisah pasal anak perempuan yang bisu, pekak dan buta ni


pakcik : hehe. pakcik tahu cerita tu. anak pakcik ni memang betul-betul buta, pekak dan bisu. sebab tu susah pakcik nak cari pasangan untuk dia
salim : erkk?


ternyata jangkaan salim meleset. dia jangkakan anak perempuan pakcik itu sama dengan kisah yang dia tahu. tetpi ternyata meleset.


pakcik : kamu setuju ke nak?
salim : urmm. saya pun takde sesiapa pun sekarang, saya setuju jelah. walaupun buta, pekak dan bisu pun, tapi dah itu ketentuan dia jadi begitu, takkanlah dia takkan berkahwin selama-lamanya


pakcik : kamu memang terbaik. ok, kita bincang soal kahwinnya macam mana
salim : ok


Dipendekkan cerita, maka salim dan anak perempuan pakcik itu, salima pun berkahwin. Memang betul salima memang sangat rupawan, tetapi sayang, dia pekak, buta dan bisu menutup mukanya yang ayu itu. walaupun begitu, salim tidak berputus asa sentiasa berdoa agar rumahtangganya kekal aman


Berkat kesabarannya, walaupun isterinya itu buta tidak dapat memandangnya, bisu tidak dapat bercakap dengannya dan pekak tidak dengar apa yang dituturkannya, dengan sentuhan belaian kasih sayang dari isterinya, dia jatuh cinta pada isterinya itu. itulah magis tentang cinta, dan sekarang dia tergila-gilakan isterinya itu


Beberapa tahun kemudian, pada suatu malam


Ketika bulan tengah mengambang, salima yang sarat mengandung itu mahu dihantar pulang ke rumah bapa mertuanya untuk dijaga disana. Sebelum itu, dia dan salima berada di klinik untuk menyiapkan kerja terakhir sebagai doktor di kliniknya sendiri. Tiba-tiba datang seorang tua yang sangat aneh. sesuai bergelar datuk dengan usianya itu


datuk : heyyy salim. aku ada satu tawaran untuk kau!


salim terkejut dengan kelibat orang tua itu. dia mamandang isterinya dan tiada raut ketakutan di wajah isterinya. Ya, dia terlupa yag isterinya itu pekak, bisu dan buta


salim : apa dia?
datuk : aku mampu menyembuhkan kesemua penyakit isteri kau ini


salim : biar betik tuk??? macam mana?
datuk : betik ke betul ke, yang pasti semua itu ada bayaran


salim : apa bayarannya?
datuk : kau terpaksa meninggalkan isteri kau.


salim : tuk pulihkan isteri saya dan sebagai balasan saya kena tinggalkan isteri saya?
datuk : ya, lebih kuranglah macam tu.


salim : dah tu saya nak pergi mana lepas tu?
datuk : kau aku akan bawa ke suatu alam yang mana kau tidak akan tua untuk selama-lamanya. disitu ada banyak bidadari yang jauh lebih sempurna dari isteri kau sekarang. deal or not deal?


salim mula berfikir. ini tawaran terbaik ni. rugi dia lepaskan. tapi apabila difikirkan nasib isterinya kelak, siapa yang mahu menjaga isterinya itu, lagipu tengah mengandung, dia terus berkata


salim : minta maaflah tok. saya taknak.
datuk : betul tak nak?


salim : betul
datuk : betul?? taknak ubah fikiran. rugi ni. sana bidadari lawa ok


salim : iye, keputusan muktamad, taknak. dah dah. nak tutup klinik dah ni. bye bye atuk
datuk : ye lah, atuk blah


sebelum atu itu blah, dia sempat merenjis sedikit air kepada isterinya. tiba-tiba isterinya bersuara


salima : abang....
salim : erkk, isteri abang boleh bersuara


salima : juga boleh melihat muka abang
salim : erkk, isteri abang dah tak buta?


salima : juga boleh mendengar apa yang abang cakap
salim : erk, isteri abang boleh mendengar?


salima : ya bang, semua boleh. kenapa abang tak terima tawaran dari atuk tu?
salim : abang sayangkan salima. abang mahu hidup semati dengan isteri abang ni


salima : walaupun buta, pekak, bisu?
salim : asalkan hati salima tidak pekak, tidak bisu dan tidak buta dengan kasih sayang abang berikan, semua yang lain itu tidak penting


salima : grow old with me?
salim : sure do =)


maka tamatlah kisah itu. mereka berdua hidup aman bahagia disamping dengan anak mereka. cerita yang tidak terdapat di mana-mana media massa ini hanya boleh dibaca di blog joegrimjow. waka waka eh eh


pss : kadang2 aku pelik dengan daya imaginasi aku yang terlampau ni. haiish!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW