Share

Tips kesihatan bersama Joegrimjow (2)

Salam,


Hai hai hai,
ke bendang menanam padi huma,
apa khabar anda semua?


Hikhik. Berjumpa kita lagi dalam rancangan tips kesihatan bersama joegrimjow. Start program kita hari ni dengan pantun ya, ada yang mahu balas ke? Balas balas, nanti saya jawab. Ok, pada episod lepas, saya ada ceritakan overview mengenai kesihatan secara menyeluruh. Kali ini kita akan mulakan topik yang agak penting iaitu 'Kunci mendapat kesihatan unggul'



Kunci mendapat kesihatan unggul


Mana-mana program diet, tak kira apa jenisnya, sedut lemak ke, mandi sauna ke, minum jus ke, nak taknak mesti ada 3 benda penting ni. Apakah benda penting ni ya tuan tuan dan puan puan? Rasanya dah ramai yang tahu, tapi biasalah, melayu mudah lupa, selalu alpa beta teta. Hik hik hik. Jadi saya akan kongsikan 3 kunci penting ini. Saya namakan formula ini sebagai 'SAD'

  1. Senaman selalu
  2. minum banyak Air
  3. Diet seimbang

Bila anda tengah sad dengan diri sendiri, masalah berat badan yang berlebihan, lemak gendut gendut, muka nampak tua berkedut kerepot, pastikan ingat formula SAD ini. Bila anda sad, ingatlah formula S.A.D =)


ok, anda pilih untuk topik mana untuk dibincangkan? Ermm, diet? Exercise? Atau air?


Ohooo, ramai yang sebut Senaman dulu ya? Ok ok, sebab ramai yang suka bersenam ni, saya akan ceritakan pasal Senaman dengan terperinci. Segmen seterusnya saya akan ceritakan pula 2 lagi. Ok? Ok laaa, senyum sikit, ahaksss



Senaman Selalu

Saya rasa ramai yang tahu senaman ni mampu menambah pembakaran kalori dalam badan. Kan kan? Jadi kali ni saya akan ceritakan beberapa perkara yang jarang disebut dan jarang orang kebiasaan tahu. Saya orang luar biasa ke? Ekeke, sikit-sikit la ada ilmu, jadi kita kongsi-kongsi ya


1) Mencari keseronokan

berseonok ketika bersenam, senyum2


Penting untuk kita bersenam sambil kita suka melakukannya. Ada orang yang bersenam sebab 'terpaksa' dan percayalah cakap saya tuan2 dan puan2, takkan lama anda bersenam dengan keterpaksaan ni. Jadi, langkah pertama untuk bersenam ini adalah mencari keseronokan dalam bersenam. Ada beberapa tips ok

  • Pilih cara yang paling sesuai, jika suka outdoor, lakukan outdoor dan jika suka gym, lakukan gym
  • Bersenam dengan pasangan lagi seronok, berdua, bertiga, atau berkumpulan. Takkan bosan!


2) Set Goal

Goal anda apa?


Apa-apa perancangan pun, kita kena ada goal! Penting goal ni dan sudah dibuktikan dapat mengawal minda separa sedar. Olololoo, nak bincang pasal minda separa sedar ni panjang berjela pulak, jadi anggap je set goal ni sangat penting ok. Ada tips dari joegrimjow untuk anda

  • tulis Goal anda di atas kertas dan tampal (cliché kan?)
  • set untuk bersenam sekurang-kurangnya 4 kali seminggu, 30 minit setiap kali
  • muhasabah goal anda ni setiap minggu



3) Curi masa untuk bersenam


naik tangga pun bererti lakukan senaman juga


Ramai yang mahu bersenam tapi gunakan alasan takde masa. Hehe, normal normal, ini perkara normal. Kalau orang banyak masa nak bersenam ni, pasti rakyat negara kita takde yang 50% adalah overweight. WOW, 50 %? tengok je la kat pasaraya, masa nak jalan-jalan, jumpa sorang body ok, sorang lagi... erk xbape ok. Kan kan? Hehe. Ok, sini saya akan cuba bantu anda dengan beberapa tips untuk curi masa supaya membolehkan sentiasa bersenam

  • Parking kereta jauh dari tempat yang mahu dituju
  • Guna tangga, jangan guna lif. Kalau kerja di tingkat 87, berhenti di tingkat 80 dan lagi 7 naik tangga. Ok?
  • Nak bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain (dalam satu tempat atau bangunan) pastikan ambil jalan yang paling jauh. Jalan kaki pun bersenam juga



Kenapa pentingnya bersenam selalu?

2 benda yang penting membentuk lapisan di bawah kulit kita adalah fat (lemak) dan muscle (otot) Siapa pun manusia kat dunia ni, ada 2 benda ni ya tuan2 dan puan2. Cuma yang beza adalah kuantiti atau nisbah fat dan muscle dalam seseorang. Ada orang yang muscle lebih, lemak kurang. Tak lupa kebanyakan masyarakat kita terlebih lemak melimpah ruah, muscle ada ciput je. Jadi, kepentingan bersenam secara kerap ini adalah untuk menukar fat kepada muscle

  • setiap kg body mass bakar 31 calories setiap hari
  • setiap kg fat tissue hanya bakar 4.5 calories setiap hari

Tengok, betapa bestnya kalau kita ada muscle ni kan? Jadi, bersenamlah selalu untuk mendapat muscle yang unggul. Mahu jalan pintas dapat muscle, tunggu tips seterusnya. Hohoho. Jumpa lagi di tips seterusnya


pss : bermanfaat? jangan lupa share =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

13 comments:

fahmi ibrahim said...

Nice tips!

Sesetangah orang tekankan senanam macam jog dan aktiviti sukan je. Yang lain diorang tak amik kesah macam guna tangga dsbg nya. hehe.. mcam yang joe cakap tu la.

Pada yang nak maintain berat badan tu. Lepas makan tu jalan lebih kurang 1000 langkah. Ni tips dari ISN. :D

joegrimjow said...

@fahmi ibrahim

nanti tips seterusnya bincang pasal 2 tu, lagi menarik

Keretapi said...

kalau kat sekolah akulah yang paling rajin tolong cikgu amikkan buku, tolong ketua tingkatan hantar kedatangan, tolong ini, tolong itu, mmemang jadi kesayangan betullah.

padahal sebenarnya sebab nak naik turun tangga. exercise jugak la tu kann

joegrimjow said...

@Keretapi

haah, ramai yg xpasan benda ni pon execise jugak

fikah mus said...

F sekarang ni selalu exercise tangga 'tak tersengaja'.
sebab bilik dapat tingkat 4.
memang kaw2 rasa urat kaki,urat badan waktu mula2 naik turun tangga ni.
tapi rasa makin sihat sikit pun ada.
alhamdulillah~~

IKTIRAF terlupe sign in (- -") said...

yeee..yeee!! bilik top!

naik tangga banyak-banyak! (--")

noor afzan said...

semangat ni nak ikut tips bersenam
thanks joe.=)

fikaryna said...

selalu senaman tangan n mata n mulut..huhu..

joegrimjow said...

@fikah mus

untung sebenarnya klu dapat tgkat lebih2 ni, terpaksa exercise

joegrimjow said...

@noor afzan

follow jgn xfollow

joegrimjow said...

@fikaryna

erkk
senaman mulut yg camne?

Hariz said...

Thanks tips joe :)
boleh amalkan nie


Future Husband!

lilacfla said...

wah ni belog joe or kevin zahri? dah terkonpius..

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW