Share

Sesi bertanyakan pendapat : Keputusan Exam yang sama seperti Nobita

Dalam cerita Doraemon, ada satu watak bodoh bernama Nobita. Bagi yang mengikuti siri kartun ini di tv atau dalam komik2, sudah pasti mengetahui Nobita ini merupakan seorang bijak di usia muda. Ada aku pernah baca yang Nobita di usia 4 tahun mendapat tempat pertama di dalam kelas!


Kebijaksanaan Nobita ini malangnya tidak berkembang




Disebabkan kepandaian Nobita ini tidak berubah, bermakna jika tahap IQ nya adalah sama seperti umur 10 tahun, jadi ketika umurnya bawah 10 tahun sudah pasti dia adalah bijak tetapi jika dia sudah mencapai usia belasan tahun, 15 tahun misalnya sudah pasti dia digelar bodoh sebab IQ masih di sama seperti 10 tahun


Itu kisah Nobita yang wujud dalam komik


Kisah aku?


Aku ni ada satu 'fobia' dengan exam. maksud fobia adalah markah aku akan sama untuk 3 kali berturut-turut. Entah ini satu kebetulan ataupun apa, memang itu yang aku alami sejak dari UPSR sehinggalah ke peringkat Matrik


UPSR, masa ujian pertengahan tahun, aku dapat 5A. Ya, memang menjadi kebanggaan sekolah sampaikan disuruh memberi ucapan di depan wakil rakyat. Percubaan juga dapat 5A dan UPSR yang sebenar juga 5A. Ketika dapat 5A semasa UPSR tu, memang sesuatu pengalaman yang tak dapat dilupakan... erk dah lupa sebenarnya tadi nasib baik terlihat gambar, baru refresh balik memori


PMR, sama kes macam UPSR, masa ujian pertengahan aku dapat 8A. Sebab aku ni sekolah agama, semua subjek ambil 9 total, jadi miss satu A. Aku cuba sedaya upaya lagi untuk mendapatkan 9A semasa trial PMR tetapi malang hanya 8A sahaja aku dapat. Aku tahu ini bukan taboo dan cuba bagai nak rak semasa PMR yang sebenar tetapi sayang hanya dapat 8A sahaja


SPM, kisah ini memang perit untuk di ceritakan, tetapi nak jugak cerita malam ni. Masa pertengahan tahun, aku dapat 9A, miss 3A disebabkan total aku ambik 12 semuanya. Aku dah mula berkira, adakah benda sama yang aku akan dapat semasa trial dan juga SPM yang sebenar? Kalau sama, alangkah malangnya hajat nak sambung ke oversea sudah pasti tidak aka dapat! Malang seribu kali malang, Trial SPM dan SPM sebenar... ya aku sama mendapat 9A sahaja


Berterusan sampai ke MTRX


Di Mtrx Melaka aku membawa diri sebab tak dapat fly. Di sana aku yakin aku takkan mengulangi nak akan mengatasi taboo ini! Semester pertama, hanya 3.53 aku dapat di mtrx. ya, aku bukannya orang bijak pandai yang boleh dapat 4 flat! Hanya pelajar normal yang mahu jadi bijak dengan membaca. Alangkah terkebetulannya, result untuk semester 2 juga sama, 3.53 dan ini membuatkan aku pasrah dengan 'taboo' yang aku miliki ini


Result takkan berkembang


Aku percaya, result aku hanya akan statik jika aku berusaha sebagaimanapun. Walaupun benda ini aku tak cerita kepada orang, malam ni terbuka untuk menceritakannya sebab 'taboo' ini sudah hilang! Ternyata masuk di University kat Sheffield ni benda ini akan berubah, result aku tak statik lagi!


Tapi aku lebih sukakan jika ia statik
=)

******

Sesi bertanyakan pendapat


Tadi aku berbual panjang dengan kakak aku yang baru balik dari Brisbane sambung Mastersnya. Topik perbualan adalah tiket dan 'culture' Aku tanya kepada dia yang jika kita ada Masters, sudah pasti orang akan memandang tinggi kepada kita, tengok kita punya kelayakan, orang akan pandang hebat dan diri kita sendiri akan berubah. Itu tiket untuk dihormati oleh masyarakat


Culture


Aku cuba kaitan dengan culture Mat Saleh yang mana lecturer aku kat sana ada yang hanya pakai selipar masuk tandas walaupun ada yang bertitle doktor. Tak dinafikan ada yang segak bergaya, tetapi kebanyakan mereka hanya memapai 'sempoi' tanpa melihat keadaan pakaian atau fizikal. Di Negara kita, orang bergelar doktor, ada master ni sudah pasti pemakaiannya melambangkan pangkat yang dia ada


Pendapat anda bagaimana?


Topik kedua adalah mengenai struggling and losing. Aku tanya kakak aku, kalau usia aku 22 tahun sekarang dan mahu start satu bisnes yang memang aku yakin dalam masa 3 tahun lagi iaitu masa aku umur 25 tahun aku yakin akan dapat gaji mencecah 5 angka sebulan, berbanding kalau aku sambung belajar sampai ke peringkat phd, dan dijangka pada usia 27 tahun aku akan complete semua dan baru sibuk untuk bekerja mencari duit, mana yang lebih elok?


Dia ada pendirian dia, korang punya macam mana?


pss : lega!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

20 comments:

tengkorakemas said...

Bagi aku joe..org yang mempunyai arah akan menguasai nasib dan gaya hidupnya..

ape2pun wish you luck!

.alie. said...

kebetulan kot.alie pun ada pengalaman tu jugak..

dah masuk maktab pun sama jugak..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

kemas dan padat ceritanya.. anyway, goodluck in whatever u embark on yeah..n study smart don't ever study hard..:))

Anonymous said...

completing one and moving into the others. I have no point of continuing my study when I know I dont need it.

Itu beza masyarakat kita dgn yg org barat. Orang sini study course yg dorang minat, org kita amek course yg ada peluang pekerjaan dan di pandang masyrakat.

org sini study sbb nak faham dan suka, org kita study sbb nak exam dan tgok markah.

org sini tak pandang pun barang branded, tak kan tgok kereta besar, value dia lain sangat2. You are what you are and you wear what u comfortable with. Dia lagi respect org yg naik basikal atau jalan kaki sbb tak nak cemarkan alam sekitar :)

decide and have faith on it! anything will work

iman

joegrimjow said...

huhu

uchiha ct-k said...

pasal yang culture tu kan...
ada sorang prof aku ni nak kata sempoi tak sempoi, nak kata smart jauh lubang cacing dari alpha centauri....
rambut serabai....
baju kecik n x bergosok...
jambang macam x terurus....
seluar senteng....
pastu ada sorang staff kata kawan dia penah nampak lecturer ni pakai kasut lain2 warna...
hebat kan beliau? :p
[die sangat fofuler dalam bidang penyelidikan die kt m'sia ni....]

-eh...terasa jahat lak kutuk lecturer sendiri...heheh-

joegrimjow said...

nak gak jumpe lecturer camtu

FarhanaDr said...

Ape kate kalau kedua-duanya sekali diusahakan? Heehee.. Sambil2 bisnis boleh sambung belajar tu.. Ngeeee.. :)

Encik Tikus said...

ohooii prinsip aku lebih kurang sama macam kakak kau ;)

Kimmy said...

salam joe..

saya punya doktor2 pakar (surgical doctors) yang merawat saya,, semuanya sempoi je.. tapi takdelah sampai berselipar tandas kan.. tak adalah nak formal berlebih.. perangai pun macam tu.. xde lah nak sombong2 bagai.. macam2 yg keluar kalau borak2 ngan mereka ni.. ;D

kalau berbisnes sambil belajar tak boleh?

twoie afe said...

rezeki ade kat mane2..
sumenye tuhan yang tentukan..
even ko punye result dlu statik tp ko bleh lg sambung ke oversea..

simple..

Mr K said...

Belajar untuk dapat great marks. Great marks = kerja bagus. Kerja bagus = gaji tinggi.

isunya, semuanya bergantung kepada nasib. Adayang buat perniagaan sendiri diusia 25, tapi usia 40 baru boleh rasa 5-6-7 angka.

Dan bagi yang agak baik, belajar tinggi2, pointer bagus, kerja confirm dah tunggu.

Bagi yang bernasib malang, belajar rajin2, pointer rendah, kerja tak der offer dan tunggu nasib. Biasanya, yang macam ni, dia akan dapat satu pekerjaan yang tak sama dengan apa yang dia belajar tetapi gaji ada yang 7 angka

In fact, tak ramai yang kerja based on apa yang dia belajar.

I dunno what i am for the next 10 years.

Anonymous said...

i cant really agree with high mark = high job = high pay as indeed that's not what happening.

Most companies want a well rounded student as an employee. someone who can lead, adapt and learn. who knows about the world issue, who knows how to tackle their colleagues, have a good view in issues, but yet is doing good with their study but most company comes with at least 2.2 or 2.1 (UK result) result requirement.

but if you are aiming to be a lecturer then 1st class is desired but there are universities allowing 2.1.

Getting a job and good pay is all about selling yourself as what you offer is service. whilst business in the other hand have a greater edges and art in how to maintain and going up. Growing up in business family there are a lot learnt from others' previous experience that's why the ability to make strategy , analyse risk and read the future is desirable PLUS a good self control on spending.

iman

Hazzy Ishak said...

ku kerja based on apa yg aku belajar. Alhamdulillah. tapi kalau kau boleh sambung sampai phd dan duit masih masyuk apa salahnya.

joegrimjow said...

hargai pendapat orang

+akufobia+ said...

mee masak lamalama pun kembang.

joegrimjow said...

af, xpaham

aZLiNa aZiZ said...

Kadang2, bila terlampau formal pun tak best jugak. Terikat dengan peraturan. Tak dapat nak rasa kehidupan yang sebenar2nya.

Bagusnya kehidupan kalau kita dapat rasa semua. A, B, C, D dan E. Pelangi :D

Keretapi said...

post ini membuatkan aku berdoa taknak jadi cam Nobita.

kasihan.

camne nak kembangkan IQ ek? agak takut kalau lagi sepuluh tahun IQ aku still cam budak form 4.

theblabber. said...

this reminds me of a lecturer-friend yg p panggil pak guard bila a student (whom to b his friend's gf) address him as himself instead of sir or encik.

to some point, macam pathetic je kan? kat sini best je panggil lecturer dgn nama dia sendiri. hehe
but what to do, that's how the culture taught. or precisely, asian upbringing.

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW