Share

Kenapa ada syurga dan kenapa ada neraka

Baru balik (cara lama aku start entry nak cerita pasal pengalaman) dari amek akak aku di airport. Akhirnya dah stahun stengah akak aku sambung blajar kat brisbane sane, akhirnya tamat juga pengajian dia. Plan dulu nak pergi konvo die kat brisbane (bleh jumpa fida aisyah skali) tapi sebab konvo die tiba2 buat bulan 12, terpaksalah tak pergi


aku dan akak aku



Kalau dah melayu, nak raikan sesuatu tu mesti dengan makan makan kan? haa, apa lagi, memang raikan kepulangan akak aku tadi pun dengan makan. Satay Malaysia. Heh, satay yang glamer di pengkalan chepa dan memang sedap rasanya.


cubalah sendiri dengan datang ke kelantan ya. Ahaks


Nak upload gambar ke? kang upload gambar kan xde orang komen pulak... (merujuk kepada 2 entry sebelum ini yg xde org komen... hukhuk) tapi yang spesel mengenai kelantan yg tempat lain takleh beat adalah... MURAH! tadi makan 30 cucuk satey, bihun goreng, kuew teow ladna dan order 3 bijik kelapa muda, harga cuma rm 34 saje. perghh, memang murah dan aku jemput la mana2 blogger yang datang ke kelantan, calling2 aku dan aku akan blanje. hehe.


Erk, aku upload la ek gambar ni. teheeheee


sedap2



satay tunggu masa untuk dimakan




air kelapa muda, sesuai untuk lelaki rupawan???

kuew teow ni sangat sedap, pandai tukang masak masak!



dan semuanya licin!




Masa tengah makan tadi, aku teringat kenangan lama aku di UK. Ketika tu aku jalan2 di City untuk beli buah tangan dibawa balik ke Malaysia. Sedang aku jalan jalan, terpandang satu kereta limo yang panjangnya macam 3 kereta yang disusun rapat2! Memang panjang. Tatkala aku melihat orang dalam tu, yeah, mereka nampak sungguh kaya!


Dengan baju yang cukup kemas
adalah beribu desis hatiku

Dengan driver yang siap buka pintu
kalau gaji driver 2ooo pound, gaji tuan dia berapa la agaknya ligat otakku berfikir


Dia senyum dan aku balas balik senyuman dia. Tengok, mat saleh ni memang suka sangat senyum. takdelah macam kita yang lokek dengan senyuman kan? kan kan? ok, orang dalam kereta limo tadi terus ke hotel apa ntah kat City yang dekat dengan The moor tu, dan aku hanya dapat melihat sahaja dia pergi


Konar skit cite


Dia kaya sekarang ni sudah pasti dia kerja kuat kan? So, worth it la kenapa dia boleh jadi sekaya tu. Menikmati dunia tanpa perlu fikir masalah duit. Berbaloi dengan apa yang dia bekerja selama ini, dia nikmatinya.


Kalau kaitkan dengan syurga dan neraka, kita tolak ketepi orang lain, kita cakap pasal diri kita. Jangan pedulikan perompak yang sibuk merompak, jangan pedulikan pegawai yang makan rasuah, jangan pedulikan pemain bola sepak yang tak tahu sapa mak anaknya, jangan pedulikan kaki2 mabuk yang hidup dengan arak, tapi kita buat contoh kita


Me
and
you

Kenapa tuhan cipta neraka dengan syurga. tak cipta syurga je? benda ni kalau kita fikir secara logik, bahasa mudahnya, 'padan dengan apa yang kita kerjakan' heh, aku pernah terfikir, kalau tuhan cabut nyawa aku hari ni, malam ni, pukul 5 pagi setelah uruguay mengalahkan belanda, dapat ke aku masuk syurga Dia, padan ke dengan amalan aku kerjakan ni untuk masuk syurga dia.


Huh, fikir masa tengah makan ni tadi, terus hilang selera makan

nasib baik semua dah licin, baru teringat =)


Apa-apa pun, aku berpesan pada diri aku yang kat rumah ni macam amalan kat Dia ni dah berkurang skit berbanding kat UK sana, kat sini, amalan makan je banyak, haiishh, rungsing jugak. berpesan supaya aku terus terusan untuk melakukan ibadah kepada Dia dan yang paling penting, ibadah aku ni diterima


Aminnnnn

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

17 comments:

Hizami Rahim said...

tu la.
aku pun.
membayangkan kalau Allah cabut nyawa aku masa aku sedang komen ni.
hurm.
:'(

.:padie_eyla:. said...

suke ayat yg bawah-bawah tuh... hik. saling ingat mengingati. (:

btw, nak sate!!!!!!!!!!!!!!

Kepala Bergetar said...

ingat mak ko joe, muka sebiji, try pakai tujung tgk ;-p

psst: yg tuts letak kat bawah web tu kaze bljr kat sini, http://bloggerstop.net/2009/01/add-fixed-floating-feedback-button-to.html

Post Terbaru Kaze
Mike Tyson Pergi Umrah, Menangis di Raudah

joegrimjow said...

testing

IERA HAJERAH AZMAN said...

holland akan menang.percayalah!

syurga dan neraka, sama macam dapat nombor satu dan number last.

Bila Keluar Bertiga, Orang akan Pandang Aku Macam Janda Berias Beranak Dua

mirachantek said...

tak adil klau ada syurga je kan... kalo ade syurga je... baik aku pergi bunuh orang sesuka hati semalam....

syarifah radiah ibrahim said...

meh sini pos sate, air kelapa ngan kueh teow tuh ke melaka. hehe~


yea, moga moga ibadah kita diterima~

zikeryhassan said...

satay kajang lg best la. hehe.

moga2 amalan kita di terima. insya Allah.

cik syahira said...

assalamualaikum joe.

terimakasih atas nasihat tu.
sangat mendalam. harap sy dapat baiki diri sendiri ke arah kebaikan.
sigh.
nak berubah ni kalau hati tak tetap, iman tak kuat memang rasa sukar sangat -_____-"

joegrimjow said...

saling ingat mengingati

rhapsody LiN said...

1 - murahnye!!

2 - entah lah,.. bila kt umah je terus kemalasan utk beribadat tu up cikit. x mcm kt ostel..g surau smua. hhm..

kne berubah ni.

Kimmy said...

semoga setiap perbuatan kita niat kerana Allah.. pastinya kita akan meningkatkan amal soleh secara automatik bila berfikir begitu...

Hazzy Ishak said...

pernah baca satu cerita pasal syurga & neraka tapi tak ingat kat mana. penceritaan seorang ustaz dgn perempuan yang terjebak dalam pelacuran, kot.
hehe

Sha-na.Szied said...

alhamdulillah, bgun pg nih ade tazkirah sikit..barakallahu fik :)

Allah telah sediakn pada kita syurga dan neraka, tggu kita je nak pilih mana satu, that means our amalan untuk menuju ke sana nanti..

(napa mura gilaaaaaaaaa?? meh la snaraikan harge..hehe)

joegrimjow said...

hazzy, ku pernah baca email tu

::ienafazlyna:: said...

nak komen makanan semua sedap2..hehehe

kella said...

joe rasanya kat klantan je yg sediakan roti kan? roti tu cecah kuah kacang best woo..
lama tak makan sate.. hmm

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW